Friday 30 August 2013

Tafsir Surah An-Nur: Bahagian 4: ayat 3

Ayat 3:
Ayat ini membincangkan tentang zina


الزَّانِي لا يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: "Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman".

الزَّانِي : Kalimat ini merupakan (dalam bahasa Arab) جملة اسمية (jumlah ismiyyah); pelaku yang melakukan zina yang berterusan dan tidak berkahwin atau tidak mahu (tidak ada keinginan untuk) berkahwin.
الزَّانِي Orang yang melakukan zina yang berterusan (sentiasa berada dalam keadaan berzina); hanya cenderung dengan orang yang seumpama dengannya atau yang lebih teruk darinya. 
الزَّانِي ini tidak akan berkahwin kecuali .........

لا يَنكِحُ : - tidak ingin 
                 - tidak layak 
                                       untuk berkahwin dengan perempuan yang solehah.
لا يَنكِحُ : tidak ingin / tidak layak berkahwin = [mereka tidak mahu barkahwin; tidak ada rasa untuk berkahwin, bagi mereka apabila boleh melakukan zina (boleh melaksanakan hajat mereka dengan melalui zina) kenapa perlu berkahwin?... mereka tidak mahu adanya 'akad (memberi komitmen dalam perkahwinan yang sah)].
                  
لا يَنكِحُ : hanya berkeinginan (untuk berkahwin) dengan perempuan sepertinya (perempuan yang berzina atau perempuan musyrikah).

Perkahwinan bagi perempuan yang solehah dan bertaqwa berbeza dibandingkan dengan perempuan yang sering melakukan zina atau perempuan musyrikah, bagi mereka berkahwin ataupun tidak sama sahaja.

لا يَنكِحُ
1. Lelaki yang (berterusan) berzina berkahwin dengan perempuan yang solehah (yang menjaga kehormatannya) dan 'akad nikah; maka 'akad nikah tersebut tidak sah. Mereka ini tidak ada perasaan atau kecenderungan kepada wanita yang suci dan baik akhlaknya untuk berkahwin (tidak ada 'akad nikah). 
[Dr. Sofiah]

2. Imam At-Thabary menyatakan: لا يَنكِحُ ini bermaksud لا يَزْنِي : tidak akan berzina kecuali dengan wanita yang berzina atau wanita musyrikah.  Kerana selepas ayat 
الزَّانِي لا يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ
disambung dengan  وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman".

Adakah lelaki yang berterusan melakukan zina akan ada 'akad nikah dengan wanita yang baik yang menjaga kehormatannya dan juga bertaqwa?....

Imam AT-Thabary: وَحُرِّمَ ذَلِكَ ;  
ذَلِكَ di sini bermaksud "zina". 

3. Sebahagian dari Ulama mengatakan kalimat عقد النكاح  لا يَنكِحُ 
Tidak sah berkahwin seorang lelaki yang berzina (yakni yang berterusan melakukan zina) kecuali dengan wanita yang (berterusan) berzina atau wanita musyrikah. Lihat surah al-Mumtahanah, ayat 10; di mana ayat ini diturunkan setelah perjanjian hudaibiyyah.

ﮧ  ﮨ  ﮩ  ﮪ   ﮫ  ﮬ       ﮭ  ﮮ  ﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯕ  ﯖ  ﯗ   ﯘ  ﯙ  ﯚ   ﯛ  ﯝ  ﯞ  ﯟ  ﯠ  ﯡ      ﯢ  ﯣ  ﯤ  ﯦ   ﯧ   ﯨ  ﯪ    ﯫ  ﯬ  ﯭ  ﯮ  ﯯ         ﯰ  ﯱ   ﯳ    ﯴ  ﯵ  ﯶ     ﯷ  ﯸ  ﯹ  ﯺ  ﯻ  ﯼ   ﯾ   ﯿ  ﰀ  ﰂ    ﰃ  ﰅ  ﰆ  ﰇ  ﰈ  الممتحنة: ١٠

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan mukmin datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka; jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir (suami-suami mereka). Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tidak halal bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami) mereka mahar yang telah mereka berikan. Dan tidak ada dosa bagimu menikahi mereka apabila kamu bayarkan kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (pernikahan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta kembali mahar yang telah kamu berikan; dan (jika suaminya tetap kafir) biarkan mereka meminta kembali mahar yang telah mereka bayarkan (kepada bekas isterinya yang telah beriman). Demikianlah hukum Allah yang ditetapkan-Nya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana".          [al-Mumtanahan: 10: 60]

    Ibn Jarir meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan pada saat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam tengah berada di kawasan Hudaibiyyah, iaitu ketika beliau bersepakat bahawa jika ada di antara penduduk Mekah yang datang kepadanya maka beliau akan mengembalikannya kepada mereka. Akan tetapi, yang datang ternyata adalah wanita. Allah kemudian membatalkan perjanjian antara Rasul-Nya dengan orang-orang musyrik tersebut, khususnya dalam masalah wanita mukminah di mana Allah melarang beliau untuk mengembalikan mereka kepada orang-orang musyrik (suami-suami mereka). Ketika itu, Allah turunkan ayat ini.
  Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa ketika Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam membuat kesepakatan damai dengan orang-orang kafir Quraisy di Hudaibiyyah, datanglah beberapa wanita mukminah kepada beliau sallahu 'alaihi wasallam mengadu akan hal mereka, di mana suami mereka yang masih kafir meminta dikembalikan isteri mereka kepada mereka. 
    
فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنَاتٍ : "jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman" ; Wajib pastikan adakah mereka ikhlas kerana Allah. Ketika berlakunya hijrah ke Madinah; ada sebahagia wanita (yang sudah berkahwin) yang turut sama berhijrah, dikhuatiri mereka berhijrah bukan kerana Allah tetapi kerana hendak melarikan diri dari kesusahan dan penderitaan hidup. Jadi wajib pastikan adakah mereka benar ikhlas kerana Allah. Mereja benar ikhlas kerana Allah, maka jangan pulangkan mereka kepada suami-suami mereka yang masih kafir فَلا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى الْكُفَّارِ.

  Orang yang sering melakukan zina, dia telah mencampakkan dirinya ke dalam kegelapan dan kegelapan, kerana kejahatan merupakan kegelapan. Jadi bagaimana kita hendak menariknya keluar dari kegelapan itu?... Jadi dengan cara sebatan/ pukul (hukum yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'alaDengan pukulan itu, akan membawa kembali cahaya keimanan kepada si pelaku zina dari terus berada di dalam kegelapan, dan juga dapat menghilang rasa ketagihan zina. 
    Lelaki yang berzina kebiasaanya tidak ingin dan tidak layak berkahwin dengan perempuan yang baik dan terhormat, melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrikah; dan demikian juga perempuan yang berzina itu pula lazimnya tidak layak dan tidak ingin berkahwin dengannya malainkan lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang untuk orang yang beriman. 
    Ar-Razi menyatakan: "Bahasa yang paling tepat dalam menafsirkan maksud ayat ini (surah an-Nur: 3) ialah; bahawa seorang fasiq yang buruk akhlaknya, hanya layak berkahwin dengan seorang fasiq yang setaraf dengannya atau lebih hina daripadanya, dan memang tidak ingin berkahwin kecuali dengan perempuan yang setaraf dengannya, dan tidak ingin berkahwin dengan perempuan yang solehah yang baik-baik; manakala seorang perempuan yang fasiq dan buruk akhlaknya tidak diingini oleh lelaki yang soleh yang baik-baik, bahkan lelaki soleh selalunya mengelak dan menjauhkan diri daripada perempuan jenis itu, yang inginkan perempuan jenis ini ialah orang lelaki yang fasiq atau musyrik.
     Maksud bahagian akhir dalam ayat ini وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ialah:
  1. Zina itu diharamkan ke atas orang beriman, kerana zina itu suatu perbuatan yang sangat keji dan hina. 
  2. Diharamkan ('akad nikah itu diharamkan bagi penzina lelaki) kepada para penzina samada lelaki atau perempuan berkahwin dengan orang baik-baik ialah kerana ianya boleh membawa akibat dan bahaya yang sangat besar. [Pendapat Abu as-Su'ud dan Imam al-Qurthubi]

Thursday 29 August 2013

Zina Itu Hutang

عفوا تعف نساءكم في المحْرَمِ ****وتجنبـوا مـا لايليق بمسلـم

Maaf, jaga kehormatan para wanita yang menjadi mahram kalian *** Jauhilah segala apa yang tidak layak 

dilakukan seorang muslim.


إن الزنـا دين إذا أقرضــته **** كان الوفا من أهل بيتك فاعلم


Sesungguhnya zina adalah hutang. Jika engkau berhutang *** Tebusannya adalah pada anggota keluargamu. 


Fahamilah!

من يزنِ في قوم بألفي درهم **** في أهله يُـزنى بربـع الدرهم

Sesiapa yang berzina dengan wanita lain dan membayar 2000 dirham *** boleh jadi ahli keluarganya akan 

dizinai dengan harga ¼ dirham



من يزنِ يُزنَ به ولو بجـداره **** إن كنت يا هذا لبيباً فـافهـم


Sesiapa yang berzina akan dibalas dizinai, meskipun dengan tebusan tembok *** Jjika kalian orang yang 

bijak, fahamilah hal ini.



ياهاتكا حُـرَمَ الرجال وتابعـا**** طرق الفسـاد عشت غيرَ مكرم



Wahai mereka yang merampas kehormatan keluarga seseorang *** dan menyusuri jalan maksiat. Anda 

hidup tanpa kemuliaan.



لو كنت حُراً من سلالة ماجـدٍ**** ما كنت هتـّـاكاً لحرمة مسلمِ



Jika anda benar-benar bebas daripada belenggu pengikat *** tidak selayaknya engkau mencabut 
kehormatan seorang muslim.





[Diwan al-Imam al-Syafie]

share dari FB Ustaz Masri

Tuesday 27 August 2013

دعـــــاء يشرح الصدر


{ يارب }
لقد ضعفت ولا غيرك يقويني ..!
لقد يئست ولم أفقد فيك يقيني ..!
لقد ضللت ولا سواك يهديني ..!
لقد غرقت وأنت وحدك منجيني ..!
{ يارب }
ارحمني في لحظة ضعفي ..!
و ابعد عني شيطاني ونفسي ..!
و اهدي لي قلبي وعقلي ..!
و اغفر لي خطيئتي ويأسي ..!
{ يارب }
إلى من أشكي وأنت موجود ..!
و لمن أبكي وبابك غير مردود ..!
و من أدعو وأنت فقط المعبود ..!
و من أرجو ورجائي فيك غير محدود ..!
{ يارب }
اجعل عفوك عني دائم ..!
و رضاك علي قائم ..!
و اجعلني عن الذنوب نادم ..!
و لباب توبتك قائم ..!
{ اللهـّم }
و لا تُصعب لي حاجة ..!
و لا تُعظم علي أمراً ..!
{ اللهـّم }
لا تحني لي قامة ..!
و لا تكشف لي سترا ..!
و لا تفضح لي سرا ..!
{ اللهـّم }
ان عصيتك جهرا فاغفرلي ..!
و ان عصيتك سرا فاسترني ..!
{ اللهـّم }
لا تجعل مصيبتي فى ديني ..!
و لا تجعل الدنيا أكبر همي ..!
{ اللهـّم }
لا تجعل ابتلائي فى جسدي ..!
و لا فى مالي ..!
و لا في اهلي ..!
{ اللهـّم }
لا تُمكن مني حاسد ..!
و لا تُفرح بسقوطي اعدائي ..!
{ اللهـّم }
إغنني بحلالك عن حرامك .

Dari: Dr 'Aidh Al-Qarni

Saturday 24 August 2013


Bahagian 7 (3): Surah an-Nur 14- 17

Islam sangat menjaga nasab keturunan dan juga maruah seseorang, sebab itulah Allah sangat mencela kepada siapa yang turut serta membicarakan dan juga menyampaikan fitnah. Fitnah boleh menyebabkab maruah seseorang akan tercemar dan dipandang hina. Dalam Islam terdapat lima perkara yang wajib dititikberatkan; iaitu maqasid syari'ah.

Lima ciri Maqasid Syari'ah:
1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen); jauhi dari melakukan perkara-perkara syirik terhadap Allah subhanahu wa ta'ala.
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah); jangan melakukan penganiayaan terhadap sesama manusia.
3) Memelihara akal (Hifzu al-'Aqli); 
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab); untuk menjaga nasab: menjauhkan diri dari terlibatkan dengan perkara-perkara yang akan merosakkan nasab. 
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal); amanah.

*Nasab akan dikira sah sekiranya kahwin itu sah.

Dalam ayat 1 surah  an-Nur:
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya: "Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat".

Kenapa Allah memerintahkan wajib melaksanakan hukum-hukumNya? Kerana untuk menjaga kebaikan dan keharmonian nasab; (yang akan menyebabkan kehancuran dan tercemarnya nasab seseorang).

Ayat 14:
وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: "Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana pembicaraan kamu tentang berita bohong itu".
 فَضْلُ: Allah subhanahu wa ta'ala memberitahu bahawa Saidatina 'Aisyah adalah suci dan Allah memberi rahmat kepadanya.
لَمَسَّكُمْ فِي: Balasan dari Allah (bagi orang yang membuat fitnah), bukan sahaja di akhirat, tetapi Allah akan membalasnya di dunia lagi, iaitu tidak mendapat rahmat dari Allah.
أَفَضْتُمْ: diambil dari kata إِفَاضَ: keluasan dalam sesuatu, atau melakukan sesuatu tidak berhati-hati dan tanpa berfikir terlebih dahulu. Kata asalnya فَاضَ : melimpah. Jika seseorang menuang air yang banyak ke dalam bekas yang kecil, maka air itu akan melimpah keluar. [Tafsir al-Misbah, V. 9: 302] 
     Ayat ini menilai kaum mukminin telah malampaui batas dalam hal penyebaran berita palsu tersebut. Melampaui di sini bermaksud; secara hakiki iaitu mereka yang benar-benar secara langsung membicarakannya dan juga mempertanyakannya (berita palsu/fitnah), atau secara majazi mereka diam, tidak ikut menyatakan keraguan tentang hal tersebut. Ini mengisyaratkan bahawa betapa buruk dan teruknya kesan pembicaraan itu, sehingga tidak patut untuk diucapkan.
    Imam al-Qurthubi menyatakan: "Ini adalah teguran keras dari Allah subhanahu wa ta'ala kepada orang yang telah melibatkan diri yang turut memburukkan suasana dan membuat fitnah itu, bahawa dengan rahmat Allah subhanahu wa ta'ala jualah kamu tidak ditimpakan bala bencana serta-merta di dunia ini, dan masih bersedia memberi rahmat di akhirat kelak kepada orang yang segera bertaubat dan menyesali perbuatan buruk itu. (Al-Qurtubi, 12:203)

Ayat 15:
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Maksudnya: "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, (menyebarluaskan berita itu dari mulut ke mulut) dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; (samada ianya benar atau palsu) dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, (yang kalaupun tidak benar hanya akan menyebabkan orang yang berbuat demikian terkena dosa kecil sahaja) pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya (kerana ia akan melibatkan tercemarnya lehormatan orang yang beriman".

 تَلَقَّوْنَهُ: asal dari perkataan وَلَقَ اللِّسَان: yang bererti dusta yang sentiasa dilakukan oleh pendusta.
أَلْسِنَتِكُمْ: adalah bentuk jamak dari kalimat لِسَان: lidah. Mempunyai dua maksud:
  1. Lidah merupakan salah satu organ yang berada dalam mulut yang digunakan untuk menjilat, merasa, mengecap dan juga berkata-kata.
  2. Lidah: tempat keluarnya kalam/ bahasa.
أَلْسِنَتِكُمْ yang digunakan (dalam ayat ini) adalah untuk menggambarkan keburukan ucapan-ucapan (fitnah) yang mereka sendiri ucapkan dengan lidah yang merupakan organ tubuh dan dengan bahasa yang jelas. Dan ucapan yang mereka ucapkan itu tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Kemudian diikuti pula perkataan أَفْوَاهِكُم (jamak dari perkataan فَمmulut); di samping untuk mengukuhkan lagi makna kata lidah

     Al-Kilbi menyatakan bahawa Allah subhanahu wa ta'ala menegur dan mencela mereka kerana tiga hal:
  1. Sikap membisikkan masalah ini dari mulut ke mulut.
  2. Ikut menyebarkan dan memberi ulasan buruk mengenainya.
  3. Memandangnya sebagai suatu masalah kecil dan sampingan sahaja, sedangkan ianya suatu masalah yang besar di sisi Allah ta'ala.
    Perbuatan ikut menyebarkannya dari mulut ke mulut, bukan daripada hati ke hati itu ialah kerana tidak tahu hakikatnya yang sebenar.

*Kisah terjadinya fitnah terhadap Saidatina 'Aisyah yang dileparkan oleh orang munafik, ketika di mana mereka (kumpulan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam) berhenti untuk berehat setelah pulang dari peperangan Muraisi (perang Banu Al-Musthalaq). Di mana Saidatina 'Aisyah ditinggalkan rombongannya kerana beliau pergi mencari kalungnya yang tercicir, apabila beliau kembali ke tempat penginapan tadi, rombongannya telah tidak, jadi 'Aisyah terus menunggu di situ; kerana (kebiasaan masyarakat Arab dahulu) mereka akan menutuskan seseorang untuk memastikan apakah tidak ada yang tertinggal. Beberapa waktu kemudiannya, lalu Sofwan di kawasan tersebut dan mendapati Saidatina 'Aisyah berada di situ. Sofwan tidak berkata apa-apa bila mana beliau melihat Saidatina 'Aisyah tertidur di bawah sepohon pokok. Dia hanya berkata:
 إنا لله وإنا إليه راجعون
Kemudian beliau menundukkan untanya untuk Saidati 'Aisyah menaiki untanya. Apabila sampai di Madinah dan ketika itu hari sudah siang (tengah hari, (tengah hari merupakan semua orang ada; tidak tidur yakni bekerja). Di situlah musuh (orang munafiq) menggunakan "senjata" mereka untuk membuat fitnah dan memburukkan keluarga Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika itu Abdullah bin Ubay bin Salul nampak dan kemudiannya dia menyebarkan pembohongan tersebut.

Sifat orang munafiq; iaitu sentiasa mencari ruang untuk melemahkan Islam.

Ayat 16:
وَلَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: "Dan sepatutunya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata, "tidaklah layak bagi kami memperkatakan hak ini,", Maha Suci Engkau (ya Allah daripada mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam). Ini adalah usta yang besar".
Lidah: 
  • Untuk bercakap; suatu info yang dikumpulkan dari otak dan lidah, kemudian lidah ditugaskan untuk menyebarkannya.
  • Tidak sepatutnya digunakan untuk berkata-kata tentang hal ini (fitnah), kerana ini adalah suatu pembohongan yang nyata.
 إِذْ سَمِعْتُمُوهُsemasa kamu mendengarnya, kemudian diikuti kalimat قُلْتُم kamu segera berkata, untuk mengisyaratkan bahawa besarnya kesan buruk peristiwa serta apa yang mereka dengarkan itu, seharusnya apabila mereka mendengarkannya pada saat itu terus mereka membantahkannya/menolak berita bohong tersebut.

    Ayat ini adalah lanjutan daripada teguran kepada sikap orang beriman dalam menghadapi peristiwa fitnah ini. Maksudnya; sepatutnya kamu memberi reaksi awal menolak berita palsu ini dengan mengatakan Subhanallah! Sesungguhnya tidak layak sama sekali berita ini disebarkan kerana mustahil seorang isteri kepada Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam melakukan perkara sekeji ini.

*Sikap yang perlu ada dalam diri kita:
  1. Bersangka baik.
  2. Sentiasa berkawan dengan orang yang lebih baik daripada kita, ini merupakan dorongan untuk kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.
  3. Sekiranya terdapat sesuatu khabar/ berita yang palsu, jangan terus menyampaikannya.
  4. Khabar yang tidak baik, sepatutnya kita tidak mendengarkannya.

Ayat 17:
يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَن تَعُودُوا لِمِثْلِهِ أَبَدً ا إِن كُنتُممُّؤْمِنِينَ
Maksudnya: "Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jikalau betul kamu orang yang beriman, (kerana sikap seperti itu tidak sesuai dengan orang yang beriman)".

   Ayat ini merupakan ulasan terhadap peristiwa fitnah kepada Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
يَعِظُكُم /  تَعُودُوا : kedua-dua perkataan ini merupakan فعل المضارع, merupakan fe'il yang perbuatannya sentiasa berlaku.
 يَعِظُكُم : Allah sentiasa berpesan kepada hambaNya. Hal (pesanan) ini berlaku untuk selama-lamanya untuk kita.
 تَعُودُوا: Bahawa Allah memberi peringatan supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu itu.
لِمِثْلِهِ: seumpama ini; sangka buruk/ fitnah. Adapun dalam ayat 11 surah an-Nur, merupakan sangkaan yang baik; hendaklah sentiasa bersangka baik kepada saudara kita; di mana hal ini telah dicontohi oleh Abu Ayub dan Ummu Ayub apabila mereka mendengar khabar berita palsu terhadap Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha. Dan dalam ayat 15 surah an-Nur; Allah mencela kepada mereka yang bersangka buruk; terdapat tiga perkara:
  1. Membisikan sesuatu dari mulut ke mulut. (Sepatutnya kita jangan menyampaikan sesuatu khabar berita yang belum jelas).
  2. Ikut menyebarkan dan menambahkannya.
  3. Atau turut memandangkan hal (berita palsu/ fitnah) ini suatu perkara yang kecil. Firman Allah yang bermaksud: "......dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, (yang kalaupun tidak benar hanya akan menyebabkan orang yang berbuat demikian terkena dosa kecil sahaja)....". [An-Nur: 15] 
Suatu malam, di mana Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam berjalan dengan isterinya di malam yang samar-samar, di ketika itu, lalu sahabat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan melihat mereka (Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan isteri baginda). Lalu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memperkenalkan isteri baginda kepada sahabat - "bahawa ini adalah isteriku". 

Kenapa Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memperkenalkan kepada sahabat? Kalau baginda tidak perkenalkannya pun sudah tentu sahabat tahu bahawa perempuan yang berjalan dengan baginda itu adalah isterinya... Tetapi ini adalah satu contoh di mana untuk mengelak dari -sekiranya- akan berlaku sangka buruk, dan ini merupakan contoh yang diajarkan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam kepada kita.

Nasihat:
*Apabila mendengar khabar buruk - terus menolak dan jangan mempercayainya. Tapi bagaimana cara untuk menolak khabar buruk tersebut?
  • Kenal dan tahu bagaimana kehidupan orang yang difitnah itu dan dengan siapa dia bergaul dan berkawan. Dalam kes ini; cuba kita lihat siapa Saidatina 'Aisyah... logikkah sekiranya dia yang melakukannya?... tak masuk akal bukan?...
  • Sekiranya khabar yang kita dengar itu benar, nasihatilah dia dengan cara yang baik, bukan dengan cara turut menyebarkan keburukan tersebut. 
*Untuk mendapat sangka baik; hendaklah berusaha untuk saling ingat mengingati ke arah kebaikan.
*Jangan mewujudkan prasangka buruk; samada terhadap diri sendiri atau yang lain.
*Keburukan mestilah dibanteras, tetapi dengan cara berhikmah.

Sifat orang yang beriman: adalah sentiasa mengajak kepada kebaikan.

الفرق بين كلمتي: الحية والثعبان


إعجاز لغوي في القرآن الكريم

:الفرق بين كلمتي " الحية والثعبان" ـ هناك فرق بين كلمتي

:الحية والثعبان

.الحية: تطلق على الصغير، بينما يطلق الثعبان على الكبير المخيف


:انظر كيف كانت دقة القرآن التى إعجزت العرب..حينما استخدم الكلمتين

:الموقف الأول
.عندما كان موسى سائراً بأهله ليلاَ فأبصر ناراً وجاء ليستأنس بها فناداه الله أن يلقي عصاه
:قال الله تعالى في القرآن
ﮌ  ﮍ   ﮎ  ﮏ  ﮐ  ﮑ  ﮒ  ﮓ  ﮔ  ﮕ  طه: ١٩ - ٢٠

.هذا منلسب لسيد موسى لأن المطلوب أن يرى معجزة وليس المطلوب أن يخاف منها، لذلك تحولت العصا إلى حية صغيرة

:الموقف الثاني
.عندما ذهب موسى إلى فرعون فطلب منه فرعون الدليل على صدق رسالته من الله تعالى فألقى موسى عصاه
:قال الله تعالى
ﯕ  ﯖ  ﯗ  ﯘ  ﯙ  ﯚ  ﯛ  الشعراء: ٣٢

.فالمطلوب إخافة فرعون لعله يؤمن ويستقين بصدق موسى ... فتحولت هنا إلى ثعبان

:الموقف الثالث
.عندما اجتمع السّحَرة وألقوا حبالهم وعصيهم وسحروا أعين الناس، فألقى موسى عصاه
:قال الله تعالى
  ﯫ  ﯬ  ﯭ  ﯮ  ﯯ  ﯰ  ﯲ  ﯳ  ﯴ  ﯵ   ﯶ  ﯷ الأعراف: ١١٧

لا نجد أي حديث في هذا الموقف عن ثعبان أو حية فلماذا؟ إذا تأملنا الآيات بدقة نجد أن السحرة أو هموا الناس بأن الحبال تتحرك وتسعى، كما قال الله تعالى

ﭝ   ﭞ   ﭟ  ﭡ  ﭢ  ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ  ﭨ  ﭩ   ﭪ طه: ٦٦

وهنا ليس المطلوب أن يخاف الناس بالثعبان، وليس المطلوب أن تتحول العصا إلى حية، بل المطلوب أن تتحرك العصا وتلتهم جميع الحبال والعصِيَ بشكل حقيقي، لإقناع السحرة والناس بأن حبالهم تمثل السحر والباطل، وعصا موسى تمثل الحق والصدق ولذلك يقول الله تعالى

ﯸ  ﯹ  ﯺ  ﯻ  ﯼ          ﯽ  ﯾﯿ   ﰀ  ﰁ   ﰂ  ﰃ  ﰄ  ﰅ   ﰆ  ﰇ         الأعراف: ١١٨ - ١٢١

...رب موسى وهارون سبحان الله العظيم على الدقة المعجزة... حقا لا يمكن احلال كلمة مكان الأخرى في القرآن
ﮓ  ﮔ  ﮕ  ﮖ  ﮗ  ﮘ  ﮙ    ﮚ   ﮛ  ﮝ     ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ فصلت: ٤٢

Boleh jugak lihat di sini; dalam Bahasa Melayu

Thursday 22 August 2013

Bahagian 7 (2): Surah an-Nur ayat 12 & 13

Ayat 12:
Sekiranya mendengar tentang tuduhan atau fitnah, cubalah untuk mengelak dari terjebak dengannya.

لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
Maksudnya: "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, (iaitu tuduhan palsu ke atas 'Aisyah bahawa dia ada melakukan perkara yang tidak baik yang menggemparkan itu), orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang) mereka sendiri, (dan tidak bersikap terburu-buru dan ikut serta melemparkan tohmahan dan tuduhan buruk kepada 'Aisyah yang terkenal sebagai seorang yang bersih dan suci itu) dan berkata, "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata"".

     Ibn Kathir telah menyatakan kandungan ayat di atas merupakan suatu arahan halus sebagai nasihat dan panduan kepada orang beriman dalam menghadapi masalah skandal fitnah yang dilemparkan ke atas 'Aisyah, seorang isteri Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika sebahagian orang bekerja keras untuk menyebarkan berita angin tersebut dan sekaligus ikut memburukkan nama Baginda sallahu 'alaihi wasallam; iaitu mengapa mereka tidak membuat andaian masalah itu dengan diri mereka sendiri terlebih dahulu, iaitu samada perbuatan seperti itu layak atau munasabah dilakukan oleh orang seperti mereka, tambahan pula beliau ('Aisyah) digelar sebagai Ummul Mukminin. 'Aisyah seorang yang terkenal warak dan lebih layak dipandang bersih daripada suatu tohmahan yang jahat itu.

   Ketika berita tuduhan palsu ini tersebar, ada sebahagian di antara kaum muslimin yang berdiam diri, mereka tidak membenarkan dan tidak pula membantah. Ada juga yang membicarakan tentangnya sambil mencari tahu apakah kebenaran khabar tersebut, atau sebahagiannya lihat dengan kehairanan khabar itu, dan ada sebahagiannya yang sejak mula tersebarnya khabar itu mereka tidak mempercayainya dan menyetakan kepercayaan mereka terhadap kesucian Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anh.

لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا: Mengapa pada waktu kamu mendengar yakni berita palsu itu, kamu orang-orang mukmin; lelaki dan perempuan - tidak bersangka baik terhadap saudara-saudara mereka yang difitnah (yang tercemar maruah/ namanya) itu adalah sebahagian dari diri mereka  sendiri, bahkan hal ini berkaitan dengan Rasulullah dan keluarga baginda sallahu 'alaihi wasallam. Mereka cuba membuat andaian kepada diri mereka sendiri. Jika tuduhan itu tidak patut bagi mereka, tentu lebih tidak patut lagi dilakukan oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anh.
 إنها نزلت في أبي أيوب خالد بن زيد الأنصاري وامرأته، رضي الله عنهما، كما قال الإمام محمد بن إسحاق بن يسار، عن أبيه، عن بعض رجال بني النجار; أن أبا أيوب خالد بن زيد قالت له امرأته أم أيوبيا أبا أيوب، أما تسمع ما يقول الناس في عائشة ، رضي الله عنها؟ قال: نعم، وذلك الكذب. أكنت فاعلة ذلك يا أم أيوب؟ قالت: لا والله ما كنت لأفعله. قال: فعائشة والله خير منك
[Tafsir Ibn Kathir: jil. 6: m/s. 27]
     Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Ayub al-Ansari dan isterinya. Suatu ketika Ummu Ayub bertanya kepadanya (Abu Ayub): "Suamiku, apakah engkau tidak mendengar apa yang dibicarakan orang-orang tentang 'Aisyah?" Abu Ayub menjawab: Aku dengar, tapi berita itu bohong. "Apakah kamu turun membicarakannya, hi Ummu Ayub?" Ummu Ayub membalas: "Tidak, demi Allah, aku tidak melakukannya". Abu Ayub berkata: "Demi Allah, 'Aisyah itu lebih baik dari kamu". Inilah yang dimaksudkan oleh ayat di atas; dimana "Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri dan berkata, "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata", seperti yang dikatakan oleh Abu Ayub dan isterinya.
    Ummu Ayub berkata: "Tidak, demi Allah, aku tidak melakukannya". Bermaksud: 'Aisyah itu lebih baik dari aku. Aku pun tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara itu, apatah lagi 'Aisyah.
الْمُؤْمِنُونَ: Abu Ayub
الْمُؤْمِنَاتُ: Ummu Ayub
    Safwan; merupakan salah seorang sahabat Nabi sallahu 'alaihi wasallam yang difitnah oleh Abdullah bin Ubay bin Salul dengan saidatina 'Aisyah. Sofwan tidak pernah berjumpa dengan 'Aisyah kecuali bersama dengan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan berkata Abu Ayub: "Sofwan itu lebih baik daripada aku, dan aku pun tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu, apatah lagi dia.

*Nasihat:
  • Kawan: merupakan sebahagian daripada kita. Sekiranya apa yang kita tidak suka orang buat sesuatu kepada kita, begitu juga sekiranya orang lain buat terhadap sahabat kita.
  • Sekiranya hendak berkawan, berkawanlah dengan orang yang lebih baik yang akan menjadikan diri kita baik, insha Allah.
Ayat 13:
لَوْلا جَاؤُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاء فَأُولَئِكَ عِندَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ
Maksudnya: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta".

Tuduhan yang dilemparkan wajib disertakan/ dibawakan saksi untuk membuktikan tuduhan itu benar atau fitnah.

Bahagian 7 (1): Surah an-Nur ayat 11

Pada mukasurat ini Allah menceritakan tentang kisah fitnah terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha dengan Safwan. Fitnah ini telah di bawa oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, beliau merupakan ketua orang munafiq (زعيم المنافقين).

1. Apakah perasaan seorang bapa tentang fitnah yang dilontarkan kepada anak perempuannya?
2. Apakah perasaan seorang suami tentang fitnah yang dilontarkan kepada isterinya?
3. Apakah perasaan keseluruhan umat Islam bila mana mengetahui tentang tuduhan futnah tersebut (fitnah terhadap isteri kepada seorang Rasul sallahu 'alaihi wasallam)?

Ayat 11:
Mulai ayat ini yang menceritakan fitnah terhadap Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam iaitu 'Aisyah radhiyallahu 'anha, pada awalnyabeliau ('Aisyah) tidak mengetahui, tetapi berita ini telah tersebar ke seluruh kota Makkah.

*Disebalik ujian dan kepayahan yang diuji oleh Allah subhanahu wa ta'ala, terdapat kemanisan.
Persoalan:
Apa yang berlaku pada keluarga Abu Bakr apabila berlakunya penyebaran fitnah ini terhadap anak perempuannya ('Aisyah)? Ini adalah bahawa Allah subhanahu wa ta'ala telah memilih keluarga ini untuk diuji, Abu Bakr merupakan seorang sahabah yang disegani, dan apakah pendirian umat Islam terhadap hal ini?, kemudian Allah subhanahu wa ta'ala  menurunkan wahyuNya dan dibaca serta dirakamkan dalam al-Quran.

 ﭽ ﭑ       ﭒ  ﭓ    ﭕ  ﭖ  ﭘ  ﭙ  ﭚ  ﭛ  ﭝ  ﭞ   ﭟ  ﭠ  ﭢ    ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭪ  ﭫ   ﭬ    ﭭ  ﭮ     ﭯ  ﭰ    
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka itu buruk bagu kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu  dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di kalangan mereka, akan beroleh seksa yang besar".

إِفْكٌ عَظِيْمٌ : وَبِالإِفْكِ : Berita yang amat dusta/ yang sangat besar dustanya...

بَل هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ : bahkan ia baik bagi kamu(Allah telah menurunkan wahyu dan menyucikan nama baik keluarga Abu Bakr as-Siddiq).
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ"Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu...":
  • Siapa yang mendengarkannya yakni fitnah yang dilemparkan kepada Saidatina 'Aisyah, dan dia tidak berkata apa-apa, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan/ hukuman.
  • Tetapi apabila mereka juga bercampur yakni turut juga bercakap atau menyampaikannya, maka akan mendapat balasan atau hukuman.
  • Dan bagi orang yang membawa dan menyebarkan fitnah tersebut akan mendapat dosa yang besar.
'Itibar yang boleh diambil: jangan sesekali kita menyebar atau mencampur aduk dengan fitnah yang berkaitan dengan maruah seseorang. Islam sangat menjaga dan menitikberatkan maruah sesama insan.

Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu, iaitu menyebarkan fitnah bahawa Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha isteri Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam telah melakukan perbuatan keji dan sumbang dalam rangkaian peristiwa yang dikenal dengan "cerita dusta yang sangat besar" ialah segolongan dari kalangan kamu; yang dipimpin oleh ketua munafiq* iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Janganlah kamu menyangka berita dusta itu buruk bagi kamu wahai keluarga Abu Bakr, bahkan ia baik bagi kamu kerana dengan sebab itulah turunnya wahyu khusus untuk menyatakan kesucian Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha daripada tuduhan dan dengan sendirinya tertolah berita palsu tersebut. Turunnya wahyu khusus itu meruoakan kehormatan yang tidak ternilai tingginya kerana ianya menjadi catatan abadi sepanjang sejarah hidup manusia. Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di kalangan mereka, iaitu 'Abdullah bin Ubay bin Salul akan beroleh seksa yang besar samada di dunia dan di akhirat. Kabajikan untuk Saidina Abu Bakr as-Siddiq terdapat lima bahagia:
  1. Membersihkan nama Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
  2. Penghormatan Allah subhanahu wa ta'ala kepadanya ('Aisyah) dengan menurunkan wahyu khusus mengenai dirinya.
  3. Pahala besar untuknya kerana terlibat dalam fitnah dan berita angin palsu tersebut.
  4. Menjadi suri tauladan dan ikhtibar bagi orang yang beriman.
  5. Balasan paling buruk untuk pendusta yang menyebarkan berita palsu.
*Munafiq: Sebenarnya mereka itu kafir, tetapi berselindung disebalik nama Islam. Menzahirkan iman serta menyembunyikan kafir.

15 Syawwal 1434H