Bahagian jahat dalam otak manusia
Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline
BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline
link: http://www.sinarharian.com.my/global/bahagian-jahat-dalam-otak-manusia-1.131904
Sepertimana Firman Allah:

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

Maksudnya:
                   Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (Al-’Alaq 96:16)

    Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut bersalah sedangkan ia tidak berbuat salah?
Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahawa tugas bahagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang.
    “Kalau orang mahu berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mahu berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”
      Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar . Di antaranya adalah Prof. Keith L More yang menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan bertanggungjawab di atas pertimbangan-pertimbangan tertinggi dan pengarah perilaku manusia.
Sementara organ tubuh hanyalah melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.
     Ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengaruh pada manusia, sekaligus pada haiwan yang memiliki otak.
Dengan pernyataan tersebut mengingatkan kita tentang firman Allah yang bermaksud;
    “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah (Allah) yang memegang ubun-ubunnya (yang menguasainya). Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”
                                                                                                                         (Hud 11:56)
       Beberapa hadits Nabi SAW yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu….”

       Juga seperti doa Nabi SAW, “Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya….”

    Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”