Sunday 13 April 2014

Muhasabah

Allah subhanahu wa ta'ala  berfirman dalam surah al-Anbiyak ayat 35:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukkan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami".

Semua makhluk yang hidup pasti akan mengalami kematian, ayat ini ditujukan khusus kepada manusia. Dan "Kami akan menguji kamu dengan keburukkan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" ... iaitu kadang-kadang Allah akan menguji kita dengan pelbagai musibah dan ujian, dan kadang-kadang dengan kenikmatan dan kebaikan, kemudian Allah melihat apakah kita seorang hamba yang bersyukur atau tidak, adakah kita ini termasuk hambaNya yang bersabar dengan ujian yang diberikan atau tidak (berputus asa). 

Kehidupan kita di dunia ini tidak pernah tidak ada ujian, kerana kehidupan kita berkisar pada perkara baik dan buruk. Ujian dengan kebaikan biasanya lebih susah daripada ujian keburukkan, kerana kita sebagai manusia kadang-kadang alpa dan leka dengan kesenangan yang diberikan, kadang-kadang kebaikan itu juga merupakan fitnah bagi kita. sedangkan bila kita dalam kesulitan kita lebih mudah dan dekat dengan Allah subhanahu wa ta'ala. Kita akan memohon keampunan dan beribadah kepadaNya dengan penuh pengharapan dan keinsafan.

Apabila kita semua kembali (mati) kepadaNya; Allah akan membalas (memberi) balasan yang sesuai dengan amalan kita di dunia ini.

Surah al-Hajj, ayat 18:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاء
yang bermaksud: "Tidakkah kamu tahu bahawa siapa yang ada di langit dan di bumi bersujud kepada Allah, juga matahari, bulan, bintang, gunung-ganang, pohon-pohon, haiwan yang melata dan banyak di antara manusia? Tetapi banyak (di antara manusia) yang mendapat azab. Barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak ada yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki".

Masa saya baca ayat di atas, rasa takut sangat. Semua makhluk yang diciptakan semuanya bersujud kepada Allah, tetapi yang paling banyak menerima azab dari Allah adalah dari kalangan kita (manusia). Ya Allah!!! moga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang menerima azab. dan moga  amalan kita semua diterima Allah.

Baca ayat ini membuatkan saya rasa takut... fikir dan takut untuk tidur, kerana amalan belum banyak, dan adakah amalan diri ini diterima Allah...

ya Allah ampunkan dosa-dosaku ya Allah... اللهم اغفر لي ذنبي كلّه

14042014

No comments:

Post a Comment