Friday, 20 September 2013

Kisah malunya Saidatina Aisyah r.a...

Saidatina Aisyah r.a. telah terpilih untuk mengikuti Rasulullah saw dalam satu rombongan perjalanan..
Dalam satu perhentian beliau telah keluar dari tempat duduknya iaitu kenderaan bertutup yang diangkat oleh beberapa lelaki..

Rombongan itu memulakan kembali perjalanan tanpa menyedari Saidatina Aisyah r.a. tidak berada dalam kenderaan itu..
Yang mana ini menunjukan Saidatina Aisyah TIDAK BERBUAL-BUAL dengan lelaki-lelaki yang ditugaskan untuk membawa kenderaan itu..

Tenangnya Saidatina Aisyah r.a. yang yakin pada ALLAH membuatkannya terus menunggu ditempat beliau ditinggalkan kerana yakin Rasulullah saw. akan kembali..

Bilamana datangnya seorang sahabat Rasulullah saw yang ditugaskan untuk menjadi orang yang berjalan terkemudian dalam rombongan itu dan terlihat Saidatina Aisyah r.a...

Lantas Saidatina Aisyah r.a. BERPALING dan MENUTUP WAJAHNYA dari dilihat oleh sahabat Rasulullah saw itu..

Malunya dan betapa menjaganya Saidatina Aisyah r.a. terhadap LELAKI BUKAN MAHRAMNYA walaupun lelaki itu adalah sahabat kepada Rasulullah saw yakni suaminya..

Moga kalian dapat mencontohi Saidatina Aisyah r.a. dengan TIDAK MUDAH membiarkan lelaki bukan mahram MELIHAT dan BERBUAL-BUAL(apatah lagi bermesra) tanpa keperluan..

No comments:

Post a Comment