Friday, 4 October 2013
06102013: 1 Dzul Hijjah 1434
Amalan yang diterima di bulan ini, di antaranya:
1. Mengerjakan haji dan 'umrah,
2. Puasa,
3. Perbanyakan solat,
4. Takbir, tahlil dan zikr,
5. Membaca al-Quran.
Khutbah tentang fadhilan 10 hari dzul hijjah oleh Syeikh al-'Arifi:
Sunday, 22 September 2013
TEKNOLOGI YANG ALLAH GUNAKAN DALAM PENCIPTAAN BURUNG AMAT MENAKJUBKAN
Terpaku melihat seekor burung helang yang sedang terapung di udara. Pada ketika itu, angin bertiup agak kencang dan burung helang itu hanya mengembangkan sayapnya serta memanipulasi gerakan angin untuk terus terapung. Struktur fizikal yang dimiliki burung helang itu membantunya untuk terus terapung tanpa perlu bergerak secara agresif.
Dalam al-Quran Allah banyak meminta manusia berfikir pada kejadian alam. Pemerhatian kepada alam dan segala isinya yang menakjubkan mampu membuahkan keimanan dan keyakinan pada ketuhanan Allah. Burung adalah antara ciptaan Allah yang sering disebut dalam al-Quran. Keajaiban burung amat ketara terutama sekali dari struktur fizikalnya kerana ia seakan tidak terikat dengan hukum graviti. Bahkan manusia banyak mengambil pelajaran dari burung dalam teknologi penerbangan.
Firman Allah:
أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللَّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Ertinya: Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman [al-Nahl 16:79].
Juga firman Allah:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Ertinya: Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan [al-Nur 24:41].
Juga firman Allah:
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ
Ertinya: Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu [al-Mulk 67:19].
Sumber: fb Ustaz Abdullah Bukhari
WALAU KELETIHAN NABI MUSA AS BEGITU SENSITIF UNTUK MEMBANTU 2 PEREMPUAN MADYAN
Para nabi dan Rasul adalah contoh sejati orang yang beriman kepada Allah. Antara sifat orang beriman yang patut dimiliki adalah sensitif melihat kesusahan orang lain dan berusaha menghilangkan kesusahan tersebut. Lihat sahaja kisah kembara nabi Musa AS dalam surah al-Qasas. Nabi Musa AS lari dari negeri Mesir kerana takut ditangkap oleh Fir’awn setelah membunuh lelaki Qibti secara tidak sengaja. Perincian kisah pembunuhan itu dapat dirujuk pada ayat 15 surah al-Qasas.
Sikap mengutamakan orang lain juga antara sikap terpuji orang Ansar yang disebut Allah dalam al-Quran
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Nabi Musa AS lari dari Mesir ke Madyan yang sangat jauh jaraknya (8 hari perjalanan) tanpa bekal yang mencukupi. Setelah sampai ke Madyan, baginda segera membantu 2 orang
perempuan mengambil air untuk ternakan mereka walaupun baginda masih sangat keletihan. Ini sikap orang beriman yang wajib kita contohi. Firman Allah:
(22)وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَاء مَدْيَنَ قَالَ عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ
وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِير (23) فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Ertinya: Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,". Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ". MAKA MUSA MEMBERI MINUM KEPADA BINATANG TERNAK MEREKA kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan" [al-Qasas[28:22-24].
Sikap mengutamakan orang lain juga antara sikap terpuji orang Ansar yang disebut Allah dalam al-Quran
وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Ertinya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi
oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya [al-Hasyr 59:9
:Juga sabda Rasulullah SAW
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Ertinya: Tidak (sempurna) iman seseorang dari kamu sehinggalah dia menyukai sesuatu (kebaikan) kepada saudaranya sebagaimana dia menyukai perkara itu untuk dirinya sendiri
(Hadis Sahih Bukhari & Muslim)
Sumber FB: Ustaz Abdullah Bukhari
Friday, 20 September 2013
'Ijaz 'Ilmi
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ" :ﻭَﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﺫَﺍﺕِ ﺍﻟﺼَّﺪْﻉِ" ﴿
12﴾ ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻄﺎﺭﻕ
ﺍﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﺍﻟﻌﻠﻤﻴﺔ:
ﺍﻛﺘﺸﻒ ﻋﻠﻤﺎﺀ ﺍﻟﺠﻴﻮﻟﻮﺟﻴﺎ ﺣﺪﻳﺜﺎ ﺃﻥ
ﺍﻟﻘﺸﺮﺓ ﺍﻷﺭﺿﻴﺔ ﻣﻘﺴﻤﺔ ﺑﺸﺒﻜﺔ ﻣﻦ
ﺍﻟﺼﺪﻭﻉ ﺍﻟﻌﻤﻴﻘﺔ ﺇﻟﻰ ﺍﺛﻨﻲ ﻋﺸﺮ ﻗﻄﻌﺔ
ﺭﺋﻴﺴﻴﺔ ﻣﺘﺠﺎﻭﺭﺓ ﻳﺴﻤﻰ ﻛﻞ ﻣﻨﻬﺎ ﻟﻮﺣًﺎ
،(plate) ﺑﺎﻹﺿﺎﻓﺔ ﺇﻟﻰ ﻋﺪﺓ ﺃﻟﻮﺍﺡ ﺻﻐﻴﺮﺓ
ﺗﺴﻤﻰ ﻟﻮﻳﺤﺎﺕ (platelet
Kisah malunya Saidatina Aisyah r.a...
Saidatina Aisyah r.a. telah terpilih untuk mengikuti Rasulullah saw dalam satu rombongan perjalanan..
Dalam satu perhentian beliau telah keluar dari tempat duduknya iaitu kenderaan bertutup yang diangkat oleh beberapa lelaki..
Rombongan itu memulakan kembali perjalanan tanpa menyedari Saidatina Aisyah r.a. tidak berada dalam kenderaan itu..
Yang mana ini menunjukan Saidatina Aisyah TIDAK BERBUAL-BUAL dengan lelaki-lelaki yang ditugaskan untuk membawa kenderaan itu..
Tenangnya Saidatina Aisyah r.a. yang yakin pada ALLAH membuatkannya terus menunggu ditempat beliau ditinggalkan kerana yakin Rasulullah saw. akan kembali..
Bilamana datangnya seorang sahabat Rasulullah saw yang ditugaskan untuk menjadi orang yang berjalan terkemudian dalam rombongan itu dan terlihat Saidatina Aisyah r.a...
Lantas Saidatina Aisyah r.a. BERPALING dan MENUTUP WAJAHNYA dari dilihat oleh sahabat Rasulullah saw itu..
Malunya dan betapa menjaganya Saidatina Aisyah r.a. terhadap LELAKI BUKAN MAHRAMNYA walaupun lelaki itu adalah sahabat kepada Rasulullah saw yakni suaminya..
Moga kalian dapat mencontohi Saidatina Aisyah r.a. dengan TIDAK MUDAH membiarkan lelaki bukan mahram MELIHAT dan BERBUAL-BUAL(apatah lagi bermesra) tanpa keperluan..
Dalam satu perhentian beliau telah keluar dari tempat duduknya iaitu kenderaan bertutup yang diangkat oleh beberapa lelaki..
Rombongan itu memulakan kembali perjalanan tanpa menyedari Saidatina Aisyah r.a. tidak berada dalam kenderaan itu..
Yang mana ini menunjukan Saidatina Aisyah TIDAK BERBUAL-BUAL dengan lelaki-lelaki yang ditugaskan untuk membawa kenderaan itu..
Tenangnya Saidatina Aisyah r.a. yang yakin pada ALLAH membuatkannya terus menunggu ditempat beliau ditinggalkan kerana yakin Rasulullah saw. akan kembali..
Bilamana datangnya seorang sahabat Rasulullah saw yang ditugaskan untuk menjadi orang yang berjalan terkemudian dalam rombongan itu dan terlihat Saidatina Aisyah r.a...
Lantas Saidatina Aisyah r.a. BERPALING dan MENUTUP WAJAHNYA dari dilihat oleh sahabat Rasulullah saw itu..
Malunya dan betapa menjaganya Saidatina Aisyah r.a. terhadap LELAKI BUKAN MAHRAMNYA walaupun lelaki itu adalah sahabat kepada Rasulullah saw yakni suaminya..
Moga kalian dapat mencontohi Saidatina Aisyah r.a. dengan TIDAK MUDAH membiarkan lelaki bukan mahram MELIHAT dan BERBUAL-BUAL(apatah lagi bermesra) tanpa keperluan..
Dari FB Ustaz Izhar Ariff
Subscribe to:
Posts (Atom)





