Monday 21 January 2013

Pohon Tauhid


Wanita mesti jadi seperti pohon tauhid (laailaahailallah), pabila mantap tauhidnya insha Allah iakan menjadi dahan yang akan dipaut...

mempunyai pegangan yang kukuh, insha Allah akan dapat melahirkan n membangunkan agama, keluarga, dan masyarakat..

Untuk menjadikan pohon tauhid, wanita perlu: 
1. Ilmu pengetahuan, 
2. Istiqamah 
3. Tazkiyatunnafs (penyucian hati/ diri), jauh dari sifat2 mazmumah n hiasi diri dengan sifat2 mahmudah.

Conclusion dari talk: kfiqh wanita & Islam [ustazah norhafizah musa]

Perkahwinan

1. Tujuan:
* إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً (البقرة: 30)


- menjadi khalifah Allah serta menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.

* وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون (الذاريات: 56)


- beribadat kepada hanya kepadaNya.
- menjaga hubungan dengan Allah, insha Allah akan menjaga juga hubungan dengan sesama manusia.

* Hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

2. Satu Hati:
- Antara dua hati pabila bertemu akan muncul satu rasa.
- yang dapat menyatukan hati manusia hanya Allah Subahanahu wa ta'ala.

*hati hanya dapat bersatu pabila adanya iman di dalamnya, kera iman akan menyuburkan ras akasih dan sayang (mawaddah wa rahmah).

3. Aqidah:
pabila jauh dari aqidah, maka akan timbul perlabagai masalah... so, mesti kembali kepada aqidah.

4. Syari'at @ jalan:
- segala peraturan yang dijalankan bersama sebagai suami dan isteri
- patuh segala perintah Allah Subhanahu wa ta'ala
- Sayariat merupakan rujukan kita sebagai seorang muslim

5. Akhlak:
- Akhlak sangat penting dalam setiap perhubungan, samada dengan Allah dan juga sesama manusia. Dengan akhlah yang baik akan melahirkan rasa kasih dan sayang.

6. Peranan dan Hak:
dalam perkahwinan jangan terlalu menuntut hak, sekiranya masing-masing menjalankan peranan masing-masing insha Allah hak antara suami dan isteri akan terlaksana...

sekadar pengongsian

*kfiqh wanita & Islam.

wanita zaman Rasulullah yang keluar kerana keperluan dan apa itu tabarruj?

Soalan mengenai wanita zaman Rasulullah yang keluar kerana keperluan dan apa itu tabarruj? 

UHAJ (mafhum): 
Pada zaman Rasulullah, para wanitanya HANYA keluar rumah kerana keperluan dan keperluan itu pelbagai. Ada yang kerana peperangan, kerana perniagaan dan lain-lain lagi.

Tidak pula dijumpai dan ditemui para wanita zaman Rasulullah itu keluar untuk duduk-duduk melepak di jalanan!

Dan apabila keperluan itu telah tercapai, mereka rasa lebih sejahtera untuk berada di rumah menjalankan peranan-peranan di rumah pula.

Hadith-hadith juga banyak yang menyebut mengenai galakan wanita agar duduk di rumah seperti hadith solat wanita di rumah lebih baik antaranya supaya wanita rasa penuh dan rasa sejahtera untuk sentiasa berada dalam rumah.

Adapun tabarruj jahiliyah ialah apa-apa yang membawa kepada jazbul intibah iaitu menarik perhatian.

Bahkan bukan saja menarik perhatian tetapi melebihi keperluan dan melampau batas-batas kesederhanaan.

'Berhijab' pun seandainya melebihi keperluan dan mampu menarik perhatian, akhirnga ia juga sampai ke tahap tabarruj jahiliyah.

Berhiaslah menurut keperluan dan jangan sampai menarik perhatian!

Wallahua'lam

Perkahwinan

Soalan: al-Quran menyebut lelaki yang baik utk perempuan yang baik, bagaimana dengan yang biasa-biasa saja?

Ust Pahrol: Baik tiada hadnya. Seseorang boleh jadi baik, lebih baik, excellent, better than the best dan seumpamanya.

Namun, apa maksudnya yang dikatakan biasa-biasa itu. 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak semestinya pada awal perkahwinan, kadang-kadang pada pertengahan perkahwinan atau mungkin pada hujungnya.

Ada orang dapat perempuan baik pada awal perkahwinan namun ada orang Allah uji dengan yang kurang baik, dengan tarbiyyah sang suami akhirnya jadi baik pada pertengahan perkahwinan dan kekal sehingga akhir.

Namun yang pentingnya ialah kita menyediakan diri kita untuk menjadi yang baik itu!

| K-FIQHw 2013 |

Serikandi Sahabiyyah di hati gadis semasa

Semasa pembentangan kertas kerja pertama di sebelah pagi KFIQH WANITA DAN ISLAM , saya cuba memikirkan, bagaimana penerimaan hadirin dengan latar belakang yang pelbagai, terhadap apa yang diutarakan oleh Al-Fadhilah Ustazah Norhafizah Musa (Official) di dalam pembentangan beliau. Tolak ketepi, pandangan lelaki terhadap pembentangan tersebut, cukup dengan persoalan bagaimana penerimaan kaum wanita sendiri terhadap apa yang dikongsi oleh Ustazah di bawah tajuk "Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender".

Suatu tajuk yang cukup berat dalam suasana Malaysia semasa.

Mungkin yang menjadi keresahan saya ialah, tidak mudah untuk mengusik idea golongan liberal (definisi layman tanpa mengambil kira konotasi falsafah di sebaliknya). Kita bukan hanya akan berperang dengan idea dan pemikiran, malah prasangka dan sentimen yang bersimpang siur.

Saya fikir, kelompok NGO pembela wanita seperti Sisters in Islam, kebanyakan mereka bergerak atas dasar kesukarelawanan. Seperti ramai anggota masyarakat lain yang boleh memilih untuk hidup mementingkan diri mereka sendiri, tentu sahaja aktivis SIS boleh melakukan perkara yang sama, lepak-lepak di hujung minggu bersama keluarga dan rakan. Tetapi mereka memilih untuk 'menyusahkan diri' dengan isu-isu pembelaan wanita. Saya yakin jika tidak semua, pasti kebanyakan mereka mempunyai niat yang baik, mahu membantu kaum wanita.

Niat baik ini perlu terlebih dahulu diberi penghargaan, sebelum terus kepada kritikan. Sumbangan mereka dalam melancarkan kes-kes mahkamah yang tertangguh bertahun-tahun, membiarkan wanita tergantung tidak bertali, menyelamatkan wanita yang menjadi mangsa dera, dan pelbagai lagi kegiatan mereka, mesti diterima sebagai sumbangan yang signifikan.

Namun, mengapakah idea-idea mereka tentang kesaksamaan gender begitu asing daripada 'kita', yang datang daripada latar belakang Pengajian Islam? Pasti ia banyak dipengaruhi oleh latar belakang, pengalaman, dan persoalan epistemology yang menjadi tapak idea / fikrah masing-masing.

MENAMBAH SLIDE

Kerana itu saya cepat-cepat menambah satu slide tambahan, sebelum sesi bermula, pada menghuraikan kepentingan MENJADI PENDENGAR YANG BAIK berdasarkan Al-Zumar 39:18. Tujuannya adalah supaya para hadirin menenangkan pre-conceived idea masing-masing yang dibiarkan tanpa diurus.

"Apa benda yang lelaki ni tahu tentang gadis?"

"Argh, ustaz berketayap tu. Tipikal la. Kejap lagi mesti keluar lawak lucah dia"

"Kalau dah geng orang agama ni, dah tentu je bla bla bla!"

Membiarkan pemikiran ini berkecamuk di dalam minda, menyulitkan kita berlaku adil dalam mendengar. Maka Allah jadikan proses mendengar yang tenang, sebagai salah satu tuntutan agama.

Di hadapan saya ada makcik-makcik kampung dan bandar, ada mahasiswi dan surimah, ada pelajar sekolah menengah ada pelajar PhD, ada tradisionalis, ada liberalis, ada macam-macam. Saya cuba untuk memberi bahagian untuk semua, tanpa bersifat apologetik.

Saya bawakan contoh bagaimana hadith puasa sunat boleh disalah tafsir, demikian juga sunnah berbuka puasa diberi salah makna, yang semua itu berpunca daripada kegagalan menguruskan persepsi, konteks dan 'milieu' peristiwa serta hadith.

USAI PEMBENTANGAN

Saya sebagai lelaki, boleh berundur daripada perbincangan selepas pembentangan. Tetapi wanita sesama wanita, tiba masa untuk kalian diuji, apakah kalian saling kukuh mengukuhkan, atau saling menjatuhkan?

Lihat sahaja Presiden SW1M, memimpin sebuah NGO membela wanita, tetapi mengherdik dan memalukan seorang wanita di hadapan ramai. Oleh kerana asas pertubuhannya adalah kesaksamaan gender, maka persamaan gender antara BAWANI dan Presiden SW1M sepatutnya menjadi beliau lebih empati.

Bagaimana pula dengan badan-badan wanita seperti Sisters in Islam dan lain-lain, bertoleransi terhadap perbezaan pendapat sesama wanita? Jika pendapat Ustazah Norhafizah Musa 'disembelih', hakikatnya beliau juga wanita yang WAJIB disantuni oleh pertubuhan pembela wanita, walaupun berbeza pendapat.

Atau kita hanya suka dengan yang sependapat dengan kita? Bagaimana kita mahu membela atas dasar keadilan, jika kita tidak dapat berlaku adil terhadap sesama gender, semata-mata atas dasar perbezaan pendapat? Walau apa pun huraian Ustazah, pasti beliau mahukan apa yang beliau yakin itu yang baik untuk WANITA. Tidakkah niat baik beliau patut dihargai oleh wanita yang tidak sependapat? Apatah lagi di kalangan pembela WANITA!

Mungkin ini hikmahnya mengapa Allah secara spesifik memberi peringatan kepada WANITA (spesifik mengikut jantina) agar jangan sekumpulan wanita menyindir dan menghina satu kumpulan wanita yang lain, kerana mungkin yang disindir itu lebih baik daripada yang menyindir" (Q49:11)

Semoga Allah mengangkat martabat wanita di Malaysia dengan ISLAM, tiada yang selainnya.

Lelaki atau perempuan, semuanya perlu melangsaikan akauntabiliti masing-masing kepada Allah, Tuhan Pencipta, Tuhan lelaki dan Tuhan perempuan.


by: FB UHAJ.