Sunday 16 August 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

aku rasa hepi sangat sekarang ni.. dan rasa sangat2 lega...

ya... aku dah berjaya tuk lupakan dia... yeay.. Alhamdulillah

aku dah tak kesah dah....

terima kasih Ya Allah, Kau makbulkan doa hambaMu yang lemah ini...

***********
ramadhan lepas, memang aku berdoa... jika dia bukan yang baik untuk aku..Kau lenyapkanlah dia dari hati dan perasaan aku.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

hidup mesti kena teruskan... banyak yang perlu dibuat untuk ummah..

fighting!!!
jia you!!!

be positive and smile

merepek

aku ada kenal sorang lelaki ni... he's not malaysian..

kenal sebab pernah tolong dia.. ya dia seorang yang terkenal dan femes

yang aku perasaan tentang mamat ni, bila aku bersama kawan2 aku yang lain... dia lalu sebelah aku pun dia buat2 tak kenal... terserempak kat depan pun dia buat tak tahu...

ermmm orang glomer, payah jugak ek...

menurut sorang kawan aku... bila time dia jumpa mamat ni... banyak mata2 yang memerhati semacam ja...

hahahaha... sekali dua mamat tu buat2 tak kenal aku... hah 10 kali aku boleh buat tak kenal... apa hengat kau "hot" sangat?.... dan engkau ingat, test engkau tu semua perempuan suka?... hahahaha silap...

aku suka cara dia (sebelum tu laaa) sebab cara dia macam sorang classmate aku... suka berbicara dan kadang2 kami bertegur sapa... tak kira di mana kalau dia terserempak dengan aku, dia akan tegur...

kembali pasai mamat tadi... bila time aku jalan sorang2... dia yang akan datang + tegur aku... pernah dia sekat jalan aku...(jalan sambil membaca.. memang tak tengok depan laaa (time tu)...tapi aku memnag pasti depan aku tiada orang... eh boleh pulak dia tegur aku dan cerita entah hapa kesibukkan dia dan macam2 laaa...

kalo di fb.... aku tak sangka la jugak... rupa2nya dia ni stalk fb aku jugak.... dia tahu apa2 program yang aku join... dia tidak sama seklai akan komen atau like... dia terus akan inbox aku... pastu siap "marah" (sesuai ka perkataan ni?).... kenapa aku tak bagitau kat dia program2 yang aku join... hahahahaha

inbox aku: listen!!!..... kenapa tak bagitau aku ada program??.... lain kali kalo ada bagitau...
ni yang aku terjemah ikut ayat aku sendiri laaa... tapi ayat listen tu memang macam tu dia bagi kat aku...

hahahaha ada aku kesah... hang ingat hang orang femes.. sesuka suki hang.... tapi baru2 ni aku ada join progra, yang best jugak.. memang aku tak bagitau pun kat dia...(sebenarnya ada ja program sebelum ni.. mana nak ingat kat dia... takdak dalam list kepala aku).. tapi dia balik negara dia.. so jangan salah aku laaa kan..

***********
aku ni memang jenis slow sikit kot...lambat tahu "spesis" macam depa ni orang2 femes... aku bantai redah je kalo nak cakap dengan depa.. dah masa mula kenal depa macam okay dan tak kesah... alih2... mak oiiii mata2 yang memerhati...

**depa2 tu adik2 aku ja.. semua muda dari aku..sebab tu la aku buat tak kesah je... tapi mungkin sebba aku ni tak nampak macam kakak2 kot...

okay la.. dah lama tak membebel kat sini... dah lewaaaatt... lagi 10 minit lagi nak kul 3 pagi... okay jom tidoq

17082015

Let's Not Fall In Love

tetiba.. (boleh guna ke perkataan ni?)... diberi lagu ni... (sila abaikan video clip dia)
terus cari translation...
tak faham apa yang lagu ni nak sampaikan....
mula2 kat jangan fall in love sebab tak berapa kenal.. lepas tu kata betul2 suka...lepas tu takut dengan diri sendiri...
nampak sangat tak yakin dengan diri sendiri dan tak tahu sebenarnya apa yang diri itu mahu..
kalo tak dak keyakinan dengan diri sendiri lebih baik jangan bercakap atau menunjukkan dengan perbuatan...
mungkin maksud lagu ni suka dan cinta itu berbeza, suka tidak semestinya cinta. cinta........
ini hanya pandangan saya

sebenarnya macam nak membebel lagi.. tetiba tak da idea plak..

**sorry la kepada fan bigbang, i terkritik lagu depa ni sengget. 

nah tengok liriknya... 

ENGLISH TRANSLATION

Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you
Don’t ask me anything
I can’t give you an answer
We’re so happy as we are right now
Don’t try to have me
Let’s just stay like this
You’re making it more painful, why?
Goodbyes after our frequent meet-ups
Repetition of broken hearts
I can’t find a purpose in these foolish feelings
A mistake with the mask of love
All the feelings are the same now
But in this moment, I want you to stay
Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you
Don’t smile at me
If I get attached to you, I’ll get sad
I’m afraid that pretty smile will turn into tears
Don’t try to trap us
In the word, love
Because it’s a greed that can’t be filled
At first, it was half excitement, half worries
But in the end, it became an obligation, trial and error
Day by day, I get nervous, your innocence is too much pressure on me
But tonight, I want you to stay
Don’t expect too much from me
I don’t wanna lose you either
Before things get too deep, before you get hurt
Don’t trust me
You always call me
A selfish bastard
Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you

Monday 3 August 2015

SUNNAH YANG DILUPAKAN: MEMBACA DOA SEBELUM SALAM

Membaca doa perlindungan daripada 4 perkara:
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَائِشَةَ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنَ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ "
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang kalian selesai daripada tahiyat akhir, hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada empat perkara iaitu daripada azab neraka, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan dajjal [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, hadis no: 931]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : " كُنَّا نَقُولُ فِي الصَّلَاةِ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : السَّلَامُ عَلَى اللَّهِ ، السَّلَامُ عَلَى فُلَانٍ ، فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ : إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلَامُ ، فَإِذَا قَعَدَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ ، فَلْيَقُلِ : التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ ، وَالصَّلَوَاتُ ، وَالطَّيِّبَاتُ ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ ، فَإِذَا قَالَهَا ، أَصَابَتْ كُلَّ عَبْدٍ لِلَّهِ صَالِحٍ فِي السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ "
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Ketika kami solat di belakang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, kami membaca: Assalamu ‘AlaLlah, Assaalamu ‘Ala Fulan. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada kami pada suatu hari: Sesungguhnya Allah itu as-Salam. Apabila salah seorang daripada kalian duduk di dalam solat, hendaklah dia membaca … (bacaan tasyahud) kemudian dia boleh memilih mana-mana doa yang dia mahu [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 614]
Huraian :
- Majoriti ulama berpendapat doa daripada 4 perkara sebelum salam hukumnya sunat. Manakala Thowus dan Ibn Hazm berpendapat ia wajib. Thowus pernah bertanya kepada anaknya:
هَلْ قَالَهَا بَعْدَ التَّشَهُّدِ ؟ فَقَالَ : لَا ، فَأَمَرَهُ أَنْ يُعِيدَ الصَّلَاةَ
Adakah engkau membaca doa tersebut di dalam tasyahud? Anaknya menjawab: Tidak. Lalu dia menyuruh anaknya mengulangi solat.
- Selepas membaca doa perlindungan daripada empat perkara, disunatkan membaca apa-apa doa yang dikehendaki.
~~~~~~
~~~~~~~~~~
SEMINAR FIQH KEMATIAN
Tarikh: Sabtu 22 Ogos 2015*
Pembentang: Dr. Abdul Basit, Dr. Rozaimi & Ustaz Mustafar Suki
Maklumat lanjut, layari www.alkahfi.com.my/fiqhkematian