tetiba teringat kisah lama...
lama.... ya ada pahit dan manis
ya banyak dapat pengalaman yang baru
banyak belajar perkara yang baru...
Alhamdulillah dapat kenal banyak orang + banyak ragam :-)
cuma.....
memang perkara yang tak elok better kita buang jauh-jauh,
tak baik untuk dikenangkan...
tapi.... kekadang ia akan muncul jua diingatan...
sedih....
kuciwa....
apa-apa pun chai yok!!! ;-) insha Allah kher...
be positive and smile.... fighting!!!
-------------------
office-mate: ermm bos ada pesan, buat keja, jangan asyik main internet?
aku: ???? ek????.... (dah memang keja aku banyak berkaitan dengan internet... update blog, jawab msg kat fb, email sana email sini)... eh! bukan ke keja aku kena tengok internet? ada aku main internet?..
OM: ya aku tahu keja ko... lagipun meja ko sebelah meja aku... tapi aku hairan kenapa tetiba bos cakap macam tu?... aku rasa ni mesti ada something...
aku: ya... aku pun rasa macam tu... dan mungkin ini penanda awal ;-) ... tapi kenapa?...
OM: ada orang yang rajin buat laporan yang salah + dia tak tahu ko tu buat keja apa.... orang yang penah buat "cerita" pasai ko dulu....
dulu aku tak fb, kawan aku beria-ia suruh aku buka akaun fb, katanya senang... ok aku buka, tapi aku memang tak pandai nak godek-godek fb...
aku: ya ka???... tak baik laa buruk sangka
tetiba 1 hari bos minta aku jawab pertanyaan di fb nya, tapi menggunakan fb aku... aku jawab bagi pihaknya... katanya lagi; lain kali buka la fb, hi orang muda kena celik it... so setiap hari dia suruh aku log in fb... ok... buka tapi aku tak tengok... hehehehe
tapi yang pelik kenapa tetiba dia warning aku...katanya aku banyak main internet?... hadey...
ya aku memang buka utube, tapi aku buka dengar lagu (hehehehehe... tensen siot keja...) dan aku bukak ceramah + pengajian....
-----------------
tup tup tup...
aku dapat tahu.....
ada orang yang tak puas hati dengan aku.... ermmm....
kawan: dengar kata ko kena warning?
aku: ek.... (senyum)...
kawan: ermmm aku dengar orang tu bagitau dekat bos ko... bla bla bla.
memang sedeh, sebab kita tak pernah kacau hidup orang kan block rezeki orang... tapi kenapa ada orang yang tak puas hati dengan kita?... dulu tersebar pasai aku bla bla bla.... sedih.... tapi aku buat bodo je, malas nak fikir... tapi kali ni memang sedih....
ya ada hikmahnya... ;-)
chai yok!!!
Tuesday, 22 October 2013
Monday, 21 October 2013
Semalam jumpa supervisor...
kata Ustazah:
ermm kena fix kan muqaddimah ni, ni banyak..
kita buat terus ke main topic...
nanti masuk ayat2 al-Quran dan hadis yang berkaitan, tengok kitab syarah dan tafsir kemudian obliteratekan...
saya: ok, insha Allah Ustazah..
Uatzah: boleh kan?...
[senyum]...
hari ini.......
ketaq peghuuuuttttt...
gheja sengkolah tak siap lagi....
semalam Ustazah kata mai jumpa dalam kul 12 atau 2.30.... tapi apa2 hal pun call dulu tau...
dan sekrang saya belum siapkan lagi... (tapi ada masa plak dok conteng kat dinding blog ni...)
~~~ dah ghasa sebu peghut~~~ :(

hamek semangat dengan kata2 dalam gambaq ni laaa...
don't give up.... ya insha Allah tak...
chai yok!!!
fighting!!!
;-)
Sunday, 20 October 2013
Alhamdulillah
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...
Best rasanya bila bekerja dari rumah...
Balik cuti baru ni diminta tolong tanya pendapat + menyemak... dan tup tup diberi tugas untuk menyiapkan satu keja... Alhamdulillah i'm done... tadi kakak bagi tahu dapat imbuhan... Alhamdulillah...Alhamdulillah..
dan maghrib tadi dapat lagi 2 job yang nak kena siapkan...
Alhamdulillah satu dah siap, dan satu lagi lagi sikit... insha Allah esok sambung buat..
moga dapat berterusanlah dapat keja yang macam ni, best... ngadap buku dan dok kat rumah...masa tersangat flexible :-)
ni nak kena tengok gheja sengkolah sendiri plak..
esok nak kena p mengadap Ustazah, dah seminggu tinggal (tapi dok tengok2 la jugak tapi tidak sepenuh hati), sebab kena kacau dengan anak buah yang masha Allah comel + banyak cakap ;-)
nak tidoq dah, esok bangun sambung tengok gheja sekolah before p dating ngan supervisor...
Allahul musta'an..

Sunday, 6 October 2013
5 Perkara yang membuatkan manusia menjadi rosak
Kata Saidina Ali radhiyallahu 'anh: "Sekiranya kamu tidak memiliki 5 perkara ini, sedah tentu seluruh manusia di dunia ini akan menjadi soleh, iaitu:
1. Rela dengan kebodohan; seronok dengan kebodohan agama.
Tidak pandai agama tidak mengapa, yang penting jangan tidak pandai akademik. tidak pandai solat dan membaca al-Quran tidak mengapa, masyarakat / orang-orang disekeliling tidak akan berkata apa-apa, tetapi kalau tidak pandai akademik semua orang akan memandang rendah. Itulah manusia di zaman sekarang, sedangkan hal ilmu agama merupakan ilmu yang paling penting dan perlu dititik beratkan dalam kelaurga dan masyarakat.
Tahu aurat wajib ditutup, tetapi buat-buat tak tahu malah seronok dengan mempamerkannya... rela dengan kebodohan hal azab Allah subhanahu wa ta'ala.
2. Tamak harta;
Dunia akan menjadi baik dengan 4 perkara:
1) Ulama'
2) Umara' (pemimpin)
Apabila ulama' dan pemimpin disatukan; Kata Ibn Majah (dalam kitab Ihya' Ulumiddin, bab 'Ilm):
Sekiranya sifat "qana'ah" ada dalam diri setiap insan, insha Allah pasti akan berusaha untuk kebaikan (tidak saling tamak).
Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Aku tidak akan risau sekiranya kamu susah, tetapi aku sangat takut dan risau sekiranya kamu berada dalam kesenangan, kerana apabila kamu berada dalam kesenangan kamu akan melupakan Allah".
3. Bakhil/ kedekut dengan kelebihan;
4. Riak dengan amalan;
5. Bangga dengan pendapatnya.
1. Rela dengan kebodohan; seronok dengan kebodohan agama.
Tidak pandai agama tidak mengapa, yang penting jangan tidak pandai akademik. tidak pandai solat dan membaca al-Quran tidak mengapa, masyarakat / orang-orang disekeliling tidak akan berkata apa-apa, tetapi kalau tidak pandai akademik semua orang akan memandang rendah. Itulah manusia di zaman sekarang, sedangkan hal ilmu agama merupakan ilmu yang paling penting dan perlu dititik beratkan dalam kelaurga dan masyarakat.
Tahu aurat wajib ditutup, tetapi buat-buat tak tahu malah seronok dengan mempamerkannya... rela dengan kebodohan hal azab Allah subhanahu wa ta'ala.
2. Tamak harta;
Dunia akan menjadi baik dengan 4 perkara:
1) Ulama'
2) Umara' (pemimpin)
Apabila ulama' dan pemimpin disatukan; Kata Ibn Majah (dalam kitab Ihya' Ulumiddin, bab 'Ilm):
قال ابن ماجه*: شرار العلماء الذين يأتون الأمراء
Kata ibn Majah: "Seburuk-buruk ulama' adalah yang suka mendekati pemimpin
وخيار الأمراء الذين يأتون العلماء
Dan, sebaik-baik pemimpin adalah yang rajin mendekati ulama'
حديث شرار: ((العلماء الذين يأتون الأمراء وخيار الأمراء الذين يأتون العلماء)) أخرجه ابن ماجه بالشطر الأول نحوه من حديث أبي هريرة بسند ضعيف*.Sekiranya sifat "qana'ah" ada dalam diri setiap insan, insha Allah pasti akan berusaha untuk kebaikan (tidak saling tamak).
Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Aku tidak akan risau sekiranya kamu susah, tetapi aku sangat takut dan risau sekiranya kamu berada dalam kesenangan, kerana apabila kamu berada dalam kesenangan kamu akan melupakan Allah".
3. Bakhil/ kedekut dengan kelebihan;
4. Riak dengan amalan;
5. Bangga dengan pendapatnya.
Saturday, 5 October 2013
Pembentukan seseorang bermula dari rumah
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[al-Furqan: 25: 74]
Ertinya: "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa".
Sifat mulia yang Allah subhanahu wa ta'ala senaraikan dalam ayat di atas adalah sifat "عباد الرحمن": hamba-hamba bagi Tuhan yang Pengasih. Ia meliputi sifat-sifat mukmin secara individu; mukmin sebagai da'i, mukmin yang mentaati Allah dan mukmin yang mencegah dirinya dari melakukan sifat-sifat keji dan perlakuan jenayah yang mencela Tuhan lagi mendatangkan mudarat kepada sesama manusia.
Sifat keutamaan hamba-hamba Allah adalah sifat dan peranannya sebagai ketua atau pemimpin keluarga. Bukan sahaja berusaha gigih untuk membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi tidak lupa untuk membawa keluarga ke gerbang kejayaan yang hakiki. Ini adalah sifat sebenar bagi orang yang berjaya, kerana mereka berjaya bukanlah daripada golongan yang berjaya sendirian. Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersama-sama mereka. Dan orang yang paling utama untuk dibawa ke arah kejayaan adalah isteri dan anak-anak.
Asas dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia adalah melalui kerjasama dan kerukunan antara ibu bapa dan ahli keluarga/ anak-anak. Dalam usaha untuk membina sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia tidak mudah, ia perlu pengorbanan dan usaha berterusan serta komitmen dan kesabaran. Islam sangat menggalakkan bahawa keluarga bahagia perlu disediakan dengan penerapan nilai-nilai Islam ke atas semua individu dalam keluarga. Dan keluarga yang kuat bukan sahaja menjadi bapa, ibu dan anak-anak yang baik, tetapi sebagai ketua keluarga hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap hak anak-anak dengan memberi mereka pendidikan yang baik untuk menjadi ummah yang soleh, baik di dunia mahupun di akhirat.
Dalam surah at-Thur: 52; 21:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ
أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemu mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga)...".
01 Dzul Hijjah 1434H
Friday, 4 October 2013
06102013: 1 Dzul Hijjah 1434
Amalan yang diterima di bulan ini, di antaranya:
1. Mengerjakan haji dan 'umrah,
2. Puasa,
3. Perbanyakan solat,
4. Takbir, tahlil dan zikr,
5. Membaca al-Quran.
Khutbah tentang fadhilan 10 hari dzul hijjah oleh Syeikh al-'Arifi:
Subscribe to:
Posts (Atom)