Dalam ayat 6 - 9 membincangkan tentang hukum li'an.
Daripada [merupaka riwayat sahabat] *Ibn 'Abbas radhiayallahu anh bahawa seorang lelaki bernama Hilal bin Umayyah telah membuat tuduhan zina ke atas isterinya di hadapan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Tunjukkan buktinya taupun engkau akan dikenakan had (hukum) sebat di atas belakangmu". Maka Hilal pun menjawab: "Kalaulah salah seorang daripada kita melihat isterinya berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki lain, maka perlukah juga ditunjukkan buktinya? Demi Allah yang telah mengutuskan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dengan membawa kebenaran saya bercakap benar. Saya mohon Allah subhanahu wa ta'ala menurunkan suatu ayat al-Quran yang menyebabkan saya terlepas daripada dijatuhkan hukum sebat ini; maka turunlah ayat 6 daripada suran an-Nur ini. [Sahih Bukhari dan Muslim]
*Ibn 'Abbas merupakan sepupu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam wafat beliau berumur dalam belasan tahun. Beliau dilahirkan ketika berlakunya pengepungan Bani Abi Thalib.
Ayat 6
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar". [24: 6]
Ayat 7
Ayat 7
وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. [24: 7]
Ayat 8
Ayat 8
وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta". [24: 8]
Ayat 9
وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar". [24: 9]
Ayat sebelum ini Allah subhanahu wa ta'ala telah menerangkan tentang pertuduhan yang tiada kaitan antara suami dan isteri. Kemudian ayat 6-9 Allah menerangkan tentang hukuman terhadap suami atau isteri yang menuduh pasangan masing-masing melakukan zina. Dan hal ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam.
Sekiranya suami atau isteri yang menuduh pasangannya melakukan zina, maka hendaklah mereka membawa empat orang saksi. Sekiranya tidak mampu untuk mendatangkan empat orang saksi, maka akan dikenakan hukuman hudud sebanyak 80 kali sebatan, tetapi, jika tidak mampu juga, maka suami atau isteri wajib bagi mereka untuk bersumpah dengan sumpah li'an. [Sekiranya suami / isteri yang melihat dengan mata sendiri bahawa pasangan masing-masing telah melakukan zina].
Sumpah li'an iaitu suami atau isteri masing-masing melakukan sumpah laknat terhadap pasangan masing-masing sebanyak lima kali dan mengakui bahawa diri mereka tidak bersalah. Suami hendaklah bersumpah sebanyak empat kali dengan mengatakan:
أشهد بالله إني لصادق فيما رميتها به من الزنى
Ertinya: "Aku bersaksi atas diriku demi Allah, sesungguhnya aku benar di atas tuduhanku bahawa isteriku berzina".
dan sumpah yang kelima dengan mengatakan bahawa:
"Aku redha laknat Allah ke atasku, sekiranya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berdusta".
Dan sumpahan laknat isteri sebanyak empat kali juga, dengan mengatakan:
أشهد بالله بأنه لكاذب فيما رماني به من الزنى
Ertinya: "Aku bersaksi atas diriku demi Allah, bahawa suamiku telah berdusta dan menuduh aku telah berzina".
dan sumpah yang kelima dengan mengatakan bahawa:
"Sesungguhnya aku redha kemurkaan Allah ke atas diriku, sekiranya suamiku benar".
* Kenapa mesti kena lakukan sumpah laknat ini?
Kerana untuk melepaskan diri dari hukuman hudud sebanyak 80 kali sebatan, kerana suami tidak dapat membawa empat orang saksi.
* Laknat : الطرد من رحمة الله : "Jauh dari rahmat Allah".
* Sumpah laknat: ialah merelakan diri untuk menjauhkan diri dari rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.
Orang yang berani melakukan sumpah laknat ini, mereka bersedia untuk tidak menerima rahmat Allah. Sekiranya Allah tidak memberi rahmayNya kepada kita, kita tidak mampu sedikit pun untuk membuka kelopak mata, mmenggerakkan jadi dan sebagainya. Setiap gerakan kita ini adalah rahmat dariNya.
Peristiwa ini pernah berlaku di zaman Nabi sallahu 'alaihi wasallam, dan ini merupakan sebab berlakunya turun ayat surah an-Nur ini (dalam istilah 'ulumul Quran; ini dinakan sebagai asbabun nuzul aayah) dan diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنّ هلال بن أمية رضي الله عنه قذف امرأته عند النبي صلّى الله عليه وسلّم بشريك بن سحماء فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: «البينة أو حدّ في ظهرك» فقال: يا رسول الله! إذا رأى أحدنا على امرأته رجلا ينطلق يلتمس البينة، فجعل النبي صلّى الله عليه وسلّم يقول: «البينة أو حدّ في ظهرك» فقال: والذي بعثك بالحق إني لصادق، ولينزلن الله تعالى ما يبرئ ظهري من الحد، فنزل جبريل عليه الصلاة والسلام، وأنزل عليه. {وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْواجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَداءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ} حتى بلغ: {إِنْ كانَ مِنَ الصَّادِقِينَ} فانصرف النبي صلّى الله عليه وسلّم، فأرسل إليهما، فجاء هلال فشهد، والنبي صلّى الله عليه وسلّم يقول: «الله يعلم أنّ أحدكما كاذب، فهل منكما تائب؟» ثم قامت فشهدت، فلما كانت عند الخامسة وقفوها وقالوا لها: إنّها موجبة. قال ابن عباس رضي الله عنهما فتلكأت ونكصت، وظننا أنها ترجع، ثم قالت: والله لا أفضح قومي سائر اليوم، فمضت، فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: «أبصروها. فإن جاءت به أكحل العينين، سابغ الأليتين، خدلج الساقين، فهو لشريك بن سحماء» فجاءت به كذلك، فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: «لولا ما مضى من كتاب الله تعالى لكان لي ولها شأن». [رواه البخاري وأبو داود والترمذي] ء
Ertinya: "Dari Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh bahawa Hilal bin Umaiyah menuduh isterinya berzina dengan Syuraik bin Sahmak. Maka Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Hilal, diminta untuk membawa saksi atau akan dikenakan hukuman sebat. Hilal berkata: "Ya Rasulullah, jika seorang suami yang melihat isterinya berzina dengan lelaki lain dengan matanya sendiri, apakah perlu membawa saksi yang lain?". Nabi bersabda lagi: diminta untuk membawa saksi atau akan dikenakan hukuman sebat. Hilal berkata: "Demi zat yang mmengutuskanmu dengan hak, sesungguhnya aku benar dan sesungguhnya Allah akan menurunkan ayat yang membebaskan aku daripada dikenakan hukuman sebat". Kemudian Jibril menurunkan ayat [surah an-nur, ayat 6-9]. Nabi sallahu 'alaihi wasallam beredar, kemudian baginda mengutuskan seseorang untuk memanggil Hilal dan isterinya. Hilal pun datang, lalu bersaksi. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa salah seorang di antara kamu berdusta. Apakah di antara kamu ada yang mahu bertaubat?". Kemudian isteri Hilal bangkit, lalu dia pun bersaksi. setelah pada kesaksian kelima, orang-orang yang hadir menyuruhnya berhenti. Mereka berkata: "Sesungghunya kesaksian itu pasti terbukti". Ibnu 'Abbas berkata: "Kemudian wanita (isteri Hilal) itu diam dan menarik diri dari sikapnya sehingga kami mengira bahawa dia akan pulang". Kemudian wanita itu berkata: "Aku tidak akan pernah mempermalukan kaumku". Wanita itu pun berlalu. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perhatikanlah wanita itu. Jika dia melahirkan bayi yang kedua matanya celak, kedua pinggulnya besar, dan kedua betisnya bengkok, bererti anak itu adalah anak Syuraik bin Sahmak". Ternyata dia melahirkan anak yang demikian. Kemudia Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika tiada ketetapan Allah yang telah berlaku, nescaya aku dan wanita itu memiliki persoalan".
Sumpahan yang dilakukan oleh Hilal dan isterinya dilakukan setelah solat asar, dan beberapa sabahat berkumpul di masjid bagi menyaksikan peristiwa ini. Setelah Hilal bersumpah empat kali, Nabi sallahu 'alaihi wasallam berpesan kepadanya: "Sesungguhnya Allah mengetahui di antara kamu ada yang berdusta". Kemudian Hilal terus melakukan sumpahan yang kelima. Begitu juga dengan giliran isterinya, apabila selesai empat kali sumpahan, Nabi sallahu 'alaihi wasallam berpesan seperti tadi juga. Setelah mereka selesai melakukan sumpahan tersebut, lalu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memisahkan mereka selama-lamanya.
Ayat 6 dan 7; merupakan sumpahan li'an suami, manakala ayat 8 dan 9 merupakan sumpahan isteri.
Kenapa Allah subhanahu wa ta'ala menurunkan ayat li'an ini? [Selain untuk memisahkan suami dan isteri selama-lamanya];
Adalah kerana untuk menafikan anak yang dikandung oleh si isteri. [anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bekas suami].
* Li'an: Boleh dinafikan nasab anak.
* Talak: Tidak boleh dinafikan nasab anak.
Pendapat Abu al-Su'ud tentang ayat ini: Sebagai jawapan yang tersirat kepada ayat ini ialah; "Kalau tidak kerana Allah subhanau wa ta'ala bersikap kasihan kepada kamu descaya kamu akan ditimpa hukuman yang di luar jangkaan kamu, iaitu nescaya suami yang membuat tuduhan itu dijatuhkan hukuman qazaf walaupun pada zahirnya mungkin dia benar, tetapi dia terlibat dalam kes membuat tuduhan tanpa saksi. Dan kalaulah tuduhan suami itu menyebabkan si isteri terpaksa dijatuhi hukuman rejam, maka isterinya akan hilang kemuliaan tarafnya dan menjadi teraniaya. Dan kalaulah sumpah balas isteri itu dijadikan sebab bahawa suaminya dijatuhkan hukuman sebat, maka suami itu pula yang akan hilang taraf kemuliaannya, maka alangkah bijaksana hukuman yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala ini, dan betapa tinggi hikmanya". [Tafsir Mubin, 4: 231]
Ayat 10:
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ
Ertinya: "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi)". [24: 10]
Ayat ini menerangkan bahawa jika tidak kerana rahmat Allah tidak mungkin hal yang buruk akan terjadi. Ini bermaksud untuk melukiskan bahawa betapa besarnya anugerah Allah subhanahu wa ta'ala kepada hambaNya sehingga akibat buruk yang merupakan ancaman tersebut tidak jadi lahir dalam kenyataan.
Ayat ini merupakan ulasan atau kesimpulan daripada Allah tentang hukum zina,qazaf, dan li'an. Semua ini merupakan hal yang berkaitan dengan kesucian dan maruah seseorang individu, keluarga dan masyarakat. Dan digalakkan kepada kita sebagai hamba yang selalu melakukan kesalahan cepat-cepatlah melakukan taubat kepadaNya, kerana Allah sentiada menerima taubat hambaNya.
Dan Allah juga ada menyebutkan dalam surah yang lain untuk kita bersegera melakukan taubat.
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya: "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa". [Ali 'Imran. 3: 133]
* Asma' Allah: التَّواب : Allah sentiasa menerima taubat, dan sentiasa memberi pengampunan kepada hambaNya, walaupun hambaNya sentiasa melakukan dosa. Lihat, betapa sayangnya Allah kepada kita, tetapi kita tidak pernah untuk bersyukur kepadaNya.
* Islam sangat menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, kerana dikhuatiri akan berlakunya unsur-unsur zina.
* Melakukan dosa dan tidak menerima hukuman dan juga bertaubat kepada Allah, dalam diri kita akan terdapat titik hitam dan kehidupan juga tidak akan terasa aman, tenang, kehidupan seharian sentiasa akan berfikir rasa negative dan stress.
** Kata Umat bin al-Khattab: "Dua orang yang saling berkasih, maka digalakkan bagi mereka untuk berkahwin".
OOOO
ReplyDeleteboleh saya dapatkan dimana rujukan ibnu abbas ini diambil ?
ReplyDelete