Sunday 26 October 2014

TANDA ADA MENGALAMI FIBROID

Kebanyakan fibroid tidak memberi sebarang masalah kepada wanita dan hanya diketahui selepas pemeriksaan ultrasound dilakukan, terutamanya ketika pemeriksaan kehamilan untuk memantau janin dalam rahem ketika hamil.
Antara masalah yang boleh timbul bagi seseorang wanita yang mempunyai fibroid adalah seperti berikut:

1.Pendarahan haid yang banyak terutamanya apabila ada ketulan pada darah haid. Darah haid yang berketul ketul menunjukkan pendarahan yang banyak melebihi kelazimannya.

2.Kesakitan pada pelvis dan kesan tekanan fibroid yang besar terhadap organ seperti pundi kencing akan menyebabkan wanita itu selalu membuang air kecil.

3.Ada ketulan di perut ataupun perut semakin buncit tanpa penambahan berat badan.

4. Kesukaran untuk hamil.

Jadi fibroid sukar dikesan jika tidak dilakukan pemeriksaan ultrasound.

No comments:

Post a Comment