Saturday, 15 November 2014

Kenali Ulama': Muhammad Abdullah Darraz


Nukilan Saudara Marwan Bukhori,
Pelajar Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan

Muhammad Abdullah Darraz (1894-1958, tiga dari kiri) seorang ulama yang sangat hebat, khasnya dalam ilmu al-Quran dan falsafah akhlak. Dua kajian Phd beliau ialah tentang al-Quran yang kemudian diterbitkan dengan judul Madkhal Ila al-Quran al-Karim (kajian 'sampingan') dan satu lagi ialah Dustur al-Akhlaq fi al-Quran (asalnya ditulis dalam bahasa Perancis bertajuk "La Morale Du Koran" sebelum diterjemahkan ke bahasa Arab), kitab terhebat pada zamannya dan barangkali sepanjang sejarah, itu buku pertama (bahkan mungkin satu-satunya) buku falsafah akhlak dan etika yang ditulis secara total dari al-Quran, para orientalis di Perancis sangat kagum dengan buku tersebut, sebagaimana dicatat sebahagian penulis.

Kedua-dua buku hebat itu ada dalam simpanan saya. Ilmuan al-Azhar itu menulis dua risalah tersebut di Universiti Sorbonne, Perancis, muridnya iaitu al-Qaradawi menamakan Darraz sebagai "Ibn al-Azhar dan Ibn Sorbonne". Selain dua buku unik dan penting itu, ada bukunya bertajuk al-Naba' al-'Azim dinobat sebagai antara yang penting khasnya pada abad ke-20, terutama dalam bidang balaghah al-Quran (al-I'jaz al-Bayani). Cukuplah saya sebut, bahawa sesiapa yang baca al-Naba' al-'Azim, tahulah mereka apa keistimewaan buku itu yang sangat menghidupkan hati dan akal dalam berinteraksi dengan al-Quran.

Menurut tokoh tafsir bumi Sham, guru kepada guru-guru kami dlm bidang al-Quran, Sh Faddal Hasan Abbas rahimahullah, Darraz salah seorang tokoh penting dalam sumbangan terhadap ilmu al-Quran pada abad ke-20, selain Mustafa Sadiq al-Rafi'i (khasnya dlm Tahta Raayah al-Quran dan I'jaz al-Quran wa al-Sunnah al-Nabawiyyah), Syed Qutb (khasnya dalam al-Taswir al-Fanni dan Mashahid Yawm al-Qiyamah, malangnya dua buku ini jarang dibaca sbb agak 'berat' dan sangat sastera, berbanding Fi Zilal-nya) dan beberapa ilmuan lagi lagi.

Muhammad Darraz merupakan anak kepada Abdullah Darraz, ilmuan yang mensyarahkan kitab al-Muwafaqat oleh al-Shatibi semasa awal timbulnya setelah al-Muwafaqat lama 'tenggelam', sementara Muhammad Darraz pula telah melakukan tahqiq terhadap kitab al-Muwafaqat yang disyarah ayahnya itu. Muhammad Darraz pernah cuba menulis buah fikiran al-Shatibi dalam buku al-I'tisam menerusi karangannya "al-Mizan bayn al-Sunnah wa al-Bidaah", tetapi beliau meninggal sebelum sempat menghabiskannya.

Muhammad Darraz meninggalkan kesan yang sangat besar terhadap Sh Muhammad al-Ghazali rhm (dalam gambar, paling kanan), terutama bukunya al-Naba' al-'Azim. Malah, buku al-Naba' al-'Azim itulah antara faktor al-Ghazali menulis al-Tafsir al-Maudhu'i untuk seluruh al-Quran, kerana Darraz hanya menulis tafsir surah al-Baqarah (tafsir yang sangat indah!) di hujung al-Naba' al-'Azim, sebagai praktis terhadap teori-teori baharunya (al-Nazarat al-Jadidah) sebagaimana terdapat dalam al-Naba' al-'Azim. Malahan, lebih dari itu, jelas terpancar pengaruh Darraz dalam pemikiran al-Ghazali apabila beliau menulis buku Nazarat fi al-Quran, selain perlbagai buku lain lagi.

Suatu yang tercatat dalam sejarah, Darraz mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malik ben Nabi, pemikir Muslim dari Algeria yang unggul itu. Mereka bertemu dan berhubung dengan rapat khasnya semasa Darraz belajar di Sorbonne. Sesiapa yang membaca dan mengamati tulisan kedua-dua tokoh ini, pasti akan dapati beberapa persamaan, khasnya dalam bab al-Quran dan pembinaan peradaban kemanusiaan. Bahkan, salah satu buku penting tulisan Malik ben Nabi ialah al-Zahirah al-Quraniyyah (terjemahan ke bahasa Arab oleh Abd al-Sobur Shahin), ia diterjemah ke bahasa Inggeris sebagai Quranic Phenomenon dan Fenomena al-Quran dalam bahasa Melayu. Dalam buku tersebut ada persamaan dengan buah fikiran Darraz, bahkan Darraz telah memberi kata pengantar untuk buku Malik ben Nabi itu.

Darraz sangat mencintai al-Quran dan memuliakannya, sehinggakan dicatat bahawa beliau sentiasa berwuduk dan menyuruh para pelajarnya berwuduk, apabila membaca ayat sujud tilawah dalam kuliah atau syarahannya, beliau dan murid-muridnya akan sujud. Paling kurang, beliau membaca enam juzuk sehari secara konsisten. Sh Abu Zuhrah rhm, temannya menyebut bahawa semasa seminar di Lahore Pakistan, "Darraz mengimamkan kami solat Isyak, (usai solat) kami semua pergi ke tempat tidur masing-masing, tetapi Darraz bersama dengan solat dan al-Quran, kamu tidak akan lihat Darraz, melainkan dia sedang membaca al-Quran atau sedang solat."

Semoga Allah merahmati al-Allamah Muhammad Abdullah Darraz, failasuf al-Quran, pembaharu zaman.

Sumber: FB Department of Quran & Sunnah Studies

Friday, 14 November 2014

dia tak jawab, so consider jawapannya tidak...

so move on, jangan pandang belakang sudah......

Sunday, 9 November 2014

DAKWA TAHU YANG GHAIB ADALAH SUATU KEBIADABAN KEPADA ALLAH & RASULULLAH.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-An’am [6:59]) pada 8 November 2014. Antara isunya adalah Allah adalah SATU-SATUNYA ZAT YANG MENGETAHUI perkara ghaib.
Muslim yang beriman harus terduduk dan terdiam melihat ayat ini yang menggambarkan sejauh mana terbatasnya pengetahuan manusia berbanding ilmu Allah Yang Maha Mengetahui. Firman Allah:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Ertinya: Dan pada sisi Allah jualah ANAK KUNCI PERBENDAHARAAN SEGALA YANG GHAIB, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata (al-An’am [6:59]).
Kunci perbendaharaan ghaib itu ada 5 PERKARA sebagaimana diperincikan oleh ayat lain (Sahih al-Bukhari). Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Ertinya: Sesungguhnya di sisi Allah (1) pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan (2) Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan (3) yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan (4) tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan (5) tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (Luqman[31:34]).
Walaupun baginda Rasulullah SAW mendapat wahyu dan dibimbing Jibril AS secara berterusan sepanjang hidup kerasulannya. Baginda tetap tidak mengetahui semua perkara ghaib melainkan dizinkan Allah:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27)
Ertinya: "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, MAKA IA TIDAK MEMBERITAHU PERKARA GHAIB YANG DIKETAHUINYA ITU KEPADA SESIAPAPUN, "MELAINKAN KEPADA MANA-MANA RASUL YANG DI REDAINYA (UNTUK MENGETAHUI SEBAHAGIAN DARI PERKARA GHAIB YANG BERKAITAN DENGAN TUGASNYA; APABILA TUHAN HENDAK MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan) (al-Jinn [72:26-27]).
Banyak ayat lain menjelaskan Rasulullah SAW tidak mengetahui perkara ghaib:
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Ertinya: KATAKANLAH: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman" (al-A’raf[7:188]).
Lafaz “QUL” yang bermaksud KATAKANLAH pada pangkal ayat ini juga menunjukkan ia adalah arahan Allah kepada baginda agar tidak mengaku mengetahui perkara ghaib. Sama juga dengan firman ini:
قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إِلَيَّ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Ertinya: KATAKANLAH (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" (al-An’am [6:50]).
Prinsip mudah perihal perkara ghaib adalah HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Aishah RA pernah berkata (Sunan al-Tirmidhi):
وَمَنْ زَعَمَ أَنَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ فَقَدْ أَعْظَمَ الْفِرْيَةَ عَلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَقُولُ
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Ertinya: Sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah SAW senantiasa mengetahui apa yang bakal berlaku pada esok harinya, MAKA DIA TELAH MELAKUKAN JENAYAH YANG BESAR TERHADAP ALLAH kerana Allah berfirman: KATAKANLAH LAGI: TIADA SESIAPAPUN DI LANGIT DAN DI BUMI YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB MELAINKAN ALLAH!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml [27:65]).
Jika ada manusia berani mengaku mampu mengetahui perkara ghaib seperti tahu rahsia takdir dengan panduan tarikh lahir, tahi lalat atau urat jari maka ia adalah suatu KEBIADABAN KEPADA ALLAH & RASULULLAH. Begitu juga jika sesetengah bomoh atau “ustaz” perawat yang mendakwa tahu atau nampak bayangan siapa yang menghantar sihir kepada pesakit yang dirawatnya turut melakukan KEBIADABAN KEPADA ALLAH & RASULULLAH.
Pandulah akal dan iman anda dengan wahyu. Jangan mudah percaya dengan DAKWAAN TAK MAMPU AUDIT sesetengah manusia yang mahukan untung murahan dari dakwaannya itu.

Al-Quran

Al-Quran itu adalah cahaya,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan gelaplah hati kita.

Al-Quran itu adalah peringatan,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan lalailah kita.

Al-Quran itu adalah ubat,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan berpenyakitlah hati kita.

Al-Quran itu adalah petunjuk,
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan sesatlah kita di dunia ini, tidak jumpa jalan kembali kepada Allah.

Al-Quran itu adalah al-Furqan (pemisah),
Jika kita tidak meneliti dan memahaminya, maka akan kelirulah kita, bercampur-baur amalan kita tidak tahu mana yang baik, mana yang buruk.

Ambillah masa setiap hari untuk membaca, memahami dan meneliti al-Quran. Kadang-kadang kita membaca al-Quran tetapi kita rasa begitu jauh darinya. Seolah-olah cerita-cerita al-Quran itu tidak ada kaitan dengan kita kerana kita sangat sibuk berurusan hanya dengan 'dunia nyata' ini. Sedangkan, wallahi thumma wallahi, setiap satu ayat al-Quran ini diturunkan untuk kita, ya untuk kita, mengambil peringatan dan pengajaran.

Sumber: FB Ustazah Ili Dalilah

Benarkah Perlu Merahsiakan Pertunangan?

Terdapat sebuah riwayat berbunyi:

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة
Hebahkanlah pernikahan, dan sembunyikanlah pertunangan. 

Riwayat ini diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Shaikh al-Albani al-Silsilah ad-Dhaifah menyatakan bahawa riwayat ini lemah.

Sebahagian ulama menggalakkan agar pertunangan dirahsiakan untuk mengelakkan mudharat jika ada orang yang cemburu.

Ini berdasarkan keumuman riwayat berikut:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اسْتَعِينُوا عَلَى إِنْجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ ، فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ
Mu'az bin Jabal radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Mohonlah pertolongan dalam menjayakan hajat mu dengan merahsiakan ia. Sesungguhnya sesiapa yang memperolehi nikmat akan dicemburui. 
[Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir hadis no: 16639, Shaikh al-Albani menyatakan ia Sahih dalam Sahih al-Jami']

Lalu bolehkah diadakan kenduri pertunangan?

Fatwa di bawah seliaan Shaikh Salih al-Munajid menyatakan:

وأما إقامة حفل للخطوبة فهو من الأمور التي اعتادها كثير من الناس ، ولا حرج في ذلك إن شاء الله تعالى .
Adapun berkaitan menganjurkan kenduri pertunangan, ia merupakan sebahagian urusan adat kebiasaan manusia. Tiada masalah dalam hal ini, Insya-Allah. (http://islamqa.info/ar/67884)

Di dalam fatwa lain disebutkan:
وما يفعله بعض المسلمين من إعلان الخطبة وما يقيمونه من أفراح وما يقدمونه من هدايا كل ذلك هو من باب العادات التي هي مباحة في الأصل ولا يحرم منها إلا ما دل الشرع على تحريمه ، 
Apa yang dilakukan oleh sebahagian kaum Muslimin iaitu menghebahkan pertunangan, menganjurkan majlis kenduri, memberi hadiah, ini semua daripada bab adat istiadat yang boleh dilakukan pada hukum asalnya. Ia tidak diharamkan melainkan adanya dalil syara' menunjukkan pengharamannya. ( http://islamqa.info/ar/20069 )

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah pertunangan tidaklah menjadikan seseorang itu mahram. Maka hubungan mereka masih lagi hubungan bukan mahram, lalu perlu dijaga tatatusila. Tidak seperti budaya sebahagian masyarakat kita, di mana pasangan yang sudah bertunang bebas untuk pergi ke sana ke sini bersama, bergambar berdua, makan bersama, di atas alasan untuk saling mengenali antara satu sama lain.


sumber: Al-Kahfi

Friday, 7 November 2014

MENGAPA MAKAN COKLAT KETIKA HAID

Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormone pada masa itu.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan.
Coklat dapat merangsangkan pengeluran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), dapat soklat dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.
Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.

selanjutnya di sini: Dr. Zubaidi hj Ahmad

Thursday, 6 November 2014

Kelas Talaqi

Kesimpulan yang aku dapat masa join kelas talaqi Al-Quran..

"untuk jadi awet muda, selalu lah baca al-Quran, kerana ia mempunyai huruf2 yang apabila dibaca kita wajib kena senyum...".

sifat huruf ada tarqiq dan tafkhim

yang tarqiq tu bacaan huruf2nya mesti kena senyum untuk bagi betul sebutan dan bacaannya.

tafkhif adalah huruf2 yang tebal dalam al-Quran..

*********
Alhamdulillah duduk asrama ni banyak kelebihannya.. dapat kenal banyak kawan yang pe;bagai latar belakang, nak p talaqi al-Quran jauh ke mesir belum diberi peluang.. alhamdulillah mempunya sahabat yang dapat bertalaqi al-Quran di sana, dan direct ngadap sheikh... dan kami sama2 mengambil peluang belajar al-Quran bersamanya... moga Allah memberkati beliau dan permudahkan beliau dalam menuntut ilmuNya...

kelas kami setiap rabu malam...

moga terus istiqamah

6 nov. 2014/ 13 muharram 1436H