Thursday, 22 August 2013

Bahagian 7 (1): Surah an-Nur ayat 11

Pada mukasurat ini Allah menceritakan tentang kisah fitnah terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha dengan Safwan. Fitnah ini telah di bawa oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, beliau merupakan ketua orang munafiq (زعيم المنافقين).

1. Apakah perasaan seorang bapa tentang fitnah yang dilontarkan kepada anak perempuannya?
2. Apakah perasaan seorang suami tentang fitnah yang dilontarkan kepada isterinya?
3. Apakah perasaan keseluruhan umat Islam bila mana mengetahui tentang tuduhan futnah tersebut (fitnah terhadap isteri kepada seorang Rasul sallahu 'alaihi wasallam)?

Ayat 11:
Mulai ayat ini yang menceritakan fitnah terhadap Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam iaitu 'Aisyah radhiyallahu 'anha, pada awalnyabeliau ('Aisyah) tidak mengetahui, tetapi berita ini telah tersebar ke seluruh kota Makkah.

*Disebalik ujian dan kepayahan yang diuji oleh Allah subhanahu wa ta'ala, terdapat kemanisan.
Persoalan:
Apa yang berlaku pada keluarga Abu Bakr apabila berlakunya penyebaran fitnah ini terhadap anak perempuannya ('Aisyah)? Ini adalah bahawa Allah subhanahu wa ta'ala telah memilih keluarga ini untuk diuji, Abu Bakr merupakan seorang sahabah yang disegani, dan apakah pendirian umat Islam terhadap hal ini?, kemudian Allah subhanahu wa ta'ala  menurunkan wahyuNya dan dibaca serta dirakamkan dalam al-Quran.

 ﭽ ﭑ       ﭒ  ﭓ    ﭕ  ﭖ  ﭘ  ﭙ  ﭚ  ﭛ  ﭝ  ﭞ   ﭟ  ﭠ  ﭢ    ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭪ  ﭫ   ﭬ    ﭭ  ﭮ     ﭯ  ﭰ    
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka itu buruk bagu kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu  dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di kalangan mereka, akan beroleh seksa yang besar".

إِفْكٌ عَظِيْمٌ : وَبِالإِفْكِ : Berita yang amat dusta/ yang sangat besar dustanya...

بَل هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ : bahkan ia baik bagi kamu(Allah telah menurunkan wahyu dan menyucikan nama baik keluarga Abu Bakr as-Siddiq).
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ"Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu...":
  • Siapa yang mendengarkannya yakni fitnah yang dilemparkan kepada Saidatina 'Aisyah, dan dia tidak berkata apa-apa, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan/ hukuman.
  • Tetapi apabila mereka juga bercampur yakni turut juga bercakap atau menyampaikannya, maka akan mendapat balasan atau hukuman.
  • Dan bagi orang yang membawa dan menyebarkan fitnah tersebut akan mendapat dosa yang besar.
'Itibar yang boleh diambil: jangan sesekali kita menyebar atau mencampur aduk dengan fitnah yang berkaitan dengan maruah seseorang. Islam sangat menjaga dan menitikberatkan maruah sesama insan.

Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu, iaitu menyebarkan fitnah bahawa Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha isteri Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam telah melakukan perbuatan keji dan sumbang dalam rangkaian peristiwa yang dikenal dengan "cerita dusta yang sangat besar" ialah segolongan dari kalangan kamu; yang dipimpin oleh ketua munafiq* iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Janganlah kamu menyangka berita dusta itu buruk bagi kamu wahai keluarga Abu Bakr, bahkan ia baik bagi kamu kerana dengan sebab itulah turunnya wahyu khusus untuk menyatakan kesucian Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha daripada tuduhan dan dengan sendirinya tertolah berita palsu tersebut. Turunnya wahyu khusus itu meruoakan kehormatan yang tidak ternilai tingginya kerana ianya menjadi catatan abadi sepanjang sejarah hidup manusia. Tiap-tiap seorang di kalangan mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di kalangan mereka, iaitu 'Abdullah bin Ubay bin Salul akan beroleh seksa yang besar samada di dunia dan di akhirat. Kabajikan untuk Saidina Abu Bakr as-Siddiq terdapat lima bahagia:
  1. Membersihkan nama Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
  2. Penghormatan Allah subhanahu wa ta'ala kepadanya ('Aisyah) dengan menurunkan wahyu khusus mengenai dirinya.
  3. Pahala besar untuknya kerana terlibat dalam fitnah dan berita angin palsu tersebut.
  4. Menjadi suri tauladan dan ikhtibar bagi orang yang beriman.
  5. Balasan paling buruk untuk pendusta yang menyebarkan berita palsu.
*Munafiq: Sebenarnya mereka itu kafir, tetapi berselindung disebalik nama Islam. Menzahirkan iman serta menyembunyikan kafir.

15 Syawwal 1434H

No comments:

Post a Comment