Wednesday 31 July 2013

Wanita dan Lailatul Qadar (10 Akhir Ramadhan).

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang telah menyampaikan kita pada bulan Ramadhan tahun ini lalu memberi peluang untuk kita menambah amal kebajikan. Semoga buku amalan kita dipenuhi dengan pahala-pahala yang dikaut sepanjang Ramadhan ini, insya’Allah. Hari ini hari ke20, esok kita akan memasuki 10 ketiga atau terakhir bulan Ramadhan. Hari-hari yang memiliki kelebihan dan kemulian yang khas dan berbanding lainnya.
Di antara nikmat dan hadiah Allah SWT terhadap hamba-Nya umat Islam akhir zaman ini, dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Iaitu malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *
{Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam taqdir (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam taqdir (Lailatul Qadr) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. [Al-Qadr: 1-5]

BAGAIMANAKAH WANITA MUSLIMAH YANG UZUR HAIDH NAK DAPAT LAILATUL QADAR 
Ulama' menjelaskan bahawa (pahala) amalan pada malam yang barakah itu lebih baik daripada  pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang lain. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut.
Rasulullah SAW pada 10 terakhir Ramadhan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda dan berusaha untuk meraihnya. Baginda bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (dari Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. [HR Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222].
Ummul Mukminin Aisyah ra meriwayatkan tentang keadaan Nabi SAW pada 10 terakhir Ramadhan :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه
“Adalah Rasulullah SAW apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, Baginda mengikat tali kainnya (yakni meningkat amalan ibadah Baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” [Muttafaqun ‘alaihi]
Untuk penjelasan lebih lanjut tentang Lailatul Qadr sila dengar:

Muslimat di 10 Akhir Ramadhan;
Apa yang ingin dibincangkan atau menjadi persoalan utama di sini ialah keluhan-keluhan dan pertanyaan daripada kawan-kawan muslimat.
“Alamak! Esok dah 21 Ramadhan period saya baru mula... terlepas la Lailatul Qadr tahun ni..”
“Saya dah tiga tahuntinggal puasa ‘cuti’di akhir Ramadhan, bila la nak dapat Lailatul Qadr??”
“Kalau kita ‘uzur’ apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadr?”
Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah:“Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haidh (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadr??”
Ini bukan isu yang kecil kerana sehingga ada yang sanggup untuk mengambil ubat penahan haidh pada bulan Ramadhan ini kerana takut kerugian dan terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali ini.
Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haidh adalah satu nature, tabi’i bagi kaum Hawa. Allah Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.
Orang yang berhadas besar seperti haidh ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat  serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wudhu’).
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Bukankah wanita itu jika sedang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.” [HR Bukhari]
Walaupun Allah memberi kita ‘cuti’,  tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya.
Banyak lagi amalan-amalan yang dicintai oleh Allah SWT serta ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan diantaranya:
1)        Menyediakan dan memberi iftor (hidangan berbuka).
Menyediakan makanan kepada orang-orang yang puasa samada anggota keluarga ataupun saudara-saudara umat Islam. Iftor adalah amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, kerana mengandung pahala yang besar dan kebaikan yang berlimpah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang memberi iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". [H.R. Bukhari dan Muslim].
Jika tidak mampu dari segi kewangan, tolonglah ibu atau kakak di dapur untuk menyediakan hidangan berbuka bagi keluarga. Juga memberi sumbangan tenaga menolong di tempat-tempat yang menganjurkan jamuan berbuka puasa seperti di masjid-masjid atau surau berdekatan.

2)             Menyediakan Makanan Sahur.
            Menyediakan makanan sahur kepada anggota keluarga ataupun saudara-saudara Islam lain juga satu ibadat yang tidak kurang besar pahala dan faedahnya. Selain memberi makan kepada orang lain, ia juga memberi kita peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur serta qiyamullail. Walaupun tidak dapat bersolat masih banyak lagi ibadat lain yang dapat kita lakukan.
            Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: "Allah turun ke langit dunia, ketika malam telah tinggal sepertiga yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan doanya. Sesiapa yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku ampuni dia." (HR. Bukhârî dan Muslim).
Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Pada waktu malam, sesungguhnya ada suatu saat, dimana jika seseorang Muslim memohon kepada Allah suatu kebajikan dunia dan akhirat ketika itu, niscaya Allah mengabulkannya." (HR. Muslim).


Bagi kaum ibu yang sudah menjadi tugasan wajib bangun untuk menyediakan juadah sahur serta mengejutkan keluarga, anak-anak dan bapanya, maka ambillah kesempatan itu untuk turut bersama berdoa, beristighfar dan berzikir mengingati Allah.
            Anak-anak gadis pun bangunlah untuk menolong ibu di dapur lalu memberi peluang kepada mereka yang tidak ‘cuti’ beribadat lebih lama, serta mengambil peluang waktu mustajab itu untuk turut berdoa dan berzikir, bukan hanya meneruskan tidur tanpa apa-apa input yang berfaedah! Bahkan setengah tu siap berpesan: “Mak malam ni tak payah kejut sahur, saya cuti??!!” Bukankah ini amat merugikan? Korbanlah masa tidur untuk sepuluh malam terakhir yang entah bila lagi kita akan sempat laluinya.

3)             Menjauhi Larangan Agama.
Kita hendaklah bijak memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haidh, dan terhalang menunaikan puasa masih mendapat pahala iaitu dengan berusaha menjauhi segala yang dilarang oleh agama,dan berusaha menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata buruk seperti berdusta, mengumpat dan seumpamanya. Bahkan sentiasa membasahinya dengan sesuatu yang berfaedah dan memberi pahala.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa tidak meninggalkan perkataan zurr (dusta, mengumpat, ghibah) maka tiada artinya di sisi ALLAH baginya puasa dari makan dan minum" . [HR Bukhari].
          Jangan kerana tidak puasa, bukan hanya meninggalkan ibadat tetapi terus leka menonton tv, mendengar lagu-lagu yang tidak elok, surfing internet tanpa manfaat dan seumpamanya. 

4)              Banyakkan Berdoa dan Berzikir Sepanjang Hari.
Berdoa di bulan Ramadhan adalah sangat mustajab, dan sangat digalakkan, maka manfaatkan waktu dengan sentiasa berdoa dan bezikir setiap masa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada kaum membaca Kitab Allah (berzikir kepada ALLAH) kecuali mereka di kelilingi oleh malaikat-malaikat, di liputi oleh Rahmat, turun kepada mereka ketenteraman, dan ALLAH menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi-Nya.” [HR. Muslim].
Walau tidak solat, kita boleh berdoa pada bila-bila masa saja terutamanya pada waktu yang mustajab seperti ketika sesudah azan dan pada waktu sahur. Kerana itu bangunlah pada waktu sahur walupun ‘cuti’.

5)             Mengingatkan anggota keluarga kepada kebaikan, terutama suami/anak/saudara lelaki agar sentiasa solat berjamaah di masjid. Juga solat sunat terutama solat terawih, sunat dhuha dan solat sunat qiyamul lail.
Juga dengan memberi peluang kepada ibu/saudara/kawan yang mempunyai anak kecil dan jarang berpeluang ke masjid untuk bersolat terawih dengan menawarkan diri untuk menjaga anak mereka semasa waktu terawih.
Rasulullah SAW bersabda:
“Dan jikalau mereka mengetahui apa-apa yang ada dalam solat Isya’ dan Subuh nescaya mereka mendatangi keduanya bahkan mereka akan mencintainya.” [HR. Bukhari]
“Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan bersama-sama ke masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari akhir nanti.” [H.R At Tirmizi].
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang solat Subuh berjamaah,lalu duduk berzikir kepada Allah Subhanu wa Ta’ala hingga terbit matahari,kemudian solat dhuha dua rakaat,maka untuknya pahala haji dan umrah, yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna .” (HR. At Tirmizi)
“Hendaklah kamu mendirikan qiyamul lail, kerana dia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu, jalan untuk mendekatkan pada Tuhan kamu, penghapus dosa-dosa, pencegah maksiat, dan penolak masuknya penyakit ke badan”. (HR. At Tirmizi).

6)              Menyibukkan diri menuntut Ilmu yang Manfaat.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu, nescaya Allah SWT menunjukkan jalan menuju Syurga Baginya”. (H.R. Muslim)

7)      Banyak Bersedekah dan derma.
Ibnu Abbas ra berkata: “Rasulullah SAW adalah manusia yang sangat pemurah dan Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan... dan Baginda SAW lebih pemurah dalam kebaikan daripada angin yang kencang.”  [HR: Al-Bukhari]
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Nabi SAW:
))  اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ)) البخاري
Maksudnya: “Takutilah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar”. [HR: Al-Bukhari].
Imam asy-Syafie berkata: “Aku suka jika seseorang bertambah pemurah pada bulan Ramadhan kerana ia mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW, kerana ketika itu manusia berhajat kepada bantuan untuk keperluan mereka. Ini kerana manusia sibukdengan puasa dan solat (ibadat) berbanding pekerjaan masing-masing”.
Kaum wanita yang mempunyai kemampuan masih berpeluang berderma dan bersedekah pada waktu ini.
Sebenarnya terlalu banyak lagi kebaikan dan ibadat yang dapat kita lakukan, tinggal hendak atau tidak sahaja!!!
Dengan niat yang baik, dan keikhlasan kita ingin beribadat serta kita pun telah menunjukkan kesungguhan dari awal Ramadhan lagi, insya’Allah kita akan dapat mencapai pahala pada malam Lailatul Qadar dengan sepenuh dan sebanyak mungkin.
Mudah-mudahan memberi manfaat buat semua, khususnya para muslimat diluar sana. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita hidayah dan kekuataan untuk sentiasa istiqamah di dalam ibadat dan keredhaan-Nya, amin.

Ukhtukum,
PSD 20 Ramadhan 1434H.

Tuesday 30 July 2013

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah.

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah.

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H]

- tolong sebarkan kesesatan syiah ini
 
*Dari blog AAM

Monday 29 July 2013

Haidh di bulan puasa bukan musibah

Kebanyakkan di antara kita (kaum perempuan) berasa bimbang apabila didatangi haidh. Terutama di awal Ramadhan atau pada 10 malam akhir Ramadhan, kerana akan menghalangi kita dari melakukan amalan, seperti solat 5 waktu dan solat-solat sunnah yang lain, puasa di siang hari dan akan merasa kita kekurangan pahala berbanding mereka yang tidak didatangi haidh.

Ada sebahagian dari kita, sanggup mengambil pil untuk elak dari didatangi haidh, ketahuilah jika ambil pil untuk menghalagi datang haidh dikhuatiri boleh mengganggu hormon dan ketidaknormal haidh yang akan datang.

Jangan terus berada dalam keadaan sedih, kita masih boleh melakukan amalan-amalan dan boleh mendapat pahala yang banyak, insha Allah.. Allah beri kita didatangai haidh menunjukkan bahawa diri kita sihat Alhamdulillah, bukan ia sesuatu musibah atau menyusahkan kita. Setiap yang diciptakan Allah tidak akan sia-sia.

Amalan ketika haidh:

1. Baca al-Quran: menghafaz ayat-ayat al-Quran, membacanya tanoa memegang mushaf.
2. Zikir; tasbih, tahmid, takbir, selawat ke atas Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam dan berdoa.
firman Allah dalam al-Quran:

أَلَا بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ. الرعد:28

Maksudnya: "Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang/ tenteram".

3. Menghadiri kelas pengajian.
4. Menggalakan suami dan anak-anak untuk pergi ke masjid, melakukan solat berjemaah, 'itikaf dan sebagainya.
5. Menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa / bersahur.

so, Islam itu indah kan?.. sebenarnya banyak amalan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadhan ini... setiap amalan yang dilakukan berganda. Jadi jangan sedih + bimbang...

Boleh rujuk di sini.

selamat menjalani ibadah, dan semoga ibadah kita diterima Allah.. aameen

                                                       اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا


اللهم ارزقنا قيام ليلة القدر ايمانا واحتسابا

اللهم وفقنا فى ديننا ودنيانا


اللهم احسن خاتمتنا وارزقنا الجنة



اللهم اننا نسالك الهدى والتقى والعفاف والغنى

21 Ramadhan 1434

Zakat

Kamu tahu?

Dalam al-Quran telah memberitahu kepada kita kepada siapa yang wajib kita berikan zakat, dalam surah at-Taubah ayat 60 Allah menjelaskan ada 8 kategori yang wajib kita memberi zakat kepada mereka. Jom kita lihat + tadabbur ayat ini; *__^

Firman Allah subhanahu wa ta'aala:

  ﮡ  ﮢ   ﮣ  ﮤ  ﮥ  ﮦ  ﮧ  ﮨ   ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ  ﮰ   ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯗ  ﯘ    ﯙ  ﯚ  التوبة: ٦٠

Maksudnya: 
"Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang fakir, orang miskin, 'amil zakat, yang dilunakkan hatinya (muallaf), untuk (memerdekakan) hamba, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajipan dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana".

Yang wajib kita memberikan zakat:
1. Orang fakir, 
2. Orang miskin, 
3. 'Amil zakat, 
4. Orang muallaf, 
5. Hamba sahaya, 
6. Orang yang berhutang,
7. Orang yang di jalan Allah dan
8. Orang yang sedang dalam perjalanan.

*Tafsir Ibn Kathir
*Tafsir al-Misbah
*Tafsir at-Thabary

21 Ramadhan 1434.


Sesiapa yang ingin hidup dalam keadaan Allah sentiasa melindungi semua keaibannya, 
maka janganlah dia membuka keaiban orang lain.

(21 Ramadhan 1434H).

دعاء

اللهم ارزقنا قيام ليلة القدر ايمانا واحتسابا

اللهم وفقنا فى ديننا ودنيانا

اللهم احسن خاتمتنا وارزقنا الجنة

اللهم اننا نسالك الهدى والتقى والعفاف والغنى


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

رمضان كريم
20 رمضان 1434هـ

Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid & Nifas


“Aduhai, tak boleh pulak nak beribadah di 10 terakhir Ramadhan ni…”  isteri saya mengadu kepada saya dengan nada sedikit kecewa.
Kesian pula saya melihatnya.  Saya faham sangat apa yang terpaksa dihadapi beliau.  Tentunya semangat beliau berkobar-kobar ingin memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah sunnat.  Namun, apakan daya.  Ia taqdir ALLAH yang seseorang itu mesti redha.  Saya lalu menasihati beliau dengan beberapa nasihat yang mudah-mudahan dengan nasihat itu bisa menaikkan semula semangat beliau untuk beribadah di 10 terakhir Ramadhan walaupun dalam keadaan ‘uzur’.
Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.  Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.
1.  Redha dengan ketentuan ALLAH
Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin.  Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH.  Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya.  Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH.  Bukan senang seseorang itu hendak redha.  Justeru, redhalah.  Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.
Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.
2.  Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan
Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat.  Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja.  Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
  • Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.  (Rujuk fatwa di sini.)
  • Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
  • Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan.  Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
    • “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
    • “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
    • “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
    • “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
    • “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
    • “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
    • Dan lain-lain lagi.
  • Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  Ucaplah“Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
  • Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.

jom rebut pahala 10 malam terakhir Ramadhan

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi sallahu 'alaihi wasallam. menjawab: "Berdoalah, "اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). 

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Aishah (r.a) said: "I asked the Messenger of Allah: 'O Messenger of Allah, if I know what night is the night of Qadr, what should I say during it?'
He (The Prophet PBUH) said: 'Say: O Allah, You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.' "

(Ahmad, Ibn Majah, and Tirmidhi).




Semoga amalan kita semua diterima Allah...
20 Ramadhan 1434H

Doa sepanjang bulan Ramadhan

Doa-doa ini diambil dari FB Sheikh saleh al maghamsi/  للشيخ صالح المغامسي

Doa ini hanya dapat sehingga malam ke 20 sahaja.





















link FB Sheikh: https://www.facebook.com/pages/Sheikh-saleh-al-maghamsi-%D9%84%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%B5%D8%A7%D9%84%D8%AD-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%BA%D8%A7%D9%85%D8%B3%D9%8A/335036349862221

Ramadhan Kareem... moga amalan kita semua diterima Allah..
20 Ramadhan 1434H

Sunday 28 July 2013

Mak I luv u sooooo much..

Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku.
peliharalah mereka dari perkara ain dan hasad samada dari manusia dan jin.

Mak Abah... I luv both of u sooo much...

Untuk mak yang tercinta:

ada orang bertanya kepadaku; yang manakah lebih cantik? ibumu atau bulan?..
lalu aku menjawab: Apabila aku melihat ibuku, aku akan lupa bulan, tapi apabila aku melihat bulan aku akan mengingati/ merindui ibuku. *__^


رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Ramadhan 19, 1434

Diciptakan tanpa ibu dan bapa???....

Semua kita mengetahui bahawa setiap yang diciptakan ada permulaan, iaitu mempunyai induk/ ibu dan ayah. Sekiranya tanpa ada mereka mana mungkin akan ada keturunan seterusnya kan?... Tapi Allah subhanahu wa ta'ala mempunyai kuasa yang Maha Besar, dan Dia lah yang mencipta semua makhluk dan Dia mampu untuk melakukan apa-apa sahaja...

Di sini ada lima jenis yang diciptakan oleh Allah subhanahu wa ta'ala tanpa ibu dan ayah..

Sebelum ini kita hanya mengetahui hanya Nabi Adam 'alaihissalam dan Hawa sahaja kan?..tetapi ada lagi yang diciptakanNya tanpa ibu dan ayah... سبحان الله

1. Nabi Adam alaihissalam; diciptakan dari tanah, seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya:
"Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah, seperti (penciptaan) Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian dia berkata kepadanya, "Jadilah!". Maka jadilah sesuatu". [Ali 'Imran: 59]

2. Ibu kita; Hawa, Allah ciptakannya dari tulang rusuk Nabi Adam 'alaihissalam

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai manusia! bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan juga membiakkan daripada kedua-duanya (zuriat keturunan)". [An-Nisa: 1]

3. Kibas; kibas yang diciptakan oleh Allah untuk menebus/ menggantikan Nabi Ismail 'alaihissalam ketika Nabi Ibrahim  'alaihissalam hendak menyembelih anaknya (Nabi Ismail 'alaihissalam), Allah subhanahu wa ta'ala telah menurunkannya dari langit. Hal ini telah direkodkan dalam al-Quran. Firman Allah ta'ala:

وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksud:
"Dan Kami menebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar". [As-Saffaat: 107]

4. Ular (mukjizat) Nabi Musa alaihissalam. Mukjizat Nabi Musa melalui tongkatnya yang dilempar akan berubah menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat. Firman Allah dalam surah Thaha:

فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ
Maksudnya:
"Lalu (Musa) melemparkan tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat". [Thaha: 20]

** Untuk mengetahui apakah perbezaan kalimat (hayyah) dan (thu'ban), boleh lihat di sini: http://lightsuccess.blogspot.com/2013/07/blog-post_9478.html

5. Unta (mukjizat) Nabi Salleh; Allah keluarkannya dari bukit.

قَالَ هَٰذِهِ نَاقَةٌ لَهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَعْلُومٍ
Firman Allah yang bermaksud:
"Dia (Salleh) menjawab: "Ini seekor unta betina, yang berhak mendapatkan (giliran) minum, dan kamu juga berhak mendapatkan minum pada hari yang ditentukan". [Asy-Syua'ara': 155]

Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa yang mampu menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki...


من الخمسة الذين خلقهم الله تعالى دون أب أو أم؟

:خلق الله مخلوقات الأرض كلها من (أب و أم) ولكن أصطفى منهم البعض ليكونوا آية للناس هم

 سيدنا آدم عليه السلام خلقه الله من تراب الأرض قال تعالى: [إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ] آل عمران: 59
 أمنا حواء من ضلع سيدنا آدم، قال تعالى: [يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا] النساء:1
.كبش فداء سيدنا إسماعيل عليه السلام، أنزله الله من السماء قال تعالى: [وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ] الصافات: 107
.حية سيدنا موسى عليه السلام، هي من عصاه، قال تعالى: [فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ] طه: 20
 ناقة سيدنا صالح عليه السلام ، التي خرجت من الجبل،
  155: قال تعالى: [قَالَ هَٰذِهِ نَاقَةٌ لَهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَعْلُومٍ] الشعراء
.وهو على كل شئ قدير
____________________
اللهم ارزقنا قيام ليلة القدر ايمانا واحتسابا 
اللهم وفقنا فى ديننا ودنيانا
اللهم احسن خاتمتنا وارزقنا الجنة
اللهم اننا نسالك الهدى والتقى والعفاف والغنى

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

رمضان كريم 
19 رمضان 1434هـ