Saturday, 5 December 2015

Sister UIA & Telekung

share dari Ustazah NorHafizah

Antara perkara menarik yang ada pada sister-sister UIA adalah mereka tahu bahawa untuk solat tidak semestinya perlu memakai telekung. Memadai jika pakaian yang sedang dipakai ketika itu menutup aurat, maka mereka akan terus bersolat tanpa perlu bersusah payah pergi berebut telekung di masjid. Mudah bukan Islam ni?
Jangan main-main, kalau buat macam ni di sesetengah surau di luar, boleh jadi ada makcik-makcik yang akan marah-marah sebab solat tidak pakai telekung (sangka baik, mungkin makcik ini tidak tahu)
Apa kata jom kita periksa semula, adakah pakaian yang kita pakai ketika ingin solat itu benar-benar sudah menutupi aurat kita?
Let's check it out!!


🌸
Situasi 1:


Solat menggunakan tudung @ shawl yang licin yang tidak dipinkan bahagian belakang tudung tersebut. Kesannya apabila kita ruku' & sujud, tudung @ shawl ini akan turut sama turun menggelongsor sehingga menampakkan leher kita.
Begitu juga pemakaian tudung @ shawl yang terlalu singkat. Ia akan membuatkan leher kita kelihatan ketika melakukan pergerakan-pergerakan solat.


🌸
Situasi 2:


Mengenakan tudung @ shawl yang nipis, jarang.


🌸
Situasi 3:


Berpakaian ketat ketika solat. Dari sudut SAH @ TIDAKNYA solat seseorang yang berpakaian ketat, maka ia adalah SAH.


Seperti yang diketahui salah satu daripada syarat sah solat ialah menutup aurat. Ini bermakna selama-mana aurat tertutup maka orang tersebut boleh menunaikan solat dalam keadaan tersebut, sekalipun pakaiannya sempit dan membentuk rupa aurat. Inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh para ulama dari mazhab-mazhab fiqh yang berbagai.


Namun perlu diberi penekanan di sini bahawa kami sama sekali tidak menyeru dan mengajak orang ramai untuk memakai pakaian yang sempit.


Fadhilah al-Syeikh Soleh al-Fauzan ada menyatakan fatwa Sahnya solat seseorang wanita dengan pakaian yang sempit, namun dalam masa yang sama dia dikira berdosa kerana memakai pakaian seperti itu, beliau menyebut:


الثياب الضيقة التي تصف أعضاء الجسم وتصف جسم المرأة وعجيزتها وتقاطيع أعضائها لا يجوز لبسها ، والثياب الضيقة لا يجوز لبسها للرجال ولا للنساء ، ولكن النساء أشدّ ؛ لأن الفتنة بهن أشدّ . أما الصلاة في حد ذاتها ؛ إذا صلى الإنسان وعورته مستورة بهذا اللباس ؛ فصلاته في حد ذاتها صحيحة ؛ لوجود ستر العورة ، لكن يأثم من صلى بلباس ضيق ؛ لأنه قد يخل بشيء من شرائع الصلاة لضيق اللباس ، هذا من ناحية ، ومن ناحية ثانية : يكون مدعاة للافتتان وصرف الأنظار إليه ، ولا سيما المرأة ، فيجب عليها أن تستتر بثوب وافٍ واسعٍ ؛ يسترها ، ولا يصف شيئًا من أعضاء جسمها ، ولا يلفت الأنظار إليها ، ولا يكون ثوبًا خفيفًا أو شفافًا ، وإنما يكون ثوبًا ساترًا يستر المرأة سترًا كاملاً


Maksudnya: “Baju sempit yang mensifatkan anggota badan dan mensifatkan tubuh wanita dan potongan-potongan anggotanya tidak wajar dikenakan, baju sempit seperti ini tidak wajar dipakai bagi lelaki mahupun wanita, akan tetapi wanita itu lebih bersangatan tidak wajar, kerana dengan mereka lebih bersangatan mendatangkan fitnah. Adapun solat, jika auratnya tertutup dengan pakaian tersebut, maka solatnya sah, kerana telah berlaku penutupan aurat, akan tetapi dikira berdosa sesiapa yang solat dengan memakai pakaian yang sempit, kerana dia telah mengurangkan sesuatu disebabkan sempit bajunya, ini dari satu sudut. Adapun dari sudut yang kedua: ia menjadi punca berlakunya fitnah, dan memalingkan pandangan orang ramai kepadanya, terutamanya wanita. Maka wajib seseorang wanita mengenekan baju yang memadai dan luas yang dapat menutup tubuhnya dan tidak mensifatkan sesuatupun dari anggota tubuhnya dan tidak memalingkan penglihatan kepadanya, jangan menggunakan baju yang nipis, sebaliknya hendaklah baju yang menutup dengan sempurna.” (al-Muntaqa Min Fatwa al-Syeikh Soleh al-Fauzan 3/454)


Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment