Tuesday 31 July 2012

target!!!! chai yok!!!

Alhamdulillah tengah hari tadi dapat juga berjumpa dengan my lecturer Dr. Radwan Jamal El-Athrasy hafizahullah...

semester lepas (sem 2) ada amek subjek lagi dengan Dr. Radwan, subjek manahijul mufassireen... so kena buat assignments.. salah satu esaimen mengenai tikrar ayat mutashabihaat... masa buat tu, ada tengok kitab-kitab seperti mu'jam alfaazul quran, alfaazul quran al-kareem dan sebagainya..tapi di dalam sana masih banyak ayat2 yang tidak ada... so dari situ berazam dalam diri untuk membukukan tentang ini...

Alhamdulillah petang tadi p jumpa Dr untuk tanya tentang plan ni dari semester lepas untuk membukukan assignment tikrarul aayat mutasyabihat fil quran... dan nak compailkan semua esaimen kawan2 sem lepas dan akan minta keizinan kepada mereka dulu.... insha Allah...

Dr. sangat happy, katanya selama dia mengajar, inilah baru pertama kali student datang tanya pandangan Dr, dan esaimen kelasnya tuk dibukukan... I am so proud with u... (Alhamdulillah rasa happynya sebab Dr rasa bangga dengan diriku ini...rasa bersemangat terkobar-kobar...semangat tuk menulis)...

dan aku minta Dr emailkan semua esaimen kawan2 tuk dikompailkan menjadi buku..dan insha Allah nama Dr akan diletakkan di dalam sebagai penasihat dan juga editor ;-).... masa aku minta Dr emailkan esaimen tu, tengok muka Dr berubah..(ingat Dr. tak bagi atau sebagainya.. eh! rupa-rupanya kata Dr. esaimen diaorang kurang bagus, tapi takpa nnati saya tengok dan pilih dulu kemudian baru emailkan kat kamu...) Alhamdulillah ya Allah...

so sekarang kena bersemangat...banyak benda yang nak kena buat...

kawan ajak join conference kat uniza bulan 12 ni insha Allah, last submit abtrsct 1st sept ni...huhuhu apa2 pon tak buat lagi... katanya buat ja tajuk thesis tu... tengok laa macam mana..lecturer law yang nak kena jumpa, tak p jumpa-jumpa lagi huhuhu

hai... keja Dr. Amilah pon tak buat2 lagi... artikel... gara-gara laptop tak sehat..(salah laptop plak...)

disertation yang dulu nak dibuku kan pon tak siap2 menait lagi... biasala dulu mana ada lagi yang namanya tumdrive, pendrive dan seangkatan dengannya...dolu-dolu disket ja... so tak da la softcopy nya..yang ada hardcopy yang dah dibindingkan... ermm baru taip nak masuk bab 2... dah tersangkut...

banyak plan, tapi tak gerak-gerak... so bermula saat ni..bersemangat...chai yok...chai yok... chai yok....

insha Allah...
dah masuk hari ke 12 ramadhan, ya Allah rasa sekejapnya masa berlalu... ada rasa sedih di hati.. اللهم بارك لنا في رمضان... اللهم بارك لنا في رمضان... اللهم بارك لنا في رمضان...

Tuesday 10 July 2012

Bolehkah puasa selepas 15 Sya'ban?

Dalil-dalil yang melarang
إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا
“Jika telah sampai kepada separuh Sya’ban, maka janganlah kalian berpuasa.” (HR. at-Tirmizi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)
Dalam lafaz lain,
إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ
“Jika telah separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah no. 1651)
Dalam lafaz yang lain lagi,
إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ
“Jika telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tahanlah diri daripada berpuasa hingga tibanya bulan Ramadhan.” (HR. Ahmad)
Penilaian ulama’ hadis.

Ulama’-ulama’ yang mensahihkan hadis-hadis ini ialah: At-Tirmizi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, At-Tahawi, dan Ibnu ‘Abdil Barr. Di antara ulama terkemudian yang mensahihkannya adalah Syaikh Al-Albani rahimahullah.
Ulama’-ulama’ yang menolak hadis di atas pula dan menganggap ia mungkar ialah: adalah ’Abdurrahman bin  Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah Ar-Rozi, dan Al-Atsrom.
Hadis-hadis di atas dianggap mungkar oleh mereka kerana ia bertentangan dengan hadis larangan berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Larangan tersebut menunjukkan bolehnya berpuasa selepas 15 Sya’ban.
لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ
“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (HR. Muslim no. 1082

Al-Atsrom berkata:“Hadis larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban bertentangan dengan hadis lainnya. Ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri berpuasa di bulan Sya’ban seluruhnya (kebanyakan harinya) dan baginda melanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Hadis di atas juga bertentangan dengan hadis yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadis tersebut adalah hadis yang syadz, bertentangan dengan hadis yang lebih kuat.”
At-Tahawi menyatakan bahawa hadis larangan berpuasa setelah separuh Sya’ban adalah hadis yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan At-Tahawi menceritakan bahawa telah ada ijma’ (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadis tersebut. Dan kebanyakan ulama memang tidak mengamalkan hadis tersebut.

Akan tetapi Imam Syafie dan ulama’-ulama’ mazhab Syafie serta sebahagian ulama Hanbali yang terkemudia berpendapat bahawa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa Isnin-Khamis), boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 244-245)

Pendapat yang tepat dalam masalah ini adalah tidak ada masalah puasa setelah pertengahan Sya’ban kerana hadis larangan tersebut termasuk hadis lemah, apatah lagi jika pelakunya memang biasa berpuasa.


Larangan berpuasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.” (HR. Muslim no. 1082)

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga bentuk:

Pertama, jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.

Kedua, jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dikerjakan, atau membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.

Ketiga, jika berniat berpuasa sunnah semata, maka ulama yang mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan melarang hal ini walaupun itu mencocoki kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Imam Hasan al-Basri.

Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak. Ini berdasarkan teks hadis di atas.  Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa –seperti puasa Isnin-Khamis-, maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 257-258)


Kenapa ada larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan?

Pertama, jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadhan yang tidak dituntunkan.

Kedua, agar memisahkan antara puasa wajib dan puasa sunnah. Memisahkan antara amalan yang wajib dan sunnah adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagaimana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menyambungkan solat wajib dengan solat sunnah tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu.

(Lihat Lathoif Al Ma’arif, 258-259)

Tulisan asal Ustaz Muhammad Abdul Tuasikal.
http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/hukum-puasa-setelah-pertengahan-syaban.html