Thursday, 26 January 2017

Tips Bacaan Al-Quran

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini

هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

Terjemahan oleh: BroSyarief

١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan mintalah agar diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتملوتنعس ،
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau sesak dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.

٤- للقرآن هيبة ووقار ،
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس ، Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتمالسورة ،
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Membaca sebahagian itu memutuskan ayat.

٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فورحديثه
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة ، .
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tiada ganjaran dan tidak dianggap sebagai membaca.

هكذا أفتى العلامة بن باز رحمه الله
Ini sebagaimana yang difatwakan oleh Ibn Baz rahimahulLah.

٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak biasa dengannya;

وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة ، .
Dan bagi wanita, agar pergi ke sebarang bilik atau ruangan yang terasingkan.

لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

١١-مهمة:

شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Wednesday, 4 May 2016

Keistimewaan Saidina Omar al-Khattab RA

Oleh: Ustaz Salman Ali

Antara keistimewaan Saidina Omar al-Khattab R.A.: Allah merurunkan ayat dalam al-Quran dan taurat yang sesuai perkataannya.
Saidina Ali mengucapkan:
كنا نقول: إن في القرآن لكلاماً من كلام عمر، ورأياً من رأيه، رضي الله عنه وأرضاه.
Kami dahulunya mengucapkan: Sesungguhnya didalam al-Quran, ada perkataan dari kalam Omar dan pandangan dari pandangannya. Allah meredoinya.
Apabila Rasulullah berkrisis dengan Aisyah serta Hafsah, Umar datang menemui baginda sambil mengkhabarkan
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا يَشُقُّ عَلَيْكَ مِنْ شَأْنِ النِّسَاءِ فَإِنْ كُنْتَ طَلَّقْتَهُنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مَعَكَ وَمَلَائِكَتَهُ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَأَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَالْمُؤْمِنُونَ مَعَكَ
Wahai Rasulullah, janganlah engkau menjadi tidak tenteram disebabkan urusan isteri-isteri. Andaikata engkau menceraikan mereka sesungguhnya Allah bersamamu. Demikian juga para malaikat, Jibril , Mikail , aku , Abu Bakr dan orang beriman.(h.r Muslim)
Kemudian dari itu, Allah menurunkan ayat.
إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (4)al-Tahrim
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (untuk menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling berkonfrantasi keatasnya, (maka ketahuilah ) sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; demikian juga Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan mukminin dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
Salim Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Kaab al-Ahbar (pakar kitab-kitab terdahulu) mengucapkan
ويل لملك الأرض من ملك السماء
Celakalah keatas pembesar dibumi dari raja langit.
Lalu Omar menambah:
إلا من حاسب نفسه
Melainkan sesiapa yang menghituang (amalan) dirinya
Kata Kaab al-Ahbar:
والذي نفسي بيده إنها محبرة في التوراة كما قلت
Demi Dzat yang jiwaku berada digenggamannya, sesungguhnya tertulis dengan pena didalam taurat persis ucapan engkau.
Lalu Omar turun sujud kepada Allah..
(R: Al-Askari:al-mawa'idz, Uthman al-Darimi: radd jahmiah, al-Khara'iti: al-syukr)

Tuesday, 3 May 2016

Manis Lidah

Manis Lidah!

Hadis yang patut DIBERI PERHATIAN TINGGI oleh semua ilmuwan dan pendakwah kerana Nabi Salla Allahu 'alaihi wasallam risau muncul kumpulan ini iaitu
كل منافق عليم اللسان
Erti : Setiap munafiq namun alim lisannya.
[Riwayat Ahmad: Hadis Sahih].

Ia adalah satu hadis yang cukup mendebarkan jiwa wajar menarik setiap diri bermuhasabah.
Seti
Berdoa agar kita tidak tergolong dari kalangnya.

Berikut huraian Imam Al-Munawi:
أي كثيرَ علم اللسان، جاهلَ القلب والعمل، اتخذ العلم حرفة يتأكل بها، ذا هيبة وأبهة، يتعزز ويتعاظم بها، يدعو الناس إلى الله ويفرُّ هو منه، ويستقبح عيب غيره ويفعل ما هو أقبح منه، ويظهر للناس التنسك والتعبد ويسارر ربه بالعظائم، إذا خلا به ذئب من الذئاب، لكن عليه ثياب، فهذا هو الذي حذر منه =النبي= صلى الله عليه وسلم هنا، حذرا من أن يخطفَك بحلاوة لسانه، ويحرقَك بنار عصيانه، ويقتلك بنتن باطنه وجنانه
ERTI: iaitu banyak ilmu dan cekap menyampaikannya tetapi hatinya jahil dan amalan tiada. menjadikan ilmu hanya sebagai suatu kerjaya mencari makan dengannya..
DIA mengajak manusia kepada Allah swt tetapi dia sendiri lari dari Allah (tidak beramal), mendedahkan keaiban orang lain tetapi melupakan keaiban diri sendiri. Menzahirkan ibadah dan amal di hadapan manusia tetapi apabila bersendirian melakukan dosa besar ....

MUHASABAH DIRI.

#uzar, 2/5/2016.

Monday, 2 May 2016

Tidur dalam Keadaan Suci

TIDUR DALAM KEADAAN SUCI.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ ، فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلا قَالَ الْمَلَكُ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلانٍ ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا
Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan tidur dalam pakaiannya. Tidaklah dia bangun daripada tidur melainkan malaikat itu akan berkata: Ya Allah, ampunilah hamba Mu si fulan, sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan suci.

[Sahih Ibn Hibban, Kitab at-Thaharah, Bab Fadhli al-Wudhu, hadis no: 1051]

Oleh itu hendaklah kita berwudhu sebelum tidur. Bagi mereka yang berjunub sebelum tidur pula, terdapat pilihan sama ada untuk berwudhu atau mandi wajib.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ، رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . فَذَكَرَ الْحَدِيثَ
Daripada 'Abdullah bin Abu Qais: Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah radiallahu 'anha tentang witir Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau menyebutkan hadisnya.

قُلْتُ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِي الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ
Aku bertanya lagi: Bagaimana yang baginda lakukan ketika junub? Adakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi?

قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ . قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الأَمْرِ سَعَةً .
'Aisyah menjawab: Semua itu ada baginda lakukan. Kadangkala baginda mandi lalu tidur. Kadangkala baginda berwudhu' lalu tidur. Aku berkata: Segala puji bagi Allah yang menjadikan hal ini luas.

[Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, Bab Jawaz Nawm al-Junb Wa Istihbab al-Wudhu Lahu..., hadis no: 307]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

Thursday, 24 December 2015

SUJUD ADALAH NI’MAT YANG SANGAT BESAR

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
25 September 2015, Khemah Mina pada hari Tasyriq.
“Ana pernah tanya beberapa orang Doktor Pakar mengenai lutut Ana ini. Rata-rata mengatakan Ana perlu menjalani pembedahan lutut. Masalahnya, jika pembedahan dijalankan tiada jaminan Ana akan dapat sujud dalam solat seperti biasa. Itu antara sebab Ana menangguhkan pembedahan lutut. Ana rela menahan sakit demi untuk terus sujud. Sujud adalah ni’mat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita.”
Kagum saya mendengar ayat Tuan Guru Dr. Abdul Basit ketika kami berbual semasa dalam khemah Mina pada hari Tasyriq. Langkah beliau agak perlahan dan perlu dibantu oleh tongkat. Keadaan lututnya sangat mencabar minda. Itulah ujian Allah untuk beliau.
Sungguh! Mampu bersujud kepada Allah adalah suatu ni’mat yang hanya difahami oleh orang beriman yang tidak lepas sujudnya kepada Allah. Jika kita susuri ayat al-Quran, sujud memang digandingkan dengan pujian kepada orang beriman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya: Wahai orang yang beriman, rukuklah serta “SUJUDLAH (MENGERJAKAN SEMBAHYANG)”, dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) (al-Hajj [22:77]).
Juga firman Allah:
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآَيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Ertinya: Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, “MEREKA SEGERA MEREBAHKAN DIRI SAMBIL SUJUD (MENANDAKAN TAAT PATUH)”, dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur (al-Sajdah [32:15]).
Ketika memuji Ahli Kitab yang beriman, Allah menyebut mereka sangat mudah bersujud kepadaNya:
قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera “TUNDUK SUJUD” (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Ertinya: Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "DAN MEREKA SEGERA TUNDUK SUJUD ITU SAMBIL MENANGIS”, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk (al-Isra’[17:107-109]).
Sujud dengan erti kata solat turut menjadi penenang jiwa Rasulullah SAW yang sedang bersedih:
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (97) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ (98) وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ (99)
Ertinya: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari ORANG YANG SUJUD. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (iaitu mati) (al-Hijr[15:97-99]).
Sujud juga menjadi tempat paling dekat antara seorang hamba dengan Allah:
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ
Ertinya: Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya (kehendak Musyrikin Quraysh yang melarangmu bersolat), dan (sebaliknya) sujudlah dan dekatkanlah dirimu kepada Allah (dengan solat, taat dan amal soleh)! (al-‘Alaq[96:19]).
Kenyataan ayat ini disokong oleh sabda Rasulullah SAW:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
Ertinya: Saat paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya dalah ketika dia sedang bersujud. Oleh itu perbanyakkanlah doa (ketika sujud) (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).
Manusia yang malas bersujud ketika di dunia, akan malu besar di akhirat kelak kerana “GAGAL MEMBENGKOKKAN TUBUH MEREKA” untuk bersujud di akhirat kelak:
يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ (42) خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ (43)
Ertinya: (Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat (al-Qalam[68:42-43]).
Syukuri ni’mat anggota badan yang mampu bersujud kepada Allah kerana ia sangat dicemburui oleh sesetengah manusa lain. Jangan sampai ni’mat sujud semasa di dunia ditarik Allah dengan sakit di badan. Jangan juga sampai kita dimalukan di akhirat kelak kerana tidak mampu bersujud. Ayuh! Sujudlah sekarang! Usah bertangguh dan panjangkan sujud kita kerana kasih Allah senantiasa menanti kita dalam sujud.
* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:
* Dapatkan buku penulis:

Tuesday, 15 December 2015

Bacaan i'tidal

Rafi’ az-Zaraqi r.a berkata: Suatu hari, kami solat bersama Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Apabila baginda mengangkat kepalanya dari rukuk, baginda membaca سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ. Seorang lelaki di belakangnya membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Tuhan kami, untukMu segala puji, pujian yang banyak, lagi baikk, lagi diberkati. Selepas solat, Nabi bertanya: “Siapa yang membaca kalimah tadi?” Lelaki itu menjawab: “Saya”. Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku melihat lebih kurang tiga puluh malaikat berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no 799]

Sunday, 13 December 2015

WAHABI?

By: Dr. MAZA
Saudi sering dikaitkan dengan fahaman wahabi. Asalnya, ia merujuk kepada gerakan Muhammad bin Abd al-Wahhab. Mulanya, ia sebuah gerakan pembaharuan yang sepatutnya menghidupkan reform. Antara yang bagus dalam gerakan itu ialah keluasan bermazhab dan melihat dalil dari pelbagai pihak. 
Dalam sejarah gerakan tersebut, ia telah menjadi inspirasi kepada banyak gerakan lain di dunia ini. Sehingga para ulama Deoband India yang beraliran Ashairah dan Maturidiyyah juga dituduh wahabi oleh penduduk di sana. 

Golongan pembaharuan di Indonesia dan Tanah Melayu juga dituduh wahabi sejak dahulu sehingga hari ini. Prof Hamka dituduh wahabi, gerakan Kaum Muda yang membela wanita melayu dalam pelajaran dan rumahtangga dilebel sebagai wahabi dan pelbagai lagi. Padahal –walaupun ada beberapa sudut persamaan- di Tanah Melayu pengaruh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha yang lebih kuat. Wahabi telah dijadikan jenama untuk golongan konservatif menuduh musuh-musuh mereka.


Ini menunjukkan pengaruh gerakan pembaharuan Muhammad ‘Abdul Wahhab begitu kuat. Sehingga Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut :

“Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).


Namun malangnya, ramai pewaris gerakan itu dan golongan yang menggunakan jenama ‘salafi’ memilih untuk bermazhab dengan kejumudan dalam memahami nas-nas agama. Mereka enggan memahami keluasan nas dengan melihat kepada konteksnya yang sepatut. Lalu mereka jumud dalam muamalat sehingga gagal menghidangkan Islam yang dapat menangani perkembangan masyarakat hari ini. Maka, ‘wahabi’ menjadi jenama kejumudan bukan lagi keluasan. Ia telah seiras dengan golongan konservatif agama yang sedia ada walaupun berbeza dalam beberapa perkara. Bahkan segelintir golongan yang dinamakan wahabi itu mengharamkan Fiqh al-Waqi ataupun memahami realiti dalam berfatwa. Ini disebabkan kejumudan minda dan kedangkalan memahami Usul al-Fiqh.

Di samping sibuk dengan isu-isu pinggiran seperti isbal, muzik, mengklasifikasikan orang, menyesatkan mereka yang tidak sealiran, sebahagian mereka yang menggelar diri salafi itu pula sibuk menjadi lidah yang membela para pemerintah yang munkar. Mereka mengumpulkan dalil untuk berhujah tentang kewajipan mentaati pemerintah dalam apa keadaan sekalipun, tapi mereka tidak mengumpulkan dalil tentang haramnya kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan hak dan pelbagai perkara yang lain. Mereka gagal melihat dalil dalam konteksnya. Mereka mengikut salaf dalam perkara yang mereka mahu, dan meninggalkan salaf dalam perkara yang bertentangan dengan nafsu penguasa yang mereka patuhi.

Maka jadilah jenama salafi ataupun ‘wahabi’ itu makin disalahfahami dan mengelirukan.