Ada sebahagian dari kita, sanggup mengambil pil untuk elak dari didatangi haidh, ketahuilah jika ambil pil untuk menghalagi datang haidh dikhuatiri boleh mengganggu hormon dan ketidaknormal haidh yang akan datang.
Jangan terus berada dalam keadaan sedih, kita masih boleh melakukan amalan-amalan dan boleh mendapat pahala yang banyak, insha Allah.. Allah beri kita didatangai haidh menunjukkan bahawa diri kita sihat Alhamdulillah, bukan ia sesuatu musibah atau menyusahkan kita. Setiap yang diciptakan Allah tidak akan sia-sia.
Amalan ketika haidh:
1. Baca al-Quran: menghafaz ayat-ayat al-Quran, membacanya tanoa memegang mushaf.
2. Zikir; tasbih, tahmid, takbir, selawat ke atas Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam dan berdoa.
firman Allah dalam al-Quran:
أَلَا بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ. الرعد:28
Maksudnya: "Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang/ tenteram".
3. Menghadiri kelas pengajian.
4. Menggalakan suami dan anak-anak untuk pergi ke masjid, melakukan solat berjemaah, 'itikaf dan sebagainya.
5. Menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa / bersahur.
so, Islam itu indah kan?.. sebenarnya banyak amalan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadhan ini... setiap amalan yang dilakukan berganda. Jadi jangan sedih + bimbang...
Boleh rujuk di sini.
selamat menjalani ibadah, dan semoga ibadah kita diterima Allah.. aameen
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
اللهم ارزقنا قيام ليلة القدر ايمانا واحتسابا
اللهم وفقنا فى ديننا ودنيانا
اللهم احسن خاتمتنا وارزقنا الجنة
اللهم اننا نسالك الهدى والتقى والعفاف والغنى
No comments:
Post a Comment