Monday, 3 August 2015

SUNNAH YANG DILUPAKAN: MEMBACA DOA SEBELUM SALAM

Membaca doa perlindungan daripada 4 perkara:
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَائِشَةَ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنَ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ "
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang kalian selesai daripada tahiyat akhir, hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada empat perkara iaitu daripada azab neraka, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan dajjal [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, hadis no: 931]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : " كُنَّا نَقُولُ فِي الصَّلَاةِ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : السَّلَامُ عَلَى اللَّهِ ، السَّلَامُ عَلَى فُلَانٍ ، فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ : إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلَامُ ، فَإِذَا قَعَدَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ ، فَلْيَقُلِ : التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ ، وَالصَّلَوَاتُ ، وَالطَّيِّبَاتُ ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ ، فَإِذَا قَالَهَا ، أَصَابَتْ كُلَّ عَبْدٍ لِلَّهِ صَالِحٍ فِي السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ "
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Ketika kami solat di belakang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, kami membaca: Assalamu ‘AlaLlah, Assaalamu ‘Ala Fulan. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada kami pada suatu hari: Sesungguhnya Allah itu as-Salam. Apabila salah seorang daripada kalian duduk di dalam solat, hendaklah dia membaca … (bacaan tasyahud) kemudian dia boleh memilih mana-mana doa yang dia mahu [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 614]
Huraian :
- Majoriti ulama berpendapat doa daripada 4 perkara sebelum salam hukumnya sunat. Manakala Thowus dan Ibn Hazm berpendapat ia wajib. Thowus pernah bertanya kepada anaknya:
هَلْ قَالَهَا بَعْدَ التَّشَهُّدِ ؟ فَقَالَ : لَا ، فَأَمَرَهُ أَنْ يُعِيدَ الصَّلَاةَ
Adakah engkau membaca doa tersebut di dalam tasyahud? Anaknya menjawab: Tidak. Lalu dia menyuruh anaknya mengulangi solat.
- Selepas membaca doa perlindungan daripada empat perkara, disunatkan membaca apa-apa doa yang dikehendaki.
~~~~~~
~~~~~~~~~~
SEMINAR FIQH KEMATIAN
Tarikh: Sabtu 22 Ogos 2015*
Pembentang: Dr. Abdul Basit, Dr. Rozaimi & Ustaz Mustafar Suki
Maklumat lanjut, layari www.alkahfi.com.my/fiqhkematian

No comments:

Post a Comment