February 25, 2010 at 2:59pm
Sabda Rasulullah sallahu ‘alahi wasallam, Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallahu alaihi wasallam bersabda ; seorang lelaki mengadap Rasulullah seraya berkata: bilakah hari kiamat itu akan tiba?, beliau bersabda: apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapi hari kiamat itu?, jawap lelaki tersebut: aku mencintai Allah & RasulNya, sabda Beliau; sesungguhnya kamu akan bersama orang yang kamu cintai. Kami tak pernah gembira setelah memeluk Islam segembira itu kerana mendengar sabda Nabi sallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai, oleh kerana itu, aku (Anas bin Malik) mencintai Allah & RasulNya, Abu Bakar dan Umar. Aku berharap dapat bersama mereka, walaupun amalku tidak seperti amal mereka. (H. Muslim)
Firman ALLAH SWT : “ Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang kafir” . (Surah Ali-Imran : 33)
Ulasan Ayat:
1. ALLAH SWT memerintahkan kepada kita supaya mentaati Rasulullah SAW, dan tidak menderhaka kepada Baginda dan kita akan dicintai oleh ALLAH SWT.
2. Kita hendaklah mentaati Rasulullah SAW dalam semua sudut dan mencintai Baginda lebih daripada mencintai diri sendiri dan segalanya.
3. Mencintai ALLAH adalah perkara yang sukar dicapai oleh manusia, dengan mencintai Baginda SAW, maka kita akan dicintai oleh ALLAH SWT.
4. ALLAH SWT meletakkan Rasulullah SAW sebagai KekasihNya. Maka secara adatNya, apabila kita berkasih, sudah tentu kita akan turut mengasihi siapa yang mengasihi dan berbuat baik terhadap kekasih kita, sekalipun kita tidak meletakkan kasih padanya. Justeru, begitulah keadaanya dengan kita selaku ummat Muhammad, mengasihi Baginda SAW akan menarik pandangan ALLAH untuk dikasihiNya.
5. Sesungguhnya kita tidak mampu meraih kasih dan cinta ALLAH jika sekiranya kita tidak menaruh kasih dan cinta kita terhadap KekasihNya Muhammad Bin Abdullah terlebih dahulu.
6. Mereka yang mendapat cinta ALLAH, adalah mereka yang telah mencintai Baginda SAW melebihi segalanya. Beberapa buah kisah Salafussoleh yang boleh dijadikan muhasabah kita bersama sejauhmanakah kita mencintai Rasulullah SAW:
7. Kisah pertama: Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi SAW, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya”.
8. Kisah kedua: Diceritakan pula, Abdul Rahman bin Al-Qasim apabila menyebut Nabi SAW, lalu kami lihat kepada warna rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah SAW.
9. Kisah ketiga : Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq dan beliau seorang yang banyak bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, rupa beliau akan berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah dilihat beliau meriwayatkan hadith dari Rasulullah SAW melainkan dalam keadaan bersuci.
10. Lalu di kedudukan manakah kita meletakkan Rasulullah di hati kita jika nak dibandingkan dengan Para Salafussoleh ini…wahai ummat Muhammad? Bila nama Baginda disebut kita boleh berketawa, bila dibacakan hadisnya kita bersahaja, bila disuruh melakukan perintahnya kita masih malas melaksanakannya malah kita melakukan segala yang dibenci, teganya hati kami melukakan hatiMU ya RASULALLAH ....WALLAHU’ALAM.

No comments:
Post a Comment