Thursday, 22 August 2013

Bahagian 7 (2): Surah an-Nur ayat 12 & 13

Ayat 12:
Sekiranya mendengar tentang tuduhan atau fitnah, cubalah untuk mengelak dari terjebak dengannya.

لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
Maksudnya: "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, (iaitu tuduhan palsu ke atas 'Aisyah bahawa dia ada melakukan perkara yang tidak baik yang menggemparkan itu), orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang) mereka sendiri, (dan tidak bersikap terburu-buru dan ikut serta melemparkan tohmahan dan tuduhan buruk kepada 'Aisyah yang terkenal sebagai seorang yang bersih dan suci itu) dan berkata, "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata"".

     Ibn Kathir telah menyatakan kandungan ayat di atas merupakan suatu arahan halus sebagai nasihat dan panduan kepada orang beriman dalam menghadapi masalah skandal fitnah yang dilemparkan ke atas 'Aisyah, seorang isteri Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika sebahagian orang bekerja keras untuk menyebarkan berita angin tersebut dan sekaligus ikut memburukkan nama Baginda sallahu 'alaihi wasallam; iaitu mengapa mereka tidak membuat andaian masalah itu dengan diri mereka sendiri terlebih dahulu, iaitu samada perbuatan seperti itu layak atau munasabah dilakukan oleh orang seperti mereka, tambahan pula beliau ('Aisyah) digelar sebagai Ummul Mukminin. 'Aisyah seorang yang terkenal warak dan lebih layak dipandang bersih daripada suatu tohmahan yang jahat itu.

   Ketika berita tuduhan palsu ini tersebar, ada sebahagian di antara kaum muslimin yang berdiam diri, mereka tidak membenarkan dan tidak pula membantah. Ada juga yang membicarakan tentangnya sambil mencari tahu apakah kebenaran khabar tersebut, atau sebahagiannya lihat dengan kehairanan khabar itu, dan ada sebahagiannya yang sejak mula tersebarnya khabar itu mereka tidak mempercayainya dan menyetakan kepercayaan mereka terhadap kesucian Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anh.

لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا: Mengapa pada waktu kamu mendengar yakni berita palsu itu, kamu orang-orang mukmin; lelaki dan perempuan - tidak bersangka baik terhadap saudara-saudara mereka yang difitnah (yang tercemar maruah/ namanya) itu adalah sebahagian dari diri mereka  sendiri, bahkan hal ini berkaitan dengan Rasulullah dan keluarga baginda sallahu 'alaihi wasallam. Mereka cuba membuat andaian kepada diri mereka sendiri. Jika tuduhan itu tidak patut bagi mereka, tentu lebih tidak patut lagi dilakukan oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anh.
 إنها نزلت في أبي أيوب خالد بن زيد الأنصاري وامرأته، رضي الله عنهما، كما قال الإمام محمد بن إسحاق بن يسار، عن أبيه، عن بعض رجال بني النجار; أن أبا أيوب خالد بن زيد قالت له امرأته أم أيوبيا أبا أيوب، أما تسمع ما يقول الناس في عائشة ، رضي الله عنها؟ قال: نعم، وذلك الكذب. أكنت فاعلة ذلك يا أم أيوب؟ قالت: لا والله ما كنت لأفعله. قال: فعائشة والله خير منك
[Tafsir Ibn Kathir: jil. 6: m/s. 27]
     Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Ayub al-Ansari dan isterinya. Suatu ketika Ummu Ayub bertanya kepadanya (Abu Ayub): "Suamiku, apakah engkau tidak mendengar apa yang dibicarakan orang-orang tentang 'Aisyah?" Abu Ayub menjawab: Aku dengar, tapi berita itu bohong. "Apakah kamu turun membicarakannya, hi Ummu Ayub?" Ummu Ayub membalas: "Tidak, demi Allah, aku tidak melakukannya". Abu Ayub berkata: "Demi Allah, 'Aisyah itu lebih baik dari kamu". Inilah yang dimaksudkan oleh ayat di atas; dimana "Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri dan berkata, "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata", seperti yang dikatakan oleh Abu Ayub dan isterinya.
    Ummu Ayub berkata: "Tidak, demi Allah, aku tidak melakukannya". Bermaksud: 'Aisyah itu lebih baik dari aku. Aku pun tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara itu, apatah lagi 'Aisyah.
الْمُؤْمِنُونَ: Abu Ayub
الْمُؤْمِنَاتُ: Ummu Ayub
    Safwan; merupakan salah seorang sahabat Nabi sallahu 'alaihi wasallam yang difitnah oleh Abdullah bin Ubay bin Salul dengan saidatina 'Aisyah. Sofwan tidak pernah berjumpa dengan 'Aisyah kecuali bersama dengan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan berkata Abu Ayub: "Sofwan itu lebih baik daripada aku, dan aku pun tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu, apatah lagi dia.

*Nasihat:
  • Kawan: merupakan sebahagian daripada kita. Sekiranya apa yang kita tidak suka orang buat sesuatu kepada kita, begitu juga sekiranya orang lain buat terhadap sahabat kita.
  • Sekiranya hendak berkawan, berkawanlah dengan orang yang lebih baik yang akan menjadikan diri kita baik, insha Allah.
Ayat 13:
لَوْلا جَاؤُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاء فَأُولَئِكَ عِندَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ
Maksudnya: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta".

Tuduhan yang dilemparkan wajib disertakan/ dibawakan saksi untuk membuktikan tuduhan itu benar atau fitnah.

Bahagian 7 (1): Surah an-Nur ayat 11

Pada mukasurat ini Allah menceritakan tentang kisah fitnah terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha dengan Safwan. Fitnah ini telah di bawa oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, beliau merupakan ketua orang munafiq (زعيم المنافقين).

1. Apakah perasaan seorang bapa tentang fitnah yang dilontarkan kepada anak perempuannya?
2. Apakah perasaan seorang suami tentang fitnah yang dilontarkan kepada isterinya?
3. Apakah perasaan keseluruhan umat Islam bila mana mengetahui tentang tuduhan futnah tersebut (fitnah terhadap isteri kepada seorang Rasul sallahu 'alaihi wasallam)?

Ayat 11:
Mulai ayat ini yang menceritakan fitnah terhadap Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam iaitu 'Aisyah radhiyallahu 'anha, pada awalnyabeliau ('Aisyah) tidak mengetahui, tetapi berita ini telah tersebar ke seluruh kota Makkah.

*Disebalik ujian dan kepayahan yang diuji oleh Allah subhanahu wa ta'ala, terdapat kemanisan.
Persoalan:
Apa yang berlaku pada keluarga Abu Bakr apabila berlakunya penyebaran fitnah ini terhadap anak perempuannya ('Aisyah)? Ini adalah bahawa Allah subhanahu wa ta'ala telah memilih keluarga ini untuk diuji, Abu Bakr merupakan seorang sahabah yang disegani, dan apakah pendirian umat Islam terhadap hal ini?, kemudian Allah subhanahu wa ta'ala  menurunkan wahyuNya dan dibaca serta dirakamkan dalam al-Quran.

 ﭽ ﭑ       ﭒ  ﭓ    ﭕ  ﭖ  ﭘ  ﭙ  ﭚ  ﭛ  ﭝ  ﭞ   ﭟ  ﭠ  ﭢ    ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭪ  ﭫ   ﭬ    ﭭ  ﭮ     ﭯ  ﭰ    
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka itu buruk bagu kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu  dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di kalangan mereka, akan beroleh seksa yang besar".

إِفْكٌ عَظِيْمٌ : وَبِالإِفْكِ : Berita yang amat dusta/ yang sangat besar dustanya...

بَل هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ : bahkan ia baik bagi kamu(Allah telah menurunkan wahyu dan menyucikan nama baik keluarga Abu Bakr as-Siddiq).
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ"Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu...":
  • Siapa yang mendengarkannya yakni fitnah yang dilemparkan kepada Saidatina 'Aisyah, dan dia tidak berkata apa-apa, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan/ hukuman.
  • Tetapi apabila mereka juga bercampur yakni turut juga bercakap atau menyampaikannya, maka akan mendapat balasan atau hukuman.
  • Dan bagi orang yang membawa dan menyebarkan fitnah tersebut akan mendapat dosa yang besar.
'Itibar yang boleh diambil: jangan sesekali kita menyebar atau mencampur aduk dengan fitnah yang berkaitan dengan maruah seseorang. Islam sangat menjaga dan menitikberatkan maruah sesama insan.

Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu, iaitu menyebarkan fitnah bahawa Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha isteri Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam telah melakukan perbuatan keji dan sumbang dalam rangkaian peristiwa yang dikenal dengan "cerita dusta yang sangat besar" ialah segolongan dari kalangan kamu; yang dipimpin oleh ketua munafiq* iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Janganlah kamu menyangka berita dusta itu buruk bagi kamu wahai keluarga Abu Bakr, bahkan ia baik bagi kamu kerana dengan sebab itulah turunnya wahyu khusus untuk menyatakan kesucian Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha daripada tuduhan dan dengan sendirinya tertolah berita palsu tersebut. Turunnya wahyu khusus itu meruoakan kehormatan yang tidak ternilai tingginya kerana ianya menjadi catatan abadi sepanjang sejarah hidup manusia. Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di kalangan mereka, iaitu 'Abdullah bin Ubay bin Salul akan beroleh seksa yang besar samada di dunia dan di akhirat. Kabajikan untuk Saidina Abu Bakr as-Siddiq terdapat lima bahagia:
  1. Membersihkan nama Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
  2. Penghormatan Allah subhanahu wa ta'ala kepadanya ('Aisyah) dengan menurunkan wahyu khusus mengenai dirinya.
  3. Pahala besar untuknya kerana terlibat dalam fitnah dan berita angin palsu tersebut.
  4. Menjadi suri tauladan dan ikhtibar bagi orang yang beriman.
  5. Balasan paling buruk untuk pendusta yang menyebarkan berita palsu.
*Munafiq: Sebenarnya mereka itu kafir, tetapi berselindung disebalik nama Islam. Menzahirkan iman serta menyembunyikan kafir.

15 Syawwal 1434H

Penerangan tafsir surah an-Nur, Bahagian 6

Kita digalakkan setiap hari untuk membaca al-Quran, kerana setiap huruf yang dibaca akan mendapat pahala sebanyak 10 pahala. Al-Quran juga merupakan nur yang menerangi hati dan menjadikan pedoman untuk manusia. Dalam al-Quran itu sendiri Allah banyak menyebut kalimat "nur"; Nur merupakan salah satu dari nama-nama Allah, nur juga merupakan salah satu nama surah dalam al-Quran, dan lafaz nur banyak disebut dalam ayat al-Quran. Kalimat "nur" juga mempunyai makna yang banyak selain dari makna "cahaya". Di antaranya: iman, Islam, al-Quran, nabi, petunjuk, cahaya matahari, cahaya bulan, cahaya yang diberi kepada orang beriman di hari kiamat di titian sirat, dan banyak lagi. Boleh lihat link NUR.

Nur: Cahaya; terdapat 45 dalam al-Quran.

ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ    
Maksudnya: "Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya". [Al-Baqarah: 257]
Kalimat Nur dalam al-Quran mempunya dua makna;
  1. Islam
  2. Iman
  • Nur: Islam;

 ﭽ ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭕ  ﭖ 

Maksudnya: "Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, ....". [At-Taubah: 32]
  • Nur: Iman;

 ﭽ ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ     
Maksudnya: "Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)". [Al-Baqarah: 257]

Menurut Imam Ath-Thabary: cahaya dalam ayat di atas menunjukkan makna iman.
Dan kenapa dalam ayat di atas kalimat الظلمات datang dalam bentuk jamak (banyak), di mana kalimat النور datang dalam bentuk satu (single)? Kerana kegelapan atau kejahatan itu banyak jalannya, atau bercabang jalannya, tetapi cahaya (nur) hanya mempuyai satu jalan sahaja, jalan menuju ke alam akhirat yang abadi, jalan yang lurus; seperti yang dinyatakan dalam surah al-Fatihah:

ﭧ   ﭨ  ﭩ 
Maksudnya: "Tunjukilah kami jalan yang lurus". [Al-Fatihah: 6]

Dalam surah yang lain Allah menerangkan;
ﮱ   ﯓ  ﯔ  ﯕ
Maksudnya: "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu akan membersihkan atau menghapuskan perbuatan-perbuatan yang jahat (kesalahan)". [Hud: 114]
Ayat 1:

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya: "Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat".

Ayat ini menunjukkan bahawa surah (an-Nur) ini diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala, dan tingginya kedudukan surah ini, juga menunjukkan aqidah kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh sebab itulah kalimat أنزلنا disebut sebanyak dua kali dalam ayat ini.

Point surah an-Nur:
  1. Muqaddimah.
  2. Zina dan hukumannya, / perkahwinan - pasangan yang telah berkahwinan yang melakukan zina.
  3. Qazaf.
  4. Li'an.
Ayat 5: Dalamnya ada menyebut nama-nama Allah subhanahu wa ta'ala.
غَفُورٌ رَّحِيمٌ: "Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"; disebut dalam:
  • disebut dalam hukum (hudud) zina dan qazaf.
  • menunjukkan bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
  • Menunjukkan bahawa kasih sayang Allah yang kekal.
Ayat 10: ayat ini membincangkan hak yang berkaitan dengan hukum li'an.
تَوَّابٌ حَكِيْمٌ : Maha Menerima taubah lagi Maha BIjaksana.

تَوَّابٌ: 
  • yang banyak menerima taubat
  • التوبة: Kembali kepada Allah, Allah akan menerima taubah hambaNya, walaupun hambaNya itu melakukan dosa yang sangat banyak.
حَكِيْمٌ:
  • Apabila Allah menggariskan kepada suami (apabila suami (Hilal) melihat isterinya melakukan zina), bahawa Allah itu Maha Bijaksana. Seperti kes yang berlaku kepada Hilal, di mana dia sendiri melihat isterinya melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki lain, kemudian beliau datang menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam lalu mengadu kepada baginda sallahu 'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Muhammad  sallahu 'alaihi wa sallammeminta Hilal untuk membawa empat orang saksi... Klik di sini penjelasan tentang kisah Hilal
*Kita digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kepadaNya.
Ayat 18:
عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ: "Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
عَلِيْمٌ:
  • Allah mengetahui segala-galanya.
  • Sifat عَلِيْمٌ paling banyak disebut dalam surah ini, sebanyak 10 kali.
حَكِيْمٌ:
  • Bahawa Allah menyelesaikan apa-apa permasalahan dengan bijaksana.
Ayat 20:
رَءُوفٌ رَحِيْمٌ: "Bahawa Allah amat melimpah belas kasihan-Nya".
رَءُوفٌ asal dari perkataan رَءْفَةٌ : belas kasihan.
رَءُوفٌ : Maha Belas Kasihan/ Penyantun.
رَحِيْمٌ : adanya kasih sayang Allah subhanahu wa ta'ala.

Allah subhanahu wa ta'ala  mempunya caranya tersendiri untuk mengembalikan hamba-hambaNya kepada-Nya melalui ujian yang diberikanNya. Allah menguji seseorang hambaNya adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya, bukan menjadikan kita kufur atau jauh dariNya; dengan ujian yang diberikan, secara fitrah kita akan kembali memohon pertolongan dariNya, kerana kepadaNyalah kita beriman dan kepadaNyalah tempat kita memohon pertolongan. Seperti yang dinyatakan dalam surah al-Fatihah:

ﭢ  ﭣ  ﭤ  ﭥ
Maksudnya: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan". [Al-Fatihah: 5]

Saturday, 17 August 2013

KENAPA SYIAH BERPUSAT DI IRAN?


Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu
negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal
dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang
dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang
pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita
bertanya, “mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan
tidak di negara lain?” Untuk menjawab persoalan
berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali
kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu.
Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali
dengan nama Parsi.

Parsi merupakan sebuah
kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya
menganut agama Majusi (penyembah api, atau
lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan
mereka mewah dengan harta benda, kerana
sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan
subur, serta peradabannya cukup maju pada masa
itu.

Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru
sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan
kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising
star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika
itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga
ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama
Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan
tentera Parsi yang dikenali dengan nama
peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi
Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi
akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan
melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus
membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran.
Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam
Perang Madain pada tahun 651 Masihi.

Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-
pura memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah
satu : untuk menghancurkan Islam dari dalam.
Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan
kekuasaan kaum muslimin dengan cara
menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur
adukkan aqidah Majusi dan Yahudi. Dan antara
rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi
melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan
Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah
meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal
itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci
kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu
tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan
Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan
gelaran ‘Bapa Pembela Agama’

Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir
mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan
kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi.
Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan
Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini
jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung
‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein
memiliki keturunan dari puteri Sassania yang
mereka anggap sebagai keramat.

Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat
di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi
membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap
Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan
kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum
Muslimin khasnya.


sumber: FB

Friday, 16 August 2013

Doa sepanjang Ramadhan....











'Ijaz tentang kejadian kulit yang diceritakan dalam al-Quran

قال تعالى إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا ) النساء : 56
الناس من قبل كانوا يتصورون أن جسم الإنسان حساس كله أينما ضربته يتألم تضربه في رأسه يتألم تضربه في عينيه يتألم وكانوا يعتقدون أن جسمه حساس كله للألم حتى تقدم علم التشريح فجاء بحقيقة قال : لا ليس الجسم كله الجلد فقط بدليل أنك لو جئت بإبرة ووضعتها في جسم الإنسان فإنها بعد أن تدخل من جلد الإنسان إلى اللحم لا يتألم ثم شرحوا هذا تحت المجهر فوجدوا أن الأعصاب تتركز في الجلد ووجدوا أن أعصاب الإحساس متعددة وأنها أنواع مختلفة : منها ما يحس باللمس ومنها ما يحس بالضغط ومنها ما يحس بالحرارة ومنها ما يحس بالبرودة ووجدوا أن أعصاب الإحساس بالحرارة والبرودة لا توجد إلا في الجلد فقط وعليه إذا دخل الكافر النار يوم القيامة وأكلت النار جلده كيف تكون المسألة ؟ ف

الكفار ليس لديهم آية تبين لهم المسألة , فتصبح مشكلة عندى أهل الإيمان في مواجهة أهل الإلحاد يقولون : تخوفونا من النار ! فالنار تأكل الجلد ثم نرتاح . لكن الجواب يأتي من المولى جل وعلا كاشفا للسر ونذيرا للكافرين فيقول المولى جل وعلا : ( إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا ) النساء : 56 وإذا كان المولى جل وعلا يخبرنا بأنه سيبدل الجلد جلدا آخر لنذوق عذاب النار فإنه عندما أخبرنا بالعذاب الذي سيكون بالمعدة من شراب النار لا يكون بتغيير معدة أخرى للتألم لا قال تعالى : ( وَسُقُوا مَاء حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءهُمْ ) محمد: 15

ولماذا هنا قطع امعاءهم ؟ لأنهم وجدوا تشريحيا أنه لا يوجد أبدا أعصاب للإحساس بالحرارة أو البرودة بالأمعاء وإنما تتقطع الأمعاء فإذا قطعت الأمعاء ونزلت في الأحشاء فإنه من أشد أنواع الآلام تلك الآلام التي عندما تنزل مادة غذائية إلى الأحشاء عندئذ يحس المريض كأنه يطعن بالخناجر فوصف القرآن ما يكون في الجلد ووصف ما يكون هنا بالمعدة والأمعاء وكان وصفا لا يكون إلا من عند من يعلم سر تركيب الجلد وسر تركيب الأمعاء .

المصدر "العلم طريق الإيمان " للشيخ عبد المجيد الزنداني



Friday, 2 August 2013

Kenapa perempuan menangis tanpa sebab???

سأل الولد أمه : لماذا تبكين


أجابته : ﻷني امرأه

!! فقال الولد : أنا ﻻ أفهم هذا

فاحتضنته أمه و قالت : و لن تفهمه أبداً 

ثمّ سأل الولد أباه : لماذا تبكي أمي بلا سبب؟

..أجاب أبوه : جميع النساء يبكين بلا سبب

كبر الولد و أصبح رجلا و ﻻ زال يجهل

!!لماذا تبكي النساء 

و في النهاية سأل عالم ،حكيم

لماذا تبكي النساء ؟

:أجاب الحكيم

عندما خلق الله المرأة جعل لها أكتافا

..قوية جدا لتحمل عليها أحمال الدنيا 

و جعل لها ذراعين ناعمتين و حنونتين

..لتعطي الراحة 

و أعطاها قوة داخلية لتحتمل وﻻدة

اﻷطفال و تحتمل رفضهم لها عندما

يكبرون

و أعطاها صﻼبة لتحتمل أعباء أسرتها و

تعتني بهم .. و تبقى صامدة في أصعب

..الظروف و دون تذمر 

و أعطاها محبة ﻷطفالها ﻻ تنتهي و ﻻ

تتغير حتى لو عادوا إليها و سببوا لها

..اﻷلم

..أخيرا

أعطاها الدموع لتذرفها عند الحاجة

..فترمي أحمال هذه المسؤولية الكبيرة 

..و تستطيع أن تواصل الرحلة

و هذه هي نقطة ضعفها الوحيدة

لذلك احترموا دموع نساء العالم

..حتى و إن كانت بﻼ سبب 

قطع حبلك السري لحظة خروجك

للدنيا .. و بقي أثره في جسدك

..ليذكرك دائما ب 

إنسانة عظيمة ، كانت تغذيك من جسدها

يا رب إني أدعو بقدر ما نبض قلبي أن

تجعل أمـــــــــي إحدى نساء جنتك


FB: Dr. 'Aidh al-Qarny

25 Ramadhan 1434H