1. Rela dengan kebodohan; seronok dengan kebodohan agama.
Tidak pandai agama tidak mengapa, yang penting jangan tidak pandai akademik. tidak pandai solat dan membaca al-Quran tidak mengapa, masyarakat / orang-orang disekeliling tidak akan berkata apa-apa, tetapi kalau tidak pandai akademik semua orang akan memandang rendah. Itulah manusia di zaman sekarang, sedangkan hal ilmu agama merupakan ilmu yang paling penting dan perlu dititik beratkan dalam kelaurga dan masyarakat.
Tahu aurat wajib ditutup, tetapi buat-buat tak tahu malah seronok dengan mempamerkannya... rela dengan kebodohan hal azab Allah subhanahu wa ta'ala.
2. Tamak harta;
Dunia akan menjadi baik dengan 4 perkara:
1) Ulama'
2) Umara' (pemimpin)
Apabila ulama' dan pemimpin disatukan; Kata Ibn Majah (dalam kitab Ihya' Ulumiddin, bab 'Ilm):
قال ابن ماجه*: شرار العلماء الذين يأتون الأمراء
Kata ibn Majah: "Seburuk-buruk ulama' adalah yang suka mendekati pemimpin
وخيار الأمراء الذين يأتون العلماء
Dan, sebaik-baik pemimpin adalah yang rajin mendekati ulama'
حديث شرار: ((العلماء الذين يأتون الأمراء وخيار الأمراء الذين يأتون العلماء)) أخرجه ابن ماجه بالشطر الأول نحوه من حديث أبي هريرة بسند ضعيف*.Sekiranya sifat "qana'ah" ada dalam diri setiap insan, insha Allah pasti akan berusaha untuk kebaikan (tidak saling tamak).
Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Aku tidak akan risau sekiranya kamu susah, tetapi aku sangat takut dan risau sekiranya kamu berada dalam kesenangan, kerana apabila kamu berada dalam kesenangan kamu akan melupakan Allah".
3. Bakhil/ kedekut dengan kelebihan;
4. Riak dengan amalan;
5. Bangga dengan pendapatnya.
No comments:
Post a Comment