Sunday 23 November 2014

maaf - sorry - biyan

copy/paste dari fb Kapten Hafiz Firdaus

ulasannya tentang perkataan MAAF

Salah satu perkataan yang paling sukar untuk diucapkan ialah "Maaf" atau "Sorry".
Ini kerana bagi sebahagian orang, mengucapkan "maaf" memiliki maksud tertentu:
Maaf = kelemahan
Maaf = kekalahan
Maaf = ketakutan
Maaf = saya salah tetapi apa yang saya buat? Saya tak salah!
Maaf = ......macam-macam lain yang tidak baik.
Padahal yang benar, mengucapkan maaf bermaksud:
Maaf = kekuatan
Maaf = kemenangan
Maaf = keberanian
Maaf = rendah hati (bukan rendah diri)
Maaf = ..... macam-macam lain yang baik, positif dan cemerlang.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila ibubapa tidak pernah menyebut perkataan "maaf". Anak-anak akan belajar daripada mereka dan membesar sehingga dewasa dalam suasana tidak pernah menyebut "maaf".
Keadaan menjadi lebih dahsyat apabila orang yang berbuat salah tidak mahu meminta maaf, tetapi pusing-pusing cuba tukar cerita, cuba berbuat baik dengan cara lain atau berharap orang lain akan lupa saja.
Pada waktu yang sama, ada yang menyalah gunakan ucapan "maaf". Seperti orang yang mencuri lalu mengucapkan maaf apabila ditangkap, orang yang sengaja lewat datang kerja lalu mengucapkan maaf apabila ditegur atau sekadar ucap maaf untuk menutup sesuatu kesalahan.
Ayuh kita audit diri sendiri, pernahkah kita ucap "maaf" atau "sorry" dan benar-benar memaksudkannya kepada ibubapa, anak-anak, sesama suami-isteri, jiran, rakan-rakan, bahkan kepada orang yang tidak dikenali?
PS: Maaf zahir dan batin tak kira laa, itu sekadar copy n paste di mulut saja. Burung kakak tua pun boleh sebut "maaf zahir dan batin".

baca di sini: [english] 8 reasons to say I am sorry

Saying “I’m sorry” should be much easier than it sometimes is. Here are eight empowering reasons to say “I’m sorry”—and really mean it.
 
1. Builds R-E-S-P-E-C-T. Find out what it means to me. Relationships are built on respect, and saying “I’m sorry” shows that you respect another person’s feelings.
 
2. Helps you move on. We all make mistakes. Harboring guilt and anger isn’t good for you or anyone else. Acknowledging your own mistakes helps you grow—and move on.
 
3. Provides a strong foundation. Sometimes foundations crack and need repairing. Ignoring the cracks only makes them bigger—and the foundation weaker. However, moving past problems in a healthy manner can actually be strengthening to your relationship.
 
4. It gets easier. Saying “I’m sorry” is just like your time on your yoga mat. It gets more comfortable and familiar the more you practice it.
 
5. Integrity. If you don’t apologize, it doesn’t make your mistake disappear. Now it’s an elephant in the room. Owning your mistakes only makes you a better person—and it helps others trust you.
 
6. Sincerity. On the other hand, don’t apologize just to get past an issue. No one appreciates this. It’s like the boy who cried wolf. The next time you say “I’m sorry” and mean it, no one will believe you.
 
7. Relief. Say “I’m sorry” for you as much as for others. You’ll feel better. I promise. Even if your apology falls on deaf ears, you’ll know you did the right thing—and sometimes that’s all that counts.
 
8. Sets an example for kids. Saying “I’m sorry” to your children or in front of your children shows them how to make mistakes and deal with them appropriately. Need I say more?
 
Saying “I’m sorry” is a learned behavior, and it takes time and practice just like everything else. Best of all, showing empathy and compassion for the people around you bolsters your path to being the best “you” that you can be.

Friday 21 November 2014

sampai dalam tidoq pun boleh termimpi supervisor.. teru terlompat bangun
dah rasa give up sangat2...

tak tau nak coret apa... ya Allah serius memang blur... rasa nak nangis sangat2...

huuuuuuhhh....

rasa nak lari pun ada.... tapi tinggal sikit ja lagi....

Allahul musta'an...

ya Allah tolong hambaMu ini...

Monday 17 November 2014




be positive



لا تتوقع شيئاً، ولا تنتظر شيئاَ

فأجمل الأشياء تلك التي تأتي صدفة


masa

Apabila kita menggunakan masa tanpa melaburkannya, maka kita termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi..


huhuhuhu ni kena kat batang hedung sendiri... keja sekolah tak buat-buat.. dah tinggal beberapa hari je lagi...

Allahul muata'an...

ya Allah bagilah aku idea untuk menyiapkan keja sekolah aku... ya Allah bantu lah hambaMu yang lemah ini.

insha Allah, bila ada masa + mood dan idea, akan cerita kat sini tafsir surah al-'Asr, sedutan dari kuliah halaqah tafsir nisa' setiap hari juma'at bersama ustazah Sofiah.

atau moh bace kat sini:

MASA   

teman pun tak baca lagi 

"Perkara yang paling indah dalam hidup ini pabila kita tahu menilai/ menghargai diri kita".
okay, be positive
fighting
*pinjam kata-kata Ahmed ash-Syuqairy
 orang yang memiliki akhlak dan adab, akan tetap berada di hati-hati (manusia) selama-lamanya



Akhlak kita merupakan ruh yang tidak akan mati pada penglihatan



gambar pinjam kat google

Saturday 15 November 2014

CARA BENAR MENGELAKKAN GANGGUAN SEKSUAL LELAKI BUAS

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Jumaat (al-Ahzab [33:59]) pada 7 November 2014. Antara isunya adalah hikmah di sebalik arahan menutup aurat dengan sempurna.
Allah adalah Zat Yang paling pandai dan bijak, manakala kita sebagai manusia masih lemah dan bodoh. Jika dikumpulkan sejuta otak genius Albert Einstein dalam sebuah kolam, lalu disatukan menjadi satu “OTAK SUPER”, pun masih tak mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan Allah mencipta makhlukNya walau seekor nyamuk. Antara bukti kebijaksanaan Allah adalah arahanNya agar wanita menjaga kehormatan dengan menutup aurat dengan sempurna. Sempurna itu bermaksud pakaian yang tidak ketat, tidak jarang, tidak harum menarik perhatian, tidak gedik menggoda, tudung kepala dilabuhkan menutup kepala dan dilengkapkan dengan akhlak mulia atau pakaian taqwa. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Ertinya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu SERTA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); CARA YANG DEMIKIAN LEBIH SESUAI UNTUK MEREKA DIKENAL (SEBAGAI PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK) MAKA DENGAN ITU MEREKA TIDAK DIGANGGU. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, LAGI MAHA MENGASIHANI (al-Ahzab[33:59]).
Kebijaksanaan Allah yang tersirat dalam ayat ini perlu dilihat dari beberapa sudut:
1) Allah menujukan arahan tersebut kepada para isteri nabi, anak perempuannya dan WANITA BERIMAN. Ia agak konsisten kerana dalam ayat perihal menutup aurat yang lain pun Allah menyebut arahanNya kepada WANITA BERIMAN:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Ertinya: DAN KATAKANLAH KEPADA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (al-Nur [24:31]).
Mengapa Allah menyebut WANITA BERIMAN dan bukannya WANITA MUSLIMAH? Ini kerana hanya wanita yang beriman sahaja mampu tunduk patuh menurut arahan Allah secara sempurna tanpa soal.
2) Pada hujung ayat ini Allah menyebut namaNya yang “MAHA MENGASIHANI (al-Ahzab[33:59]).” Memang Allah maha mengasihani kaum wanita apabila mengarahkan mereka menutup aurat dengan sempurna kerana arahanNya itu menjadi sebab wanita beriman dihormati selayaknya dan tidak diganggu. Kasih Allah juga terserlah apabila arahan ini menjadi sebab ganjaran baik kepada wanita yang menutup aurat secara sempurna di akhirat kelak.
3) Allah menyatakan penutupan aurat secara sempurna menjadi sebab wanita dihormati dan dikenali sebagai wanita baik. Wanita yang sopan pakaiannya kurang mengundang minat lelaki buas berbanding wanita yang berpakaian seksi menyeksa jiwa. Saya kira anda boleh semakin beriman dengan firman Allah di atas apabila menonton video buatan remaja Muslim Amerika dalam youtube. Remaja tersebut dengan kawannya membuat eksperimen mudah dalam 2 situasi. Dalam situasi pertama, kawannya berpakaian seksi dan berjalan selama 5 jam di sekitar Manhattan. Sepanjang tempoh pertama, kawannya diganggu dan cuba digoda secara berterusan oleh ramai lelaki. Dalam situasi kedua pula kawannya berpakaian Islam lengkap berhijab dan turut berjalan di lokasi sama selama 5 jam. Kali kedua kawannya langsung tidak diganggu. Sungguh Allah Maha Bijaksana.
Lalu ada yang berhujah, menutup aurat tidak menjamin keselamatan wanita kerana sejarah membuktikan ramai sekali wanita yang sudah menutup aurat tetap dicabul atau dirogol. Jawapannya mudah sahaja, ia adalah “COLLATERAL DAMAGE” atau KEMUSNAHAN SAMPINGAN akibat ransangan lelaki buas terhadap wanita yang seksi menyeksa. Lelaki tersebut cuba melampiaskan nafsunya kepada wanita seksi menyeksa tetapi kesempatan tidak memihak kepadanya. Lalu si buas terserempak di lorong sempit atau tepi hutan dengan kanak-kanak atau wanita sopan yang mudah menjadi bahan lampiasan nafsunya. Kata nafsu si buas: “Tak dapat rotan, akar pun jadilah!”
Berimanlah kepada al-Quran secara menyeluruh. Setiap arahan Allah pasti ada kebaikannya untuk manusia. Usah terpedaya dengan pejuang feminisme yang giat membela wanita dalam isu aurat kerana mereka berasa wanita beriman tertindas dibungkus dengan arahan Allah ini. Percayalah bahawa Allah yang mencipta manusia JAUH LEBIH BIJAKSANA DAN JAUH LEBIH MENYAYANGI ANAK PEREMPUAN ATAU ISTERI KITA dari para pejuang feminsime songsang tersebut. Jika anda tanya saya siapakah yang lebih anda percaya keikhlasan kasih sayangnya. Pejuang feminist songsang atau Allah? Saya kira anda tahu apa jawapannya. Anda bagaimana?
Bunga-bunga dajjal sudah wujud apabila ramai manusia melihat dunia dengan satu mata sahaja, iaitu mata materialistik sebagaimana dajjal yang buta sebelah mata.
-Dr Abd Basit memetik kata-kata Muhammad Asad-
Kebanyakkan pengikut Dajjal ialah Yahudi dan Wanita
Uthman bin Abi al-As radiallahu'anhu meriwayatkan Nabi shalallahu'alaihi wasallam bersabda:
Bersama-sama Dajjal ialah tujuh puluh ribu orang yang berpakaian labuh, kebanyakan mereka adalah Yahudi dan Wanita. (Musnad Al-Syamiyyin, hadis no.17550. )
Wanita zaman ini mudah terpengaruh dengan iklan dan jurujual. Wanita juga yang paling ramai mendatangi bomoh. Allah akan uji manusia dengan Dajjal yang dapat menghidupkan orang yang mati, menurunkan hujan dan menyuburkan tanah.
-Ustaz Dr.Abdul Basit

JANGAN TUMPANG SEMANGKUK KUTUK AL-QURAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-An’am[6:68-69]) pada 15 November 2014. Antara isunya adalah larangan duduk bersama orang yang memperleceh al-Quran.
Jika ditanya tergamakkah anda mengutuk dan memperleceh al-Quran, sudah pasti jawapannya “TIDAK.” Seorang Muslim yang jahil sekalipun sangat sensitif apabila al-Quran diperleceh dan dipersenda, namun begitu ramai yang tak sedar bahawa mereka sedang mempersendakan al-Quran atas tindakan kurang cerdik mereka. Bagaimana?
Tidak cerdik untuk duduk berdiam diri tanpa bertindak apabila al-Quran dipermainkan. Umpamanya ketika semua ahli parlimen pembangkang bangun meninggalkan dewan kerana protes terhadap pihak kerajaan, tiba-tiba ada seorang ahli parlimen dalam pakatan pembangkang duduk bersila panggung sambil mengunyah kuaci seakan tiada apa yang berlaku. Firman Allah:
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آَيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (68) وَمَا عَلَى الَّذِينَ يَتَّقُونَ مِنْ حِسَابِهِمْ مِنْ شَيْءٍ وَلَكِنْ ذِكْرَى لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (69)
Ertinya: Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, MAKA TINGGALKANLAH MEREKA sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa (al-An’am[6:68-69]).
Duduk tanpa reaksi kepada penghinaan Allah turut memalitkan lumpur KUFUR kepada kita sebagaimana penegasan Allah dalam ayat lain:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آَيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Ertinya: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: APABILA KAMU MENDENGAR AYAT-AYAT KETERANGAN ALLAH DIINGKARI DAN DIEJEK-EJEK (OLEH KAUM KAFIR DAN MUNAFIK), MAKA JANGANLAH KAMU DUDUK (BERGAUL) DENGAN MEREKA SEHINGGA MEREKA MASUK KEPADA MEMPERKATAKAN SOAL YANG LAIN; KERANA SESUNGGUHNYA (JIKA KAMU MELAKUKAN YANG DEMIKIAN), TENTULAH KAMU SAMA SEPERTI MEREKA. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam (al-Nisa’[4:140]).
Selain duduk tanda redha dengan jenayah pencaci al-Quran, memperleceh dan mempersenda al-Quran boleh muncul dalam berbagai cara lain. Mentafsir al-Quran secara songsang juga termasuk dalam jenayah kepada al-Quran. Saya pernah menonton video si pandir berbicara penuh yakin kepada muridnya mempertahankan Iblis. Katanya:
“Iblis sebenarnya sangat mematuhi Allah apabila enggan sujud kepada Adam. Ini kerana Iblis tahu bahawa hanya Allah sahaja yang selayaknya disembah dan disujud. Oleh itu, keengganannya sujud pada Adam bukan kerana sombong tetapi kerana mempertahankan ilmunya tentang larangan sujud kepada selain Allah.”
Kesian sekali muridnya terangguk-angguk dalam video tersebut di”auta” sedemikian rupa oleh Mursyid palsu. Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan si Iblis enggan sujud kerana bangga serta sombong dengan kasta dan asal kejadiannya.
Al-Quran adalah kitab suci yang wajib dihormati, diimani dan dipertahankan. Pertama sekali, jika mampu pertahankanlah al-Quran sehabis daya biar si jahil yang memperleceh al-Quran tahu bahawa mereka sedang melakukan dosa besar memperlecehkan Kalam Tuhan semesta alam. Jika tak mampu, segeralah meninggalkan si jahil itu mudah-mudahan dia sedar akibat protes senyap anda atau selamatkan iman anda dari najis KUFUR kerana Islam menegaskan REDHA (DIAM) DENGAN KEKUFURAN ADALAH SUATU KEKUFURAN.

Seminar Kiamat Sudah Dekat [bahagian 3]

Oleh: Raudhah Abd. Karim


Keluarnya dajjal menunjukkan pengakhiran tanda2 kecil kiamat. 

Berkenaan dajjal:
•Kerinting rambutnya, 
•Buta mata kanannya, 
•Pendek
•Tertulis kafir antara kedua matanya (org mu'min akan dpt melihatnya)
•Muncul diantara syam dan iraq,
•Barangsiapa menemuinya hendaklah membaca 10 ayat awal surah kahfi
•Berada dibumi 40 hari
•Akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s

#seminarKiamatSudahDekat


*copy/paste

Kiamat Sudah Dekat [bahagian 2]

Antara petanda kecil akan berlakunya kiamat ialah berleluasanya maksiat, dan tersebarnya kebodohan, dan jumlah lelaki menjadi semakin sedikit.
عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ لأُحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لاَ يُحَدِّثُكُمْ بِهِ أَحَدٌ غَيْرِي، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَكْثُرَ الْجَهْلُ وَيَكْثُرَ الزِّنَا، وَيَكْثُرَ شُرْبُ الْخَمْرِ، وَيَقِلَّ الرِّجَالُ، وَيَكْثُرَ النِّسَاءُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً الْقَيِّمُ الْوَاحِدُ
Anas bin Malik radiallahu berkata: Aku akan menyampaikan kepada kalian hadis yang aku dengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, yang baginda tidak sampaikan kecuali kepada aku sahaja. Aku mendengar baginda bersabda: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan berleluasa, penzinaan berleluasa, minum arak berleluasa, jumlah lelaki semakin sedikit, jumlah wanita semakin ramai sehinggakan 50 wanita akan dijaga oleh seorang lelaki
[Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5231]
Penzinaan berlaku apabila kita tidak menjaga 'adab-adab kecil' hubungan lelaki dan perempuan. Baca di sini:
http://alkahfi.com.my/apabila-adam-bertemu-hawa/
Orang yang HEBAT adalah orang yang banyak memberi MANFAAT kepada ummah.

Takut dan Harap

nota ringkas

khauf (خوف) : takut
rojak (رجاء) : harapan
Apabila kita ditimpa musibah, hendaklah kita tinggikan HARAPAN kepada Allah daripada rasa takut.
*takut dalam erti kata, sehingga kita berfikir bahawa Allah tidak adil kepada kita atau sebagainya, sehingga boleh menjadikan diri kita lagi jauh daripada Allah.

Untuk Mudah boleh bangun malam (Qiyamullail)

Oleh Ustaz Dr. Shauqi Othman
Faktor-faktor Mudah Boleh Bangun Berqiyamullail
Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda, (maksudnya): “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi).

Kenali Ulama': Muhammad Abdullah Darraz


Nukilan Saudara Marwan Bukhori,
Pelajar Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan

Muhammad Abdullah Darraz (1894-1958, tiga dari kiri) seorang ulama yang sangat hebat, khasnya dalam ilmu al-Quran dan falsafah akhlak. Dua kajian Phd beliau ialah tentang al-Quran yang kemudian diterbitkan dengan judul Madkhal Ila al-Quran al-Karim (kajian 'sampingan') dan satu lagi ialah Dustur al-Akhlaq fi al-Quran (asalnya ditulis dalam bahasa Perancis bertajuk "La Morale Du Koran" sebelum diterjemahkan ke bahasa Arab), kitab terhebat pada zamannya dan barangkali sepanjang sejarah, itu buku pertama (bahkan mungkin satu-satunya) buku falsafah akhlak dan etika yang ditulis secara total dari al-Quran, para orientalis di Perancis sangat kagum dengan buku tersebut, sebagaimana dicatat sebahagian penulis.

Kedua-dua buku hebat itu ada dalam simpanan saya. Ilmuan al-Azhar itu menulis dua risalah tersebut di Universiti Sorbonne, Perancis, muridnya iaitu al-Qaradawi menamakan Darraz sebagai "Ibn al-Azhar dan Ibn Sorbonne". Selain dua buku unik dan penting itu, ada bukunya bertajuk al-Naba' al-'Azim dinobat sebagai antara yang penting khasnya pada abad ke-20, terutama dalam bidang balaghah al-Quran (al-I'jaz al-Bayani). Cukuplah saya sebut, bahawa sesiapa yang baca al-Naba' al-'Azim, tahulah mereka apa keistimewaan buku itu yang sangat menghidupkan hati dan akal dalam berinteraksi dengan al-Quran.

Menurut tokoh tafsir bumi Sham, guru kepada guru-guru kami dlm bidang al-Quran, Sh Faddal Hasan Abbas rahimahullah, Darraz salah seorang tokoh penting dalam sumbangan terhadap ilmu al-Quran pada abad ke-20, selain Mustafa Sadiq al-Rafi'i (khasnya dlm Tahta Raayah al-Quran dan I'jaz al-Quran wa al-Sunnah al-Nabawiyyah), Syed Qutb (khasnya dalam al-Taswir al-Fanni dan Mashahid Yawm al-Qiyamah, malangnya dua buku ini jarang dibaca sbb agak 'berat' dan sangat sastera, berbanding Fi Zilal-nya) dan beberapa ilmuan lagi lagi.

Muhammad Darraz merupakan anak kepada Abdullah Darraz, ilmuan yang mensyarahkan kitab al-Muwafaqat oleh al-Shatibi semasa awal timbulnya setelah al-Muwafaqat lama 'tenggelam', sementara Muhammad Darraz pula telah melakukan tahqiq terhadap kitab al-Muwafaqat yang disyarah ayahnya itu. Muhammad Darraz pernah cuba menulis buah fikiran al-Shatibi dalam buku al-I'tisam menerusi karangannya "al-Mizan bayn al-Sunnah wa al-Bidaah", tetapi beliau meninggal sebelum sempat menghabiskannya.

Muhammad Darraz meninggalkan kesan yang sangat besar terhadap Sh Muhammad al-Ghazali rhm (dalam gambar, paling kanan), terutama bukunya al-Naba' al-'Azim. Malah, buku al-Naba' al-'Azim itulah antara faktor al-Ghazali menulis al-Tafsir al-Maudhu'i untuk seluruh al-Quran, kerana Darraz hanya menulis tafsir surah al-Baqarah (tafsir yang sangat indah!) di hujung al-Naba' al-'Azim, sebagai praktis terhadap teori-teori baharunya (al-Nazarat al-Jadidah) sebagaimana terdapat dalam al-Naba' al-'Azim. Malahan, lebih dari itu, jelas terpancar pengaruh Darraz dalam pemikiran al-Ghazali apabila beliau menulis buku Nazarat fi al-Quran, selain perlbagai buku lain lagi.

Suatu yang tercatat dalam sejarah, Darraz mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malik ben Nabi, pemikir Muslim dari Algeria yang unggul itu. Mereka bertemu dan berhubung dengan rapat khasnya semasa Darraz belajar di Sorbonne. Sesiapa yang membaca dan mengamati tulisan kedua-dua tokoh ini, pasti akan dapati beberapa persamaan, khasnya dalam bab al-Quran dan pembinaan peradaban kemanusiaan. Bahkan, salah satu buku penting tulisan Malik ben Nabi ialah al-Zahirah al-Quraniyyah (terjemahan ke bahasa Arab oleh Abd al-Sobur Shahin), ia diterjemah ke bahasa Inggeris sebagai Quranic Phenomenon dan Fenomena al-Quran dalam bahasa Melayu. Dalam buku tersebut ada persamaan dengan buah fikiran Darraz, bahkan Darraz telah memberi kata pengantar untuk buku Malik ben Nabi itu.

Darraz sangat mencintai al-Quran dan memuliakannya, sehinggakan dicatat bahawa beliau sentiasa berwuduk dan menyuruh para pelajarnya berwuduk, apabila membaca ayat sujud tilawah dalam kuliah atau syarahannya, beliau dan murid-muridnya akan sujud. Paling kurang, beliau membaca enam juzuk sehari secara konsisten. Sh Abu Zuhrah rhm, temannya menyebut bahawa semasa seminar di Lahore Pakistan, "Darraz mengimamkan kami solat Isyak, (usai solat) kami semua pergi ke tempat tidur masing-masing, tetapi Darraz bersama dengan solat dan al-Quran, kamu tidak akan lihat Darraz, melainkan dia sedang membaca al-Quran atau sedang solat."

Semoga Allah merahmati al-Allamah Muhammad Abdullah Darraz, failasuf al-Quran, pembaharu zaman.

Sumber: FB Department of Quran & Sunnah Studies

Friday 14 November 2014

dia tak jawab, so consider jawapannya tidak...

so move on, jangan pandang belakang sudah......

Sunday 9 November 2014

DAKWA TAHU YANG GHAIB ADALAH SUATU KEBIADABAN KEPADA ALLAH & RASULULLAH.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-An’am [6:59]) pada 8 November 2014. Antara isunya adalah Allah adalah SATU-SATUNYA ZAT YANG MENGETAHUI perkara ghaib.
Muslim yang beriman harus terduduk dan terdiam melihat ayat ini yang menggambarkan sejauh mana terbatasnya pengetahuan manusia berbanding ilmu Allah Yang Maha Mengetahui. Firman Allah:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Ertinya: Dan pada sisi Allah jualah ANAK KUNCI PERBENDAHARAAN SEGALA YANG GHAIB, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata (al-An’am [6:59]).
Kunci perbendaharaan ghaib itu ada 5 PERKARA sebagaimana diperincikan oleh ayat lain (Sahih al-Bukhari). Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Ertinya: Sesungguhnya di sisi Allah (1) pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan (2) Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan (3) yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan (4) tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan (5) tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (Luqman[31:34]).
Walaupun baginda Rasulullah SAW mendapat wahyu dan dibimbing Jibril AS secara berterusan sepanjang hidup kerasulannya. Baginda tetap tidak mengetahui semua perkara ghaib melainkan dizinkan Allah:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27)
Ertinya: "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, MAKA IA TIDAK MEMBERITAHU PERKARA GHAIB YANG DIKETAHUINYA ITU KEPADA SESIAPAPUN, "MELAINKAN KEPADA MANA-MANA RASUL YANG DI REDAINYA (UNTUK MENGETAHUI SEBAHAGIAN DARI PERKARA GHAIB YANG BERKAITAN DENGAN TUGASNYA; APABILA TUHAN HENDAK MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan) (al-Jinn [72:26-27]).
Banyak ayat lain menjelaskan Rasulullah SAW tidak mengetahui perkara ghaib:
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Ertinya: KATAKANLAH: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman" (al-A’raf[7:188]).
Lafaz “QUL” yang bermaksud KATAKANLAH pada pangkal ayat ini juga menunjukkan ia adalah arahan Allah kepada baginda agar tidak mengaku mengetahui perkara ghaib. Sama juga dengan firman ini:
قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إِلَيَّ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Ertinya: KATAKANLAH (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" (al-An’am [6:50]).
Prinsip mudah perihal perkara ghaib adalah HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Aishah RA pernah berkata (Sunan al-Tirmidhi):
وَمَنْ زَعَمَ أَنَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ فَقَدْ أَعْظَمَ الْفِرْيَةَ عَلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَقُولُ
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Ertinya: Sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah SAW senantiasa mengetahui apa yang bakal berlaku pada esok harinya, MAKA DIA TELAH MELAKUKAN JENAYAH YANG BESAR TERHADAP ALLAH kerana Allah berfirman: KATAKANLAH LAGI: TIADA SESIAPAPUN DI LANGIT DAN DI BUMI YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB MELAINKAN ALLAH!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml [27:65]).
Jika ada manusia berani mengaku mampu mengetahui perkara ghaib seperti tahu rahsia takdir dengan panduan tarikh lahir, tahi lalat atau urat jari maka ia adalah suatu KEBIADABAN KEPADA ALLAH & RASULULLAH. Begitu juga jika sesetengah bomoh atau “ustaz” perawat yang mendakwa tahu atau nampak bayangan siapa yang menghantar sihir kepada pesakit yang dirawatnya turut melakukan KEBIADABAN KEPADA ALLAH & RASULULLAH.
Pandulah akal dan iman anda dengan wahyu. Jangan mudah percaya dengan DAKWAAN TAK MAMPU AUDIT sesetengah manusia yang mahukan untung murahan dari dakwaannya itu.

Al-Quran

Al-Quran itu adalah cahaya,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan gelaplah hati kita.

Al-Quran itu adalah peringatan,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan lalailah kita.

Al-Quran itu adalah ubat,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan berpenyakitlah hati kita.

Al-Quran itu adalah petunjuk,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan sesatlah kita di dunia ini, tidak jumpa jalan kembali kepada Allah.

Al-Quran itu adalah al-Furqan (pemisah),
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan kelirulah kita, bercampur-baur amalan kita tidak tahu mana yang baik, mana yang buruk.

Ambillah masa setiap hari untuk membaca, memahami dan meneliti al-Quran. Kadang-kadang kita membaca al-Quran tetapi kita rasa begitu jauh darinya. Seolah-olah cerita-cerita al-Quran itu tidak ada kaitan dengan kita kerana kita sangat sibuk berurusan hanya dengan 'dunia nyata' ini. Sedangkan, wallahi thumma wallahi, setiap satu ayat al-Quran ini diturunkan untuk kita, ya untuk kita, mengambil peringatan dan pengajaran.

Sumber: FB Ustazah Ili Dalilah

Benarkah Perlu Merahsiakan Pertunangan?

Terdapat sebuah riwayat berbunyi:

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة
Hebahkanlah pernikahan, dan sembunyikanlah pertunangan. 

Riwayat ini diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Shaikh al-Albani al-Silsilah ad-Dhaifah menyatakan bahawa riwayat ini lemah.

Sebahagian ulama menggalakkan agar pertunangan dirahsiakan untuk mengelakkan mudharat jika ada orang yang cemburu.

Ini berdasarkan keumuman riwayat berikut:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اسْتَعِينُوا عَلَى إِنْجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ ، فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ
Mu'az bin Jabal radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Mohonlah pertolongan dalam menjayakan hajat mu dengan merahsiakan ia. Sesungguhnya sesiapa yang memperolehi nikmat akan dicemburui. 
[Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir hadis no: 16639, Shaikh al-Albani menyatakan ia Sahih dalam Sahih al-Jami']

Lalu bolehkah diadakan kenduri pertunangan?

Fatwa di bawah seliaan Shaikh Salih al-Munajid menyatakan:

وأما إقامة حفل للخطوبة فهو من الأمور التي اعتادها كثير من الناس ، ولا حرج في ذلك إن شاء الله تعالى .
Adapun berkaitan menganjurkan kenduri pertunangan, ia merupakan sebahagian urusan adat kebiasaan manusia. Tiada masalah dalam hal ini, Insya-Allah. (http://islamqa.info/ar/67884)

Di dalam fatwa lain disebutkan:
وما يفعله بعض المسلمين من إعلان الخطبة وما يقيمونه من أفراح وما يقدمونه من هدايا كل ذلك هو من باب العادات التي هي مباحة في الأصل ولا يحرم منها إلا ما دل الشرع على تحريمه ، 
Apa yang dilakukan oleh sebahagian kaum Muslimin iaitu menghebahkan pertunangan, menganjurkan majlis kenduri, memberi hadiah, ini semua daripada bab adat istiadat yang boleh dilakukan pada hukum asalnya. Ia tidak diharamkan melainkan adanya dalil syara' menunjukkan pengharamannya. ( http://islamqa.info/ar/20069 )

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah pertunangan tidaklah menjadikan seseorang itu mahram. Maka hubungan mereka masih lagi hubungan bukan mahram, lalu perlu dijaga tatatusila. Tidak seperti budaya sebahagian masyarakat kita, di mana pasangan yang sudah bertunang bebas untuk pergi ke sana ke sini bersama, bergambar berdua, makan bersama, di atas alasan untuk saling mengenali antara satu sama lain.


sumber: Al-Kahfi

Friday 7 November 2014

MENGAPA MAKAN COKLAT KETIKA HAID

Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormone pada masa itu.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan.
Coklat dapat merangsangkan pengeluran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), dapat soklat dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.
Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.

selanjutnya di sini: Dr. Zubaidi hj Ahmad

Thursday 6 November 2014

Kelas Talaqi

Kesimpulan yang aku dapat masa join kelas talaqi Al-Quran..

"untuk jadi awet muda, selalu lah baca al-Quran, kerana ia mempunyai huruf2 yang apabila dibaca kita wajib kena senyum...".

sifat huruf ada tarqiq dan tafkhim

yang tarqiq tu bacaan huruf2nya mesti kena senyum untuk bagi betul sebutan dan bacaannya.

tafkhif adalah huruf2 yang tebal dalam al-Quran..

*********
Alhamdulillah duduk asrama ni banyak kelebihannya.. dapat kenal banyak kawan yang pe;bagai latar belakang, nak p talaqi al-Quran jauh ke mesir belum diberi peluang.. alhamdulillah mempunya sahabat yang dapat bertalaqi al-Quran di sana, dan direct ngadap sheikh... dan kami sama2 mengambil peluang belajar al-Quran bersamanya... moga Allah memberkati beliau dan permudahkan beliau dalam menuntut ilmuNya...

kelas kami setiap rabu malam...

moga terus istiqamah

6 nov. 2014/ 13 muharram 1436H

Tuesday 4 November 2014

kenangan + pengalaman

pernah makan megi mentah yang rasa minyak gas/ minyak tanah dengan kawan2, jadi sedap jugak...

**itu je makanan yang ada ketika itu, dan itu pun orang bagi... di ketika itu, kita saling tolong menolong dan bantu membantu... kongsi megi, air dan juga biskut... tak kira siapa, kenal atau tak...

yang aku terkilannya, ketika itu aku tak punya ubat-ubatan untuk membantu mereka yang luka dan seangkatan dengannya...

aku melihat, seorang pakcik tua berjalan dipimpin oleh "mungkin" cucunya, beliau cedera yang agak teruk lukanya... aku tengok dan hanya berdoa untuknya dan warga aceh lainnya... bagaimana sekiranya pakcik itu abah aku, oh!! ya Allah... 
itu hari pertama tsunami... keesokkan harinya, di pagi hari, dikhabarkan ada seorang yang meninggal kerana mengalami luka parah, dan peralatan perubahan tidak mencukupi... ya Allah... hanya doa yang mampu kuhulurkan untuk beliau, moga beliau ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh.

(Disember 2004, Banda Aceh).

Monday 3 November 2014

أتحبني؟؟ Do you love me?

Copy dari fb kawan... terima kasih tolong terjemahkan..... tapi lebih suka baca yang dalam bahasa arab lagi.... rasa lebih mendalam lagi.......

Allahu rabbi...

This is what i call as a true LOVE
1. Do you love me?
2. Hold my hand and tell me: "come let's pray together". 
3. Tell me this is haram & this is halal
4. Help me to do good deeds, talk to me about Jannah
5. And the most important, mention my name in your prayer, even if it's in the last part.
6. Bring me to Jannah with you
7. Wake me up from sleep and tell me: Don't miss the prayer (not quite sure abt the exact translation )
8. Give me a mushaf and let's read it together
9. Advise me on how to do my best for Akhirah
10. If you love me.


This is beyond romantic..... 

ni yang dalam bahasa arab: 


أتحبني؟؟