Tuesday 30 September 2014

terharu nich


Rasa terharu sangat-sangat, tetiba ada yang appreciate comments dan mengalu2kan saya, walaupun comment saya yang bahasanya entah hapa2...

thanx so much Sheikh Ibrahim al-Shamlan...



saya mula2 dapat tahu bila saya baca blog al-ibtisam.. ada beberapa posting dari sheikh Ibrahim, then saya p ke fb beliau... ya saya sangat suka baca status di fb nya...

mungkin sesapa yang datang bertandang ke blog merapu saya dan nak p amek ilmu kat fb ni, ni link fb nya:

Author Ibrahim al-Shamlan 

moga dapat manfaat
Mountain View, California (I dont know who are u), but .....

Thank so much ur spend ur time to read my crazy blog


and i am so sorry... my blog very crazy and ridiculous hahahahaha
minggu lepas.. sembang dengan HOD...
tentang status "isteri gantung tak bertali"...

HOD: ada istilah tu dalam al-Quran?

saya: tak ada... dan kalo dalam Al-Quran dan hadis pun tak ada?..

HOD: jadi sapa yang create? dan siapa yang create terjadinya istilah itu?...siapa yang buat istilah ini muncul?... kenapa ia terjadi?

*******************
dan bagaimana boleh terbicara tentang polygami????... isu yang sangat menarik...tapi sangat sedih bilamana hanya diambil dan difahami hanya separuh sahaja..


**pokok pangkalnya ILMU... bila ada ILMU dan AKHLAK + ADAB insha Allah..

HOD: hah!!... buat bagi cepat siap keja sekolah awak ni, lepas tu sambung PhD terus ya...

saya: ??????................ senyum

tak okey

hahahahaha

pelik...

memang mood bengong..

tak tau... 

tak tau

tak tau...

*************
ya akan kata, zikrullah....

ya zikrullah

insha Allah kher...

minta dengan Allah, Dia lebih mengetahui segalanya...

apa yang terbaik untuk kita....

**************

memang... kadang-kadang perasaan itu datang...

saya manusia biasa...

hahahah mood bengong dah

****************

ermm mungkin dok stress keja sekolah tak siap lagi kot, tu yang jadi macam ni...

ya Allah.. moga Kau permudahkan urusan hamba Mu ini... 

hanya Kau yang mengetahui apa yang aku alami...

******************

اللهم اهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم
من النبيين والصديقين والشهداء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعية

*************

 اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الصعب والحزن إذا شئت رب سهلا
Kebahagiaan di akhirat bermula dengan kehidupan di dunia..

Bagaimana untuk mendapat kebahagiaan di akhirat dan di dunia?.. iaitu dengan faham dan jelas tujuan hidup di dunia... fokus dan mencari redha Allah subhanahu wa ta'ala.


Kuliah tafsir Surah al-Kahfi
Hati-hati yang bertautan dengan kasih sayang, dan tunjangnya adalah iman...


**Jika tidak ada rasa kasih dan sayang, sila check kembali iman kita.

Ustazah Sofiah Samsuddin

Trail of Tears --- path of tears

nan cheo-eum boneun nasseon gose chigeum seoisseo
jeongshineobshi geodko ttwiida gi-reurirheobeorin geoya
mwo sanggwahneop-seo sanggwahneop-seo sanggwahneopt-daku
nu-gunka nal chajket-jiman neon anil teni
annyeong, annyeong gateun marinde waeh
mannam ibyeol ttara tteushi dareun geoya
nae-ga sara i-nneunji jugeoi-nneunji
nan eotteohke dwehneun geonji
nareul sarang hada-ga beorin sarama
daedabhal su isseul keoya
nae-ga ttwiiyeo on jari heullyeodu-eot-deon
nun-mul-gi-reul ttaraseo dwehdo-ra-gamyeon
ni byeon-myeon-girado deu-reobol su isseul-kka
andwaeh, andwaeh nan huhwehhal keoya
tashi, tashi shijakhal su isseul keoya
nae-ga sara isseul ttae himi isseul ttae
neoye gyeote isseoyahae
nae-ga sarang-haebwahseo je-il jal ara
nae-ga pilyohadaneun geol
nae-ga ttwiiyeo-on jari heullyeodu-eot-deon
nun-mul-gi-reul ttaraseo dwehdo-ra-gamyeon
nal kidarineun neol kkong manna-ge twehl keoya
keurae dwehdo-ra-gaja sumi teojyeodo chowa
talligo tto tallyeoseo neoreuraneureo
keo-gi isseoseo jwo ajing mot-dahan nae yaegireul deu-reojwo
nae-ga sarang-haneun geot paraboneun geot
keugeonmaneuro chowa
nae-ga pilyo eopt-da-go shirheojyeot-da-go
ppurichyeodo ni-ga chowa
eotteon- sang-cheoreul jwodo jal chama nael-ke
sorisori jilleodo utko isseul-ke
ni kyeoti animyeon sal-su eom-neun nanikka

***********************************************************
I am now standing at a strange place that I’ve seen for the first time
I walked and ran spiritless and eventually got lost
But it doesn’t matter, doesn’t matter, doesn’t matter
Someone will seek for me but it won’t be you
Hello, goodbye, why speak the same words
But they have different meanings based on encounter or parting
Whether I’m alive or dead
Whatever happens to me
You who loved me and then abandoned me
Will be able to answer me
Up until this place that I have ran across
If I can follow the trail of tears to return to the past
Will I be able to hear at least your explanation?
No, no, I will regret
Again, again, can start all over again
When I’m alive and have the strength
I should stay by your side
I love you so I know best
I need you
Up until this place that I have ran across
If I can follow the trail of tears to return to the past
I will surely meet you who is waiting for me
Yes, let’s go back, even if breathless, it’s okay
I run and run for you
Please be there to listen to my untold story
Just by loving you, just by looking at you
That is all I need
Even if you say you no longer need me, and hate me
Even if you ditch me aside, I still like you
I will endure all kind of scar that you give me
Even if you scream and scream at me, I will smile
Because I can’t live if I’m not by your side
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
mood bengong huhuhuhu

الله المستعان

Sunday 28 September 2014

PUASA HARI ARAFAH KETIKA BERBEZANYA MALAYSIA DENGAN MEKAH

Ada yang bertanya perbezaan tarikh permulaan Zulhijjah di Malaysia dan Suadi khususnya, bagaimana dengan puasa Arafah? Kerana di Mekah, hari Arafah jatuh hari Jumaat manakala di Malaysia pada hari Sabtu. Begitu juga dengan hari raya Aidil ‘Adha.
Isu ini sama dengan perbezaan dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Raya Aidil Fitri. Ringkasnya pendapat para ulama adalah :-
1. Pendapat Mazhab Syafie, Ishak Rahawaih, Ibn Mubarak dan dinisbahkan kepada Ibn Abbas r.a
Setiap negara khususnya yang jauh, mengikut ijtihad (melalui lihat anak bulan dan hisab) oleh negara masing-masing. Ini berlandaskan hadis seorang lelaki bernama Kurayb yang berada di Syam, dia melihat anak bulan Ramdhan pada MALAM JUMAAT yang turut dilihat oleh Mu’awiyah r.a. Lalu mereka berpuasa esoknya, namun apabila dia sampai ke Madinah dan memaklumkan kepada Ibn Abbas r.a, beliau mengatakan penduduk melihat anak bulan pada MALAM SABTU, justeru penduduk Madinah akan kekal bermula puasa pada hari Ahad. (hadis ini Riwayat Imam Muslim)
2. Pendapat majoriti termasuk Hanafi, maliki dan hanbali. Turut dipilih oleh Ibn Taymiah dan Al-Syawkani. Termasuk Majlis Fiqh Antarabangsa, Hai’ah Kibar Ulama Saudi.
Tiada perbezaan, sepatutnya mana-mana negara yang telah melihat anak bulan dahulu, semua negara lain jauh atau dekat perlu mengikutnya. Perbezaan tempat naiknya bulan (Matali’ al-Qamar) tidak diambil kira dalam hal ini.
KESIMPULAN
Kesimpulan, menurut ijtihad majoriti mazhab, sewajarnya puasa 'Arafah dan raya mengikut tarikh Saudi. Namun diharuskan berdasarkan ijtihad mazhab Syafie dengan dalil ringkas yang diberikan tadi, untuk rakyat Malaysia berpuasa sunat Arafah pada hari Sabtu dan berhariraya bermula pada hari Ahad. Ini juga berdasarkan hadis :
الفطر يوم يفطر الناس ، والأضحى يوم يضحي الناس
Ertinya : Hari raya maka berayalah juga manusia (mengikut ketetapan di tempat tersebut), dan apabila raya kurban jatuh pada satu hari, manusia turutilah berkorban pada hari terbabit. ( Riwayat AT-Tirmidzi : hasan gharib)
Dipetik oleh Imam Ibn Rejab dalam kitabnya dalam hal ini, satu hadis Aisyah r.a
دخلت على عائشة أنا وصديق لي يوم عرفة فدعت لنا بشراب ، فقالت: لولا أني صائمة لذقته . فقلنا لها: أتصومين والناس يزعمون أن اليوم يوم النحر ؟ قالت: " الأضحى يوم يضحي الناس ، والفطر يوم يفطر الناس "
Ertinya : Aku dan rakanku telah masuk ke rumah Aisyah dan pada hari Arafah namun Aisyah menjemput kami minum (pent - kerana mereka dikira orang musafir). Lalu Aisyah berkata: Jika aku tidak berpuasa, tentunya akan aku nikmati (minuman)”. Lalu kami berkata kepadanya : “Adakah engkau puasa sedang ada yang menganggap hari ini adalah hari sembeilhan (aidil adha)?” Aisyah menjawab: “Aidil adha adalah hari yang semua orang merayakannya dan hari raya ‘Aidil fitri juga yang manusia beraya menyambutnya” (Riwayat Ahmad)
Dari dalil-dalil ini, HARUS rakyat Malaysia berpuasa hari Sabtu atas peruntukan KELEBIHAN ia merupakan hari arafah di negara kita. Wallahu’alam.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

peringatan

Kalau sudah lama sangat sampai tidak menentu dalam politik, berehatlah..
Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya:
“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.
Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu.
Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).

Sumber: status FB Dr. MAZA
perasan tak dalam al-Quran, Allah menggunakan perkataan "waqa" bila mana sesuatu itu berkaitan dengan memelihara diri dari api neraka dan juga perkara-perkara yang jahat..
kenapa tidak digunakan perkataan "hima" atau "hafaza"??....

Hukum Mengkritik Tulisan Al-Imam Al-Ghazali?

Soalan: Dr Asri, saya ingin bertanya soalan tentang kedudukan mereka yang tidak menghormati Imam al-Ghazali dan kitab beliau Ihya ‘Ulum al-Din. Ini seperti mereka yang menyatakan dalam Ihya Ulum al-Din ada hadis yang tidak sahih atau pandangan yang tidak tepat. Patutkah perkataan mereka ini. Tidakkah ini tidak menghormati ulama Islam? Harap Dr Asri dapat berikan pandangan dan siarkan kepada orang awam.

Haji Ibrahim, Ipoh.

JAWAPAN DR MAZA:

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Tuan, dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah, juga suri teladan yang ditunjukkan oleh golongan salafussaleh, kita semua disuruh menghormati para ulama dan golongan yang soleh dalam kalangan umat ini. Mereka yang kita kasihi itu ialah insan-insan yang berjasa dalam mempertahankan Islam dan menyebarkan dakwahnya. Kita percaya al-Imam al-Ghazali termasuk dalam kalangan mereka. Namun, ini tidaklah bererti kita dihalang untuk memberikan atau menerima pakai pendapat yang berbeza dengan ulama-ulama tertentu. Untuk menjelaskan lagi soalan tuan haji, saya sebutkan perkara-perkara;

1. Al-Imam al-Ghazali r.h (450H-505H) ialah salah seorang dari sarjana besar dalam sejarah perkembangan ilmu. Sumbangannya dalam bidang fekah dan usulnya bukan sedikit nilainya. Beberapa sentuhan pemikiran maqasid syari’yyah beliau juga amat mengkagumkan. Namun, beliau lebih tertonjol dalam bidang tasauf. Karya beliau beliau Ihya ‘Ulum al-Din telah berjaya melonjakkan kedudukan beliau. Kita sebagai umat yang datang kemudian, kita berterima kasih atas sumbangan besar beliau dan mendoakan agar Allah memberikan pahala atas segala usaha beliau.
2. Namun, al-Imam al-Ghazali r.h sama seperti para ulama yang lain, mereka bukan nabi yang maksum dari kesilapan. Demikian bukunya Ihya ‘Ulum al-Din bukanlah al-Quran yang tidak mungkin dikritik. Maka, berbeza dengan beliau, atau tidak bersetuju dengan beberapa pendapat beliau dalam karyanya itu bukanlah haram. Ini selagi pendapat itu berdasarkan ijtihad yang terdedah kepada berbagai tafsiran. Kata sarjana hadis dan sejarawan Islam yang agung al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H):
“Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”( Siyar Alam al-Nubala 19/339, Beirut : Muassasah al-Risalah).
3. Antara perkara yang dibincangkan mengenai Ihya ‘Ulum al-Din ialah kedudukan atau nilaian hadis-hadis nya. Banyak hadis-hadis yang lemah dan palsu terdapat dalamnya. Ini telah mengundang banyak kritikan sarjana hadis. Tokoh tafsir yang hadis yang terkenal iaitu al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) berkata:
“Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan jantung hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu”. ( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
4. Hal ini juga pernah disebut sebelum itu oleh al-Imam al-Hafiz al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H):
“Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Hakikat ini diakui sendiri oleh al-Imam Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H) iaitu tokoh mazhab al-Syafi’i terkenal yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya dengan menyatakan:
“Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. Bahkan beliau mengira sebanyak 943 hadith yang tidak didapati sanad asalnya. (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
5. Namun, alhamdulillah, al-Hafiz al-‘Iraqi (meninggal 806H) yang merupakah sarjana hadis yang besar dalam sejarah telah menilai dan mengkritik hadis-hadis dalam Ihya ‘Ulum al-Din untuk manfaat ramai. Beliau telah menyemak hadith-hadith Ihya` dengan menyebut sumber hadis-hadis yang disebut dalamnya serta kedudukan hadis-hadis tersebut. Banyak hadith-hadith Ihya` telah dihukum tidak ada asal-usul dalam kitab-kitab hadis. Takhrij (menilai sumber dan kedudukan) al-Hafiz al-`Iraqi telah dicetak bersama dengan dengan kitab Ihya`. Maka hendak kita berhati-hati ketika memetik hadis-hadis daripada kitab tersebut, dengan cara merujuk kepada takhrij oleh al-Imam al-‘Iraqi tersebut.
Kata seorang muhaqqiq yang terkenal di zaman ini al-Syeikh Syu`ib al-Arnaud:
“Al-Hafiz Abu Fadl `Abd al-Rahim al-`Iraqi (meninggal 806H) telah menyemak hadis-hadis Ihya `Ulum al-Din kesemuanya dalam semua kitab yang dinamakan Al-Mughni `an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar. Ianya dicetak bersama dengan Ihya. Beliau telah menunjukkan setiap hadis kepada sumbernya serta menyatakan kedudukannya. Kebanyakan hadis-hadis tersebut beliau menghukumnya sebagai dhaif (lemah) atau palsu, atau ianya tidak ada asal dari ucapan Rasulullah s.a.w. Maka hendaklah para penulis, khatib, guru dan penceramah berhati-hati dalam memetik dan berhujah dengan hadith-hadith ihya` selagi mereka tidak jelas tentang kesahihannya menerusi semakan al-Hafiz al-`Iraqi. Sesungguh seorang ulama hadith Syam, Badr al-Din al-Hasani telah berkata: “Tidak harus mensandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah s.a.w. kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadith) yang dikenali. Sesiapa yang berkata: “Rasulullah telah bersabda” sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis “Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Syu`ib al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar `Alam al-Nubala`, 19/340).
Demikian seorang tokoh hadis Mesir yang terkenal al-Syeikh Abu Syahbah juga menyebut:
“Aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca Ihya` agar tidak berpegang dengan hadith-hadith yang disebutkan kecuali setelah melihat takhrij (penilain) al-`Iraqi. Jika tidak dia akan terjatuh dalam dosa berdusta sedangkan dia tidak sedar”.(Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum wa Mustalah al-Hadith, m.s 254, Kaherah: Dar al-Fikr)
6. Maka dengan itu, jika terdapat perkataan mana-mana pihak yang menyatakan dalam Ihya ‘Ulum al-Din adanya hadis-hadis yang lemah dan palsu, bukanlah perkara yang diada-adakan. Ia telah disebut oleh para ulama hadis sebelum ini. Namun, ini tidak bererti kita menafikan isi kandungannya yang berfaedah dan baik.
7. Antara lain yang dikritik adalah beberapa pandangan kerohanian yang terdapat dalamnya. Masalah ini menjadi perbincangan dalam kalangan sarjana. Ada beberapa pandangan dalamnya dianggap kurang sesuai atau melebihi tahap yang sepatutnya. Sehingga al-Imam al-Zahabi menyebut:
“Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339).
Dr Yusuf al-Qaradawi juga mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali rh dengan katanya:
“Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat –sekalipun secara tidak langsung- bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, Sunnah dan Sirah. Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan ruh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Ta’ala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezekiNya, yang berkerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya”.( Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

8. Apapun, di samping beberapan kelemahan yang dikritik, tulisan beliau tetap mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam mendidik jiwa dan menghaluskan perasaan. Beliau telah menyumbang, dan ulama lain juga menyumbang. Kita mengambil manfaat dari semua dan menghargai semua. Kita beradab dengan mereka, namun itu tidak menghalang untuk kita bersetuju dengan pengkritik mereka, atau berbeza pendapat dengan mereka. Dengan syarat ia berasas ilmu, bukan emosi. Maka demikian pendirian kita terhadap karya al-Ghazali r.h.

Sumber: Blog Dr. MAZA
tak pernah jadi presenter dalam apa2 conference atau seminar, hanya pernah jadi committee sahaja...

kataqq... tak boleh kalo cakap depan orghang ghamai... musti kena formal... itulah kelemahan diri... tapi.............. ini satu cabaran...

okey... awal tahun hari tu tengok ada conference kat ......, okey.. try buat paper... dan ini merupakan 1st time buat paper tuk conference...

Alhamdulillah abstract diterima... dan Alhamdulillah paper diterima jugak... dan tengah menunggu email dari mereka seterusnya... moga saya diterima untuk membentangkan paper di sana... memang ada rasa takut untuk ke sana... pabila tengok web conference yang lepas2... ya Allah semuanya orang yang hebat2 belaka... saya macam kecik ja diri ni...

ermmm saya sangat suka kalo ada kawan2 yang dalam bahagian engineering dan ICT )terutama kawan2 yang muslimah) (semua orang boleh join) boleh join conference ni sekali... buat paper dan kaitkan dengan al-Quran dan hadith.... di situ kita akan mengkaji dan melihat betapa besarnya ciptaan Allah.. serius!! kita boleh share knowledge dengan semua orang...

tapi saya tak pasti apa boleh buat dalam english... kalo saya diterima untuk ke sana nanti insha Allah saya akan tanya...

ya Allah, Kau permudahkan segala urusan hambaMu ini... dan moga aku diterima untuk conference di sana... aameen

Saturday 27 September 2014

sepatotnya kena banyak berdoa laa

hadoi....

ingat lagi kata2 kawan saya; ada orang tanyakan soalan kat dia pasai pasangan hidup...

dia jawab: dont ask me, ask Allah.. He knows... make more du'a

***********************
Alhamdulillah kawan saya tu dah pun berkhawin....

***************

saya tak tahu rupa2nya dia tu dulu ramai sangat peminat... kalo dia terjumpa saya kat mana pun dia akan tegur, macam tu jugak saya... dan last be4 dia fly ke Madinah dan belajaq di sana.. masa saya tegur dia dan tuk minta tolong, patot laa orang tengok semacam... bila dia dah fly, baru saya dapat tahu dia ramai peminat, dan ada beberapa roang yang try taqdim dia...

tuk kawan saya tu.. moga kau sentiasa beradalam dalam peliharaanNya dan diberkati olehNya... moga bahagia kehidupanmu di dunia dan akhirat

hahahaha apa melalut ni......
Abu Anas Madani: 
Catatan Rehlah Haj 1435H (01).
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العلمين القائل:
{ وأذن في الناس بالحج... } الآية من الحج: 27-28 
والصلاة والسلام على نبينا وقدوتنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين.
{Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus [984] yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan [985] atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternakan [986]. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.} [Al-Hajj: 27-18].

[984] Unta yang kurus menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji.
[985] Hari yang ditentukan ialah hari raya haji dan hari tasyriq, yaitu tanggal 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.
[986] yang dimaksud dengan binatang ternak di sini ialah binatang-binatang yang termasuk jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri.]

Asy-Syauq dan Al-Hanin – Kerinduan dan Keghairahan ke Dua Tanah Haram.

Rehlah atau pengembaraan mengerjakan haji ke Baitullah al-Haram adalah Rehlah Imaniah yang diberkati, tidak ada bandingan yang seumpamanya.

Sesiapa yang memerhatikan kepada hujjaj atau jemaah haji dan kesan ibadat haji ke atas diri mereka selepas melakukannya, nescaya dia akan dapati dengan penuh ilmu bahawa maqsad atau objektif Syara’ yang suci dalam mensyariatkan ibadat haji ke atas manusia.

Apa yang zahirnya, ramai dari kalangan jemaah selepas pulang dari mengerjakan ibadat ini, telah tertanam dalam jiwa mereka perasaan takut dan gerun untuk melakukan dosa-dosa yang besar, kehidupan mereka juga berubah ke arah yang lebih baik. Ini semua adalah limpahan kurniaan dan kemurahan Allah SWT ke atas hamba-Nya.

Allah SWT telah menjadikan dalam hati orang muslimin seluruhnya perasaan kerinduan dan pengharapan untuk sampai ke Dua Tanah Suci ini, bumi yang diberkati, tempat ibadat yang besar, menjadi tetamu Allah SWT.

Setiap orang yang berada di bumi mana saja, di hujung dunia ini pasti bercita-cita untuk melihat sendiri dengan mata kepalanya Baitullah al-‘Atiq, bumi Makkah, Padang Arafat, Muzdalifah, Mina dan juga negeri al-Habib kekasih Tuhan sekalian alam, -ke atasnya selawat dan salam-. Setiap mereka tidak akan puas dengan hanya sekali, bahkan bercita-cita untuk datang berkali-kali kepadanya.
Perasaan kerinduan dan kecintaan ini pada hakikatnya adalah rahsia yang Allah SWT campakkan kepada makhluk-Nya, yang menjadi sebab orang tidak lagi berfikir tentang kesusahan dan kepayahan yang dihadapi serta kewangan yang dibelanjakan demi untuk merealisasikan rehlah keimanan ini.

Demikianlah perasaan salah seorang jemaah haji tahun ini Abu Anas Madani apabila dijemput untuk bersama dalam kafilah haji Ash-har Travel walaupun keuzuran dibahagian lutut yang nampak tidak begitu sesuai untuk bertugas menguruskan jemaah haji. Tetapi demi untuk menyertai jemaah haji ini pengorbanan tetap diteruskan.
Maka pada pagi Sabtu 20 September 2014 bersamaan dengan 25 Zul-Qa’dah 1435H berangkatlah AAM bersama rombongan dari KB Jam 9:30 pagi ke KLIA setersnya pada jam 3:30 petang menaiki pesawat biasa SAUDI SV831 ke Jeddah.
Kali ini tanpa melalui proses biasa di Komplek Haji Kelana Jaya, Alhamdulillah, perjalanan lebih mudah dan ringkas.

Sewaktu tiba di KLIA sempat juga bertemu dengan beberapa orang sahabat Tuan Haji Mustafa dan Hajjah Rokiah (Jemaah haji yang bersama pada tahun 1434H) akhi Jazman bersama keluarganya dan tidak ketinggalan teman setia dakwah Ustaz Hidir.

Dalam pesawat ke Jeddah ini sempat mutalaah buku kecil yang bertajuk
"الشوق والحنين الى الحرمين”
susunan Dr. Muhammad Musa Asy-Syarif, Jazahullahu Khaira yang menukilkan pengalaman dan perasaan kecintaan dan kerinduan para penulis yang mencatatkan kisah mereka dalam buku masing-masing.

Perasaan dan pengalaman setiap orang ada perbezaannya namun boleh dikatakan semuanya merupakan khuatir dalam hati dan jiwa yang sukar untuk digambarkan.

Ana sendiri bila bawa jemaah yang baru tiba di Makkah, setelah memperkenalkan tempat-tempat yang sepatutnya di sekitar Kaabah akan pergi ke belakang, meninggalkan jemaah sendirian di hadapan Kaabah melayani perasaannya… dan apabila tiba waktu bertemu kembali pastinya mereka datang dengan mata merah kesan luahan perasaan yang mereka alami setelah bersimpuh di hadapan Baitullah, menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Tuan Kaabah yang telah menjemputnya datang bertamu.

Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Kalau kita toleh ke zaman yang lampau, dengan kepayahan dan kesusahan perjalanan tentulah kerinduan itu lebih berganda lagi, berbanding dengan zaman sekarang yang orang boleh lihat Kaabah, Makkah dan Madinah melalui alat media yang menayangkan semua yang berlaku pada setiap detik dan saat.
Sedangkan orang dahulu mereka hanya mendengar tapi tidak dapat melihat, kata para cendikiawan:
ليس المخبر كالمعاينة
“Bukanlah dengar itu sama dengan melihat.”

Namum keajaiban dua Haramain ini masih utuh, perasaan kerinduan tetap wujud dalam jiwa muslimin setiap masa, ramai yang bercita-cita untuk sampai kepada keduanya, merasai dan menjiwai sendiri kelebihan berada dan beribadat di tempat ini serta melihatnya dengan pandangan mata sendiri.

Beberapa faedah daripada risalah ini terserlah melalui beberapa sudut;
1- Menyatakan hikmah Allah SWT menanamkan perasaan kerinduan dalam hati manusia hingga mereka sanggup datang dari pelusuk dunia.
Apalagi kalau kita lihat sejarah haji di kurun ke 10 hingga 14 dikala umat Islam telah dhaif berada dalam kerendahan di bawah penjajah sedangkan dulunya mereka umat yang sangat dihormati. Mereka datang ke Tanah Haram untuk menggilap iman di negeri yang tidak duduk di bawah penjajah kafir, kedatangan mereka telah memulihkan semangat ke dalam jiwa. (Penulis telah mengemukan beberapa contoh, maaf ana tak sempat nak terjemahkannya).

2- Menjelaskan kesan kerinduan ini untuk meringankan bebanan musibah dan meredakan tekanan, bilamana para hujjaj mengetahui dan menyedari betapa orang-orang dahulu telah melalui kesukaran yang jauh bezanya dengan sekarang untuk sampai ke Haramain, dari sudut keselamatan dan keamanan perjalanan, jalanraya tak ada, kenderaan laut atau darat yang mengambil masa yang begitu lama, ramai yang mati dalam perjalanan dan seumpamanya.

3- Menyatakan hubungan yang rapat perasaan ini dengan keimanan yang terpahat dalam fitrah manusia yang baik. Bagi setiap muslim mesti ada kadar yang tertentu perasaan keimanan ini yang mesti disuburkan hingga sampai menjiwai dan menghayati semua ibadat dan pengembaraan yang dilakukan ini dengan penuh rasa bahagia dan seronok serta bertuah dapat menunaikannya.

Bukan seperti sebahagian yang datang dengan perasaan malas, terpaksa, ikut suami atau isteri, ikut kawan, tidak bersedia, tidak menjiwai ruh ibadat dan sebagainya. Maka orang seperti ini akan rasa berat, nak cepat-cepat siap, nak berehat-rehat di hotel, apalagi yang tinggal di hotel mewah. Mereka tidak dapat mengecapi kemanisan limpahan rahmat Allah SWT di dalam hati dan inilah yang bahayanya, mereka tidak dapat kesan baik dari ibadat haji. Maka jadilah keadaannya sama seperti sebelumnya, tidak ada perubahan dalam kehidupannya ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT selain mendapat title “HAJI’’ atau “HAJJAH”.

Akhirnya,
betapa cantik dan indahnya keadaan jemaah haji yang telah mengalir air mata tangisan ketika berhadap dengan Kaabah, berdiri di Multazam atau ketika menyaksikan tempat ibadat yang lain juga ketika berada di Masjid Rasulillah SAW. Perasaannya yang terharu, lidahnya menyebut nama Allah SWT dan berselawat ke atas Rasulullah SAW hatinya berazam dan bertekad untuk menjadi hamba Allah SWT yang mukmin atau mukminah sejati.

Sebaliknya, bagi yang tidak mendapat halawah (keindahan – kemanisan) ini, muhasabah dan murajaahlah diri serta iman sebelum berakhirnya tempoh berada di Haramain dan lebih-lebih lagi sebelum tamat tempoh hayat di dunia ini.

Akhukum, AAM.
SV381 KLIA – JEDDAH.
Menghampiri udara Miqat Qarn Al-Manazil.
Petang 25 Zul-Qa’dah 1435H.


Sumber: fb AAM

Thursday 25 September 2014

mengantuk tapi tak boleh nak lena

dah dua hari sakit kat leher + lengan sampai ke jari,... buat keja sekolah la konon...

semalam memang dah tak tahan sangat... dah mula rasa kebas

so, minta tolong kawan picitkan... Alhamdulillah dah rasa macam okey sikit.. dan sambung buat keja sekolah dan main game sikit hahahahahaha

tapi masih rasa sakit, kadang2 rasa macam tak boleh nak menunduk...

so.... picit la sendiri.. sapu minyak dan picit

malam tadi kononnya nak tidoq awal, bangun nak buat keja sekolah... try tuk tidoq tapi tak boleh nak lena....tengok jam dah pukul 3 pagi.. last-last bangun buat keja sekolah sampai kul 9 pagi...

ada rasa mengantuk, tapi tak laa sangat... sebelum ni kalo tak tidoq malam, memang akan jadi lali + blur... tapi kali ni rasa okey je... walaupun tak tidok dari semalam sampai sekarang.. sekarang dah pukul 6.30 petang... apakah saya tersalah picit urat kat belakang leher ni?... tidaaakkkk...

lapaq pun tak... hari ni minum ayaq milo + 6 keping biskut 4 segi... ada yang tak beres ni...

Alhamdulillah tadi dah jumpa SV... banyak nak kena buat lagi.....

الله المستعان

Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hamba Mu ini dalam menuntut ilmu Mu Ya Kareem... aameen

Wednesday 24 September 2014

hahaha buang masa update blog...

dah 3 hari tak sentuh keja sekolah... macam mana ni plan nak jumpa sv


okey nak tidoq dulu, esok bangun awai buat keja sekolah

chai yok!!!!

fighting!!!


Alhan Zulhijjah


Pedoman ringkas Al-Quran dalam mengenal Tuhan

1)Siapa tuhan kamu?
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

2)Apa nama tuhan kamu
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia".

3)Dimana tuhan kamu
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

4)Bagaimana tuhan kamu
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

5)Apa yang tuhan kamu tahu
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

6)Bagaimana tuhan kamu menciptakan setiap sesuatu
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

7)Cerita sikit tentang tuhan kamu?
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk

8)Apakah keimanan yang paling asas?
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

ada seseorang kata;

terlalu memilih...

rasa diri tu macam baik sangat

nak yang macam dalam cerita/ novel ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih dan aku mencintai Allah dan Rasul lebih dari mencitaimu [betoi la kot tajuk ni atau lebioh kureng].

kata2 bukan direct dengan saya, tetapi beliau menulis dalam blog...

ermmmm drama atau novel ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih langsung saya tak baca dan tak tengok, walaupun ketika drama itu ditayangkan [di indonesia] dan belum di tayangkan lagi di Malaysia... entah memang saya tak minat...

tapi sahabat baik saya telah berjaya mengkhatamkan drama ketika cinta bertasbih... caya la ko..

ermm buku Aku mencintai Allah dan Rasul tu saya beli, tapi saya tak sempat baca, ada orang pinjam dan sampai sekarang buku itu belum sampai lagi ke tangan saya...

oh!! dah banyak buku yang orang pinjam tapi saya tak ingat siapakah... entah di mana buku2 saya....

********************
gara2 tak terima pilihannya, saya dikatakan begitu dan begitu dan begitu

*********************

saya diminta oleh sahabat untuk memaafkannya..

ya mungkin saya dapat memaafkannya... dah lama saya maafkan, tetapi hati ni macam dah tawar, kalo untuk bermesra [berkawan] macam dulu...

************************

saya maafkan, saya tak mahu di akhirat nanti dia tak boleh masuk ke syurga gara2 saya...

Nostalgia Aceh 2

pengalaman my seniors
tak ingat exactly tahun kejadian; tetapi ketika itu memang keadaan di Aceh kurang aman, kalau tak silap diistiharkan gawat darurat...

3 orang senior balik dari Malaysia, sudah diberitahu keadaan tak berapa okey, kalo nak bertolak ke Aceh, better malam atau nak flight...

ya kami hanya penuntut ilmu mana ada duit banyak....

mereka bertiga pulang ke aceh dengan menaiki "buraq" [kalo di Malaysia dipanggil van atau adik beradik van]... mereka pulang di siang hari..
dalam perjalanan; seingat saya, di area Aceh [saya tak ingat axactly tempat/ kalo tak silap Bireuen/ Sigli].. berlaku tembak menembak di kedua belah pihak... kiri dan kanan jalan... di tengah2 adalah jalan raya...

pemandu buraq mereka sangat berani dan meneruskan perjalanan walaupun keadaan lagi rancak dengan bedilan peluru....

kalo tak silap saya, salah satu peluru itu masuk ke dalam buraq dan telah mengenai kuping telinga salah seorang penumpang.....

Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah mereka telah sampai ke Banda Aceh dengan selamat...

Nostalgia Aceh 1

ingat lagi dulu tak ramai yang tahu aceh tu kat mana.. dan bagaimana tempatnya... (mungkin tahu, tapi tidak seberapa tahu setelah tsunami)...

dulu, bila orang tanya saya belajar di mana... saya bagitau di Aceh... mestu muka mereka akan nampak blur dan entah apa lagi entah... dan soalan seterusnya... belajar kat aceh?.. 'Itiraf ke sijil kat sana?... balik nanti nak keja apa?...

soalan2 di atas saya hanya jawab dengan senyuman....
then selepas tsunami....ermm dah ramai masyarakat Malaysia tahu tentang aceh dan ramai yang pergi melancong ke sana...

ya dahulu, belum ada flight direct dari Malaysia ke Aceh, perlu transit di Medan dahulu then tukar flight ke Aceh pula... kami dahulu pergi sana naik feri, dalam 4 jam, dan ada juga 7 jam... paling cepat saya pernah naik feri dalam 4 jam... feri perdana selalu cepat sampai berbanding kalo naik feri bahagia...
pernah bergolak dalam ombak yang sangat kuat [tapi dalam feri laaa... time tu hujan yang sangat lebat], sehingga kepala pun boleh terhantuk dengan bumbung fer [masa tu mungkin terlalu kurus]...then sampai perlabuhan kami kena naik bas ke gajah mada then rehat sekejap dan tunggu malam untuk bertolak ke Aceh dengan menaiki bas... bertolak 8 malam dari Medan akan sampai ke Aceh dalam 7.30 pagi atau 8 pagi... pemnamdu bas bawa macam jalan highway kat Malaysia, tetapi di sana jalannya di tepi2 juram yang sangat dalam....Alhamdulillah Allah selamatkan perjalan kami sampai ke Aceh tuk mencari IlmuNya...

walaupun penat dalam perjalanan, tapi sangat happy... kerana setiap langkah itu ada pahalanya...
dan Alhamdulillah... banyak perkara yang saya dapat belajar ketka berada di Aceh dahulu..
الحمد لله على كل نعمة يا الله
*****************
subjek yang sangat saya suka adalah peradaban Aceh...
ermm bagaimana subjek kenegaraan (ilmu pancasila) saya boleh dapat A??
diberi nasihat
apa2 pun buat dahulu istikharah, minta dengan Allah, moga Allah beri pilihan yang terbaik buat kita samada di dunia dan akhirat...
perkahwinan, tak kira samada dengan Malaysian atau international sama sahaja, apa2 pun ia kembali kepada diri suami dan isteri itu bagaimana mereka menghadapi masalah + liku2 yang dihadapi...
cuma, sebelum berkahwin, jangan terlalu fikir negatifnya... kalau sentiasa disemat dengan perkara2 yang negatif (walaupun kita nampak ia macam positif), sekiranya berlaku perkara/ masalah yang sangat kecil pun kita rasa besar, dan mula tuk menyalahkan pasangan masing2...
******************
okey...
*******************
tak kisah la kalo enti kawen dengan palestine ke, saudi ke, india ke.. ya atau orang malaysia.... mana2 pun sama je.... ingat kembali pada diri... dan dekat dengan Allah.
do istikharah... do istikharah....do istikharah
du'a... du'a more and more
################
inilah ujian diri....... saya kurang rajin tuk melakukannya....
terima kasih Dr. H****** بارك الله فيك
tapi ayat last.... ermmm susah kalo orang sini.... [okey.......????????]
petang semalam, diberi nasihat lagi.... kali ini oleh seorang Dukturah
Do istikharah
Do istikharah
Do istikharah
dengan itu kita akan dapat jawapan insha Allah...kita mohon dengan Allah minta Dia bagi pasangan untuk kita, baik untuk agama, kehidupan tuk masa sekrang dan akan datang... kerana Dia yang lebih mengetahui.... tak kisah kalo berkawen dengan sesiapa pun, yang penting buat istikharah... kalo jodoh enti dengan bukan malayu tak pe... mungkin ada something yang Allah nak berikan... kita tak tahu apa hikmahnya...
kadang2 kita dah melakukan istikharah.... tapi dalam perkahwinan kita... kita diuji... mungkin di situ Allah nak tunjukkan hikmah (ada hikmah).... yang penting kalo kita dapat menyelami apa hikmah disebaliknya... insha Allah kita akan dapat something yang tak diduga.... hikmah di situ (mungkin) kita jangan terlalu melihat zahirnya atau pada pandangan manusia.... yang penting hikmah itu akan memberi kekuatan atau kita akan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik lagi... baik dari luaran dan yang penting dalaman....
teruskan berdoa dan buat istikharah....
*********
tak pa kalo bukan melayu pun terima laaa..... kalo orang dari ......... terima laaa, insha Allah... kita tak tahu rezeki itu....
dua
istikharah
******************
terima kasih Ustazah...
"Sungguhlah, apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini memang ketentuan . Hidayah dan petunjuk tu sendiri pula, memang hanya Allah yang boleh bagi sebab hanya Dia-lah yang memegang hati." ~ Contengan Jalanan - Hlovate

Buat sahabat2 yang sudah dan akan berumahtangga

"السعادة الزوجية لا تتم إلا بأن تفهم زوجتك، وتفهمك زوجتك، وتتحمَّلها وتتحمَّلك، فإن لم تفهمك فافهمها، وإن لم تتحمَّلك فتحمَّلها".
Dr. Musthafa As-Siba'ie
mafhum dari kata2 di atas;
"Kebahagian dalam sebuah perkahwinan adalah dengan saling memahami dan membantu pasangan anda, jika pasangan anda tidak memahami atau membantu anda, maka anda harus memahami dan membantu pasangan anda".
atau "what you give you will get back".
insha Allah kher

think, insha Allah kher

perbualan dengan sahabat solehah di petang tadi;
"Jangan anggap setiap perceraian itu satu kegagalan dalam sebuah perkahwinan, tetapi.... bilamana kita tahu (fikir akan hikmahnya) dengan membuat keputusan untuk bercerai itu akan lebih mendekatkan diri dengan Allah, itu adalah lebih baik daripada kita berada dalam perkahwinan dan akan menjadikan diri kita jauh daripadaNya".
Perkahwinan merupakan salah satu wasilah/ perantara untuk menuju syurga Allah atau nerakaNya...
semalam p beli jus kat shop tepi library... di sana terjumpa Dr. Mumtaz yang sentiasa mumtaz insha Allah...
Dr.: Hi... kamu nak minum apa? saya bayar
saya: saya nak beli banyak ni Dr [sambil senyum]
Dr: untuk siapa?
saya: nak beli jus untuk kawan saya dan juga tuk hod saya
Dr: oooo untuk hod dan kawan kamu, kamu beli.. untuk saya?
saya: ek???.... okey2... Dr nak minum apa? [dah rasa besalah huhuhu]
Dr: okey ni minuman saya, saya pun beli untuk kawan saya...
kemuadian Dr doa tuk saya...[ini yang paling best....], kalo boleh nak je jumpa para guru setiap masa, kerana diakhiri pertemuan mereka akan berdoa untuk kita..
okey, semalam beli mango banana tuk diri sendiri, jus mangga tuk my ofismate dan jus oren tuk my boss 

Tuesday 23 September 2014

???? tak faham

situasi...

A [lelaki]
B [perempuan]
C [lelaki]


A dan C [berkawan]


...............................................

A dan B telah bertunang..... tetiba...... A telah memutuskan pertunangan mereka


beberapa lama....................

C menghubungi keluarga B dan menyatakan dia menyukai B dan ingin menjadi B sebagai teman hidup.... terus menetapkan tarikh tuk menikah dan wedding


sehari lagi hari perkahwinan mereka... tetiba si C memutuskan tidak mahu berkahwin dengan B... dan tanpa apa2 sebab....

*****************************
dan apa motif A memberitahu kepada C bahawa B itu adalah ex-tunang dia dahulu?.....

dan kenapa C terus membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka?.....

speechless

sekadar luahan

sudah lama kami tak berhubung bertanya kabar...
ya.. ku tahu dia sudah berkahwin...

.........................

setiap kawanku kalo mereka dah kawen, 
aku tidak akan kontek mereka.. ya dunia mereka sudah berubah, banyak perkara yang sedang mereka belajar... belajar untuk memahami pasangan dan juga keluarga kedua belah pihak...

.................................

dua minggu lepas, kawanku datang....ke bilik ku ini ;-)

oh lamanya.....

jumpa dan tanya kabar

Alhamdulillah aku tengok dia bahagia... moga terus bahagia hingga ke jannah.. itu doa aku tuk mereka dan juga tuk kawan2 aku yang lain 

****************

tetiba...

kawan: ko dah ada orang belum?

aku: belum... kenapa?... [bukan ke dia ni dah tahu aku memang takda sapa2 lagi...dan buat masa sekarang aku hanya fokus keja sekolah yang kena fikir dan taip semua dari ZERO]

kawan: ko tak minta tolong orang carikan tuk ko ke?

aku: tak 

kawan: hei... ko kena... ko jangan malu untuk minta tolong orang carikan tau...

[dalam hati] ya tenkiu tolong risaukan aku... dan kenapa ko tak carikan tuk aku?

dan kawan aku sambung lagi...
ko tak boleh malu.. ko kena bagitau kat orang dan minta orang tolong carikan tuk ko... umor ko yang macam ni, susah tau lelaki nak terima... ko tak boleh malu, kena cari orang yang boleh ko bagitau dan minta tolong carikan tuk ko.. umo ko ni dan meningkat, susah lelaki nak terima kalo ko malu nak bersuara... aku ni lain laaa.. kebetulan kawan aku yang tolong kirakan tuk aku...

seriously speechless  [dalam hati] okey!!!!... sebenarnya apa motif engko ni?....terus hilang untuk berkata2... kenapa? 

aku: okey...[hanya itu sahaja yang mampu aku jawab].... sebab terkejut dengan ayat yang dia bagi... 

.................

lepas tetamu pulang... terus tak boleh nak sambung buat keja sekolah... 

aku bukan memikirkan sangat kata2nya itu... tetapi aku seolah2 tidak mengenali siapa kawanku itu...

....................

oh!! mungkin aku kot terlebih sensitif sebab dalam kepala dok fikir keja sekolah yang....

Allahul musta'an, moga Allah permudahkan segala urusanku...