Wednesday 4 May 2016

Keistimewaan Saidina Omar al-Khattab RA

Oleh: Ustaz Salman Ali

Antara keistimewaan Saidina Omar al-Khattab R.A.: Allah merurunkan ayat dalam al-Quran dan taurat yang sesuai perkataannya.
Saidina Ali mengucapkan:
كنا نقول: إن في القرآن لكلاماً من كلام عمر، ورأياً من رأيه، رضي الله عنه وأرضاه.
Kami dahulunya mengucapkan: Sesungguhnya didalam al-Quran, ada perkataan dari kalam Omar dan pandangan dari pandangannya. Allah meredoinya.
Apabila Rasulullah berkrisis dengan Aisyah serta Hafsah, Umar datang menemui baginda sambil mengkhabarkan
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا يَشُقُّ عَلَيْكَ مِنْ شَأْنِ النِّسَاءِ فَإِنْ كُنْتَ طَلَّقْتَهُنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مَعَكَ وَمَلَائِكَتَهُ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَأَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَالْمُؤْمِنُونَ مَعَكَ
Wahai Rasulullah, janganlah engkau menjadi tidak tenteram disebabkan urusan isteri-isteri. Andaikata engkau menceraikan mereka sesungguhnya Allah bersamamu. Demikian juga para malaikat, Jibril , Mikail , aku , Abu Bakr dan orang beriman.(h.r Muslim)
Kemudian dari itu, Allah menurunkan ayat.
إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (4)al-Tahrim
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (untuk menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling berkonfrantasi keatasnya, (maka ketahuilah ) sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; demikian juga Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan mukminin dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
Salim Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Kaab al-Ahbar (pakar kitab-kitab terdahulu) mengucapkan
ويل لملك الأرض من ملك السماء
Celakalah keatas pembesar dibumi dari raja langit.
Lalu Omar menambah:
إلا من حاسب نفسه
Melainkan sesiapa yang menghituang (amalan) dirinya
Kata Kaab al-Ahbar:
والذي نفسي بيده إنها محبرة في التوراة كما قلت
Demi Dzat yang jiwaku berada digenggamannya, sesungguhnya tertulis dengan pena didalam taurat persis ucapan engkau.
Lalu Omar turun sujud kepada Allah..
(R: Al-Askari:al-mawa'idz, Uthman al-Darimi: radd jahmiah, al-Khara'iti: al-syukr)

Tuesday 3 May 2016

Manis Lidah

Manis Lidah!

Hadis yang patut DIBERI PERHATIAN TINGGI oleh semua ilmuwan dan pendakwah kerana Nabi Salla Allahu 'alaihi wasallam risau muncul kumpulan ini iaitu
كل منافق عليم اللسان
Erti : Setiap munafiq namun alim lisannya.
[Riwayat Ahmad: Hadis Sahih].

Ia adalah satu hadis yang cukup mendebarkan jiwa wajar menarik setiap diri bermuhasabah.
Seti
Berdoa agar kita tidak tergolong dari kalangnya.

Berikut huraian Imam Al-Munawi:
أي كثيرَ علم اللسان، جاهلَ القلب والعمل، اتخذ العلم حرفة يتأكل بها، ذا هيبة وأبهة، يتعزز ويتعاظم بها، يدعو الناس إلى الله ويفرُّ هو منه، ويستقبح عيب غيره ويفعل ما هو أقبح منه، ويظهر للناس التنسك والتعبد ويسارر ربه بالعظائم، إذا خلا به ذئب من الذئاب، لكن عليه ثياب، فهذا هو الذي حذر منه =النبي= صلى الله عليه وسلم هنا، حذرا من أن يخطفَك بحلاوة لسانه، ويحرقَك بنار عصيانه، ويقتلك بنتن باطنه وجنانه
ERTI: iaitu banyak ilmu dan cekap menyampaikannya tetapi hatinya jahil dan amalan tiada. menjadikan ilmu hanya sebagai suatu kerjaya mencari makan dengannya..
DIA mengajak manusia kepada Allah swt tetapi dia sendiri lari dari Allah (tidak beramal), mendedahkan keaiban orang lain tetapi melupakan keaiban diri sendiri. Menzahirkan ibadah dan amal di hadapan manusia tetapi apabila bersendirian melakukan dosa besar ....

MUHASABAH DIRI.

#uzar, 2/5/2016.

Monday 2 May 2016

Tidur dalam Keadaan Suci

TIDUR DALAM KEADAAN SUCI.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ ، فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلا قَالَ الْمَلَكُ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلانٍ ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا
Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan tidur dalam pakaiannya. Tidaklah dia bangun daripada tidur melainkan malaikat itu akan berkata: Ya Allah, ampunilah hamba Mu si fulan, sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan suci.

[Sahih Ibn Hibban, Kitab at-Thaharah, Bab Fadhli al-Wudhu, hadis no: 1051]

Oleh itu hendaklah kita berwudhu sebelum tidur. Bagi mereka yang berjunub sebelum tidur pula, terdapat pilihan sama ada untuk berwudhu atau mandi wajib.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ، رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . فَذَكَرَ الْحَدِيثَ
Daripada 'Abdullah bin Abu Qais: Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah radiallahu 'anha tentang witir Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau menyebutkan hadisnya.

قُلْتُ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِي الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ
Aku bertanya lagi: Bagaimana yang baginda lakukan ketika junub? Adakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi?

قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ . قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الأَمْرِ سَعَةً .
'Aisyah menjawab: Semua itu ada baginda lakukan. Kadangkala baginda mandi lalu tidur. Kadangkala baginda berwudhu' lalu tidur. Aku berkata: Segala puji bagi Allah yang menjadikan hal ini luas.

[Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, Bab Jawaz Nawm al-Junb Wa Istihbab al-Wudhu Lahu..., hadis no: 307]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |