Thursday 13 March 2014

Surah al-an'aam ayat 42

Perkongsian dari Ummu Abdillah Ili Dalila :

Sebelum ayat ini Allah mencabar org2 musyrikin, sekiranya azab Allah atau kiamat datang, apakah selain Allah yang akan mereka berdoa? Dalam keadaan ini manusia biasanya lupa akan kesyirikan2 mereka dan jika Allah MAHU, Dia boleh mengangkat kesulitan manusia itu.
Dalam ayat 42 ini pula Allah menjelaskan mengapa Allah menghantar ujian dan kesulitan kepada kaum2 terdahulu.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ
Ertinya: "Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat)".

Inilah tujuan mengapa Allah menguji manusia - لعلهم يتضرعون - supaya mereka kembali merendah diri kepada Allah. Supaya manusia insaf dan kembali kpd Allah.
Ayat seterusnya menyatakan lagi jemputan Allah utk berdoa dan merendah diri di hadapanNya, tetapi umat terdahulu ini berkeras hati. Selepas itu, Allah bukakan pintu segala nikmat dan kemewahan kpd mereka sbg istidraj, mereka bergembira dgn nikmat2 itu lalu Allah turunkan bala dan bencana secara tiba2 kpd mereka.
Kita sering diuji oleh Allah dgn musim kemarau, catuan air, pesawat hilang, jerebu, tumbuh2an kering dan mati; adakah kita telah berdoa dan merendah diri di hadapan Allah?
Say your prayer...

No comments:

Post a Comment