Saturday, 5 December 2015

Travelog di Bumi Aceh - kembali ke aceh

Sehari sebelum tsunami 25 dis 2005 (sabtu)... Airport Medan ke Banda Aceh... Kononnya datang ke Medan untuk memperbaharui passport yang dah nak expired... .
Bila sampai di airport blang bintang Banda Aceh, didapati banyak burung-burung dan juga binatang-binatang ternakan yang lain... Terfikir juga, kenapa banyaknya depa ni... Allah.... Binatang dapat merasai apa yang akan terjadi esok pagi... Manusia? Masih lalai dan lagha dengan kehidupan mereka... Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami


Gambar kenangan bersama sahabat-sahabat saya di IAIN Medan, Yati, Shakirah dan Musliawati

Mereka banyak membantu saya sekiranya saya turun ke Medan... Terima kasih atas segalanya.. Moga Allah membalas segala kebaikan kalian

Travelog di Bumi NAD - dalam pesawat


Hari keempat setelah tsunami... Selamat 4 hari kami di Aceh, bekalan elektrik dan line telefon memang terputus, tidak dapat menghubungi Mak dan ayah di Malaysia... Begitu juga untuk memberitahu kepada konsulat general Malaysia di Medan... Malam itu... Dapat la sedikit "Ehsan" line phone untuk hantar SMS... Kami dapat berita mengatakan TUDM untuk cuba memasuki Aceh dan membawa kami keluar dari Aceh... .
Esok pagi kami berkumpul... Dan terjadi sedikit salah faham... Walau apa pun semuanya dipermudahkan Allah.... Kami ke blang bintang airport dengan menaiki storm yang mengangkut mayat... Bayangkan bagaimana ketika itu... Ya kenderaan yang berbau... Bau mayat... Hanya Allah yang tahu...
Malam kedua kami di Aceh, di tengah malam, angin yang sepoi-sepoi bahasa membawa bauan yang sangat "harum"... Alhamdulillah sepanjang empat hari kami berkumpul di Masjid Unsyiah (Universitas Syiah Kuala) Allah tidak menurunkan hujan... Bagaimana sekiranya hujan turun?... Orang yang cedera dimerata-rata dan juga mayat semakin banyak....
.
Alhamdulillah, jam 1230 kami sampai ke airport dan disambut oleh abang-abang TUDM baik hati... Dan kami diberi makan... Ya makanan tentera... Alhamdulillah 'ala kullu ni'mah... Syukur padaMu ya Allah... Ini lebih sedap (walaupon dalam hati... Lapaq nasik..syukur, orang disekelilingmu ada yang masih belum dapat makan)... Ya lebih sedap dibandingkan makan.megi sebungkus dikongsi 5 orang... Megi dimakan mentah dan berbau minyak tanah...

. *dapat merasai naik pesawat Hercules TUDM bersama consulate general Malaysia Medan
.
الحمد لله على كل حال يا كريم...
.
بارك الله لكم جميعاً kepada team ‪#‎TUDM‬

travelog di Bumi NAD - ke Medan

Turun ke Medan dua dalam satu...
Pertama: untuk memperbaharui passport, dan yang kedua: berjumpa dan suaikenal dengan pelajar dari Kedah serta menguruskan zakat untuk mereka...
.

Masa free... Keluar jalan-jalan ke Bandar Medan... Pergi zoo bersama sahabat-sahabat saya yang comel dan baik hati ni... Di sini saya diberi tempat penginapan di rumah mereka...

.

Mula berkenalan dengan mereka ketika program BTN yang diadakan di Medan... Hahahaha saya salah seorang peserta yang banyak ponteng, terutama tazkirah subuh dan maghrib... Mula tu hadir juga dengar tazkirah maghrib yang dibentangkan oleh.......(dot dot dot)... Dan saya tak dapat tangkap apa sebenarnya yang hendak disampaikan...cuba untuk hadam, tapi tetap tak boleh... Lalu kami (peserta yang baik) masuk dewan paling awal.. jalan masuk dan pilih tempat yang best untuk duduk. Lihat di luar.. oh ada makanan.. sehari enam kali makan.. makan dan makan...

Dalam dewan; bila penceramah cakap...dengar sekejap, kemudian masukkan earphone kat telinga dan layan lagu... tak semua saya buat macam tu.. saya akan dengar apa yang mereka sampaikan..kalo saya rasa macam dah entah apa yang dimerepeknya, saya masuklah earphone tersebut ke lubang telinga saya.. terima kasih Kak Sobehah bagi kongsi earphone ni.. kita layan lagu sama-sama...

pesanan: Tolong jangan ikut perbuatan ini...


Bersama sahabat yang belajar di IAIN Medan; Yati, Azyati, Musliawati, dan Shakirah

*baju yang saya pakai ni, dibawa tsunami... Dan baju pertama saya design sendiri

Travelog di Bumi NAD- airport Banda Aceh

28 dis 2004... Alhamdulillah kami dapat di bawa keluar dari bumi Aceh oleh TUDM... Terima kasih abang-abang TUDM dan kerajaan Malaysia... Kami di bawa keluar dengan menaiki Hercules lebih kurang jam 1230 tangah hari... Alhamdulillah setelah kami diberi makan (mengisi perut sikit), bila masuk dalam pesawat kami diberi lagi makanan (nampak naw lapar kan hehehehe) makanan nya ayam goreng, epal, roti dan air kotak... Alhamdulillah...
.

Sempat posing ya sebelum menaiki pesawat... Terima kasih Abang Uti (Mohd Sayuti) bagi pinjam baju.. baju warna biru itu

di airport Blang Bintang, Aceh Besar

Travelog di Bumi NAD - airport

31 Dis 2004 (malam)... .
Berkumpul di airport Medan untuk pulang ke tanahair terchenta Malaysia... Tunggu dan tunggu kerana banyak pesawat yang mahu mendapat..jadi pesawan TUDM yang mahu bawa kami pulang tidak dibenarkan untuk turun ke landasan... Sudah beberapa malam kami ke airport dan pulang semula ke penempatan sementara kami di rumah kakitangan konsulat general Malaysia di Medan.. Alhamdulillah tarikh ini kami dapat pulang... Dan kami sampai di Malaysia pada malam tahun baru...
.

Saya ingat lagi, seorang Bro TUDM pesan semasa mahu menuruni pesawat, katanya jangan lupa tau hampa senyum dan baiki tudung bagi lawa-lawa nanti banyak kamera akan fokus kat hampa... Hehehehe (kami semua gelak)... Tak sempat bergambar dengan abang-abang TUDM, Kodak dah habes ketika itu... Tak da gambar kenangan dengan mereka...moga Allah membalas jasa baik mereka dan diterima di sisiNya segala amalan mereka.
.

Ya... Bila saja pintu pesawat dibuka (dengan bilangan 1 2 3 oleh abang-abang TUDM)... Maka prak..prak...prak.. Bunyi kamere dan cahaya yang menyilau mata... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillahi rabbil 'aalamin... Alhamdulillah 'ala kulli hal.
.

Bergambar kenangan di airport Medan.. sebelum berangkat pulang ke tanahair

Trevelog di Bumi NAD - stadium

Stadium #keutapang Aceh Besar... Perlawanan bola sepak antara pasukan #Perak dan #Aceh 2004.

#travelog_di_bumi_NAD

HUKUM MANDI WILADAH!

Dari: Abu Anas Madani 
Soalan:
Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut?
Jawapan:
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas.
Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat.
Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat.
Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari.
‪#‎DSO‬. 5/12/2015.