Monday 14 September 2015

Tafsir Surah al-Mulk (bahagian 1)

gambar ihsan google

14-09-2015/ 30 zulqaedah 1436H
.
Tafsir Surah al-Mulk
Dr. Sofiah Samsuddin


Muqaddimah:

Surah al-Mulk merupakan surah Makkiyah, surah yang ke-67, juzuk 29, mempunyai 30 ayat dan bermula dimukasurat 562 bagi resm uthmani.

Surah ini dibahagi kepada 7 bahagian;

1) ayat 1-5: menceritakan bukti kekuasaan Allah subhanahu wa ta'ala dan penciptaan makhluknya.

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya: "Maha Berkata-kata (serta Maha Tinggi kelebihannya) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat), dan memanglah Dia Maha Berpuasa atas setiap sesuatu". 

الْمُلْكُ: Kerajaan dan kekuasaan Allah.

2) ayat 6-11: menceritakan tentang gambaran azab Alalh di hari akhirat, serta mendatangakan buktinya kepada orang-orang kafir.

3) ayat 12-15: meemberitahu tentang balasan keampunan bagi orang yang beriman, dan balasan neraka bagi orang kafir. 

4) ayat 16-18: membincangkan tentang ancaman azab Alalh di dunia, dengan mengambil pengajaran daripada kehancuran umat-umat terdahulu.


5) ayat 19: ayat ini menyuruh kita merenung ciptaan Allah (ciptaan burung-burung). 

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

Ertinya: " Adakah patut mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaga ketika) burung-burung itu mengembang dan menutup sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melaunkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

6) ayat 20-27: Allah menyatakan bahawa kita (semua makhluk) tidak layak bergantung kepada tuhan-tuhan selain Allah, dan penampilan kesempurnaan kuasa Ilahi.

7) ayat 28-30: surah ini disudahi dengan bukti kekuasaan Allah sebagaimana permulaannya... Pada ayat yang pertama hingga ke 5 menceritakan tentang bukti kekuasaan Allah, begitu jugak diakhirnya.
****************************
kita digalakkan untuk selalu membaca surah ini, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraira radhiyallahu 'anh daripada Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ سورةً في القرآن ثلاثون آيةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِها حتّى غُفِرَله تبارك الّذي بيده المُلك

Ertinta: "Sesungguhnya terdapat dalam al-Quran satu surah, terkandung di dalamnya 30 ayat., Ia memberi syafaat kepada pembacanya sehinggalah diampunkan dosanya. Ia adalah surah (تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ) iaitu surah al-Mulk". [H.R at-Tirmizi, Ibn Majah, An-Nasai, dan selainnya]

Para sahabat mengetahu kedudukan dan keistimewaan surah ini, mereka selalu mengamalkannya, mengajar serta mewasiatkannya kepada generasi selepas mereka agar terus mengamalkan dengan surah ini. 

Abdullah ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh pernah berkata kepada seorang lelaki: "Adakah kamu ingin jika aku hadiahkan sebuah hadis yang mengembirakan kamu?", maka jawab pemuda itu: "semestinya!". maka Ibn 'Abbas berkata: "Bacalah (تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ), dan ajarkanlah ia kepada isterimu, anak-anakmu, kanak-kanak di rumahmu serta jiran tetanggamu. Sesungguhnya ia adalah penyelamat dan pembela bagi kamu. Ia pembela serta mempertahankan pembahcanya pada hari kiamat ketika bertemu dengan Tuhannya. [surah al-Mulk,  Dr. Yasir bin Ismail Radi, m/s: 2]

Diriwayatkan dari 'Ikrimah, dari Ibn 'Abbas berkata, Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَوَدِدتُّ أنّها في قلبِ إنسانٍ من أُمّتي

Ertinya: "Aku amat berharap agar ia (surah al-Mulk) berada di dalam hati setiap insan dari kalangan umatku". 

Kelebihan surah ini bukan hanya untuk diri kita, tetapi diminta untuk memberitahu serta mengajar kepada orang disekeliling kita, betapa pentingnya surah ini untuk diamalkan.

Dari Jabir, bahawa Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam tidak tidur sehingga baginda membaca (الم تنزيل) Surah as-Sajadah, dan (تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ) surah al-Mulk. [HR Ahmad, at-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Albani]

Dan jugak penambahan dari pemahaman saya yang sikit ini.

**buku rujukan: Surah al-Mulk, Dr. Yasir bin Ismail Radi
**Tafsir Ibn Kathir, juzuk 8, m/s: 174-175
**Tafsir al-Misbah