Sunday 16 March 2014

Doa ku untuk mu...

March 18, 2010 at 11:26am
Assalammualaikum...
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Apabila ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dnegan satu keburukan, kita akan membencinya.
Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andia dia tidak pandai menceriakan,
kita mungkin akan menyalahkannnya.

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu,
kita mungkin akan menfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa,
jangan diharapkan terlalu sempurna,
kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT
yang sebenar-benarnya.

"Bersederhanalah dalam persahabatan, Insya Allah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan"


-----------------------------------------------------------------------------
Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ......

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ...
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

thanx my beloved friend Durrah Elyahya, Barakallahu lak

No comments:

Post a Comment