Tuesday, 23 September 2014

speechless

sekadar luahan

sudah lama kami tak berhubung bertanya kabar...
ya.. ku tahu dia sudah berkahwin...

.........................

setiap kawanku kalo mereka dah kawen, 
aku tidak akan kontek mereka.. ya dunia mereka sudah berubah, banyak perkara yang sedang mereka belajar... belajar untuk memahami pasangan dan juga keluarga kedua belah pihak...

.................................

dua minggu lepas, kawanku datang....ke bilik ku ini ;-)

oh lamanya.....

jumpa dan tanya kabar

Alhamdulillah aku tengok dia bahagia... moga terus bahagia hingga ke jannah.. itu doa aku tuk mereka dan juga tuk kawan2 aku yang lain 

****************

tetiba...

kawan: ko dah ada orang belum?

aku: belum... kenapa?... [bukan ke dia ni dah tahu aku memang takda sapa2 lagi...dan buat masa sekarang aku hanya fokus keja sekolah yang kena fikir dan taip semua dari ZERO]

kawan: ko tak minta tolong orang carikan tuk ko ke?

aku: tak 

kawan: hei... ko kena... ko jangan malu untuk minta tolong orang carikan tau...

[dalam hati] ya tenkiu tolong risaukan aku... dan kenapa ko tak carikan tuk aku?

dan kawan aku sambung lagi...
ko tak boleh malu.. ko kena bagitau kat orang dan minta orang tolong carikan tuk ko... umor ko yang macam ni, susah tau lelaki nak terima... ko tak boleh malu, kena cari orang yang boleh ko bagitau dan minta tolong carikan tuk ko.. umo ko ni dan meningkat, susah lelaki nak terima kalo ko malu nak bersuara... aku ni lain laaa.. kebetulan kawan aku yang tolong kirakan tuk aku...

seriously speechless  [dalam hati] okey!!!!... sebenarnya apa motif engko ni?....terus hilang untuk berkata2... kenapa? 

aku: okey...[hanya itu sahaja yang mampu aku jawab].... sebab terkejut dengan ayat yang dia bagi... 

.................

lepas tetamu pulang... terus tak boleh nak sambung buat keja sekolah... 

aku bukan memikirkan sangat kata2nya itu... tetapi aku seolah2 tidak mengenali siapa kawanku itu...

....................

oh!! mungkin aku kot terlebih sensitif sebab dalam kepala dok fikir keja sekolah yang....

Allahul musta'an, moga Allah permudahkan segala urusanku...

Sunday, 24 August 2014

Penyebaran hadith palsu dan kesannya dalam kehidupan Muslim

Apabila disebut tentang hadith palsu, tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran kita.
Artikel ini adalah ringkasan Forum Darul Hadith: “Penyebaran hadith palsu dan kesannya dalam kehidupan muslimin” di Sekolah al-Irsyad, Batu 3, Kuantan pada  27 April 2014. Bersama al-Fadhil al-Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Mohd Khairil Anwar dan Ustaz Nasrullah hafizahumullah. Sebahagian daripada isi artikel ini adalah daripada saya sendiri. Maka, sekiranya ada fakta atau point yang salah, mohon dimaklumkan.

1. Antara punca munculnya golongan yang mencipta hadith palsu ialah sikap masyarakat yang meninggalkan al-Quran. Nuh bin Abu Maryam telah mencipta hadith berkaitan fadhilat membaca surah-surah al-Quran.

Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam atau yang lebih dikenali sebagai Nuh al-Jami’. Beliau sendiri membuat pengakuan bahawa beliau mencipta hadith palsu bahawa kononnya riwayat itu dari Ibnu Abbas, menjelaskan tentang fadhilat surah-surah di dalam al-Quran, satu surah demi satu surah yang lain.
Dengan suatu tujuan yang zahirnya kelihatan baik, iaitu untuk menggalakan orang ramai melakukan kebaikan dan membenci kejahatan, orang-orang seperti Nuh al-Jami’ ini mereka-reka riwayat palsu dan menisbahkannya kepada Nabi SAW. Ketika Nuh al-Jami’ ditanya tentang sebab beliau mengada-adakan riwayat palsu berkenaan, beliau menjawab, “Aku lihat orang ramai telah meninggalkan al-Quran, dan sebaliknya mereka sibuk mempelajari Fiqh Abu Hanifah serta Maghazi Ibn Ishaq. Kerana itulah aku mencipta hadith tentang kelebihan surah-surah di dalam al-Quran untuk mengembalikan manusia kepada al-Quran!” [Al-Maudhu’aat oleh Ibn al-Jauzi, 1:240]

2. Contoh hadith palsu yang pernah hangat diperkatakan ialah: “Barang siapa berpuasa 2 hari di awal Rejab seakan ibadah 2 tahun. Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini, seakan ibadah 80 tahun” dan juga beberapa hadith yang menyebut fadhilat yang melampau dan berlebihan bagi amalan dalam bulan Rejab.

Tiada hadith yang sahih mengatakan fadhilat amalan khusus dalam bulan Rejab. Tiada masalah untuk beramal dengan ibadah sunat biasa seperti puasa isnin dan khamis, qiamullail, bacaan Quran dan wirid yang tsabit daripada Nabi SAW.

3. Sebahagian golongan yang mempertahankan tindakan mencipta dan menyebarkan hadith palsu mengatakan mereka bukan berdusta ATAS nama Nabi tapi UNTUK nabi. Agama ini telah sempurna. Nabi tidak memerlukan sesiapa untuk memperkatakan sesuatu BAGI pihak baginda.
4. Berdusta atas nama nabi SAW hukumnya dosa besar.

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ نِيحَ عَلَيْهِ يُعَذَّبُ بِمَا نِيحَ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya berdusta kepadaku tak sama dengan orang yang berdusta atas orang lain. Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia bersiap-siap (mendapat) tempat duduknya di neraka. Aku juga mendengar Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang meratapi mayat maka mayat itu akan diseksa disebabkan ratapan kepadanya” – Hadith riwayat al-Bukhari
5. Antara kesan hadith palsu ialah:
5.1 Seseorang insan itu kelihatan baik akhlaknya dengan manusia, namun hakikatnya akhlaknya buruk dengan Allah dan Rasul-Nya. Dalam bahasa lain, dia kelihatan beradab dengan manusia, tapi biadap dengan Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului( memandai-mandai melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.“- Surah al-Hujurat, QS49:1

Daripada Mu’adz bin Jabal RA, dia berkata:
كُنْتُ رَدِيْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حِمَارٍ فَقَالَ لِيْ: (يَا مُعَاذُ أَتَدْرِيْ مَا حَقُّ اللهِ عَلَى الْعِبَادِ، وَمَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللهِ؟ قُلْتُ: اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: (حَقُّ اللهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوْهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئاً، وَحَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللهِ أَنْ لَا يُعَذِّبَ مَنْ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئاً) قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ أَفَلَا أُبَشِّرُ النَّاسَ؟) قَالَ: (لَا تُبَشِّرْهُم فَيَتَّكِلُوا)
Maksudnya: “Aku pernah dibonceng oleh Nabi SAW di atas seekor keldai, lalu baginda bersabda kepadaku, ‘Wahai Mu’adz, tahukah enfkau apa hak Allah terhadap para hamba dan apa hak para hamba atas Allah?’ Aku menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.’ Baginda pun menjawab, ‘Hak Allah terhadap para hamba ialah mereka beribadah kepada-Nya semata dan tidak berbuat syirik sedikit pun kepada-Nya, sedang hak para hamba atas Allah adalah bahawa Allah tidak akan mengazab orang yang tidak berbuat syirik sedikit pun kepada-Nya.’ Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah aku (perlu) menyampaikan khabar gembira (ini) kepada manusia?’ Baginda menjawab, ‘Janganlah engkau menyampaikan khabar gembira ini kepada mereka (kerana bimbang) mereka nanti akan bersikap menyandarkan(bersenang) diri” – Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

5.2 Melahirkan ramai pendusta atas nama agama.
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
كفى بالمرءِ كذبًا أن يُحَدِّثَ بكلِّ ما سمِع
Maksudnya: “Sudah mencukupi seseorang itu dianggap sebagai berdusta apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar” – Hadith riwayat Muslim

Al-Imam Ibnu Hibban RH memberi komen terhadap hadith ini berkata di dalam kitab adh-Dhu’afa’, jilid 1, ms. 33. [Ar-Rasaa-il karya Yazid Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 68]: “Di dalam hadith ini ada ancaman bagi seseorang yang menyampaikan setiap apa yang dia dengar sehingga dia tahu dengan seyakin-yakinnya bahawa hadith atau riwayat itu sahih

Menjelaskan hikmah larangan hadith ini kepada sesiapa jua untuk menceritakan segala yang dia dengari, al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim[jilid. 1, ms. 199]:
Makna yang terkandung dalam hadith dan atsar(kata-kata yang disandarkan kepada selain Nabi seperti sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka) yang terdapat dalam bab ini adalah tentang celaan dalam berbicara atau memberitahukan segala sesuatu yang didengari oleh seseorang. Kerana sesuatu yang didengar biasanya mengandungi unsur kebenaran dan kedustaan (iaitu sesuatu yang tidak pasti). Sehingga, apabila dia berbicara dan memberitahu segala sesuatu yang dia dengar, maka dia telah berdusta jika mengkhabarkan sesuatu (yang pada hakikatnya) tidak terjadi

5.3 Amalan ibadah khusus tertolak.

Daripada ‘Aisyah RA, nabi SAW bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini apa yang tidak(memiliki asal-usul) darinya maka ia tertolak” – Hadith riwayat Muslim
Ada yang menggunakan akal fikiran yang tidak kena pada tempatnya. “Salah ke beribadah dengan apa nabi tak buat?”. Antara persoalan yang boleh dibalas terhadap soalan ini ialah, “Semua ibadah yang nabi dah ajar dah buat ke?”.

5.4 Islam kelihatan buruk pada pandangan Non-Muslims.
Kewujudan sesetengah hadith palsu yang matannya berbunyi pelik dan tidak masuk akal, akan memburukkan nama Islam pada pandangan non Muslims. Ia sangat mencemarkan kesucian agama yang mulia ini. Akibatnya, sebahagian mereka hilang minat untuk mengetahui atau mendalami tentang agama yang benar ini.
6. Peranan ‘ulama zaman berzaman dalam menangani hadith palsu.

6.1 Mafhum kalam Sufyan at-Thauri: “Malaikat adalah penjaga di langit, sedangkan ‘ulama hadith adalah penjaga agama di bumi”

6.2 Para ‘ulama mengeluarkan ilmu usul al-hadith dan qawaid untuk mempelajari dan menilai hadith sebagai panduan zaman berzaman.

6.3 Imam Malik bin Anas rahimahullah antara ‘ulama terawal mengumpukan hadith dalam kitabnya al-Muwatto’

6.4 Usaha ‘ulama hadith mentahqiq kitab ‘ulama lain bagi mengenal pasti hadith yang tidak sahih yang terdapat di dalam kitab berkenaan, seperti kitab Ihya ‘Ulum ad-Din.

6.5 Mengumpul rawi yang dikira pendusta dan tertolak.

6.6 Mengamalkan disiplin ilmu. Jujur dengan memberitahu sumber, juga memberitahu sekiranya tidak tahu sumber sesuatu kisah yang diceritakan.

6.7 al-Fadhil al-Ustaz Dr Abdul Basit mencadangkan bagi yang ingin membuat thesis PhD agar membuat tajuk “Penyebar hadith palsu zaman moden” iaitu jarh wa ta’dil.
7. Kesimpulan:

7.1 Umat Islam mesti berusaha mempelajari ilmu hadith dan beramal dalam agama berpandukan dalil. Sekiranya asatizah menyebutkan sesuatu tanpa dalil, bertanyalah kepada mereka. Usah terima bulat-bulat secara membuta tuli. Rajin semak sesuatu akan sumbernya sebelum sebarkan.
Amalkan budaya “Read, Check, Copy, Paste” bukan “Read, Copy, Paste“.
7.2 Dekati dan pelajarilah dengan ‘ulama atau asatizah yang al-Quran dan hadith tidak lekang dalam bait-bait ceramah atau kata-kata mereka.
7.3 Sama-sama kita pertahankan kedaulatan nabi kita SAW daripada hadith yang direka dan diubah, kononnya untuk mempertahankan agama, tetapi hakikatnya ia mencemarkan dan merosakkan agama.
7.4 Jangan sempitkan pemikiran. Kita menghormati ‘ulama dengan sumbangan yang besar terhadap agama, tetapi bukan mensucikan mereka. Mereka tidak maksum. Pasti ada salah dan silap, yang mana mesti ditegur dan dikritik, tetapi dengan adab dan hikmah. Bukan celaan dan hinaan.
Akhir kalam, dinaqalkan sebuah hadith daripada nabi SAW yang penting untuk panduan kita bersama.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
يكون في آخر الزمان دجالون كذابون, يأتونكم من الأحاديث بمالم تسمعوا أنتم ولا آباؤكم وإياهم لا يضلو نكم ولا يفتنونكم
Maksudnya: “Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal pendusta, yang memberitahu kamu tentang hadith yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Berhati-hatilah dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah” – Hadith riwayat Muslim
Wallahua’lam. Moga Allah redha.

Thursday, 21 August 2014

Al- Manna/ Arabic Gum/ Getah Arab

Al-manna merupakan sejenis minuman yang sangat baik untuk kesihatan dan ianya ada disebut dalam al-Quran, ia juga boleh dijadikan supplement untuk tubuh dan diminum setiap hari.

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Ertinya: "Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir), dan Kami turunkan kepada kamu "al-manna" dan "as-salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiayakan Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri". 
[al-Baqarah: 57]

Al-Manna ini dibawa direct dari Sudan, kelebihannya ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis yang terbaik dan diperolehi secara semulajadi dari 2 jenis pohon Acasia yang hanya ditanam dan terdapat di Sudan.

Al-Manna diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mendapatkan susu.

Al-Manna mengandungi 86.6% serat larut berbanding Epal mengandungi 2.3% serat terlarut.

Al-Manna mempunyai kandungan prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling tinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.. Ia adalah prebiotik semulajadi dan mudah untuk prebiotik berkembang. Ia tidak merangsang bakteria bukan probiotik. 

Al-Manna ASLI 100%

masih di dahan pokok.


ketulan al-Manna/ Arabic gum sebelum di proses untuk dijadikan serbuk.
(Gambar ehsan dari google).


Kelebihan al-Manna:

- Memberi tenaga/ energy (tidak mudah letih/ mengantuk)
- Menguatkan sistem imunisasi badan
- Mengawal kolestrol
- Mengawal gula dalam darah
- Untuk pesakit kanser
- Memudahkan pembuangan air (bagus untuk orang yang mengalami buasir)
- Bagus untuk sembelit
- Eczema
- Mengawal tekanan darah tinggi
- Merupakan fiber/ serat yang bagus
- Boleh dijadikan supplement dan diminum setiap hari.

Cara minum:

2 sudu kecil/ 1 sudu besar. 2 kali sehari.

Diminum ketika perut masih kosong.
- Pagi: ambil sebelum sarapan
- Malam: ambil sebelum tidur
- Elakkan menggunakan air panas
*Boleh dicampur dalam minuman yang lain. Boleh dicampur dengan madu dan habbatussauda'.

1 jar RM50 (tidak termasuk pos)/ 200 gram

Direct dari Sudan.

Order, sila whatsapp ke ----->  +6017-4526021

Saturday, 5 July 2014

Surah al-Jumu'ah ayat 2 dan kaitannya dengan Ramadhan


Al-Jumu'ah 62: 2:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Ertinya: "Dia lah yang mengutusakan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata".

هُوَ: Dia (Allah)

الَّذِي بَعَثَ: yang mengutuskan

الْأُمِّيِّينَ: masyarakat Arab yang buta huruf

رَسُولًا: Seorang Rasul, [diutuskan dengan membawa pesanan daripada Allah subhanahu wa ta'ala kepada umat manusia] tugasnya menyampaikan kepada manusia 

يَتْلُو: yang membaca, [membaca secara berterusan (فعل المضارع: perbuatang yang sentiasa/selalu)] --> 

 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Ertinya: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan".

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Ertinya: "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah".

يَتْلُو: yang membaca, [membaca secara berterusan]: Rasul yang diutuskan sentiasa membaca/ memberitahu ilmu tentang Allah dan juga ilmu tentang diri manusia itu sendiri, bahawa kita diciptakan dan ada yang menciptakan iaitu Allah subhanahu wa ta'ala.

- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam buakn sahaja membaca al-Quran itu untuk dirinya sendiri, tetapi baginda membacanya juga untuk orang yang berada disekelilingnya.

- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam sentiasa membaca al-Quran berterusan, jadi kita sebagai ummatnya hendaklah selalu membaca al-Quran, bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga untuk orang disekeliling kita, kerana al-Quran merupakan "syifa' " bagi manusia, baik hatinya atau mindanya.

يُزَكِّيهِمْ: menyucikan jiwa manusia; 

penyucian:
1. hati 
2. minda 

kedua-dua ini sentiasa bergantung harap dengan Allah subhanahu wa ta'ala. Bergantung harap dengan Allah mestilah dengan adanya ilmu pengetahuan.

Al-Quran merupakan penyucian hati dan minda manusia dari rasa kegelisahan dan sebagainya.

يُعَلِّمُهُمُ: mengajarkan kepada mereka/ manusia; 
- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam mengajarkan al-Quran kepada para sahabah. [pengajaran al-Quran ini berlaku sepanjang hayat Baginda sallahu 'alaihi wa sallam].

- Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam mengajarkan al-Quran [berterusan mengajar]:
  • kepada manusia; adalah untuk menjadikan kita seorang hamba yang soleh. [Tujuan Baginda diutuskan].
- dalam proses mengajar, mestilah mempunyai murid/pelajar; para sahabah dan juga kita adalah sebagai pelajar.

- PELAJAR: mesti mempunyai tugas, tujuan belajar + tanggungjawab. untuk mendapat ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang disekeliling kita perlu sentiasa memohon petunjuk daripada Allah subhanahu wa ta'ala.


الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ: al-kitab: yang menurunkan hukum-hakam untuk mengatur kehidupan manusia.


Empat formula untuk bulan Ramadhan:

1.  يَتْلُو Baca; Membaca Al-Quran atau mendengar orang membaca al-Quran. 

2.  يُزَكِّي Penyucian diri; dengan memahami kalam Allah subhanahu wa ta'ala.

3. يُعَلِّمُ  Mengajar; mengajar dan belajar al-Quran.

4. الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ Fokus; fokus bagaiamana untuk berintraksi dengan al-Quran?.. [khusus untuk di bulan Ramadhan ini, di mana dalam bulan ini Allah subhanahu wa ta'ala menurunkan al-Quran].                                                                                       

Nukilan: hasil pemahaman saya dari kuliah Tafsir bersama Dr. Sofiah Samsuddin.

7 Ramadhan 1435 H/ 5 Julai 2014.

Tuesday, 27 May 2014

boyapren @ gelipren --> STOP it's WRONG

Dulu masa zaman muda-muda + cute saya;
Alhamdulillah saya tak suka untuk berCOUPLE,
hingga sekarang [moga Allah pelihara saya].

masa tima belajar kat negara orang dulu, di kalangan gadis2 comel, saya je kot yang tidak ada cuople ;-)

macam-macam kawan2 "baik" saya kata:

ko ni memilih...

ko nak yang macam mana?

----
hati2 dia tu, entah2 "buah hati" kita dia nak kebas

-----------

piba saya dengar atau dapat tahu, saya hanya tersenyum sahaja....

dalam hati: kalo aku nak kebas "buah hati" yang korang SAYANG sangat tu, dah lama aku buat [hahahaha bila sudut hati yang jahat berkata2].
aku kenal "buah hati" lebih awal dari korang kenal depa...

sebenarnya {ALHAMDULILLAH]: memang saya tak suka tuk berCOUPLE,
melihat keadaan sekeliling membuatkan saya terfikir...

[saya bukan seorang yang baik; tapi mahu jadi baik] ;-)

1. saya rasa, kalo saya bercouple, saya akan jadi teruk + takut jauh denganNya...
dia yang memberi rasa kasih + sayang itu, tapi kita salah gunakan... kenapa tidak kita semaikan untuk orang yang sepatutnya??

okey! ada orang kata: tak payah la sangat nak jadi terlalu solehah... kang lepas kawen macam2 plak jadi, tak tahu itu ini bla bla bla....

bagi saya; kalo memang untuk menuju ke arah itu, why not kalo ada rasa kasih + sayang + ++++..
tapi ini...... kalo sekadar untuk mengisi masa "SUNYI".... ermmmm rasa fikir lah dahalu

oh! memilih: of course la kena memilih... tak kan nak sapu ja entah hapa2 orang, tujuan membina rumahtangga, bukan sahaja untuk kesenangan di dunia, malah ia merupakan jalan untuk menuju ke JANNAH, in sha Allah.

hehehe di sini saya boh pesanan + nasihat dari Ustaz Nouman ALi Khan;


Wednesday, 21 May 2014

 عن عبد الله بن بُرَيدة  فقد دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمَسْجِدَ ، فَإِذَا هُوَ بِرَجُلٍ قَدْ قَضَى صَلاَتَهُ ، وَهُوَ يَتَشَهَّدُ وَهُوَ يَقُولُ  اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّه لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، الأَحَدُ، الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ . رواه الإمام أحمد وأبو داود والنسائي ، وصححه الألباني والأرنؤوط .

رمضان



اللهم بلغنا رمضان أعواماً عديدة، وأزمنة مديدة، واجعلنا فيه من عتقائك من النار 


اللهم وفقنا لصيام شهر رمضان وقيام لياليه
وقوينا فيه على طاعتك وعبادتك
واغفر لنا فيه ذنوبنا وارحمنا واجعلنا من عتقاء
هذا الشهر الكريم وارزقنا فيه الخير

اللهم آتنا في الدنيا حسنه وفي الآخرة حسنه وقنا عذاب النار

يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام
يا عزيز يا غفار 

وصلي اللهم وسلم على سيدنا محمد
وعلى آله وأصحابه أجمعين