Saturday 23 March 2013

Mari Perbanyakkan Selawat Dengan Membaca Selawat Yang Benar






قال البخاري عند تفسير هذه الاَية: حدثنا سعيد بن يحيى بن سعيد, أخبرنا أبي عن مسعر عن الحكم عن ابن أبي ليلى. عن كعب بن عجرة قال: قيل يارسول الله أما السلام عليك فقد عرفناه, فكيف الصلاة ؟ قال: «قولوا اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد».

al-Bukhari berkata di dalam tafsirnya kepada ayat ini:


Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah, dia berkata: Di katakan, wahai rasulullah SAW, adapun tentang memberi salam kepadamu, sesungguhnya kami telah mengetahuinya, bagaimana dengan berselawat? Berkata Rasulullah SAW: Katakanlah : Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

وقال الإمام أحمد: حدثنا محمد بن جعفر, حدثنا شعبة عن الحكم قال: سمعت ابن أبي ليلى قال: لقيني كعب بن عجرة فقال: ألا أهدي لك هدية ؟ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلنا: يا رسول الله قد علمنا أو عرفنا كيف السلام عليك, فكيف الصلاة ؟ فقال: «قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد» وهذا الحديث قد أخرجه الجماعة في كتبهم من طرق متعددة عن الحكم وهو ابن عتيبة, زاد البخاري وعبد الله بن عيسى كلاهما عن عبد الرحمن بن أبي ليلى فذكره.

Imam Ahmad berkata: Ibn Abi Layla berkata: Ka’ab bin ‘Ujrah berjumpakau dan berkata: Tidak patutkah aku memberikan kamu hadiah? Telah keluar Rasulullah SAW kepada kami dan kami berkata: Wahai Rasulullah SAW kami telah tahu bagaimana untuk menyampaikan salam kepada kamu, bagaimana dengan selawat? Kata Rasulullah SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Hadith ini diwayatkan oleh Jamaah di dalam kitab mereka dengan sanad yang berbeza-beza.

وقال ابن أبي حاتم: حدثنا الحسن بن عرفه, حدثنا هشيم بن بشير عن يزيد بن أبي زياد, حدثنا عبد الرحمن بن أبي ليلى عن كعب بن عجرة قال: لما نزلت {إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً}, قال: قلنا يا رسول الله قد علمنا السلام عليك, فكيف الصلاة عليك, قال «قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم.إنك حميد مجيد, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيهم, إنك حميد مجيد» وكان عبد الرحمن بن أبي ليلى يقول وعلينا معهم. ورواه الترمذي بهذه الزيادة, ومعنى قولهم أما السلام عليك فقد عرفناه هو الذي في التشهد, الذي كان يعلمهم إياه كما كان يعلمهم السورة من القرآن, وفيه السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته.

Berkata Ibn Abi Hatim: Ka’ab bin ‘Ujrah berkata: Ketika turunnya ayat { Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah dan ucaplah salam ke atasnya}, kami berkata: Ya Rasulullah SAW sesungguhnya kami telah tahu memberi salam ke atas kamu, bagaimanakah pula berselawat kepada kamu. Jawab baginda SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana telah engkau berikan rahmat ke atas Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung. Dan adalah Abdul Rahman bin Abi Laili berkata ‘dan ke atas kami bersama mereka’. at-Tirmizi meriaywatkan dengan tambahan ini. Maksud kata mereka ‘ kami telah mengetahui salam ke atas kamu’, ia adalah di dalam tasyahhud, yang Nabi SAW mengajar mereka sebagaimana mengajar mereka surah dari al-Quran, padanya ada ‘ Salam, rahmat Allah dan berkatnya ke atas kamu wahai nabi’.

(حديث آخر) قال البخاري: حدثنا عبد الله بن يوسف, حدثنا الليث عن ابن الهاد عن عبد الله بن خباب, عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قلنا يا رسول الله هذا السلام, فكيف نصلي عليك ؟ قال «قولوا اللهم صل على محمد عبدك ورسولك, كما صليت على آل إبراهيم, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم» قال أبو صالح عن الليث: على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم. حدثنا إبراهيم بن حمزة, حدثنا ابن أبي حازم والداوردي عن يزيد يعني ابن الهاد قال: كما صليت على إبراهيم, وبارك على محمد وآل محمد كما باركت على إبراهيم وآل إبراهيم. وأخرجه النسائي وابن ماجه من حديث ابن الهاد به.

Berkata al- Bukhari:

Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, dia berkata: Kami berkata "Wahai rasulullah SAW, ini adalah salam kepadamu, maka bagaimanakah kami berselawat kepadamu? Rasulullah SAW berkata: Katakanlah ‘ Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad hambaMu dan rasulMu, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Berkata Abu Soleh bahawa Laith berkata: ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim. Ibrahim bin Hamzah memberitahu bahawa Ibn Abi Hazm dan al-Dawardi menyatakan bahawa Yazid iaitu Ibn al-Had berkata: Sebagaimana Engkau memberi rahmat kepada Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. an-Nasai dan Ibn Majah juga meriwayatkannaya daripada hadith Ibnu al-Had.

(حديث آخر) قال الإمام أحمد: قرأت على عبد الرحمن مالك عن عبد الله بن أبي بكر عن أبيه عن عمرو بن سليم أنه قال: أخبرني أبو حميد الساعدي أنهم قالوا: يا رسول الله كيف نصلي عليك ؟ قال «قولوا اللهم صل على محمد وأزواجه وذريته, كما صليت على إبراهيم, وبارك على محمد وأزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد» وقد أخرجه بقية الجماعة سوى الترمذي من حديث مالك به.

Berkata Imam Ahmad: Dari Abu Humaid as-Sa’adi adalah mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Jawab baginda SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, isteri-isterinya, dan zuriatnya sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad, isteri-isterinya, dan zuriatnya sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

(حديث آخر) قال مسلم: حدثنا يحيى بن يحيى التميمي قال: قرأت على مالك عن نعيم بن عبد الله المجمر أخبرني محمد بن عبد الله بن زيد الأنصاري قال: وعبد الله بن زيد هو الذي كان أري النداء بالصلاة, أخبره عن أبي مسعود الأنصاري قال: أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن في مجلس سعد بن عبادة, فقال له بشير بن سعد: أمرنا الله أن نصلي عليك يا رسول الله, فكيف نصلي عليك ؟ قال: فسكت رسول الله حتى تمنينا أنه لم يسأله, ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم في العالمين, إنك حميد مجيد, والسلام كما قد علمتم» وقد رواه أبو داود والترمذي والنسائي وابن جرير من حديث مالك به. وقال الترمذي: حسن صحيح.

Muslim berkata: Abu Mas’ud al-Ansori berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah SAW dan kami bersama Sa’ad bin ‘Ubadah. Bashir bin Sa’id berkata kepadanya: Allah SWT memerintahkan kami untuk berselawat ke atas kamu wahai rasulullah SAW, maka bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Rasulullah SAW mendiamkan diri hingga kami berharap dia tidak menyoalnya, kemudian baginda SAW berkata: Katakanlah Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim di alam ini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Dan salam adalah sebagaimana yang kamu tahu. Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai’ dan Ibn jarir meriwayatkannya dari hadith Malek. Berkata at-Tirmizi: Hasan Sahih.

Sila lihat tafsir Ibnu Kathir, tafsir bagi surah al-Maidah; 33:56. Lihat bagaimana para sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimanakah cara mereka untuk berselawat kepada baginda SAW. Jika bolehlah mereka-reka selawat sebagaimana yang di dakwa dilakukan oleh para sahabat, maka buat apalah mereka bertanya bagaimana mahu berselawat kepada Rasulullah SAW.

Selawat-selawat yang diriwayatkan secara sahih daripada sahabat ra menunjukkan bahawa selawat itulah yang di ajar oleh baginda saw. Sebagaimana selawat Ibn Mas’ud yang masyhur di dalam solat di mana selepas kewafatan baginda saw maka, mereka tidak lagi membaca ‘as-salamu’alaika’ akan tetapi mereka para sahabat ra membaca ‘as-salamu’alan nabi’. Selawat ini bukanlah rekaan mereka sebaliknya adalah tawqif kepada baginda saw kerana seperti tersebut di atas merekalah yang meminta Rasulullah SAW mengajarkan kepada mereka selawat.

Mereka iaitu para sahabat ra tidak pula tersebut di dalam riwayat-riwayat tersebut bahawa mereka mereka-reka atau mencipta-cipta selawat yang baru. Yang disebut mereka membaca, mereka mengajar tetapi tidak disebut mereka mencipta atau mereka-reka selawat.

Maka untuk apalah kita meninggalkan selawat-selawat yang sahih di amalkan oleh para sahabat ra dan mengambil pula selawat-selawat yang tidak ada asalnya. Kembalilah kepada sunnah. Jangan biarkan diri kita diselubungi amalan yang misteri…
sumber: http://lobaitampin.blogspot.com/2011/03/mari-perbanyakkan-selawat-dengan.html

Mengasihi Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam terzahir dalam pelbagai bentuk


Mengasihi Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam terzahir dalam pelbagai bentuk. Sudah tentu, yang tertinggi itu adalah pada mengamalkan Sunnah baginda, serta menjauhi apa yang baginda tidak suka.

Dalam suasana masyarakat banyak bergantung kepada orang tengah untuk memahami Sunnah, boleh terjadi secara sedar atau tidak sedar, kita terkeliru antara cinta kita kepada baginda sallallaahu alayhi wa sallam dan cinta kita kepada orang tengah itu.

Cinta yang keliru itu akan teruji, apabila terjadinya percanggahan antara keduanya.

Justeru, jika ada yang suka membaca buku saya, membaca blog saya, mengikuti ceramah saya, dan menjadi 'peminat' saya, andai diterangkan oleh sesiapa bahawa ada isi kandungan tulisan atau ucapan saya yang menyalahi Sunnah Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, jangan teragak-agak untuk meninggalkan saya dan mengutamakan baginda.

Mungkin saya kelihatan jahil kerana kesalahan tersebut, lemah kerana kesilapan berkenaan, janganlah dipujuk-pujuk saya hingga saya berat hati untuk mengakui kesalahan dan kesilapan itu.

Saya sama seperti kita semua, kita faqir menuju Dia.

Semoga saya dipandang sebagai umat baginda sallallaahu alayhi wa sallam di Lautan Mahsyar yang tidak bertepi itu, ameen

dari: fb; UHAJ
Mengasihi Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam terzahir dalam pelbagai bentuk. Sudah tentu, yang tertinggi itu adalah pada mengamalkan Sunnah baginda, serta menjauhi apa yang baginda tidak suka.

Dalam suasana masyarakat banyak bergantung kepada orang tengah untuk memahami Sunnah, boleh terjadi secara sedar atau tidak sedar, kita terkeliru antara cinta kita kepada baginda sallallaahu alayhi wa sallam dan cinta kita kepada orang tengah itu.

Cinta yang keliru itu akan teruji, apabila terjadinya percanggahan antara keduanya.

Justeru, jika ada yang suka membaca buku saya, membaca blog saya, mengikuti ceramah saya, dan menjadi 'peminat' saya, andai diterangkan oleh sesiapa bahawa ada isi kandungan tulisan atau ucapan saya yang menyalahi Sunnah Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, jangan teragak-agak untuk meninggalkan saya dan mengutamakan baginda.

Mungkin saya kelihatan jahil kerana kesalahan tersebut, lemah kerana kesilapan berkenaan, janganlah dipujuk-pujuk saya hingga saya berat hati untuk mengakui kesalahan dan kesilapan itu.

Saya sama seperti kita semua, kita faqir menuju Dia.

Semoga saya dipandang sebagai umat baginda sallallaahu alayhi wa sallam di Lautan Mahsyar yang tidak bertepi itu, ameen

Thursday 21 March 2013

Kesalahan Menggugurkan Selawat dan Salam Dalam Pengucapan dan Penulisan.



Petikan dari Tulisan Akhuna Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dari Blognya: http://saifulislam.com/?p=870 Jazahullahu Khaira. Semoga bermanfaat buat Umat yang mencintai & menyayangi Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa aalihi wa sahbihi wasallam.
Abu Anas telah membuat catatan tentang Kelebihan Selawat dan memahami maknanya boleh dibaca di: http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html


Kuliah Abu Anas yang berkaitan dengan tajukm ini:

Kita disyariatkan untuk berselawat kepada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam semasa bersolat di dalam bacaan tasyahhud. Juga semasa berucap, berdoa dan beristighfar. Demikian juga selepas azan, semasa masuk dan keluar masjid dan ketika baginda disebut dalam situasi-situasi yang lain.

Ibnu Solah di dalam Muqaddimah Ibnu Solah menyebut di dalam Bab 25 “Pada Menulis Hadith dan Kaedah Penulisan Serta Tuntutan-tuntutannya”, beliau berkata:
Ke-9: Hendak seseorang itu memelihara penulisan selawat dan salam ke atas Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa menyebut baginda. Tidak menjadi sesuatu yang menyakitkan untuk ia dilakukan secara berulang-ulang kerana ia adalah manfaat agung yang segera hadir buat mereka yang belajar hadith serta menulisnya. Barangsiapa yang cuai daripada melaksanakannya, maka terhalanglah dirinya daripada mendapat kurniaan yang besar.

Ibnu Solah juga menegaskan tentang pentingnya memuji Allah semasa menyebut nama-Nya, seperti pujian Azza wa Jalla dan Tabaraka wa Ta’aala dan yang seumpama dengannya.
Katanya, “dan hendaklah dijauhkan perbuatan memuji itu dengan dua kaedah yang cacat iaitu sama ada (i) menulisnya dengan akronim menggunakan satu dua huruf dan yang seumpama dengannya, atau pun (ii) menulisnya secara tidak lengkap seperti berselawat “sallallaahu alayhi”, dan meninggalkan “wa sallam”
Ibnu Solah mendatangkan riwayat yang direkodkan daripada Hamzah al-Kanani rahimahullah (meninggal dunia 357H) , beliau berkata, “pernah semasa aku menulis, tatkala aku mencatat NABI, aku ikuti dengan “sallallaahu alayhi” dan aku tidak menulis “wa sallam”. Aku telah melihat Nabi sallallaahu alayhi wa sallam di dalam mimpiku dan baginda berkata kepadaku, “mengapakah engkau tidak menyempurnakan selawat ke atasku?” Semenjak itu aku tidak pernah lagi menulis “sallallaahu alayhi” melainkan akan kusempurnakan ia dengan sebutan “wa sallam”.
Ibnu Solah juga berkata, “adalah tidak disukai perbuatan meringkatkan sebutan selawat itu kepada “alayhi al-salam”, Wallahu A’lam.

Al-Allamah Al-Sakhawi rahimahullah menyebut di dalam kitabnya Fath al-Mughith Sharh Alfiyyah al-Hadith li al-Iraqi, “Hindarilah wahai penulis (membuat simbul / akronim) untuknya) yakni selawat dan salam ke atas Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dalam penulisan kamu dengan meringkaskan ia kepada dua huruf dan yang seumpama dengannya kerana ia adalah cacat, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al-Katati serta orang-orang yang jahil daripada para Ajam dalam kebanyakan keadaan serta di kalangan pelajar-pelajar. Mereka menggantikan selawat sallallaahu alayhi wa sallam kepada (ص) atau pun ( صم ) atau (صلعم ), yang mana perbuatan itu cacat ganjarannya kerana cacatnya cara menulis, menyalahi apa yang lebih utama.

Al-Imam Al-Suyuti rahimahullah turut menyebut perkara yang sama di dalam kitabnyaTadreeb al-Rawi fi Sharh Taqrib al-Nawawi. Katanya, “Adalah tidak disukai perbuatan memendekkan penyebutan selawat dan salam di sini dan di setiap catatan yang disyariatkan padanya selawat sebagaimana yang terdapat di dalam Sharh Sahih Muslim dan lain-lainnya. Ini adalah kerana firman-Nya, “dan berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna” )ِ(Al-Ahzaab 33: 56)” sehingga kepada kata-katanya, “Dan tidak disukai perbuatan menggunakan simbol untuk selawat dan salam itu di dalam penulisan dengan menulis satu huruf atau dua huruf seperti (صلعم ), bahkan hendaklah menulis kedua-duanya dengan lengkap dan sempurna.
Ini adalah terjemahan saya kepada pendapat-pendapat ulama muktabar yang dinukilkan oleh Sheikh Bin Baz di dalam Majmu’ Fatawa beliau. Kelemahan dalam penterjemahan adalah kelemahan saya dan terbuka kepada penambah baikan dan pembetulan.

Sebahagian penerbit di dalam pasaran industri buku kita menggugurkan SEMUA selawat dengan berpada meletakkan galakan selawat dalam satu pesanan di awal naskhah....
Untuk Meneruskan bacaan tulisan Ustaz Hasrizal, sila ke: http://saifulislam.com/?p=870

 Firman Allah Subahanahu wa ta'aala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al-Ahzaab 33: 56)
HASRIZAL @ 43000 BSP.

Wednesday 20 March 2013

Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk



Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB). Jadi pihak PENDAKWAH ISLAM berasa bertanggungjawab untuk mendapatkan jawapan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati .
Di bawah ulasan ringkas Akhi Al-Aziz Ustaz Adlan Abdul Aziz dalam blognya.
Isyarat Dengan Ibu Jari atau Jari Telunjuk?
Secara ringkas, ada sebahagian pihak yang membangkitkan isu ini iaitu 'tidak boleh' mengisyaratkan sesuatu atau seseorang dengan menggunakan ibu jari sebagaimana sebahagian masyarakat kita lakukan. Isyarat tersebut dianggap sebagai ajaran Yahudi. Lalu isyarat yang sedemikian mesti digantikan dengan isyarat menggunakan jari telunjuk kerana itu adalah Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mungkin penjelasan berikut dari saya yang serba kekurangan ini mampu membuat kita semua berfikir sebelum menerima dakwaan sebegini atau dakwaan lain yang mengaitkan sesuatu perbuatan dengan hukum atau dengan agama.

1- Menyatakan isyarat dengan ibu jari sebagai amalan Yahudi perlukan bukti. Bukanlah dengan mudah kita labelkan sesuatu itu diamalkan oleh segolongan atau sesuatu agama.

2- Kalau dilihat dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith yang sahih dan masyhur, belum ditemui (sekadar pencarian yang mampu) wujudnya kenyataan yang menisbahkan cara begitu (isyarat dengan ibu jari) adalah perbuatan Yahudi.

3- Sekadar pencarian juga, pihak yang mendakwa cara begitu adalah cara Yahudi juga tidak membawa mana-mana Hadith untuk dibincangkan tetapi sekadar secara umum dan juga membawa fatwa seorang ahli ilmu yang tidak diketahui siapa namanya dan bilakah 'fatwa' itu dikeluarkan. Semuanya dalam keadaan 'tidak dikenali' dan 'tidak diketahui'.

4- Apabila melihat pula isyarat dengan jari telunjuk, memang ia wujud dalam Hadith secara umum seperti ketika tasyahud/tahiyat [Sahih Muslim], ketika Rasulullah s.a.w. memberitahu dekatnya hari kiamat (dijarakkan antara jari telunjuk dan jari tengah) [Sahih Bukhari], ketika Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan waktu fajar sadiq (dengan dua jari telunjuk dipanjangkan) [Sahih Bukhari] dan sebagainya. Namun secara khusus untuk mengisyaratkan kepada seseorang atau sesuatu, juga tiada ditemui secara khusus (sekadar pencarian yang mampu), wAllahu a'lam.

5- Bagaimanapun terdapat satu Hadith dalam Kitab 'asy-Syamaail al-Muhammadiyyah'  [no.225, bab Bagaimana Percakapan Rasulullah s.a.w.] yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. apabila mengisyaratkan sesuatu atau seseorang, Nabi s.a.w. menggunakan seluruh tapak tangannya iaitu semua jari-jarinya. Namun begitu tiada ulama (sekadar ditemui) yang menyatakan 'wajib' mengisyaratkan dengan semua tapak tangan atau semua jari. Ia lebih kepada keterbukaan untuk melakukannya atau tidak.

6- Maka jika kedudukan isyarat dengan ibu jari masih tidak dapat dipastikan 'haram' atau benarkah ia 'amalan Yahudi'. Begitu juga jika kedudukan mengisyaratkan dengan jari telunjuk kepada sesuatu atau seseorang juga tidak ditemui dengan jelas dan terang dalam Hadith Sahih, maka tidak patut untuk kita mengharamkan salah satunya atau mewajibkan salah satu dari keduanya. Keduanya boleh digunakan, wAllahu a'lam.

7- Nasihat untuk diri saya dan pembaca - untuk menyatakan sesuatu itu 'haram', 'bid'ah', 'amalan Yahudi' dan sebagainya perlukan kepada bukti/dalil dan juga huraian dan fatwa ulama yang masyhur dan terkenal sepanjang zaman. Begitu juga untuk menyatakan sesuatu perbuatan sebagai 'sunnah' atau 'wajib dibuat' juga perlukan bukti dan huraian ulama. Berhati-hati adalah yang terbaik dan jangan gopoh membuat kesimpulan.

Semoga penerangan ini membantu kajian kita seterusnya. Mohon dipanjangkan kepada penulis sekiranya ada kesalahan atau info baru. Insya Allah akan diubah apa yang salah dan dibetulkan. Jazakumullah.

Adlan Bin Abd Aziz

Sunday 17 March 2013

Bahagian 6: Tafsir surah an-Nur ayat 6 - 10

Dalam ayat 6 - 9 membincangkan tentang hukum li'an.

     Daripada [merupaka riwayat sahabat] *Ibn 'Abbas radhiayallahu anh bahawa seorang lelaki bernama Hilal bin Umayyah telah membuat tuduhan zina ke atas isterinya di hadapan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Tunjukkan buktinya taupun engkau akan dikenakan had (hukum) sebat di atas belakangmu". Maka Hilal pun menjawab: "Kalaulah salah seorang daripada kita melihat isterinya berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki lain, maka perlukah juga ditunjukkan buktinya? Demi Allah yang telah mengutuskan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dengan membawa kebenaran saya bercakap benar. Saya mohon Allah subhanahu wa ta'ala menurunkan suatu ayat al-Quran yang menyebabkan saya terlepas daripada dijatuhkan hukum sebat ini; maka turunlah ayat 6 daripada suran an-Nur ini. [Sahih Bukhari dan Muslim]

*Ibn 'Abbas merupakan sepupu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam wafat beliau berumur dalam belasan tahun. Beliau dilahirkan ketika berlakunya pengepungan Bani Abi Thalib.
Ayat 6

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar". [24: 6]

Ayat 7

     وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ 
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. [24: 7]

Ayat 8

وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta". [24: 8]

Ayat 9

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar". [24: 9]

    Ayat sebelum ini Allah subhanahu wa ta'ala telah menerangkan tentang pertuduhan yang tiada kaitan antara suami dan isteri. Kemudian ayat 6-9 Allah menerangkan tentang hukuman terhadap suami atau isteri yang menuduh pasangan masing-masing melakukan zina. Dan hal ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam.
    Sekiranya suami atau isteri yang menuduh pasangannya melakukan zina, maka hendaklah mereka membawa  empat orang saksi. Sekiranya tidak mampu untuk mendatangkan empat orang saksi, maka akan dikenakan hukuman hudud sebanyak 80 kali sebatan, tetapi, jika tidak mampu juga, maka suami atau isteri wajib bagi mereka untuk bersumpah dengan sumpah li'an. [Sekiranya suami / isteri yang melihat dengan mata sendiri bahawa pasangan masing-masing telah melakukan zina]. 
   Sumpah li'an iaitu suami atau isteri masing-masing melakukan sumpah laknat terhadap pasangan masing-masing sebanyak lima kali dan mengakui bahawa diri mereka tidak bersalah. Suami hendaklah bersumpah sebanyak empat kali dengan mengatakan: 
 أشهد بالله إني لصادق فيما رميتها به من الزنى
Ertinya: "Aku bersaksi atas diriku demi Allah, sesungguhnya aku benar di atas tuduhanku bahawa isteriku berzina".

dan sumpah yang kelima dengan mengatakan bahawa:
"Aku redha laknat Allah ke atasku, sekiranya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berdusta".

Dan sumpahan laknat isteri sebanyak empat kali juga, dengan mengatakan:

 أشهد بالله بأنه لكاذب فيما رماني به من الزنى
Ertinya: "Aku bersaksi atas diriku demi Allah, bahawa suamiku telah berdusta dan menuduh aku telah berzina".

dan sumpah yang kelima dengan mengatakan bahawa:
  "Sesungguhnya aku redha kemurkaan Allah ke atas diriku, sekiranya suamiku benar".

* Kenapa mesti kena lakukan sumpah laknat ini?
Kerana untuk melepaskan diri dari hukuman hudud sebanyak 80 kali sebatan, kerana suami tidak dapat membawa empat orang saksi.
* Laknatالطرد من رحمة الله : "Jauh dari rahmat Allah".
* Sumpah laknat: ialah merelakan diri untuk menjauhkan diri dari rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.

   Orang yang berani melakukan sumpah laknat ini, mereka bersedia untuk tidak menerima rahmat Allah. Sekiranya Allah tidak memberi rahmayNya kepada kita, kita tidak mampu sedikit pun untuk membuka kelopak mata, mmenggerakkan jadi dan sebagainya. Setiap gerakan kita ini adalah rahmat dariNya.

   Peristiwa ini pernah berlaku di zaman Nabi sallahu 'alaihi wasallam, dan ini merupakan sebab berlakunya turun ayat surah an-Nur ini (dalam istilah 'ulumul Quran; ini dinakan sebagai asbabun nuzul aayah) dan diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنّ هلال بن أمية رضي الله عنه قذف امرأته عند النبي صلّى الله عليه وسلّم بشريك بن سحماء فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: «البينة أو حدّ في ظهرك» فقال: يا رسول الله! إذا رأى أحدنا على امرأته رجلا ينطلق يلتمس البينة، فجعل النبي صلّى الله عليه وسلّم يقول: «البينة أو حدّ في ظهرك»  فقال: والذي بعثك بالحق إني لصادق، ولينزلن الله تعالى ما يبرئ ظهري من الحد، فنزل جبريل عليه الصلاة  والسلام، وأنزل عليه. {وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْواجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَداءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ} حتى بلغ: {إِنْ كانَ مِنَ الصَّادِقِينَ} فانصرف النبي صلّى الله عليه وسلّم، فأرسل إليهما، فجاء هلال فشهد، والنبي صلّى الله عليه وسلّم يقول: «الله يعلم أنّ أحدكما كاذب، فهل منكما تائب؟» ثم قامت فشهدت، فلما كانت عند الخامسة وقفوها وقالوا لها: إنّها موجبة. قال ابن عباس رضي الله عنهما فتلكأت ونكصت، وظننا أنها ترجع، ثم قالت: والله لا أفضح قومي سائر اليوم، فمضت، فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: «أبصروها. فإن جاءت به أكحل العينين، سابغ الأليتين، خدلج الساقين، فهو لشريك بن سحماء» فجاءت به كذلك، فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: «لولا ما مضى من كتاب الله تعالى لكان لي ولها شأن».   [رواه البخاري وأبو داود والترمذي]                                         ء
Ertinya: "Dari Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh bahawa Hilal bin Umaiyah menuduh isterinya berzina dengan Syuraik bin Sahmak. Maka Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Hilal, diminta untuk membawa saksi atau akan dikenakan hukuman sebat. Hilal berkata: "Ya Rasulullah, jika seorang suami yang melihat isterinya berzina dengan lelaki lain dengan matanya sendiri, apakah perlu membawa saksi yang lain?". Nabi bersabda lagi: diminta untuk membawa saksi atau akan dikenakan hukuman sebat. Hilal berkata: "Demi zat yang mmengutuskanmu dengan hak, sesungguhnya aku benar dan sesungguhnya Allah akan menurunkan ayat yang membebaskan aku daripada dikenakan hukuman sebat". Kemudian Jibril menurunkan ayat [surah an-nur, ayat 6-9]. Nabi sallahu 'alaihi wasallam beredar, kemudian baginda mengutuskan seseorang untuk memanggil Hilal dan isterinya. Hilal pun datang, lalu bersaksi. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa salah seorang di antara kamu berdusta. Apakah di antara kamu ada yang mahu bertaubat?". Kemudian isteri Hilal bangkit, lalu dia pun bersaksi. setelah pada kesaksian kelima, orang-orang yang hadir menyuruhnya berhenti. Mereka berkata: "Sesungghunya kesaksian itu pasti terbukti". Ibnu 'Abbas berkata: "Kemudian wanita (isteri Hilal) itu diam dan menarik diri dari sikapnya sehingga kami mengira bahawa dia akan pulang". Kemudian wanita itu berkata: "Aku tidak akan pernah mempermalukan kaumku". Wanita itu pun berlalu. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perhatikanlah wanita itu. Jika dia melahirkan bayi yang kedua matanya celak, kedua pinggulnya besar, dan kedua betisnya bengkok, bererti anak itu adalah anak Syuraik bin Sahmak". Ternyata dia melahirkan anak yang demikian. Kemudia Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika tiada ketetapan Allah yang telah berlaku, nescaya aku dan wanita itu memiliki persoalan".

    Sumpahan yang dilakukan oleh Hilal dan isterinya dilakukan setelah solat asar, dan beberapa sabahat berkumpul di masjid bagi menyaksikan peristiwa ini. Setelah Hilal bersumpah empat kali, Nabi sallahu 'alaihi wasallam berpesan kepadanya: "Sesungguhnya Allah mengetahui di antara kamu ada yang berdusta". Kemudian Hilal terus melakukan sumpahan yang kelima. Begitu juga dengan giliran isterinya, apabila selesai empat kali sumpahan, Nabi sallahu 'alaihi wasallam berpesan seperti tadi juga. Setelah mereka selesai melakukan sumpahan tersebut, lalu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memisahkan mereka selama-lamanya. 

Ayat 6 dan 7; merupakan sumpahan li'an suami, manakala ayat 8 dan 9 merupakan sumpahan isteri.

    Kenapa Allah subhanahu wa ta'ala menurunkan ayat li'an ini? [Selain untuk memisahkan suami dan isteri selama-lamanya];
    Adalah kerana untuk menafikan anak yang dikandung oleh si isteri. [anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bekas suami].

* Li'an: Boleh dinafikan nasab anak.
* Talak: Tidak boleh dinafikan nasab anak.

     Pendapat Abu al-Su'ud tentang ayat ini: Sebagai jawapan yang tersirat kepada ayat ini ialah; "Kalau tidak kerana Allah subhanau wa ta'ala bersikap kasihan kepada kamu descaya kamu akan ditimpa hukuman yang di luar jangkaan kamu, iaitu nescaya suami yang membuat tuduhan itu dijatuhkan hukuman qazaf walaupun pada zahirnya mungkin dia benar, tetapi dia terlibat dalam kes membuat tuduhan tanpa saksi. Dan kalaulah tuduhan suami itu menyebabkan si isteri terpaksa dijatuhi hukuman rejam, maka isterinya akan hilang kemuliaan tarafnya dan menjadi teraniaya. Dan kalaulah sumpah balas isteri itu dijadikan sebab bahawa suaminya dijatuhkan hukuman sebat, maka suami itu pula yang akan hilang taraf kemuliaannya, maka alangkah bijaksana hukuman yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala ini, dan betapa tinggi hikmanya". [Tafsir Mubin, 4: 231]

Ayat 10:

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ
Ertinya: "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi)". [24: 10]

      Ayat ini menerangkan bahawa jika tidak kerana rahmat Allah tidak mungkin hal yang buruk akan terjadi. Ini bermaksud untuk melukiskan bahawa betapa besarnya anugerah Allah subhanahu wa ta'ala kepada hambaNya sehingga akibat buruk yang merupakan ancaman tersebut tidak jadi lahir dalam kenyataan.          
    Ayat ini merupakan ulasan atau kesimpulan daripada Allah tentang hukum zina,qazaf, dan li'an. Semua ini merupakan hal yang berkaitan dengan kesucian dan maruah seseorang individu, keluarga dan masyarakat. Dan digalakkan kepada kita sebagai hamba yang selalu melakukan kesalahan cepat-cepatlah melakukan taubat kepadaNya, kerana Allah sentiada menerima taubat hambaNya.
    Dan Allah juga ada menyebutkan dalam surah yang lain untuk kita bersegera melakukan taubat. 

 وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya: "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa". [Ali 'Imran. 3: 133]

Asma' Allah: التَّواب : Allah sentiasa menerima taubat, dan sentiasa memberi pengampunan kepada hambaNya, walaupun hambaNya sentiasa melakukan dosa. Lihat, betapa sayangnya Allah kepada kita, tetapi kita tidak pernah untuk bersyukur kepadaNya.

* Islam sangat menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, kerana dikhuatiri akan berlakunya unsur-unsur zina. 
* Melakukan dosa dan tidak menerima hukuman dan juga bertaubat kepada Allah, dalam diri kita akan terdapat titik hitam dan kehidupan juga tidak akan  terasa aman, tenang, kehidupan seharian sentiasa akan berfikir rasa negative dan stress.

** Kata Umat bin al-Khattab: "Dua orang yang saling berkasih, maka digalakkan bagi mereka untuk berkahwin".

Sunday 10 March 2013

Bahagian 5: Tafsir surah an-Nur ayat 4 &5

Ayat 4:
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوالَهُمْ 
شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya: "Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina)  dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik". 

Ayat ini membincangkan tentang pertuduhan zina.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ :"Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina)....".  Menuduh seorang yang solehah melakukan zina. 

 الْمُحْصَنَاتِ : Perempuan yang terpelihara dari melakukan perkara yang keji, kerana mereka adalah orang yang suci, bermoral, berakhlak baik samada dia seorang yang sudah berkahwin atau belum. 
                                                                                               [Tafsir al-Misbah, 9: 289]

     Islam sangat menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan zina, kerana zina merupakan wabak yang sangat merbahaya, ia meliputi kerhormatan, kesucian dan maruah seseorang, dan juga mencemarkan nasab atau keturunan individu, keluarga dan masyarakat. Jadi, Islam memandang berat kepada sesiapa yang menuduh perempuan atau lelaki yang baik-baik melakukan zina. Begitu juga tuduhan terhadap seseorang yang melakukan liwat. 
       Hukum bagi penuduh yang gagal membawa empat orang saksi yang adil mengikut istilah syara', maka akan dikenakan lapan puluh kali sebatan, dan tidak boleh menerima persaksiannya, dan dia (penuduh) merupakan seorang yang fasiq. Moga kita semua dipelihara oleh Allah dan dijauhkan dari fitnah ini... aameen.

** Orang yang menuduh perempuan atau lelaki yang menjaga kehormatannya melakukan zina, dia merupakan seorang yang telah mencemarkan kehormatan seseorang serta keturunan manusia.

** Fasiq: ialah orang sudah keluar dari sempadan ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta'ala kerana mereka telah melakukan suatu dosa besar dan jenayah yang sangat keji.

الفاسق: الطَّرد من رحمة الله
       Fasiq ialah orang yang jauh dari rahmat Allah subhanahu wa ta'ala. Dan mereka sentiasa berada di dalam kegelapan.

     Pabila Allah menghukum hamba-Nya adalah kerana Allah mahu kita mendekatkan diri dengan-Nya, bukan bermaksud Allah mmebuang hamba-Nya.

**Rotan yang digunakan untuk menyebat penuduh dan juga pelaku zina; rotan itu di antara kering dan basah. dan pukulan itu tidak boleh melebihi aras bahu.

    Sebenarnya sebatan (hukum hudud) ini bukan untuk menzalimi mereka, tetapi adalah untuk mendidik mereka supaya menjadi hambaNya yang lebih baik dan beriman. 

       Kenapa Allah menyuruh untuk menyebat? 
     Menurut kajian ahli sains; apabila dipukul akan mengeluarkan hormon-hormon yang akan dihantar ke otak, dan akan melahirkan rasa keinsafan di atas perbuatan mereka itu.

    Di zaman Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ada seorang wanita yang bernama al-Ghamidiyyah, dia pernah melakukan zina dan mengandung. Suatu hari, beliau datang menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan memberitahu bahawa beliau pernah melakukan zina, dan sekarang sedang mengandung hasil anak zina ini. Lalu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya: Kamu pulanglah dahulu sehingga melahirkan, setelah itu kamu datang kembali. Setelah al-Ghamidiyyah ini selamat bersalin, maka dia datang kembali menenui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, Dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya lagi: Kamu pulanglah dan menyusulah anak kamu. Dia pun pulang. Setelah 2 tahun (tempoh menyusu), dia datang lagi menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam. Dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam menyuruhnya pulang untuk mendidik anaknya.

      Moral dari kisah di atas; menunjukkan bahawa Islam itu tidak menzalimi umatnya. Adakah wanita yang sedang mengandung akan disebat? dan adakah wanita yang sedang menyusui akan disebat?.. tidak kan?... dan adakah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pergi mencarinya, setelah pertama kali Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam minta dia balik sehingga dia melahirkan anaknya?..tidakkan??... tempoh bagi orang yang mengandung 9 bulan, lamakan??? dalam 9 bulan itu boleh saja dia pergi jauh dan berkemungkinan dia tidak akan datang semula untuk menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam..dan kali ke dua juga Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam menyuruhnya untuk pulang bagi menyusukan anaknya.. setelah dua tahun dia datang semula menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan meminta Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam melakukan hukum terhadapnya. Tempoh menyusu untuk seorang anak ada 2 tahun. Lamakan??... kenapa dia datang juga menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam untuk melaksanakan hukuman itu?... ini menunjukkan dia (al-Ghamidiyyah) telah insaf dan bertaubat dengan sesungguh taubat. Lihatkan, betapa Islam itu tidak menzalimi... tempoh yang diberikan oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam kepada al-Ghamidiyyah itu menunjukkan tempoh untuk beliau bertaubat dan tidak lagi mengulagi perbuatannya itu.

Di zaman Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam ada beberapa kes zina:
  1. Kes al-Ghamidiyyah.
  2. Kisah Mais yang melakukan zina dan direjam oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
  3. Kisah seorang lelaki yang belum berkahwin dan telah melakukan zina dengan isteri majikannya. Dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam meminta isteri itu direjam sampai mati, sementara lelaki bujang tersebut disebat sebanyak 100 kali.
     Abdullah bin Ubai bin Salul (ketua orang munafiq); beliau mempunyai tiga orang hamba, dan memaksa hamba-hambanya untuk melakukan zina. Beliau juga dikenakan hukuman qazaf, kerana beliau telah membuat tuduhan terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha melakukan zina. 

     Ibn Kathir menyatakan: Allah subhanahu wa ta'ala mengenakan tiga bentuk hukuman ke atas setiap orang yang membuat tuduhan palsu dan tidak mengemukakan empat orang saksi yang adil, iaitu:
  1. Disebat lapan puluh kali.
  2. Dinafikan kelayakannya menjadi saksi selama hidupnya.
  3. Dinyatakan sebagai seorang yang fasiq dan tidak adil, baik dari sisi pandangan Allah subhanahu wa ta'ala dan juga pada pandangan manusia. [al-Sabuni, 2: 583]
     Peringatan / pesanan yang hendak disampaikan ini adalah bahawa zina dan hukumannya itu wajib disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa hukuman ini sangat serius.

Ayat 5:
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya: "Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

     Maksud bertaubat itu ialah: mengisytiharkan dirinya bertaubat, menyesal atas perbuatannya yang mmebawa dosa besar. [Tafsir Mubin, 18: 229]

       Ketentuan ini (pelaku dan penuduh zina) berlaku atas semua yang melakukan hal tersebut, kecuali orang-orang yang bertaubat yakni orang yang menyesal atas perbuatannya, serta bertekad tidak akan mengulanginya. Sesudah itu, yakni sesudah dia dihukum (disebat) dan membuktikan pertaubatannya itu dengan memperbaiki diri dan beramal soleh. Jika demikian itu, maka terimalah kesaksiannya dan jangan lagi menamainya sebagai seorang yang fasiq, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia: Perlengahkan Pembubaran Parlimen
1) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan... Parlimen hanya sah selama 5 tahun sahaja... jika tak dibubarkan maka akan terbubar... bila terbubar atau dibubar.. SPR hendaklah mengadakan pilihanraya dlm masa 60 hari dr tarikh bubar...dan Parlimen hendaklah dipanggil mesyuarat tidak lewat dr 120 hari dr tarikh itu.... Boleh tangguh di Sabah shj tapi di tempat lain kena buat pilihanraya jugak....


2) dan Art. 150 perlembagaan, YDPA boleh isytihar darurat samada darurat tu kuatkuasa di sabah sahaja atau di seluruh malaysia. kesan kepada PRU adalah jika istihar darurat, boleh berlaku penggantungan perlembagaan yang menyebabkan PRU ditangguhkan sepertimana yang pernah berlaku tahun 1966 di Sarawak  1964 di seluruh malaysia (konfrantasi) dan 1977 di Kelantan. penggantungan itu akan dibuat melalui ordinan dan regulation yang diproclaim oleh YDPA. ikut Art. 150, semua ordinan dan regulation itu akan mengatasi provision constitution kecuali jika ianya menyentuh hak istimewa bumiputra, agama, raja-raja dan bahasa melayu. Darurat hak Agong dgn persetujuan majlis raja2 bkn diisytiharkan oleh kerajaan . Kalau Agong tak isytihar darurat maka perkara 55 akan terpakai.... parlimen hanya valid 5 tahun.... maknanya 28 April akan terbubar kalau tak dibubarkan sebelum tu.... so SPR wajib buat pilihanraya dalam masa 60 hari..... ( ini pandangan seorg sahabat peguam otai )

Perkara 150 ini merupakan kuasa Agong untuk isytiharkan darurat..Agong boleh isytihar darurat di mana2 tempat atas nasihat PM & Majlis Keselamatan Negara. dan Agong juga perlu mengadakan mesyuarat bersama dnegan Majlis Raja2.. dan bukan PM yang mengisytiharkan darurat tersebut.

dan, bila darurat diisytiharkan, Perlembagaan tak terpakai. Jadi, masa itu Perkara 55 itu pon tak boleh pakai di tempat yang diisytiharkan darurat...

dan kalau Agong tak isytihar darurat maka perkara 55 akan terpakai.... Parlimen hanya valid 5 tahun.... maknanya 28 April akan terbubar kalau tak dibubarkan sebelum itu.... so SPR wajib buat pilihanraya dalam masa 60 hari.....

** bukan semudah itu nak isytiharkan darurat. 

~~~ Tuan Lawyer: hencek Zul Hazmi n Puan Marlina Amir Hamzah
tak tau bila Parlimen nak bubar... hurrrmmmm