Saturday, 5 December 2015

travelog di Bumi NAD - ke Medan

Turun ke Medan dua dalam satu...
Pertama: untuk memperbaharui passport, dan yang kedua: berjumpa dan suaikenal dengan pelajar dari Kedah serta menguruskan zakat untuk mereka...
.

Masa free... Keluar jalan-jalan ke Bandar Medan... Pergi zoo bersama sahabat-sahabat saya yang comel dan baik hati ni... Di sini saya diberi tempat penginapan di rumah mereka...

.

Mula berkenalan dengan mereka ketika program BTN yang diadakan di Medan... Hahahaha saya salah seorang peserta yang banyak ponteng, terutama tazkirah subuh dan maghrib... Mula tu hadir juga dengar tazkirah maghrib yang dibentangkan oleh.......(dot dot dot)... Dan saya tak dapat tangkap apa sebenarnya yang hendak disampaikan...cuba untuk hadam, tapi tetap tak boleh... Lalu kami (peserta yang baik) masuk dewan paling awal.. jalan masuk dan pilih tempat yang best untuk duduk. Lihat di luar.. oh ada makanan.. sehari enam kali makan.. makan dan makan...

Dalam dewan; bila penceramah cakap...dengar sekejap, kemudian masukkan earphone kat telinga dan layan lagu... tak semua saya buat macam tu.. saya akan dengar apa yang mereka sampaikan..kalo saya rasa macam dah entah apa yang dimerepeknya, saya masuklah earphone tersebut ke lubang telinga saya.. terima kasih Kak Sobehah bagi kongsi earphone ni.. kita layan lagu sama-sama...

pesanan: Tolong jangan ikut perbuatan ini...


Bersama sahabat yang belajar di IAIN Medan; Yati, Azyati, Musliawati, dan Shakirah

*baju yang saya pakai ni, dibawa tsunami... Dan baju pertama saya design sendiri

Travelog di Bumi NAD- airport Banda Aceh

28 dis 2004... Alhamdulillah kami dapat di bawa keluar dari bumi Aceh oleh TUDM... Terima kasih abang-abang TUDM dan kerajaan Malaysia... Kami di bawa keluar dengan menaiki Hercules lebih kurang jam 1230 tangah hari... Alhamdulillah setelah kami diberi makan (mengisi perut sikit), bila masuk dalam pesawat kami diberi lagi makanan (nampak naw lapar kan hehehehe) makanan nya ayam goreng, epal, roti dan air kotak... Alhamdulillah...
.

Sempat posing ya sebelum menaiki pesawat... Terima kasih Abang Uti (Mohd Sayuti) bagi pinjam baju.. baju warna biru itu

di airport Blang Bintang, Aceh Besar

Travelog di Bumi NAD - airport

31 Dis 2004 (malam)... .
Berkumpul di airport Medan untuk pulang ke tanahair terchenta Malaysia... Tunggu dan tunggu kerana banyak pesawat yang mahu mendapat..jadi pesawan TUDM yang mahu bawa kami pulang tidak dibenarkan untuk turun ke landasan... Sudah beberapa malam kami ke airport dan pulang semula ke penempatan sementara kami di rumah kakitangan konsulat general Malaysia di Medan.. Alhamdulillah tarikh ini kami dapat pulang... Dan kami sampai di Malaysia pada malam tahun baru...
.

Saya ingat lagi, seorang Bro TUDM pesan semasa mahu menuruni pesawat, katanya jangan lupa tau hampa senyum dan baiki tudung bagi lawa-lawa nanti banyak kamera akan fokus kat hampa... Hehehehe (kami semua gelak)... Tak sempat bergambar dengan abang-abang TUDM, Kodak dah habes ketika itu... Tak da gambar kenangan dengan mereka...moga Allah membalas jasa baik mereka dan diterima di sisiNya segala amalan mereka.
.

Ya... Bila saja pintu pesawat dibuka (dengan bilangan 1 2 3 oleh abang-abang TUDM)... Maka prak..prak...prak.. Bunyi kamere dan cahaya yang menyilau mata... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillahi rabbil 'aalamin... Alhamdulillah 'ala kulli hal.
.

Bergambar kenangan di airport Medan.. sebelum berangkat pulang ke tanahair

Trevelog di Bumi NAD - stadium

Stadium #keutapang Aceh Besar... Perlawanan bola sepak antara pasukan #Perak dan #Aceh 2004.

#travelog_di_bumi_NAD

HUKUM MANDI WILADAH!

Dari: Abu Anas Madani 
Soalan:
Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut?
Jawapan:
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas.
Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat.
Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat.
Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari.
‪#‎DSO‬. 5/12/2015.

Sister UIA & Telekung

share dari Ustazah NorHafizah

Antara perkara menarik yang ada pada sister-sister UIA adalah mereka tahu bahawa untuk solat tidak semestinya perlu memakai telekung. Memadai jika pakaian yang sedang dipakai ketika itu menutup aurat, maka mereka akan terus bersolat tanpa perlu bersusah payah pergi berebut telekung di masjid. Mudah bukan Islam ni?
Jangan main-main, kalau buat macam ni di sesetengah surau di luar, boleh jadi ada makcik-makcik yang akan marah-marah sebab solat tidak pakai telekung (sangka baik, mungkin makcik ini tidak tahu)
Apa kata jom kita periksa semula, adakah pakaian yang kita pakai ketika ingin solat itu benar-benar sudah menutupi aurat kita?
Let's check it out!!


🌸
Situasi 1:


Solat menggunakan tudung @ shawl yang licin yang tidak dipinkan bahagian belakang tudung tersebut. Kesannya apabila kita ruku' & sujud, tudung @ shawl ini akan turut sama turun menggelongsor sehingga menampakkan leher kita.
Begitu juga pemakaian tudung @ shawl yang terlalu singkat. Ia akan membuatkan leher kita kelihatan ketika melakukan pergerakan-pergerakan solat.


🌸
Situasi 2:


Mengenakan tudung @ shawl yang nipis, jarang.


🌸
Situasi 3:


Berpakaian ketat ketika solat. Dari sudut SAH @ TIDAKNYA solat seseorang yang berpakaian ketat, maka ia adalah SAH.


Seperti yang diketahui salah satu daripada syarat sah solat ialah menutup aurat. Ini bermakna selama-mana aurat tertutup maka orang tersebut boleh menunaikan solat dalam keadaan tersebut, sekalipun pakaiannya sempit dan membentuk rupa aurat. Inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh para ulama dari mazhab-mazhab fiqh yang berbagai.


Namun perlu diberi penekanan di sini bahawa kami sama sekali tidak menyeru dan mengajak orang ramai untuk memakai pakaian yang sempit.


Fadhilah al-Syeikh Soleh al-Fauzan ada menyatakan fatwa Sahnya solat seseorang wanita dengan pakaian yang sempit, namun dalam masa yang sama dia dikira berdosa kerana memakai pakaian seperti itu, beliau menyebut:


الثياب الضيقة التي تصف أعضاء الجسم وتصف جسم المرأة وعجيزتها وتقاطيع أعضائها لا يجوز لبسها ، والثياب الضيقة لا يجوز لبسها للرجال ولا للنساء ، ولكن النساء أشدّ ؛ لأن الفتنة بهن أشدّ . أما الصلاة في حد ذاتها ؛ إذا صلى الإنسان وعورته مستورة بهذا اللباس ؛ فصلاته في حد ذاتها صحيحة ؛ لوجود ستر العورة ، لكن يأثم من صلى بلباس ضيق ؛ لأنه قد يخل بشيء من شرائع الصلاة لضيق اللباس ، هذا من ناحية ، ومن ناحية ثانية : يكون مدعاة للافتتان وصرف الأنظار إليه ، ولا سيما المرأة ، فيجب عليها أن تستتر بثوب وافٍ واسعٍ ؛ يسترها ، ولا يصف شيئًا من أعضاء جسمها ، ولا يلفت الأنظار إليها ، ولا يكون ثوبًا خفيفًا أو شفافًا ، وإنما يكون ثوبًا ساترًا يستر المرأة سترًا كاملاً


Maksudnya: “Baju sempit yang mensifatkan anggota badan dan mensifatkan tubuh wanita dan potongan-potongan anggotanya tidak wajar dikenakan, baju sempit seperti ini tidak wajar dipakai bagi lelaki mahupun wanita, akan tetapi wanita itu lebih bersangatan tidak wajar, kerana dengan mereka lebih bersangatan mendatangkan fitnah. Adapun solat, jika auratnya tertutup dengan pakaian tersebut, maka solatnya sah, kerana telah berlaku penutupan aurat, akan tetapi dikira berdosa sesiapa yang solat dengan memakai pakaian yang sempit, kerana dia telah mengurangkan sesuatu disebabkan sempit bajunya, ini dari satu sudut. Adapun dari sudut yang kedua: ia menjadi punca berlakunya fitnah, dan memalingkan pandangan orang ramai kepadanya, terutamanya wanita. Maka wajib seseorang wanita mengenekan baju yang memadai dan luas yang dapat menutup tubuhnya dan tidak mensifatkan sesuatupun dari anggota tubuhnya dan tidak memalingkan penglihatan kepadanya, jangan menggunakan baju yang nipis, sebaliknya hendaklah baju yang menutup dengan sempurna.” (al-Muntaqa Min Fatwa al-Syeikh Soleh al-Fauzan 3/454)


Wallahu a'lam.

Reflection surah al-Ghashiyah ayat 2 dan 3

share dari Ustazah Ummu Abdillah Ili Dalila dalam grup tadabbur al-Quran:

Kata Allah 'Azza wa Jalla :
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَة عَامِلَةٌ نَاصِبَة
Maksudnya : Muka-muka pada hari itu tunduk kerana merasa hina. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah.
Di akhirat nanti ada manusia-manusia yang tertunduk hina sedang di dunia mereka ini adalah orang yang beramal dan berpenat-penat dlm amalnya. Alangkah ruginya kita jika amalan kita selama ini tidak diterima Allah. Apa yang membuatkan kita merasa senang dan tenang dgn amal2 kita jika tidak janji syaitan yg menipu.
Lihat bagaimana sepatutnya sifat seorang mukmin yang beramal, yang Allah gambarkan dlm 5-Quran, kata Allah :
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan (dgn melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya) sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka. (al-Mukminun 60)
Mereka sedar dan tahu bhw mereka nanti akan berdiri di hadapan Allah, mereka tahu amal2 mereka nanti akan ditimbang dan mereka takut amal2 mereka x mampu menyelamatkan mereka dari azab Allah. Subhanallah.
Berdoalah pd setiap pagi dgn doa yang diajar nabi shallallahu alayhi wa sallam
اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا
Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. (HR al-Nasaie, Ibn Majah dll)
Ramai di antara kita yg belajar tapi adakah ilmu kita membuatkan kita lbh takut kpd Allah? Kerana itulah yg bermanfaat. Setiap hari kita diberi rezeki tp adakah rezeki kita dari sumber yg halal? Setiap hari kita berbuat itu ini tp adakah amal kita itu diterima Allah Jalla Jalaluhu.