Islam sangat menjaga nasab keturunan dan juga maruah seseorang, sebab itulah Allah sangat mencela kepada siapa yang turut serta membicarakan dan juga menyampaikan fitnah. Fitnah boleh menyebabkab maruah seseorang akan tercemar dan dipandang hina. Dalam Islam terdapat lima perkara yang wajib dititikberatkan; iaitu maqasid syari'ah.
Lima ciri Maqasid Syari'ah:
1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen); jauhi dari melakukan perkara-perkara syirik terhadap Allah subhanahu wa ta'ala.
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah); jangan melakukan penganiayaan terhadap sesama manusia.
3) Memelihara akal (Hifzu al-'Aqli);
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab); untuk menjaga nasab: menjauhkan diri dari terlibatkan dengan perkara-perkara yang akan merosakkan nasab.
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal); amanah.
*Nasab akan dikira sah sekiranya kahwin itu sah.
*Nasab akan dikira sah sekiranya kahwin itu sah.
Dalam ayat 1 surah an-Nur:
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya: "Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat".
Kenapa Allah memerintahkan wajib melaksanakan hukum-hukumNya? Kerana untuk menjaga kebaikan dan keharmonian nasab; (yang akan menyebabkan kehancuran dan tercemarnya nasab seseorang).
Ayat 14:
وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: "Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana pembicaraan kamu tentang berita bohong itu".
Maksudnya: "Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana pembicaraan kamu tentang berita bohong itu".
فَضْلُ: Allah subhanahu wa ta'ala memberitahu bahawa Saidatina 'Aisyah adalah suci dan Allah memberi rahmat kepadanya.
لَمَسَّكُمْ فِي: Balasan dari Allah (bagi orang yang membuat fitnah), bukan sahaja di akhirat, tetapi Allah akan membalasnya di dunia lagi, iaitu tidak mendapat rahmat dari Allah.
أَفَضْتُمْ: diambil dari kata إِفَاضَ: keluasan dalam sesuatu, atau melakukan sesuatu tidak berhati-hati dan tanpa berfikir terlebih dahulu. Kata asalnya فَاضَ : melimpah. Jika seseorang menuang air yang banyak ke dalam bekas yang kecil, maka air itu akan melimpah keluar. [Tafsir al-Misbah, V. 9: 302]
Ayat ini menilai kaum mukminin telah malampaui batas dalam hal penyebaran berita palsu tersebut. Melampaui di sini bermaksud; secara hakiki iaitu mereka yang benar-benar secara langsung membicarakannya dan juga mempertanyakannya (berita palsu/fitnah), atau secara majazi mereka diam, tidak ikut menyatakan keraguan tentang hal tersebut. Ini mengisyaratkan bahawa betapa buruk dan teruknya kesan pembicaraan itu, sehingga tidak patut untuk diucapkan.
Imam al-Qurthubi menyatakan: "Ini adalah teguran keras dari Allah subhanahu wa ta'ala kepada orang yang telah melibatkan diri yang turut memburukkan suasana dan membuat fitnah itu, bahawa dengan rahmat Allah subhanahu wa ta'ala jualah kamu tidak ditimpakan bala bencana serta-merta di dunia ini, dan masih bersedia memberi rahmat di akhirat kelak kepada orang yang segera bertaubat dan menyesali perbuatan buruk itu. (Al-Qurtubi, 12:203)

Ayat 15:
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Maksudnya: "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, (menyebarluaskan berita itu dari mulut ke mulut) dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; (samada ianya benar atau palsu) dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, (yang kalaupun tidak benar hanya akan menyebabkan orang yang berbuat demikian terkena dosa kecil sahaja) pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya (kerana ia akan melibatkan tercemarnya lehormatan orang yang beriman".

تَلَقَّوْنَهُ: asal dari perkataan وَلَقَ اللِّسَان: yang bererti dusta yang sentiasa dilakukan oleh pendusta.
أَلْسِنَتِكُمْ: adalah bentuk jamak dari kalimat لِسَان: lidah. Mempunyai dua maksud:
- Lidah merupakan salah satu organ yang berada dalam mulut yang digunakan untuk menjilat, merasa, mengecap dan juga berkata-kata.
- Lidah: tempat keluarnya kalam/ bahasa.
أَلْسِنَتِكُمْ yang digunakan (dalam ayat ini) adalah untuk menggambarkan keburukan ucapan-ucapan (fitnah) yang mereka sendiri ucapkan dengan lidah yang merupakan organ tubuh dan dengan bahasa yang jelas. Dan ucapan yang mereka ucapkan itu tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Kemudian diikuti pula perkataan أَفْوَاهِكُم (jamak dari perkataan فَم: mulut); di samping untuk mengukuhkan lagi makna kata lidah.
Al-Kilbi menyatakan bahawa Allah subhanahu wa ta'ala menegur dan mencela mereka kerana tiga hal:
- Sikap membisikkan masalah ini dari mulut ke mulut.
- Ikut menyebarkan dan memberi ulasan buruk mengenainya.
- Memandangnya sebagai suatu masalah kecil dan sampingan sahaja, sedangkan ianya suatu masalah yang besar di sisi Allah ta'ala.
*Kisah terjadinya fitnah terhadap Saidatina 'Aisyah yang dileparkan oleh orang munafik, ketika di mana mereka (kumpulan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam) berhenti untuk berehat setelah pulang dari peperangan Muraisi (perang Banu Al-Musthalaq). Di mana Saidatina 'Aisyah ditinggalkan rombongannya kerana beliau pergi mencari kalungnya yang tercicir, apabila beliau kembali ke tempat penginapan tadi, rombongannya telah tidak, jadi 'Aisyah terus menunggu di situ; kerana (kebiasaan masyarakat Arab dahulu) mereka akan menutuskan seseorang untuk memastikan apakah tidak ada yang tertinggal. Beberapa waktu kemudiannya, lalu Sofwan di kawasan tersebut dan mendapati Saidatina 'Aisyah berada di situ. Sofwan tidak berkata apa-apa bila mana beliau melihat Saidatina 'Aisyah tertidur di bawah sepohon pokok. Dia hanya berkata:
إنا لله وإنا إليه راجعون
Kemudian beliau menundukkan untanya untuk Saidati 'Aisyah menaiki untanya. Apabila sampai di Madinah dan ketika itu hari sudah siang (tengah hari, (tengah hari merupakan semua orang ada; tidak tidur yakni bekerja). Di situlah musuh (orang munafiq) menggunakan "senjata" mereka untuk membuat fitnah dan memburukkan keluarga Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika itu Abdullah bin Ubay bin Salul nampak dan kemudiannya dia menyebarkan pembohongan tersebut.
Sifat orang munafiq; iaitu sentiasa mencari ruang untuk melemahkan Islam.
Ayat 16:
وَلَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: "Dan sepatutunya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata, "tidaklah layak bagi kami memperkatakan hak ini,", Maha Suci Engkau (ya Allah daripada mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam). Ini adalah usta yang besar".

Lidah:
- Untuk bercakap; suatu info yang dikumpulkan dari otak dan lidah, kemudian lidah ditugaskan untuk menyebarkannya.
- Tidak sepatutnya digunakan untuk berkata-kata tentang hal ini (fitnah), kerana ini adalah suatu pembohongan yang nyata.
إِذْ سَمِعْتُمُوهُ: semasa kamu mendengarnya, kemudian diikuti kalimat قُلْتُم: kamu segera berkata, untuk mengisyaratkan bahawa besarnya kesan buruk peristiwa serta apa yang mereka dengarkan itu, seharusnya apabila mereka mendengarkannya pada saat itu terus mereka membantahkannya/menolak berita bohong tersebut.
Ayat ini adalah lanjutan daripada teguran kepada sikap orang beriman dalam menghadapi peristiwa fitnah ini. Maksudnya; sepatutnya kamu memberi reaksi awal menolak berita palsu ini dengan mengatakan Subhanallah! Sesungguhnya tidak layak sama sekali berita ini disebarkan kerana mustahil seorang isteri kepada Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam melakukan perkara sekeji ini.
*Sikap yang perlu ada dalam diri kita:
- Bersangka baik.
- Sentiasa berkawan dengan orang yang lebih baik daripada kita, ini merupakan dorongan untuk kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.
- Sekiranya terdapat sesuatu khabar/ berita yang palsu, jangan terus menyampaikannya.
- Khabar yang tidak baik, sepatutnya kita tidak mendengarkannya.
Ayat 17:
يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَن تَعُودُوا لِمِثْلِهِ أَبَدً ا إِن كُنتُممُّؤْمِنِينَ
Maksudnya: "Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jikalau betul kamu orang yang beriman, (kerana sikap seperti itu tidak sesuai dengan orang yang beriman)".

Ayat ini merupakan ulasan terhadap peristiwa fitnah kepada Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
يَعِظُكُم / تَعُودُوا : kedua-dua perkataan ini merupakan فعل المضارع, merupakan fe'il yang perbuatannya sentiasa berlaku.
يَعِظُكُم : Allah sentiasa berpesan kepada hambaNya. Hal (pesanan) ini berlaku untuk selama-lamanya untuk kita.
تَعُودُوا: Bahawa Allah memberi peringatan supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu itu.
لِمِثْلِهِ: seumpama ini; sangka buruk/ fitnah. Adapun dalam ayat 11 surah an-Nur, merupakan sangkaan yang baik; hendaklah sentiasa bersangka baik kepada saudara kita; di mana hal ini telah dicontohi oleh Abu Ayub dan Ummu Ayub apabila mereka mendengar khabar berita palsu terhadap Saidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha. Dan dalam ayat 15 surah an-Nur; Allah mencela kepada mereka yang bersangka buruk; terdapat tiga perkara:
Kenapa Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memperkenalkan kepada sahabat? Kalau baginda tidak perkenalkannya pun sudah tentu sahabat tahu bahawa perempuan yang berjalan dengan baginda itu adalah isterinya... Tetapi ini adalah satu contoh di mana untuk mengelak dari -sekiranya- akan berlaku sangka buruk, dan ini merupakan contoh yang diajarkan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam kepada kita.
Nasihat:
*Apabila mendengar khabar buruk - terus menolak dan jangan mempercayainya. Tapi bagaimana cara untuk menolak khabar buruk tersebut?
*Jangan mewujudkan prasangka buruk; samada terhadap diri sendiri atau yang lain.
*Keburukan mestilah dibanteras, tetapi dengan cara berhikmah.
Sifat orang yang beriman: adalah sentiasa mengajak kepada kebaikan.

- Membisikan sesuatu dari mulut ke mulut. (Sepatutnya kita jangan menyampaikan sesuatu khabar berita yang belum jelas).
- Ikut menyebarkan dan menambahkannya.
- Atau turut memandangkan hal (berita palsu/ fitnah) ini suatu perkara yang kecil. Firman Allah yang bermaksud: "......dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, (yang kalaupun tidak benar hanya akan menyebabkan orang yang berbuat demikian terkena dosa kecil sahaja)....". [An-Nur: 15]
Kenapa Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memperkenalkan kepada sahabat? Kalau baginda tidak perkenalkannya pun sudah tentu sahabat tahu bahawa perempuan yang berjalan dengan baginda itu adalah isterinya... Tetapi ini adalah satu contoh di mana untuk mengelak dari -sekiranya- akan berlaku sangka buruk, dan ini merupakan contoh yang diajarkan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam kepada kita.
Nasihat:
*Apabila mendengar khabar buruk - terus menolak dan jangan mempercayainya. Tapi bagaimana cara untuk menolak khabar buruk tersebut?
- Kenal dan tahu bagaimana kehidupan orang yang difitnah itu dan dengan siapa dia bergaul dan berkawan. Dalam kes ini; cuba kita lihat siapa Saidatina 'Aisyah... logikkah sekiranya dia yang melakukannya?... tak masuk akal bukan?...
- Sekiranya khabar yang kita dengar itu benar, nasihatilah dia dengan cara yang baik, bukan dengan cara turut menyebarkan keburukan tersebut.
*Jangan mewujudkan prasangka buruk; samada terhadap diri sendiri atau yang lain.
*Keburukan mestilah dibanteras, tetapi dengan cara berhikmah.
Sifat orang yang beriman: adalah sentiasa mengajak kepada kebaikan.
No comments:
Post a Comment