26 Disember 2004
di rumah no. 4, kompleks ruzi... selepas solat subuh, sahabat saya Kaklin Azlina's Wafa Hayfa Aqil minta tolong saya untuk takhrij hadis untuk tesisnya.. sedang melihat hadis.... tetiba ada rasa goyang.. mula tu dengan perlahan... saya teruskan kerja yang tadi sambil kata gempa bumi laa [berkata dnegan kuat - ayat pemberitahuan].. dan sambung bagitau kat kaklin: ermm dah selalu mungkin sekejap kot ni..[pernah sekali saya merasai gempa buat kali pertama tahun 2001, gempa selama 3 minit lebih dan agak kuat la jugak.. terjadi di waktu malam juma'at dalam jam 3.30 pagi]...
makin lama, gempa itu makin kuat... saya terus tutup buku2... dan saya kata kat kaklin lagi.. kalo macam ni kita kena keluar, cuba tengok di luar.. dan saya terus keluar bilik dan bagitau kepada kawan2 yang lain di dalam rumah..dan di rumah saya [rumah no. 5]... kalo kuat kita semua kena keluar rumah, dan pastikan jauh dari rumah.. takut rumah runtuh...
saya lihat, kawan2 semua dah keluar.. tinggal saya dan kaklin... saya... mana tudung dan baju... tak mungkin keluar tanpa menutup aurat... saya dan kak lin di ruang depan.. gonjangan terus kuat... nak ke bilik untuk ambil tudung dan jubah pun terasa macam jauh... goncangan itu ke kiri dan ke kanan... dan ketika itu saya rasa dah tak boleh nak berdiri... lihat di luar, masyarakat setempat semua sudah keluar.. dan ada rumah yang sudah jatuh batu-batanya...
saya.. kaklin jom kita keluar... rasanya diaorang mungkian tak akan tengok kita dalam keadaan yang tak berapa sempurna ni.. saya terus keluar dan terus mencari perlindungan dengan menyembunyikan kepala dalam tudung kak Fieda...
keadaan begitu, duduk bertinggung pun rasanya tak boleh.. kepala mula rasa pening dan nafas pun agak susah...
No comments:
Post a Comment