Tuesday, 19 February 2013

Halaqah Tafsir Surah an-Nur; Bahagian 1:




 قال أبو عبد الرحمن السُّلَمِيّ: حدثنا الذين كانوا يُقرِئوننا القرآن كعثمان بن عفان، وعبدالله بن مسعود، وغيرهما: أنهم كانوا إذا تعلموا من النبي صلى الله عليه وسلم عشرَ آياتٍ لم يجاوزوها حتى يتعلموا ما فيها من العلم والعمل، قالوا: فتعلّمنا القرآنَ والعلمَ  
          .والعملَ جميعا
(مقدمة تفسير الطبري)   
Yang bermaksud: Berkata Abu Abdul Rahman As-Sulamy**: "Kami diberitahu bahawa para sahabat meminta Rasulullah untuk membacakan kepada mereka al-Qur’an. Mereka akan mempelajari 10 ayat dan beramal dengannya. Setelah beramal barulah mereka mempelajari ayat-ayat yang lain. Sehingga kami mempelajari al-Qur’an dan mengamalkan secara keseluruhan." 
                                                                (Hadith Riwayat Al-Hakim, sahih menurut Adz-Dzahabi dan Ahmad Syakir)

     Al-Quran (القرآن) itu sendiri mempunyai beberapa maksud yang tersirat;
* Membaca
* Menghafaz
* Memahami
* Mengamal 
[Keempat-empat ini berasal dari Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam yang disampaikan oleh Jibril 'alaihissalam].


** Abu Abdul Rahman As-Sullamy merupakan seorang tabi'in (tabi'in: ialah orang yang berjumpa atau berguru dengan sahabah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam).
-----------------------------  
.كتب عمر رضي الله عنه - إلى أهل الكوفةعلموا نساءكم سورة النور
      Pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab, beliau menulis kepada penduduk Bandar Kuffah memberi arahan kepada mereka dengan mengatakan: "Ajarlah Surah an-Nur kepada isteri-isteri dan kaum wanita kamu". [Tafsir Mubin, Jilid 4, m/s: 224]

Nur: cahaya [sekadar gambar hiasan]

    Al-Quran resm 'Uthmani mempunyai 604 mukasurat, surah an-Nur berada di antara atau di tengah (middle) di dalamnya di mukasurat 350-359, dan bilangan surah yang ke 24 dari 114 surah.

Surah an-Nur diturunkan selepas hijrah, surah ini termasuk dalam Surah Madaniyyah.

    Surah Madaniyyah diturunkan yang berkaitan dengan hukum-hakam yang praktikal, iaitu hukum yang berkaitan dengan urusan kekeluargaan yang merupakan batu pertama yang dibina dalam pembinaan sebuah masyarakat yang lebih besar. Ia juga membicarakan masalah panduan hidup dan budi pekerti, di samping memberi fokus kepada masalah-masalah umum yang berkaitan dengan sosial masyarakat untuk dijadikan bahan pendidikan bagi umat Islam seluruhnya, baik secara individu atau sebuah masyarakat.

Antara lain dalam surah ini menerangkan:
* Adab meminta izin tuan rumah terlebih dahulu sebelum memasuki rumah seseorang.
* Memelihara pandangan.
* menjaga kesucian anggota kelamin.
* Menjaga kesopanan dalam urusan pergaulan lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
* Dasar-dasar yang patut menjadi kaedah dalam kehidupan bagi setiap keluarga dan rumahtangga setiap Muslim; 
- sikap berhati-hati dan menutup aurat
- menjaga kehormatan diri
- sentiasa istiqamah dalam beribadah serta dalam menjalankan syari'at Allah subhanahu wata'ala.
- melindungi keluarga Muslim daripada dicemari dari unsur-unsur keretakan, kemelut moral dan segala yang berkaitan yang boleh menghancurkan umat Islam dan negara.

* beberapa peraturan yang berkaitan dengan hudud; iaitu syari'at yang telah diwajibkan dan ditetapkan oleh Allah subhanahu wata'ala. iaitu:
- masalah perzinaan
- tuduhan berzina (qazaf) li'an.

      Setiap hukum hudud yang disyari'atkan adalah dengan tujuan untuk menjaga kesucian dan kehormatan masyarakat dari dinodai oleh kerosakan dan kecelaruan, bercampur baur nasab dan keturunan, kemerosotan akhlak, dengan matlamat mengawal umat Islam daripada dilanda unsur-unsur kehancuran yang menyebabkan hilangnya  susur galur keturunan serta hancurnya maruah dan harga diri.

        Dinamakan surah ini dengan An-Nur; kerena di dalamnya terdapat banyak Nur Rabbani; iaitu:
- peraturan mengenai undang-undang dan adab
- ketinggian nilai kemanusiaan yang merupakan sedutan dan cebisan daripada Nur Allah subhanahu wata'ala dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.

Ayat 1:
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya: "Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat".

   سُورَةٌ : dari kalimah سور ; iaitu tembok yang mengelilingi kota atau bangunan.
      Makna istilah; سُورَةٌ  adalah sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pendahuluan dan penutup.

      Imam Ibn 'Athiyyah (Mufassir kitab tafsir المحرر والجيز) berkata: "Sekiranya kamu hendak menggantikan atau menukarkan kalimah "سُورَةٌ" dengan kalimah yang lain, nescaya kamu tidak akan mampu atau menjumpai kalimat yang paling sesuai/ tepat".

      Kenapa Allah meletakkan kalimah سُورَةٌ di awal surah an-Nur? kerana untuk menunjukkan ketinggian surah ini, maka Allah memberi nama  atau perumpamaan dengan kalimat "سُورَةٌ".
     Surah an-Nur merupakan sebagai pelindung kepada individu, keluarga dan masyarakat daripada perkara-perkara yang merosakkan (maksiat).

  أَنْزَلْنَاهَا : Kami turunkan; supaya (manusia) dapat hidup dengan panduan hukum hakan yang jelas.

  فَرَضْنَاهَا : Kami wajibkan,
berasal dari kalimat فرض: memotong sesuatu yang keras dan atau memberi bekas kepadanya. Tetapi kalimat         فرض di dalam ayat ini memberi maksud mewajibkan, iaitu lebih banyak ditekankan kepada penetapan kepastian hukum wajibnya sesuatu.

وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ : Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat (tanda-tanda) yang jelas.
Ayat-ayat /tanda-tanda; terbahagi kepada dua:
1. Tanda-tanda tentang kejadian atau kebesaran Allah yang dapat dilihat dengan mata. Seperti kejadian tumbuh-tumbuhan, binatang; binatang yang berkaki empat, berkaki dua, binatang yang melata dan sebagainya.
2. Ayat-ayat: ayat-ayat al-Quran.

 لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ : supaya kamu beringat. Agar manusia saling ingat mengingati; istiqamah
Menunjukkan bukan sahaja saling mengingati, tetapi lebih kepada memahami dan mengamalkannya dengan berterusan (istiqamah dalam menjalankan ibadah/ syari'at kepada Allah).

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال : قلت: يا رسول الله قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً غيرك, قال: قل آمنت بالله ثم استقم 
 (رواه مسلم)
Ertinya: "Katakanlah kamu beriman dengan Allah, dan istiqamahlah (teguh pendirian/ berterusan dalam beramal)".

Dalam al-Quran juga dijelaskan; antaranya dalam surah al-Fatihah: 6:

اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 
Ertinya: "Tunjukkan kami jalan yang lurus".

dan surah Fussilat: 30:
.......إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا 
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang berkata: "Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka.....".

Ayat 2:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ 
Ertinya: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".


-----------------------------------
Rujukan:
- Al-Quranul kareem
- Tafsir At-Thabary
- Tafsir Ibn Kathir
- Tafsir Mubin**
- Tafsir al-Misbah
- Sahih Muslim

**Buku yang digunakan oleh Dr. Sofiah: Tafsir Mubin


insha Allah akan bersambung penerangan ayat ke 2...... ;-)

Sunday, 17 February 2013

fikir

sabar je laa dengan anak menakan (anak sedara) yang sorang ni... dari kecik lagi abah (tok ayah) selalu buat dia berfikir sebelum bertidak @ buat apa2 je laaa...

masa umuq dia 4 tahun setengah..

di luaq ghumah.... anak menakan dengan pak menakan
masa tu abang naik tangga tuk tengok apa yang ada ataih bumbung...

Paklang: Kakak, camtiknyaa.... Paklang nampak sungai, ayaq dia mengalir deghaih dan jegheneh ja..
anak menakan  melihat dengan diam (dalam erti kata berfikir apa betoi paklang ni...)

[dan pak menakan yang dah siap gheja dia ni pun turunlaa ke bawah..]...

Anak menakan (kakak): [naik semula tangga yang dinaiki pak menakan tadi]... paklang!! [paklang pun tengok].. ya memang pun, kakak pun nampak sungai..cantik sangat...kakak nampak abang dia tengah ajaq adik dia beghenang...

paklang: lolrrrr ~ ~ ~ [hahahhahahhaha]

niat di hati nak kenakan anak menakan, laih2 terkena.....

;-)

Monday, 21 January 2013

Pohon Tauhid


Wanita mesti jadi seperti pohon tauhid (laailaahailallah), pabila mantap tauhidnya insha Allah iakan menjadi dahan yang akan dipaut...

mempunyai pegangan yang kukuh, insha Allah akan dapat melahirkan n membangunkan agama, keluarga, dan masyarakat..

Untuk menjadikan pohon tauhid, wanita perlu: 
1. Ilmu pengetahuan, 
2. Istiqamah 
3. Tazkiyatunnafs (penyucian hati/ diri), jauh dari sifat2 mazmumah n hiasi diri dengan sifat2 mahmudah.

Conclusion dari talk: kfiqh wanita & Islam [ustazah norhafizah musa]

Perkahwinan

1. Tujuan:
* إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً (البقرة: 30)


- menjadi khalifah Allah serta menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.

* وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون (الذاريات: 56)


- beribadat kepada hanya kepadaNya.
- menjaga hubungan dengan Allah, insha Allah akan menjaga juga hubungan dengan sesama manusia.

* Hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

2. Satu Hati:
- Antara dua hati pabila bertemu akan muncul satu rasa.
- yang dapat menyatukan hati manusia hanya Allah Subahanahu wa ta'ala.

*hati hanya dapat bersatu pabila adanya iman di dalamnya, kera iman akan menyuburkan ras akasih dan sayang (mawaddah wa rahmah).

3. Aqidah:
pabila jauh dari aqidah, maka akan timbul perlabagai masalah... so, mesti kembali kepada aqidah.

4. Syari'at @ jalan:
- segala peraturan yang dijalankan bersama sebagai suami dan isteri
- patuh segala perintah Allah Subhanahu wa ta'ala
- Sayariat merupakan rujukan kita sebagai seorang muslim

5. Akhlak:
- Akhlak sangat penting dalam setiap perhubungan, samada dengan Allah dan juga sesama manusia. Dengan akhlah yang baik akan melahirkan rasa kasih dan sayang.

6. Peranan dan Hak:
dalam perkahwinan jangan terlalu menuntut hak, sekiranya masing-masing menjalankan peranan masing-masing insha Allah hak antara suami dan isteri akan terlaksana...

sekadar pengongsian

*kfiqh wanita & Islam.

wanita zaman Rasulullah yang keluar kerana keperluan dan apa itu tabarruj?

Soalan mengenai wanita zaman Rasulullah yang keluar kerana keperluan dan apa itu tabarruj? 

UHAJ (mafhum): 
Pada zaman Rasulullah, para wanitanya HANYA keluar rumah kerana keperluan dan keperluan itu pelbagai. Ada yang kerana peperangan, kerana perniagaan dan lain-lain lagi.

Tidak pula dijumpai dan ditemui para wanita zaman Rasulullah itu keluar untuk duduk-duduk melepak di jalanan!

Dan apabila keperluan itu telah tercapai, mereka rasa lebih sejahtera untuk berada di rumah menjalankan peranan-peranan di rumah pula.

Hadith-hadith juga banyak yang menyebut mengenai galakan wanita agar duduk di rumah seperti hadith solat wanita di rumah lebih baik antaranya supaya wanita rasa penuh dan rasa sejahtera untuk sentiasa berada dalam rumah.

Adapun tabarruj jahiliyah ialah apa-apa yang membawa kepada jazbul intibah iaitu menarik perhatian.

Bahkan bukan saja menarik perhatian tetapi melebihi keperluan dan melampau batas-batas kesederhanaan.

'Berhijab' pun seandainya melebihi keperluan dan mampu menarik perhatian, akhirnga ia juga sampai ke tahap tabarruj jahiliyah.

Berhiaslah menurut keperluan dan jangan sampai menarik perhatian!

Wallahua'lam

Perkahwinan

Soalan: al-Quran menyebut lelaki yang baik utk perempuan yang baik, bagaimana dengan yang biasa-biasa saja?

Ust Pahrol: Baik tiada hadnya. Seseorang boleh jadi baik, lebih baik, excellent, better than the best dan seumpamanya.

Namun, apa maksudnya yang dikatakan biasa-biasa itu. 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak semestinya pada awal perkahwinan, kadang-kadang pada pertengahan perkahwinan atau mungkin pada hujungnya.

Ada orang dapat perempuan baik pada awal perkahwinan namun ada orang Allah uji dengan yang kurang baik, dengan tarbiyyah sang suami akhirnya jadi baik pada pertengahan perkahwinan dan kekal sehingga akhir.

Namun yang pentingnya ialah kita menyediakan diri kita untuk menjadi yang baik itu!

| K-FIQHw 2013 |

Serikandi Sahabiyyah di hati gadis semasa

Semasa pembentangan kertas kerja pertama di sebelah pagi KFIQH WANITA DAN ISLAM , saya cuba memikirkan, bagaimana penerimaan hadirin dengan latar belakang yang pelbagai, terhadap apa yang diutarakan oleh Al-Fadhilah Ustazah Norhafizah Musa (Official) di dalam pembentangan beliau. Tolak ketepi, pandangan lelaki terhadap pembentangan tersebut, cukup dengan persoalan bagaimana penerimaan kaum wanita sendiri terhadap apa yang dikongsi oleh Ustazah di bawah tajuk "Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender".

Suatu tajuk yang cukup berat dalam suasana Malaysia semasa.

Mungkin yang menjadi keresahan saya ialah, tidak mudah untuk mengusik idea golongan liberal (definisi layman tanpa mengambil kira konotasi falsafah di sebaliknya). Kita bukan hanya akan berperang dengan idea dan pemikiran, malah prasangka dan sentimen yang bersimpang siur.

Saya fikir, kelompok NGO pembela wanita seperti Sisters in Islam, kebanyakan mereka bergerak atas dasar kesukarelawanan. Seperti ramai anggota masyarakat lain yang boleh memilih untuk hidup mementingkan diri mereka sendiri, tentu sahaja aktivis SIS boleh melakukan perkara yang sama, lepak-lepak di hujung minggu bersama keluarga dan rakan. Tetapi mereka memilih untuk 'menyusahkan diri' dengan isu-isu pembelaan wanita. Saya yakin jika tidak semua, pasti kebanyakan mereka mempunyai niat yang baik, mahu membantu kaum wanita.

Niat baik ini perlu terlebih dahulu diberi penghargaan, sebelum terus kepada kritikan. Sumbangan mereka dalam melancarkan kes-kes mahkamah yang tertangguh bertahun-tahun, membiarkan wanita tergantung tidak bertali, menyelamatkan wanita yang menjadi mangsa dera, dan pelbagai lagi kegiatan mereka, mesti diterima sebagai sumbangan yang signifikan.

Namun, mengapakah idea-idea mereka tentang kesaksamaan gender begitu asing daripada 'kita', yang datang daripada latar belakang Pengajian Islam? Pasti ia banyak dipengaruhi oleh latar belakang, pengalaman, dan persoalan epistemology yang menjadi tapak idea / fikrah masing-masing.

MENAMBAH SLIDE

Kerana itu saya cepat-cepat menambah satu slide tambahan, sebelum sesi bermula, pada menghuraikan kepentingan MENJADI PENDENGAR YANG BAIK berdasarkan Al-Zumar 39:18. Tujuannya adalah supaya para hadirin menenangkan pre-conceived idea masing-masing yang dibiarkan tanpa diurus.

"Apa benda yang lelaki ni tahu tentang gadis?"

"Argh, ustaz berketayap tu. Tipikal la. Kejap lagi mesti keluar lawak lucah dia"

"Kalau dah geng orang agama ni, dah tentu je bla bla bla!"

Membiarkan pemikiran ini berkecamuk di dalam minda, menyulitkan kita berlaku adil dalam mendengar. Maka Allah jadikan proses mendengar yang tenang, sebagai salah satu tuntutan agama.

Di hadapan saya ada makcik-makcik kampung dan bandar, ada mahasiswi dan surimah, ada pelajar sekolah menengah ada pelajar PhD, ada tradisionalis, ada liberalis, ada macam-macam. Saya cuba untuk memberi bahagian untuk semua, tanpa bersifat apologetik.

Saya bawakan contoh bagaimana hadith puasa sunat boleh disalah tafsir, demikian juga sunnah berbuka puasa diberi salah makna, yang semua itu berpunca daripada kegagalan menguruskan persepsi, konteks dan 'milieu' peristiwa serta hadith.

USAI PEMBENTANGAN

Saya sebagai lelaki, boleh berundur daripada perbincangan selepas pembentangan. Tetapi wanita sesama wanita, tiba masa untuk kalian diuji, apakah kalian saling kukuh mengukuhkan, atau saling menjatuhkan?

Lihat sahaja Presiden SW1M, memimpin sebuah NGO membela wanita, tetapi mengherdik dan memalukan seorang wanita di hadapan ramai. Oleh kerana asas pertubuhannya adalah kesaksamaan gender, maka persamaan gender antara BAWANI dan Presiden SW1M sepatutnya menjadi beliau lebih empati.

Bagaimana pula dengan badan-badan wanita seperti Sisters in Islam dan lain-lain, bertoleransi terhadap perbezaan pendapat sesama wanita? Jika pendapat Ustazah Norhafizah Musa 'disembelih', hakikatnya beliau juga wanita yang WAJIB disantuni oleh pertubuhan pembela wanita, walaupun berbeza pendapat.

Atau kita hanya suka dengan yang sependapat dengan kita? Bagaimana kita mahu membela atas dasar keadilan, jika kita tidak dapat berlaku adil terhadap sesama gender, semata-mata atas dasar perbezaan pendapat? Walau apa pun huraian Ustazah, pasti beliau mahukan apa yang beliau yakin itu yang baik untuk WANITA. Tidakkah niat baik beliau patut dihargai oleh wanita yang tidak sependapat? Apatah lagi di kalangan pembela WANITA!

Mungkin ini hikmahnya mengapa Allah secara spesifik memberi peringatan kepada WANITA (spesifik mengikut jantina) agar jangan sekumpulan wanita menyindir dan menghina satu kumpulan wanita yang lain, kerana mungkin yang disindir itu lebih baik daripada yang menyindir" (Q49:11)

Semoga Allah mengangkat martabat wanita di Malaysia dengan ISLAM, tiada yang selainnya.

Lelaki atau perempuan, semuanya perlu melangsaikan akauntabiliti masing-masing kepada Allah, Tuhan Pencipta, Tuhan lelaki dan Tuhan perempuan.


by: FB UHAJ.