Tuesday 30 January 2018

Tak pernah dibuat orang...

hadoi... dah mula nak stress

masa master dulu hampir setahun lebih buat proposal... ni tuk phd, boleh pula 3 hari.. dah lah esok last kena submit.. apa pun tak da lagi LR yang penting pun masih kosong...

ya Allah.. jangan la jadi macam saya...


fighting.... moga dipermudahkan.. bahan-bahan semua ada kat kampung... bila dapat tahu lagi seminggu tawaran nak tutup, begini laaa...


moga draft proposal saya diterima dengan jayanya

Sunday 7 January 2018

Isteri di dalam al-Quran

Oleh: Al-Fadhil Dr. Ahmad Sanusi

1. Allah menggunakan lafaz zaujah (زوجة), imra’ah (امرأة) dan ahl (اهل) untuk menggambarkan perbezaan kedudukan isteri di dalam al-Quran.

2. Meneliti istilah tersebut, terdapat beberapa pengajaran yg boleh kita ambil. Istilah zaujah (زوجة) digunakan apabila kesempurnaan hubungan suami isteri itu jelas. Dengan itu Allah guna zaujah utk Nabi Adam dan Rasulullah sendiri. contoh:

-وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ

-النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِم ْوَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ


3. Manakala hubungan suami isteri yg tidak sempurna seperti terdapat halangan dari aspek aqidah, anak dan sebagainya, maka Allah guna imra’ah (امرأة). Sebagai contoh Allah menggunakan lafaz imra'ah buat isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut kerana penentangan mereka terhadap dakwah, begitu juga dengan isteri Firaun. Jelas di sini berlaku kekurangan dari aspek aqidah pasangan masing2.

-ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَاِمْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا

-وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ


4- Sekiranya hubungan suami isteri itu tidak pula sempurna dari aspek kurniaan anak, Allah juga akan menggunakan lafaz imra’ah. contoh adalah pada Nabi Zakaria:

قَالَ رَبِّ أَنَّىَ يَكُونُ لِي غُلاَمٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ

Namun setelah mana hubungan perkahwinan mereka sempurna dengan dikurniakan anak, Allah menggunakan lafaz zaujah pula:

زَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ* فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ

5- Rasulullah pula diletakkn dlm kedudukan yg istimewa. Walaupun hanya dikurniakan anak melalui Khadijah dan Mariah sahaja, semua isteri Nabi disifatkan sebagai zaujah kerana kesempurnaan aqidah adalah kesempurnaan yg tertinggi. Begitu juga Allah menggunakan lafaz yang unik buat Nabi Musa di mana lafaz ahl (اهل) digunakan:

قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا


6. Manakala Ummu Jamil, isteri Abu Lahab, walaupun dikuniakan kecantikan dan anak, Allah menggunakan lafaz imra’ah bg menggambarkan kelompongan aspek aqidahnya, bahkan Ummu Jamil disifatkan sebagi pemikul kayu api dineraka kerana sikapnya yg sering menyakiti Rasulullah.

7. Dari sini juga tergambar terdapat 4 jenis pasangan di dalam al-Quran:
(a) Pasangan yg sempurna keislaman mereka seperti Adam dan Rasulullah
(b) Pasangan yg kedua2nya menentang Islam seperti Abu Lahab dan Ummu Jamil.
(c) Pasangan yg suaminya beriman tetapi isterinya sebaliknya seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut.
(d) Pasangan yg isterinya beriman tetapi suaminya tidak seperti isteri Firaun.

==========================================
Penambahan dari comment di FB:

hadis:

وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدنيا متاع وخير متاعهاالمرأة الصالحة
(رواه مسلم)
Hadis ni rasulullah guna perkataan al-mar'ah..


Dr. Ahmad Sanusi:

Benar, dalam hadith, lafaz imra'ah banyak juga digunakan, namun Nabi juga menggunakan lafaz zaujah bagi menggambarkan keadaan isteri. Cumanya harus kita faham, hadith lafaznya boleh berubah berbeza dgn lafaz Quran yg tidak berubah. sebab tu salah satu kaedah al-Bukhari, beliau mengharuskan 'riwayah bil makna' iaitu meriwayatkan hadith dgn lafaz yg mirip tapi maknanya sama. perkara ini tidak boleh dilakukan pd al-Quran kerana lafaznya telah tetap.

dengan itu, kajian berhubung 3 lafaz ini mmg memerlukan kajian ttg bagaimana Rasulullah menggunakan 3 lafaz isteri ini. ana bagi contoh hadith yg Rasulullah guna lafaz zaujah utk gambarkan isteri yg baik dan lafaz imra'ah utk isteri yg ada sedikit kekurangan. sebagai contoh dalam Musnad Abu Daud al-Tayyalisi Rasuluullah sebut:

عَنْ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " سَعَادَةٌ لِابْنِ آدَمَ ثَلَاثٌ، وَشِقْوَةٌ لِابْنِ آدَمَ ثَلَاثٌ، فَمِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ: الزَّوْجَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، أَوْ قَالَ: وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ، وَشِقْوَةٌ لِابْنِ آدَمَ ثَلَاثٌ: الْمَسْكَنُ السُّوءُ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ "

Maksudnya ada tiga kebahagian buat anak adam: iaitu zaujah solehah, kenderaan yg baik dan rumah yang luas. dan ada tiga kesempitan buat anak Adam iaitu, rumah yang tidak baik, imra'ah yang tidak baik dan kenderaan yang tidak baik.

ini hanya contoh. barangkali pengguna.

===========================================================================

perbezaan perkataan imraah dengan ta marbutoh dan ta maftuhah ialah ta marbutoh perempuan yang belum disentuhi manakala ta maftuhah pula bermakna perempuan yang telah disentuhi.

Dr. Ahmad Sanusi:

lafaz imra'ah dengan ta' maftuhah digunakan 7 kali dalam Quran dengan pengkhususan kepada isteri orang tertentu:

1- إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ

2- وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ
3- قَالَتِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ الْآنَ حَصْحَصَ الْحَقُّ
4- وَقَالَتِامْرَأَتُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِّي
5/6- ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ
7- وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُواامْرَأَتَ فِرْعَوْنَ

manakala lafaz imra'ah dgn ta' marbuta datang lebih secara umum sebagai contoh:

1- وَإِن كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ
2- إِنِّي وَجَدتُّ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ
3- وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ 

SATU CELUPAN DI SYURGA DAN NERAKA

Oleh: Ustaz Mohd Masri binti Mohd Ramli
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ 
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
.
"‏ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً 
Seseorang yang paling senang hidupnya di dunia daripada ahli neraka dibawa pada hari Kiamat lalu dicelup ke dalam neraka. 
.
ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ
Kemudian dikatakan kepadanya: Wahai anak Adam. Adakah engkau pernah melihat sebarang kesenangan? Adakah kenikmatan pernah muncul dalam hidup engkau?
.
فَيَقُولُ لاَ وَاللَّهِ يَا رَبِّ ‏.‏ 
Orang itu menjawab: Tidak, demi Allah, wahai tuhanku.
.
وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ 
Dibawakan pula seseorang yang paling susah hidupnya di dunia daripada ahli syurga, lalu dicelup ke dalam syurga.
.
فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ 
Lalu ditanya kepada beliau: Wahai anak Adam. Adakah engkau pernah melihat sebarang kesusahan? Adakah kesusahan pernah muncul dalam hidup engkau?
.
فَيَقُولُ لاَ وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤُسٌ قَطُّ وَلاَ رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ ‏"‏ ‏.
Dia menjawab: Tidak, demi Allah, wahai tuhan ku. Tidak pernah kesusahan muncul dalam hidup ku dan tidak pernah aku melihat sebarang kesusahan.
[Sahih Muslim, Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Jannah wa an-Nar, no: 2807].
.
Itulah hakikat syurga dan neraka. Hanya sekali celupan dalam neraka, kita akan lupa segala nikmat yang pernah kita rasai di dunia. Sekali celupan dalam syurga, terus hilang segala rasa kesusahan yang pernah dialami di dunia.
.
Manusia yang bijak akan memilih kenikmatan syurga yang lebih besar daripada nikmat dunia. Manusia yang bijak akan menjauhkan diri daripada kesusahan neraka yang lebih dahsyat daripada kesusahan dunia.

Dialog Ayah dan Anak dalam al-Quran

Oleh: Al-Fadhil Dr. Ahmad Sanusi
1. Adakalanya dialog antara ayah dan anak di dalam al-Quran menggambarkan keakraban hubungan mereka. Keakraban ini dilihat melalui kesudian mereka menceritakan perkara peribadi. Dalam konteks ini, mimpi dijadikan medium perantara kerana ia adalah perkara sulit yg tidak diketahui orang melainkan empunya mimpi yg berkongsi tentangnya.
Dalam kisah Nabi Yusuf, Allah menggambarkan betapa akrabnya hubungan beliau dengan ayahnya Ya’qub sehingga Yusuf sudi untuk menceritakan perkara peribadi dan meminta pandangan ayah beliau tentang mimpi yang di alaminya. 

يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

Manakala dalam kisah Nabi Ibrahim, si ayah pula yang sudi berkongsi mimpi beliau kepada anaknya Ismail. Kedua kisah ini menggambarkan keakraban hubungan ayah dan anak.

قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

2. Adakalanya dialog antara ayah dan anak di dalam al-Quran menjelaskan peranan dakwah yang perlu dimainkan oleh ayah dan anak. Dalam kisah Nabi Ibrahim, beliau sebagai anak berperanan sebagai agen kebaikan. Beliau bertanya, meluahkan pandangan serta memberikan nasihat berhubung amalan menyembah berhala yg diamalkan oleh kaum ayahnya (atau bapa sedaranya). 

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا

Manakala dalam kisah Nabi Nuh pula, si ayah digambarkan berfungsi sebagai pendidik, yang menasihatkan anaknya supaya kembali kepada Allah. Kedua kisah ini menggambarkan peranan bersama, anak dan ayah dalam perkara dakwah dan tarbiyyah.

وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا وَلَا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ

3. Dalam dialog lelaki Madyan (bapa mertua Nabi Musa) dengan anak perempuannya pula, al-Quran menggambarkan betapa anak juga memainkan peranan penting dalam urusan domestic kekeluargaan. Yang menariknya di sini, sekiranya anak lelaki yg biasa ditampilkan sebagai pembantu urusan bapa mereka, dalam kes ini Allah menunjukkan bahawa anak perempuan juga turut berperanan dalam membina keluarga.
Melalui dialog anak perempuan inilah, al-Quran merekodkan bahawa ciri-ciri pekerja yg terbaik adalah mereka yang gagah dan dipercayai. Menurut Ibn Abi Hatim dan al-Tabari, anak perempuan ini dikurniakan ketajaman fikiran sehingga mampu meneliti karakter Nabi Musa yang mempunyai sifat seorang pekerja yang baik. 

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

4. Sekalipun Maryam bukanlah anak kandung Nabi Zakaria, peranan Zakaria sebagai penjaga (buat Maryam) memperlihatkan kedudukan Nabi Zakaria seperti bapa kepada Maryam. Dialog antara Maryam dan Nabi Zakaria memberikan kita gambaran bahawa betapa si ayah perlu memantau anak mereka. Setiap kali Nabi Zakaria berjumpa Maryam, beliau akan dapati kejanggalan berlaku. Menurut Ibn Kathir, Maryam di dapati memiliki buah-buahan pada musim yg berlawanan iaitu sekiranya waktu itu musim panas, Maryam di dapati memiliki buah-buahan musim sejuk, begitulah sebaliknya. Ada riwayat pula menyatakan Maryam memiliki buku atau sumber ilmu yg tidak diketahui dari mana datangnya.
Nabi Zakari berasa hairan lalu bertanya “dari mana datangnya semua ini wahai Maryam?” Sebagai seorang ayah, Nabi Zakaria tidak terus menghukum. Beliau memantau dan bertanya dahulu sebelum bertindak. Jelas kisah ini menunjukkan peranan ayah dalam memantau aktiviti anak mereka.

(كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ)

5. Manakala dialog Luqman dengan anaknya menyimpulkan peringkat (stages) pendidikan yang perlu ditekankan oleh si ayah kepada anaknya. Pada mulanya Luqman memulakan nasihat dari aspek aqidah dahulu (يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ). Kemudian beliau menerangkan bahawa perlunya didikan dari aspek ibadah (يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ). Daripada aqidah yg benar serta ibada yang sahih ini akan melahirkan insan yang berakhlak mulia. Luqman lalu menghuraikan keperluan berperibadi tinggi buat seorang Muslim (وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ)
Benar, perbualan ayah dan anak di dalam al-Quran ini menggambarkan betapa pentingnya kedudukan seorang ayah sebagai watak utama dalam pendidikan anak.
Muhasabah diri.
-sanusi.

*Kenapa kita beristighfar selepas solat?

Oleh: ustaz Mohd Masri bin Mohd Ramli
عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا
Daripada Tsauban radiallahu 'anhu, beliau berkata: Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai daripada solatnya, baginda akan memohon keampunan sebanyak tiga kali.
وَقَالَ ‏ "‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ ‏"‏ ‏.

Baginda juga akan menyebut: Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah kesejahteraan. Engkau yang penuh keberkatan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

‏ قَالَ الْوَلِيدُ فَقُلْتُ لِلأَوْزَاعِيِّ كَيْفَ الاِسْتِغْفَارُ قَالَ تَقُولُ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ ‏.‏
Al-Walid bertanya kepada Al-Awzai'e: Bagaimanakah cara beristighfar? Beliau menjawab: Engkau sebutlah: Astaghfirullah, astaghfirullah (Aku memohon keampunan Allah, aku memohon keampunan Allah).
[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, hadis no: 591].

Shaikh Jamaluddin al-Qasimi (w.1332h) berkata:
ولا يخفى على الخبير، أن من سبر كثيرًا من جزئيات الطاعات، يرى أن الحق سبحانه وتعالى شَرَع التوبة والاستغفار في خواتيم أعمالها.
Tidaklah tersembunyi kepada orang-orang yang berilmu bahawa sesiapa yang mengumpulkan pelbagai jenis ketaatan, dia akan mendapati bahawa Allah mensyariatkan taubat dan istighfar pada penutup amalan-amalan tersebut. [Sirr al-Istighfar 'Aqiba al-Solawat, m/s 27]
Shaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin (w.1421h) berkata:
وإنما يستغفر الإنسان إذا فرغ من صلاته من أجل ما يكون فيها من خلل ونقص 
Sesungguhnya insan memohon keampunan daripada Allah apabila selesai mendirikan solat disebabkan kekurangan yang ada dalam solat yang dia dirikan.
ويقول اللهم أنت السلام يعني اللهم إني أتوسل إليك بهذا الاسم الكريم من أسمائك أن تسلم لي صلاتي حتى تكون تكفرة للسيئات ورفعة للدرجات والله الموفق 
Dia juga menyebut: Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera. Yang bermaksud 'Ya Allah, aku bertawassul kepada Mu dengan nama yang mulia ini daripada nama-nama Engkau supaya engkau menerima solat ku sehingga ia menjadi kafarah kepada dosa-dosa ku dan meninggikan darjat ku di sisi Allah. [Syarah Riadussolihin, 5/491].

Adik-Beradik dalam al-Quran

Oleh: Al-Fadhil Dr. Ahmad Sanusi
1. Hubungan abang adik antara Nabi Musa dan Nabi Harun adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai. Hubungan mereka digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik beradik yang saling membantu antara satu sama lain.
2. Nabi Musa dan Nabi Harun adalah dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran. Mereka adalah adik beradik, namun karakter mereka jelas sekali berbeza. Musa orangnya keras, sedang Harun orangnya lembut. Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya. Sedang Harun membalas dengan baik dengan katanya:

قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي

Maksudnya: Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!"
3. Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar. Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur
(وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا)

Menurut al-Imam Ibn Kathir, Musa mempunya sejarah yg menyebabkan beliau menjadi sedemikian. Ketika kecil, beliau diberikan pilihan antara tamar dan bara api oleh Firaun untuk menguji anak kecil ini. Musa telah memilih bara lalu diletakkan pada lidahnya yang menyebabkan terdapat gangguan kepada lisan beliau. 

(وَذَلِكَ أَنَّ مُوسَى، عَلَيْهِ السَّلَامُ، كَانَ فِي لِسَانِهِ لَثْغَةٌ، بِسَبَبِ مَا كَانَ تَنَاوَلَ تِلْكَ الْجَمْرَةَ، حِينَ خُيّر بَيْنَهَا وَبَيْنَ التَّمْرَةِ أَوِ الدُّرَّةِ، فَأَخَذَ الْجَمْرَةَ فَوَضَعَهَا عَلَى لِسَانِهِ، فَحَصَلَ فِيهِ شِدَّةٌ فِي التَّعْبِيرِ)

4. Walaupun memilik karakter yg berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yg ideal di dalam dakwah. Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu. Perlantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran. Ia menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut. 

وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (29) هَارُونَ أَخِي (30) اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (31) وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (32) كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا

5. Bukan sahaja sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dikalangan kita yang mendoakan sesama adik beradik sendiri?
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِك

6. Hubungan adik beradik tidak sunyi dari perselisihan. Perkara ini diungkapkan oleh Allah di dalam kisah Nabi Yusuf dan abang-abangnya. Perselisihan antara Yusuf dan abang-abangnya menggambarkan bahawa hasad itu boleh berlaku sesama adik beradik sendiri. Malah kemuncaknya boleh membawa kepada perancangan pembunuhan berlaku. Namun Allah memberikan pengajaran kepada kita bahawa kemaafan adalah nilai yang tertinggi di dalam kisah ini. Tidak dapat kita gambarkan bagaimana seorang abang merancang untuk membunuh adiknya sendiri dan seorang adik boleh memaafkan abangnya yang membuangnya di dalam perigi yang gelap. Apakah kita mampun memaafkan adik beradik kita sebegini?
قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

7. Dan kisah Qabil dan Habil adalah contoh yang jelas akan persaingan adik beradik. Sekalipun persaingan mereka adalah bagi merebut redha Allah, ia boleh membawa kepada jenayah berlaku. Allah mendidik kita bahawa hanya mereka yang ikhlas dan bertaqwa yang akan mempunyai tempat di sisi Allah kelak. 

اتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ


-sanusi.

Rasulullah dan Penjagaan Penampilan

Oleh: Al-Fadhil Dr. Ahmad Sanusi
1. Meneliti kitab Shamail Muhammadiyyah (perbincangan berhubung aspek fizikal dan perilaku Rasulullah), al-Imam al-Tirmizi merekodkan beberapa sunnah Rasulullah dalam menjaga penampilan diri. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil. Antaranya:
2. Dalam menjaga penampilan diri, Baginda turut menekankan aspek kesihatan tubuh. Ini difahami melalui hadith celak dimana Baginda menasihatkan bahawa:
اكْتَحِلُوا بِالإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو البَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ
“Pakailah celak ithmid, sesungguhnya ia (membantu) mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.” Hadith ini seolah memberikan kita gambaran bahawa dalam menjaga penampilan diri, Baginda turut melihat dari aspek kesihatan. Jangan kerana terlalu ingin cantik, kita mengabaikan kesihatan. Jangan kerana ingin kelihatan kurus, kita tidak makan sehingga mengganggu kekuatan tubuh.
3. Rasulullah juga mendidik kita supaya tidak terlalu obses, iaitu berlebih-lebih dalam perihal menjaga penampilan. Ini difahami melalui hadith bersikat. Dalam perihal ini, Abdullah ibn Mughaffal meriwayatkan bahawa Rasulullah melarang sifat berlebih-lebihan dalam menjaga penampilan rambut.
Beliau menyebut:
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ التَّرَجُّلِ إِلاَّ غِبًّا

Rasulullah melarang daripada (berlebih-lebih dalam) bersikat melainkan ghibba (diselang-seli). Begitu juga dalam sebuah hadith lain, Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah melarang al-Irfah: 
(كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا عَنِ الْإِرْفَاهِ).
Menurut al-Tayyibi, al-irfah membawa maksud berlebih-lebihan dalam bersikat dan menggunakan minyak rambut (Sharh al-Tayyibi, 1997). Abu al-Fadl al-Qurtubi menjelaskan bahawa perbuatan berlebih-lebihan dalam bersikat dan meminyak rambut ini adalah perbuatan seakan mirip perlakuan perempuan yang terlalu suka berhias dlm menjaga penampilan diri (Ikmal al-Mu’lim, 1998). Maksudnya janganlah sampai kita setiap lima minit pergi ke tandas untuk melihat kedudukan rambut kita, apakah masih tegak terpacak dan berkilat.
4. Baginda SAW turut mengenakan pakaian yg baik dan cantik. Dalam hadith yang sahih, Rasulullah dikatakan menggemari al-Hibarah, iaitu sejenis pakaian dari kain lembut yang diperbuat daripada Yaman. 
كَانَ أَحَبُّ الثِّيَابِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَلْبَسَهَا الحِبَرَةَ
Al-Qurtubi menjelaskan bahawa pakaian ini dinamakan al-hibarah kerana sifatnya yang berbentuk perhiasan (al-tazyin). Menurut al-Daudi, kain tersebut berwarna hijau. Manakala al-Munawi pula menjelaskan bahawa Baginda menggemari pakaian ini kerana sifatnya yang cantik dan selesa dengan tubuh Baginda. Daripada huraian tersebut jelas bahawa Baginda menjaga penampilan diri dengan memilih pakaian yang kelihatan baik serta selesa untuk dipakai, tidak menjejaskan kesihatan serta tidak terlalu obsess.
-sanusi.