Saturday 23 May 2015

WANITA HAIDH MEMBACA AL-QURAN

Ulama-ulama feqh berbeza pendapat tentang hukum seorang wanita haidh membaca al-Quran.
Dalil 1:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَذْكُرُ اللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengingati Allah dalam setiap keadaan. [Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, hadis no: 373]
Hadis ini menjadi hujah semua orang boleh membaca al-Quran kerana al-Quran termasuk zikir.
Dalil 2:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقْرَإِ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ "
Ibn 'Umar radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Janganlah orang yang haidh dan junub membaca sedikit pun daripada al-Quran. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 131].
Hadis ini dikatakan lemah kerana terdapat perawi bernama Ismail bin 'Iyash. Imam al-Bukhari berkata tentang Ismail bin 'Iyash: (يَرْوِي عَنْ أَهْلِ الْحِجَازِ وَأَهْلِ الْعِرَاقِ أَحَادِيثَ مَنَاكِيرَ) Beliau meriwayatkan daripada penduduk Hijaz dan 'Iraq hadis-hadis yang munkar.
Dalil 3:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلِمَةَ، عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا . قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَلِيٍّ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
'Abdullah bin Salamah meriwayatkan, 'Ali radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membacakan al-Quran kepada kami dalam segala keadaan kecuali junub. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 146, hasan sahih]
Pendapat ulama:
Imam an-Nawawi menyebutkan di dalam Al-Majmu':
Haram membaca al-Quran bagi haidh dan junub. Ini pendapat mazhab Syafie dan majoriti ulama. Ini jua pendapat 'Umar al-Khattab, 'Ali, Jabir radiallahu 'anhum, Al-Hasan Al-Basri, Az-Zuhri, An-Nakhaie, Qatadah, Ahmad dan Ishaq.
Boleh membaca al-Quran bagi haidh dan junub: Ini pendapat Daud az-Zahiri. Ini juga pendapat Ibn 'Abbas radiallahu 'anhu, Sa'id bin al-Musayyib, Ibn al-Munzir.
Imam Malik memperincikan untuk junub. Hanya boleh baca sebagai doa perlindungan. Manakala untuk haidh, terdapat dua riwayat pendapat Imam Malik. Pertama: Wanita haidh boleh baca al-Quran. Kedua: Tidak boleh baca.
Hujah yang menyatakan haram bagi wanita haidh dan junub menggunakan dalil 2 dan 3. Mereka juga mengqiaskan haidh dengan junub.
Pendapat yang menyatakan yang junub dan haidh boleh membaca al-Quran berhujah dengan hadis 1. Mereka menolak hadis 2 dan 3 kerana mereka melihat hadis tersebut tidak sahih.
Shaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz membezakan wanita haidh dan janabah. Beliau menyatakan wanita haidh boleh membaca al-Quran, janabah tidak boleh.
Ini kerana:
1- Dalil melarang wanita haidh tidak sahih
2- Haidh dan janabah tidak sama. Janabah seseorang boleh memilih mandi wajib cepat atau tidak. Manakala haidh dan nifas tidak.
3- Qias haidh dan janabah tidak tepat kerana keadaan orang haidh dan janabah berbeza.
Teks fatwa Shaikh Bin Baz
http://www.binbaz.org.sa/mat/333

sumber: al-Kahfi

atau boleh lihat di link ini: AFN

telebih perasan

Dah lama tak bengang dengan orang...

Baru-baru ni aku sangat bengang dengan seseorang yang bajet soleh + suci la sangat... Boleh blah laaa....

Tapi memang aku sangat-sangat bengang... Terus aki unfriend dia..hahahaha...

Lepas habis minta tolong.. Boleh pulak dia kata kita ni macam syok kat dia... Hadoi aku tak faham...

Kalo kau ramai sang at peminat, ramai sangat perempuan kat kau... Tak semestinya setiap perempuan yang kau berurusan dengannya akan minat ko...maaf anda buat test saya... Saya bukan syok atau peminat anda.

Dulu... Aku selalu dengaq, orang perempuan ni cepat sangat perasan... Tapi, aku sering ketemu + jumpa dengan lelaki-lelaki yang perasan + bajet baik la konon..

Manusia itu sama je, baik lelaki atau perempuan... Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.. 

Tapi yang pasai bajet ni, memang aku tak boleh nak tolerated...

sengget

Ada ke pulak tetiba boleh teringat kat dia... Ngek betoi la aku ni.

Tapi... Memang, entah kenapa.. Why why why...

Okay... Kena lupakan dia, dan buka jalan untun orang lain... Dia adalah yang lepas...

Saturday 9 May 2015

Syarah Hadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Oleh: Adöuliné Lacharouphe

17- حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَعْقُوبَ الطَّالِقَانِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ جَابِرٍ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: رَأَيْتُ الْخَاتَمَ بَيْنَ كَتِفَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُدَّةً حَمْرَاءَ مِثْلَ بَيْضَةِ الْحَمَامَةِ.
17- Telah bercerita kepada kami Sa`id bin Ya`qub At-Taliqaniy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Ayyub bin Jabir, daripada Simak bin Harb, daripada Jabir bin Samurah, dia berkata: Saya telah melihat cop di antara dua bahu Rasuli Llah, iaitu ketulan daging merah, seperti telur burung merpati.
Syarah Adou_Fr:
Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis ini daripada gurunya iaitu Sa`id bin Ya`qub At-Taliqaniy. At-Taliqaniy ialah penisbahan nama terhadap daerah Taliqan ((شهرستان طالقان)/ Shahrestan-e Taleqan/ Taleqan County) yang merupakan salah satu daripada empat daerah dalam negeri Al-Burz ((استان البرز)/ Ostan-e Alborz/ Alborz Province). Al-Burz pula ialah sebuah negeri daripada 31 buah negeri di Iran. Negeri jirannya ialah Qazwin ((استان قزوين)/ Ostan-e Qazvin/ Qazvin Province, tempat kelahiran Imam Ibnu Majah. Justeru, Sa`id bin Ya`qub ialah anak kelahiran sebuah daerah Parsi, dan dia menggunakan penisbahan nama daerah itu.
Sebagai rakyat Malaysia, kita juga boleh meniru penisbahan ini, sama ada menggunakan nama negeri, atau daerah, atau nama tempat yang berkaitan. Contohnya, Negeri Kedah menjadi Al-Qadahiy, Negeri Melaka menjadi Al-Malakiy, Daerah Muar menjadi Al-Muwariy, Daerah Besut menjadi Al-Basutiy. Penisbahan ini digunakan untuk membezakan seseorang dengan seseorang yang lain, agar tidak bertukar. Justeru, apabila kita rakyat Malaysia keluar negara, kita akan dinisbahkan sebagai Al-Maliziy, manakala rakyat `Iraq akan dinisbahkan sebagai Al-`Iraqiy. Ini akan memudahkan mereka mengecam asal usul kita.
Di dalam hadis, rawi Jabir bin Samurah memberitahu bahawa dia telah melihat cop di antara dua bahu Nabi. Ini bermakna dia telah melihat Nabi dalam keadaan tidak memakai baju, kerana cop tersebut berada di bahagian belakang bahu Nabi. Cop itu ialah satu ketulan daging, dan disifatkan sebagai merah. Merah ini bukanlah warna seperti merahnya darah atau biji saga, tetapi merujuk kepada sifat cerah, bukan gelap atau hitam.
Ketulan daging tersebut – seolah-olah seperti bonjolan tahi lalat hidup – disifatkan sama seperti telur burung merpati. Persamaan ini bukanlah pada warnanya, kerana warna telur burung merpati ialah putih. Namun, ia disamakan kerana saiznya yang kecil atau bentuknya yang hampir bulat seperti telur burung merpati.
Dalam hadis ini, sifat cop Nabi disifatkan berbeza daripada hadis sebelum ini. As-Sa’ib bin Yazid menyebut ia seperti butang khemah, dan Jabir bin Samurah menyebut ia seperti telur burung merpati. Pensifatan yang berbeza ini tidaklah bertentangan atau bercanggah antara satu sama lain, kerana setiap rawi menggunakan kata sifat dan pensifatan yang paling hampir dengan pengetahuan dan hal keadaannya.