Wednesday 31 December 2014

KES AMBIL BARANG KEDAI & RUMAH ORANG LAIN KETIKA BANJIR

ni jugak yang berlaku 10 tahun dulu, pernah amek "barang + makanan" yang dihanyut tsunami (tak tau dari kedai mana) untuk kegunaan kami di aceh ketika itu.
abang Mohamad Zamri Mohd Noh: bawa air teh botol sosro dan apa tah lagi tak ingat.
det @ Mahazir Abdul Hamid: ada tolong amek "barang" untuk kami 
dan......... moga Allah menggantikan mereka dengan yang lebih baik [kami ada amek beberapa barang dulu]..

Penjelasan tentang ini:
Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Apakah hukum seseorang yang terperangkap dalam banjir dan kelaparan atau kesejukan atau memerlukan barangan asasi lain kemudian pergi ke mana-mana rumah berdekatan atau pasaraya atau kedai lalu memecah masuk dan mengambil makanan yang masih boleh dimakan minum atau guna dan pakai. Adakah ini dikira mencuri atau kesalahan dosa besar di dalam Islam?
JAWAPAN
Pertamanya, takziah diucapkan kepada semua yang terkena musibah dan ujian dari banjir terbesar negara yang berlaku pada hujung tahun 2014 ini.
Sebelum saya memberi jawapan dari sudut pandang hukum Islam, perlu diambil kira amaran pihak polis pada tarikh 30 Disember 2014, bahawa semua jenis menceroboh masuk kedai dan rumah adalah suatu kesalahan menurut undang-undang dan jika pihak polis menyerahkan kepda budi bicara mahkamah sekiranya individu yang menceroboh ditangkap dan dibawa ke mahkamah kelak.
Adapun dari sudut hukum Islam, hukum asal mengambil barangan milik orang lain tanpa redha dan izin sememangnya berdosa dan salah. Namun pertanyaan adalah dalam situasi tertentu di waktu banjir dan terperangkap serta kekurangan makanan.
Dalam situasi sebegitu dan bukan dibuat-buat, namun memang sebenar-benarnya tersangat mendesak keperluan kepada sama ada makanan, pakaian atau barang keperluan asasi sama ada untuk diri sendiri atau untuk mereka yang dalam rawatan (di hospital atau tercedera contohnya). Maka Allah swt telah menyebut :-
فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya : Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Maidah  )
Para ulama tafsir mentafsirkan beberapa kalimah penting dalam ayat di atas iaitu :-
(مَخْمَصَةٍ) sebagai perut kosong dan kelaparan amat sangat. Demikian huraian Imam Ibn Kathir, Imam AL-Qurtubi, Alusi, Sheikh Rashid Ridha dan lain-lain.
Manakala kalimah (غَيْرَ مُتَجَانِفٍ) membawa maksud bukan secara sengaja atau suka-suka menyeleweng dan menceroboh untuk melakukan dosa dan mencuri.
Sebagaimana dihurai juga berdasarkan firman Allah swt yang lain tetapi berkaitan iaitu
فَمَنِ اضْطُرَّ غير باغ ولا عاد فلا اثم عليه
Ertinya :Barangsiapa yang terdesak dan bukan berniat dan menceroboh sengaja dan bukan pula menyerang maka tiada dosa ke atas mereka. (Al-Baqarah : 173)
Demikian di petik dari huraian Imam Al-Qurtubi dan lain-lain ahli tafsir.
KESIMPULAN
Kesimpulan jawapan ringkas bagi soalan yang diutarakan adalah :-
1. Mangsa banjir yang terperangkap lalu memecah masuk mana-mana rumah atau kedai berhampiran (yang tiada dijaga lagi oleh tuan milik kerana telah dipindah atau menyelamatkan diri) untuk mendapatkan bekalan makanan dan pakaian asasi yang sangat terdesak adalah TIDAK BERDOSA dan DIMAAFKAN di dalam hukum Islam. Mereka juga TIDAK DINAMAKAN PENCURI atau MENCURI. Malah jika wujud hudud dilaksanakan di sesebuah negara, kes sebegini TIDAK termasuk dalam hukuman yang boleh dikenakan hudud.
2. Pun begitu, ia tetap dikira kesalahan menurut undang-undang negara dan pihak polis menyatakan jika didakwa, terserah kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan keputusan terbaik berdasarkan keadaan dan situasi sebenar.
3. Jika mangsa banjir dapat membuat congakan jumlah nilai barang yang diambil, adalah terlebih baik jika mereka dapat membayarnya kemudian, di waktu sudah aman dari ancaman banjir. Jika mereka gagal membuat bayaran semula kerana kemiskinan atau kerosakan & kerugian terlalu besar, maka tanggungjawab mengganti beralih kepada zakat atau ke atas tanggungjawab negara.
4. Bagi pihak pemilik pula, jika mereka menghalalkan dan mengganggapnya sebagai sedeqah atau derma bantuan kemanusiaan. Insha Allah bakal diganjari Allah swt sebagai pahala buat diri mereka di akhirat nanti (khususnya jika muslim) atau balasan kebaikan di dunia bagi non muslim.
5. Memecah masuk secara menyerang dan merampas sedang wujud tuan rumah atau tuan kedai dan merampas dengan paksa adalah ditegah menurut hukum Islam. Sewaktu pemilik wujud, izin mereka mestilah dipohon terlebih dahulu.
6. Memecah masuk dan mengambil barangan secara berlebihan iaitu barang bukan keperluan asasi adalah diharamkan dan berdosa.
Sekian,
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
30 Dis 2014.

Friday 26 December 2014

Naran Saram (Your Eyes)

gek...

tetiba tersuka pulak lagu ni, nyanyian Kyuhyun featuring Yesung super junior..

hahaha tetiba kata den ni suka SJ plak...  ada 2 lagu korea yang den suka.. yang sebelum ni dahtempek dah kat dalam ni... ni lagu yang kedua... entah best ja dengar depa dua orang ni nyanyi. lyric ni den pi godek2 kat google je, kemudian tempek kat sini..

ni yang translation

"Your Eyes" Naran Saram --> Someone Like Me

[Kyuhyun] I want to erase all of my insufficient former self
It seems like someone like me has nothing to give to you
[Yesung] The side of me that I kept hidden, the one that wants you, my sincerity
Not even once was I able to show it to you so
[Kyuhyun] Just once, look back at me
It seems you’re still not standing too far away
[Yesung, Kyuhyun] Do you still remember, do you believe that it’s only you for me
Do you know how long you can keep me by your side
[Kyuhyun] In this large world, there’s only one person (I only want you)
[Yesung] Did you know this about me
[Yesung] Before the seasons roll by, before even time fades away
I try to convey my heart to you but it’s too late
[Kyuhyun] I hesitate and stop and then you’re crushed
If you’re still there, I’m an idiot, forgive me
[Yesung] A little bit ([Kyuhyun] a little bit) walk a little further ([Kyuhyun] walk a little further) and then I’ll be there
[Kyuhyun] Do you still remember, do you believe that it’s only you for me
[Yesung, Kyuhyun] Do you know how long you can keep me by your side
[Kyuhyun] In this large world, there’s only one person [Yesung] It’s only me
[Kyuhyun] The night I wanted to cry goes by, and in my forgotten dream
My wandering self
[Yesung, Kyuhyun] You hold tight in your arms
[Yesung] And I won’t stray anymore
[Yesung, Kyuhyun] Do you still remember, do you believe that it’s only you for me
Do you know how long you can keep me by your side
[Yesung] In this large world, there’s only one person (I only want you)
[Kyuhyun] Did you know this about me
Korean version:

부족했던 나의 모습 모두 지우고 싶어
[Kyuhyun] Bu-jok-haett-deon na-eui mo-seub mo-du ji-u-go ship-eo
나란 사람 너에겐 바랄 거라곤 없겠지
Na-ran sa-ram neo-e-gen ba-ral geo-ra-gon eobs-gett-ji

널 원하는 만큼 숨겨온 내 진심마저도
[Yesung] Neol weon-ha-neun man-keum sum-gyeo-on nae jin-shim-ma-jeo-do
그 한번도 너에게 보여준 적 없었으니까
Geu han-beon-do neo-e-ge bo-yeo-jun jeok eobs-eoss-eu-ni-gga

한 번, 날 돌아봐 너무 멀지 않은 곳에
[Kyuhyun] Han beon, nal dol-a-bwa neo-mu meol-ji anh-eun gos-e
여 전히 서있는 듯 해
Yeo jeon-hi seo-itt-neun deut hae

아직 기억하는지 너만이 전부인 날 믿는지
[Yesung, Kyuhyun] a-jik gi-eok-ha-neun-ji neo-man-i jeon-bu-in nal mid-neun-ji
언제까지 네 곁에 날 둘 수 있는 건지
Eon-je-gga-ji ne gyeot-e nal dul su itt-neun geon-ji

넓은 세상에 단 한 사람 (너만 원하는 나)
[Kyuhyun] Neolb-eun se-sang-e dan ha sa-ram (neo-man weon-ha-neun na)
이런 나를 알고 있는지
[Yesung] i-reon na-reul al-go itt-neun-ji

또 계절이 흘러 시간마저 바래기 전에
[Yesung] Ddo gye-jeol-i heul-reo shi-gan-ma-jeo ba-rae-gi jeon-e
이 마음을 전해줘 너무 늦지는 않도록
I ma-eum-eul jeon-hae-jweo neo-mu neut-ji-neun anh-do-rok

난 주저하고 멈추고 또 널 무너뜨리고…
[Kyuhyun] Nan ju-jeo-ha-go meom-chu-go ddo neol mu-neo-ddeu-ri-go
아직 거기 있다면 바보 같던 나를 용서해
a-jik geo-gi itt-da-myeon ba-bo gat-deon na-reul yong-seo-hae

조금만 (조금만) 더 걸어가 (더 걸어가) 내가 거기 서 있을 테니
[Yesung] Jo-geum-man  ([Kyuhyun] jo-geum-man) deo geol-eo-ga ([Kyuhyun] deo geol-eo-ga) nae-ga geo-gi seo iss-eul te-ni

아직 기억하는지 너만이 전부인 날 믿는지
[Kyuhyun] a-jik gi-eok-ha-neun-ji neo-man-i jeon-bu-in nal mid-neun-ji

언제까지 네 곁에 날 둘 수 있는 건지
[yesung] Eon-je-gga-ji ne gyeot-e nal dul su itt-neun geon-ji

넓은 세상에 단 한 사람. 오직 나인데
[Kyuhyun] Neolb-eun se-sang-e dan han sa-ram. [Yesung] O-jik na-in-de

울고 싶던 밤을 지나와 잊혀진 꿈 속에서
[Kyuhyun] Ul-go ship-deon bam-eul ji-na-wa it-hyeo-jin ggum sok-e-seo
이토록 헤메이던 날
i-to-rok he-me-i-deon nal

꼭 안아줘. 방황하지 않도록…
[Yesung, Kyuhyun] Ggok an-a-jweo. [Yesung] Bang-hwang-ha-ji anh-do-rok…

아직 기억하는지 너만이 전부인 날 믿는지
[Yesung, Kyuhyun] a-jik gi-eok-ha-neun-ji neo-man-i jeon-bu-in nal mid-neun-ji
언제까지 네 곁에 날 둘 수 있는 건지
Eon-je-gga-ji ne gyeot-e nal dul su itt-neun geon-ji

넓은 세상에 단 한 사람 (너만 원하는 나)
[Yesung] Neolb-eun se-sang-e dan han sa-ram (neo-man weon-ha-neun na)

이런 나를 알고 있는지
[Kyuhyun] i-reon na-reul al-go itt-neun-ji
.........................................
ni video dia


####################

banyak keja, tapi ....... main banyak

26 Disember 2004

26 Disember 2004
di rumah no. 4, kompleks ruzi... selepas solat subuh, sahabat saya Kaklin Azlina's Wafa Hayfa Aqil minta tolong saya untuk takhrij hadis untuk tesisnya.. sedang melihat hadis.... tetiba ada rasa goyang.. mula tu dengan perlahan... saya teruskan kerja yang tadi sambil kata gempa bumi laa [berkata dnegan kuat - ayat pemberitahuan].. dan sambung bagitau kat kaklin: ermm dah selalu mungkin sekejap kot ni..[pernah sekali saya merasai gempa buat kali pertama tahun 2001, gempa selama 3 minit lebih dan agak kuat la jugak.. terjadi di waktu malam juma'at dalam jam 3.30 pagi]...
makin lama, gempa itu makin kuat... saya terus tutup buku2... dan saya kata kat kaklin lagi.. kalo macam ni kita kena keluar, cuba tengok di luar.. dan saya terus keluar bilik dan bagitau kepada kawan2 yang lain di dalam rumah..dan di rumah saya [rumah no. 5]... kalo kuat kita semua kena keluar rumah, dan pastikan jauh dari rumah.. takut rumah runtuh...
saya lihat, kawan2 semua dah keluar.. tinggal saya dan kaklin... saya... mana tudung dan baju... tak mungkin keluar tanpa menutup aurat... saya dan kak lin di ruang depan.. gonjangan terus kuat... nak ke bilik untuk ambil tudung dan jubah pun terasa macam jauh... goncangan itu ke kiri dan ke kanan... dan ketika itu saya rasa dah tak boleh nak berdiri... lihat di luar, masyarakat setempat semua sudah keluar.. dan ada rumah yang sudah jatuh batu-batanya...
saya.. kaklin jom kita keluar... rasanya diaorang mungkian tak akan tengok kita dalam keadaan yang tak berapa sempurna ni.. saya terus keluar dan terus mencari perlindungan dengan menyembunyikan kepala dalam tudung kak Fieda...
keadaan begitu, duduk bertinggung pun rasanya tak boleh.. kepala mula rasa pening dan nafas pun agak susah...

26 Disember 2004 [sebelum jam 7 pagi]

pada hari yang sama 26 Disember 2004, sahabat saya Linda, Syarifah Badriah dan Asra Laysa datang ke rumah untuk mengajak saya ke pantai lam puuk [hahah memnag best kalo awal2 pagi p pantai... rasa nyaman + tenang]... tetapi mereka terus pulang, kiraan mereka kemungkinan saya ada mesyuarat ata program persatuan anak2 malaysia... selalunya hari ahad faiz ni ada je meeting...
...............
ada hikmahnya kenapa Allah tak gerakkan hati mereka untuk terus datang berjumpa + mengajak saya... sekiranya saya pergi mengikuti mereka.. apa nasib kawan2 serumah saya?... mereka belum pernah merasai pengalaman gempa bumi.. ini pengalaman pertama mereka dan ianya sangat kuat + dasyat..
.................
ya setiap yang diaturkan itu ada hikmahnya...insha Allah

Wednesday 24 December 2014

ingat lagi, masa sekolah menengah dulu, Ustaz saya, Ustza Zainul Asri pernha bagitau.. untuk mengetahui seseornag itu boleh dijadikan sahabat atau kawan, musafirlah bersama mereka... ya ada benarnya
dan saya menambah, dari pengalaman saya, tidak perlu untuk tunggu bermusafir, lihat diketika kita sama-sama ditimpa musibah.. kita boleh tahu yang mana sahabat dan yang mana kawan...
renung + muhasabah diri... mungkin beginikah bilamana ditiup sangka-kala.. manusia yang menjadi nafsi-nafsi... penting diri-sendiri...
atau ini mungkin Allah hendak menguji diri ini diketika itu... pernah belajar tentang ithar kan??... so try tuk praktis....
**di sudut hati saya rasa sedih, tapi itulah kehidupan...
[sesuatu pengalaman itu mengajar erti kehidupan, ambil pengajaran dan juga ikhtibar untuk kebaikan diri dan ummah, insha Allah]

#Disember 2004

gula perang vs guka putih

teringat, diwaktu saya belajar di Jambi, Indonesia, gula perang ini senang + mudah tuk mendapatkannya daripada gula putih... di mana2 kedai runcit ada je menjualnya..
ada sorang kawan saya tanya kepada penjual, tak da ke gula putih? [beliau tidak berapa suka gula perang ini]. kata penjual: gula ini lebih bagus daripada gula putih..

balik Malaysia, tak sangka pulak gula pernag ni mahal... hahahaha kalo tahu boleh beli banyak2 masa kat sana...
*memory 2005

kisah tsunami lagi

25 disember 2004, di waktu ini, saya baru mendarat dari medan ke banda aceh.. baru lepas balik dari medan "kononnya" nak buat paspot baru.... tapi hanya dua orang kawan saya sahaja yang buat.. Abang Muhammad ShihanMohamad Alias Alias... melihat diluar tingkap kapal terbang, banyaknya burung2 bangau... terfikir kenapa banyak sangat burung2 ni?.. sebelum berangkat ke medan 3 hari sebelum, burung2 ini ada tapi tidak sebnayak ini....
pulang ke rumah sewa [komplleks ruzi, rumah no. 5]... rehat + lepak di bilik seketika.. kemudian lepak di rumah sebelah [rumah no. 4] dan lepak di bilik kak Azlina's Wafa Hayfa Aqil.....
keesokkan paginya dalam jam 7.00 pagi [waktu malaysia 8.00 pagi]... tetiba .....
Alhamdulillah.. kami masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini... الحمد لله على كل نعمة يا الله

kisah tsunami

sudah 10 tahun berlalu....

terima kasih Syarifah BadriahAsra Laysa, & Linda... tolong faiz di hari pertama tsunami... linda meminjamkan seluar panjangnya tuk faiz... rasanya itu yang terakhir kita ketemu... kapan lagi ya kita ketemu...