Saturday 25 April 2015

Wara' Az-Zubair

Az-Zubair bin Al-'Awwam radiallahu'anhu merupakan sahabat Nabi sallallahu'alaihiwasallam.
Beliau digelar Hawari Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam dan salah seorang dari sepuluh sahabat yang dijamin Syurga.
Beliau masuk Islam ketika berusia lapan tahun.Beliau seorang lelaki yang tinggi dan nipis janggutnya.Beliau antara sahabat yang sedikit meriwayatkan hadith.
[ Al-Isobah 2/457,Siyar 1/42 ]
Abdullah bin Az-Zubair radiallahu'anhu pernah bertanya bapanya iaitu Az-Zubair b.Al-'Awwam,katanya:
إني لا أسمعك تحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم كما يحدث فلان وفلان؟
Aku tidak selalu mendengar engkau(wahai bapaku) meriwayatkan hadith daripada Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam seperti fulan dan fulan meriwayatkannya(mengapa)?
Az-Zubair radiallahu'anhu menjawab:
أما إني لم أفارقه،ولكن سمعته يقول:
Adapun aku TIDAK PERNAH BERPISAH DENGANNYA (Rasulullah),akan tetapi aku mendengar baginda bersabda:
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
"Sesiapa yang BERDUSTA KE ATASKU DENGAN SENGAJA MAKA PERSIAPLAH TEMPAT DUDUKNYA DI NERAKA"
[ HR Al-Bukhari ]
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:
وفي تمسك الزبير بهذا الحديث على ما ذهب إليه من إختيار قلة التحديث دليل للأصح في أن الكذب هو الإخبار بالشيء على خلاف ما هو عليه سواء كان عمدا أم خطأ.
Berpegang teguhnya Az-Zubair dengan hadith inilah yang menjadi sebab(utama)beliau memilih untuk meriwayatkan hadith secara sedikit,(ianya)menjadi dalil kepada (pendapat) yang lebih shahih bahawasanya PENDUSTAAN itu ialah MENCERITAKAN SESUATU YANG MENYALAHI apa yang MERUPAKAN ASALNYA sama ada ianya SECARA SENGAJA ataupun akibat TERSALAH.
[ Fathul Bari 1/200 ]
Beginilah WARA'NYA seorang Sahabat Nabi Sallallahu'alaihiwasallam yang dijanjikan syurga,beliau tidak menggunakan kedudukannya sebagai sahabat Nabi untuk sewenang-wenangnya menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sebagaimana sebahagian golongan hari ini.
Semoga Allah mengurniakan kita semua sikap wara' dan sikap berhati-berhati sepertimana Az-Zubair.

Oleh: Abul Hussein Al-Madani

No comments:

Post a Comment