Saturday, 9 March 2013

Sedih sangat-sangat

tak habis berfikir... kenapa mengapa dan ada juga manusia spesies ini...????

kes pertama:

Ibu dan bapa yang membiar + membenarkan anak mereka melakukan perkara sumbang di dalam rumah... sehingga melahirkan anak, dan anak itu pula dijual.. kata mereka itukan salah satu sumber rezeki...

Ya Allah, ketika saya mendengar tentang ini, rasa macam nak terduduk... Astaghfirullah... tak boleh berkata-kata...

----------
kes kedua:

Bagaimana seorang bapa (bapa tiri, siibu telah lama meninggal) menjadi wali kepada seorang anak perempuan (anak غير الشرعي)... hasil perkahwinan mereka; mereka dikurniakan 4 orang anak, setiap tahun... (dipendekan cerita) mereka diminta untuk menikah semula (wali hakim) dan setelah dinikahkan semula, mereka hanya dikurniakan seorang anak sahaja...

-----------
ini merupakan ujian Allah... ketika perkahwinan mereka tidak sah, mereka dapat anak dengan mudah + ramai, setelah sah, hanya seorang sahaja...

---------
tengok di luar sana, orang yang berkahwin Allah uji mereka kadang-kadang belum mempunyai anak.. dan yang melakukan perkara bertentangan dengan agama, mudah mereka mengandung dan melahirkan anak.. tapi sayang...setelah dapat mudah dijual dan dibuang ke merata tempat....

sayangnya... Pabila nafsu letak di tempat paling tinggi dari akal + ilmu..

Moga Allah memelihara kita semua dari ujian ini... dan kepada "mereka" moga diberi hidayah oleh Allah, dan berubahlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka....

No comments:

Post a Comment