Wednesday 13 November 2013

SENARAI PERPUSTAKAAN ARAB ONLINE


SENARAI PERPUSTAKAAN ARAB ONLINE
(Muat turun pelbagai kitab berbahasa Arab)

ISLAMIC E-BOOKS (ARABIC & ENGLISH):

MUAT TURUN MATAN-MATAN ILMIAH (المتون العلمية):

MUAT TURUN BUKU-BUKU UNTUK BELAJAR BAHASA ARAB (تعليم اللغة العربية):

KAMUS BAHASA ARAB ONLINE (المعاجم):

RUJUKAN TAFSIR AL-QURAN (تفاسير القرآن):

CARIAN/TAKHRIJ HADITH (تخريج الأحاديث):

CARIAN MAKLUMAT MANUSKRIP ARAB (المخطوطات):

FACEBOOK LINK:
Maklumat Nahu & Bahasa Arab:
Ilmu Tajwid & Qiraat:

MUAT TURUN MAKTABAH SYAMILAH:

Tuesday 12 November 2013

Wednesday 6 November 2013

Puasa 2013-2014

nak dekatkan diri dengan yang Maha Pencipta...

jom kita berpuasa ;-)

*Senarai PUASA SUNAT 2013-2014* Sepanjang 1435 H

1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014

9. PUASA HARI WUQUF
(BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014

Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNya dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.” (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)


Sumber: FB Ustaz Zahazan 
yang saya tak suka itulah yang sering diberi....

huhuhu

dari dahulu lagi saya tak suka kalo dilantik @ disuruh jadi setuausaha....

tetapi itulah yang sering diberi.... eerrrrmmmmm

------
semasa ditempat "pegang sepandok".... tetiba .... errmmm kamu sebagai S/U

ekk????.....[hadey!!!!!!!..........]

-----------------
entahlah.....

setiap kali kalo ada meeting @ apa-apa hal yang penting saya akan keluarkan buku nota dan pen dari beg dan akan catat apa-apa yang penting....

sebab saya tahu, saya ni malas kalau nak ingat, so catat lah, itu adalah lebih baik....

semasa meeting [tak formal]

terus saya tulis [sebenarnya untuk catatan diri sendiri....nanti dah tak payah nak tanya2 orang dah]

sebab diketika itu dah ada orang lain menulis...[hahaha selamat lah kononnya]...

semasa meeting saya ada beberapa pertanyaan, dan plan B, C dan sebagainya....

ermmm kamu S/U tuk program ni ya...

??????????....................

yang lain semua menyokong... tapi ada seorang yang saya tengok seperti tak puas hati....[hahahaha tak baiknya buruk sangka].....

3 hari di sana... 2 program saya dilantik untuk sebagai SU dan jadi cameragurl tak bertauliah ;-)

bab cameragurl memang saya suka ;-).... tapi amek gambar gitu2 je laaa... sebab sibuk ke sana ke sini huhuhu

terima kasih kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepada saya....

بارك الله في حياتكم في الدنيا والآخرة
minggu lepas, balik ke negeri asal saya...

untuk sama-sama bagi sokongan + pegang sepandok... hehehehe

berkumpul + berjumpa dengan kenalan baru yang ramai... yang dah lama kenal + dah lama tak jumpa, bertambah mengeratkan lagi ukhuwah fillah...

berta'aruf dengan kenalan yang baru...

oohh ooh ohh... kenapa saya masih dipanggil "ADIK"???...

dalam hal ini siapa yang adik dan siapa yang kakak??....

------------------
1st time saya diperkenalkan dengan "kakak-kakak" ini oleh Allahyarhamhumah.. ini kakak ****, ini kakak *****..... sebenarnya saya kena panggil mereka dengan panggilan makcik, aunt dan seangkatan dengannya... tetapi kebiasaan yang sudah agak kekok + selalu tersasul untuk panggil mereka dengan panggilan "makcik", dan mereka pon membahasakan diri mereka dengan panggilan "kakak"... hehehe... pabila bercampur dengan orang yang lebih muda dari saya... ya kekadang mereka membahasakan diri mereka sebagai "ummi" dengan saya...

ok...

ummi pun ummi laaaa.....

cuba juga untuk ubah panggilan terhadap mereka...

selalu tersalah jer.... heheheheh

jadi nak panggil pun dah jadi lambat...

hahahaha

--------------
ok, berbalik kepada hal tadi...

sesi ta'aruf.........

bermula dengan saya, kerana saya duduk di sebelah kanan ;-)

nama bla bla bla
belajar di bla bla bla...........

ada soalan?...... ;-)

ermm umor?.... [soalan biasa]

oh [senyum]... umur saya? teka?.... hehehe

22?

24?

25??

ermmmmmm.....

ok umor saya.....

-----------

sudah tahu umor saya berapa, dan dah tahu siapa yang adik dan siapa yang kakak...

tapi saya tetap di panggil "adik" oleh seorang adik yang jauh lebih muda dari saya.... hairan????

kalo dia tak panggil adik, dia akan panggil saya dengan nama saya sahaja...

kenapa? adakah dia rasa segan + rasa sepertinya saya ni.... entah laaa

dah beberapa kali saya cakap, saya ni kakak, okey....

sehinggalah saya pulang ke sekolah.... dia tetap panggil saya dengan adik atau nama sahaja...

sabau je laaaaaaa.....

again??? ADIK...... hadey...

rasa kekok pabila dipanggil "adik" oleh seorang adik yang berumur jauh lebih muda dari saya... ya muda 6 tahun dari saya....

hadey...
baca yang berkaitan sengget....

main 100 hengget... hadey....

makan banyak.....

keja sekolah tak buat-buat lagi... dah nak masuk 3 minggu dah ni, tak pi jumpa cikgu lagi...

pabila baca... dah tak tau nak tulis macam mana plak...

hadey....


rajin rajin + semangat.....

chai yok!!! ;-)
buat + amalkan

Marriage is a school

Marriage is a school where you get the certificate before you start. 

A school where you will never graduate. 

A school without a break or a free period. 

A school where no one is allowed to drop out.

A school which you will have to attend every day of your life.

A school where there is no sick leave or holidays.

A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love,
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance,
4. The windows made of understanding.
5. The furniture made of blessings.
6. The roof made of faith.

Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.

Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.

Remember this school is the safest place to be.

Never go to sleep before completing your assignments for the day.

Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.

If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together.

Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school).

Start each day with a sacred assembly and end it the same way.

Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.

When tempted to quit find the courage and continue.

Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear.

Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day.

Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject.

After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it.

To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all.

Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class, or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam.

It is you who should attend and it is you who will pass.

Its your choice today:” build it or break it”. 


Sumber: Dr. Halina

Monday 4 November 2013

FB : Dr Abu Anas Madani (Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman)

Muharram 1435H Tiba.

بسم الله الرحن الرحيم
Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat. Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan? Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan... 
Ramai daripada kalangan masyarakat yang bertanya:

❓ Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram, dan ganjaran orang memperingatkan tentang muharram?

Ada beberapa perkara yg agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram. 
Antaranya, hijrah Rasulullah saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.

➡HIJRAH:
Hijrah Rasulullah saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ulAwwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram. 
Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."
Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

➡DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'
Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber. 

Tiada dalam kitab2 hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil.
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.

➡CATATAN AMALAN
Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.

Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya : 
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

➡ BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu. 
Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan2 lain.
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan rejab..."
Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu). 
Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Kesimpulan :
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
والله اعلم .

(AAM, Madinah 29 Zulhijjah 1434H)