Saturday 5 July 2014

Surah al-Jumu'ah ayat 2 dan kaitannya dengan Ramadhan


Al-Jumu'ah 62: 2:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Ertinya: "Dia lah yang mengutusakan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata".

هُوَ: Dia (Allah)

الَّذِي بَعَثَ: yang mengutuskan

الْأُمِّيِّينَ: masyarakat Arab yang buta huruf

رَسُولًا: Seorang Rasul, [diutuskan dengan membawa pesanan daripada Allah subhanahu wa ta'ala kepada umat manusia] tugasnya menyampaikan kepada manusia 

يَتْلُو: yang membaca, [membaca secara berterusan (فعل المضارع: perbuatang yang sentiasa/selalu)] --> 

 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Ertinya: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan".

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Ertinya: "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah".

يَتْلُو: yang membaca, [membaca secara berterusan]: Rasul yang diutuskan sentiasa membaca/ memberitahu ilmu tentang Allah dan juga ilmu tentang diri manusia itu sendiri, bahawa kita diciptakan dan ada yang menciptakan iaitu Allah subhanahu wa ta'ala.

- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam buakn sahaja membaca al-Quran itu untuk dirinya sendiri, tetapi baginda membacanya juga untuk orang yang berada disekelilingnya.

- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam sentiasa membaca al-Quran berterusan, jadi kita sebagai ummatnya hendaklah selalu membaca al-Quran, bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga untuk orang disekeliling kita, kerana al-Quran merupakan "syifa' " bagi manusia, baik hatinya atau mindanya.

يُزَكِّيهِمْ: menyucikan jiwa manusia; 

penyucian:
1. hati 
2. minda 

kedua-dua ini sentiasa bergantung harap dengan Allah subhanahu wa ta'ala. Bergantung harap dengan Allah mestilah dengan adanya ilmu pengetahuan.

Al-Quran merupakan penyucian hati dan minda manusia dari rasa kegelisahan dan sebagainya.

يُعَلِّمُهُمُ: mengajarkan kepada mereka/ manusia; 
- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam mengajarkan al-Quran kepada para sahabah. [pengajaran al-Quran ini berlaku sepanjang hayat Baginda sallahu 'alaihi wa sallam].

- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam mengajarkan al-Quran [berterusan mengajar]:
  • kepada manusia; adalah untuk menjadikan kita seorang hamba yang soleh. [Tujuan Baginda diutuskan].
- dalam proses mengajar, mestilah mempunyai murid/pelajar; para sahabah dan juga kita adalah sebagai pelajar.

- PELAJAR: mesti mempunyai tugas, tujuan belajar + tanggungjawab. untuk mendapat ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang disekeliling kita perlu sentiasa memohon petunjuk daripada Allah subhanahu wa ta'ala.


الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ: al-kitab: yang menurunkan hukum-hakam untuk mengatur kehidupan manusia.


Empat formula untuk bulan Ramadhan:

1.  يَتْلُو Baca; Membaca Al-Quran atau mendengar orang membaca al-Quran. 

2.  يُزَكِّي Penyucian diri; dengan memahami kalam Allah subhanahu wa ta'ala.

3. يُعَلِّمُ  Mengajar; mengajar dan belajar al-Quran.

4. الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ Fokus; fokus bagaiamana untuk berintraksi dengan al-Quran?.. [khusus untuk di bulan Ramadhan ini, di mana dalam bulan ini Allah subhanahu wa ta'ala menurunkan al-Quran].                                                                                       

Nukilan: hasil pemahaman saya dari kuliah Tafsir bersama Dr. Sofiah Samsuddin.

7 Ramadhan 1435 H/ 5 Julai 2014.