Ayat 3:
Ayat ini membincangkan tentang zina
الزَّانِي لا يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: "Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman".
الزَّانِي : Kalimat ini merupakan (dalam bahasa Arab) جملة اسمية (jumlah ismiyyah); pelaku yang melakukan zina yang berterusan dan tidak berkahwin atau tidak mahu (tidak ada keinginan untuk) berkahwin.
الزَّانِي : Orang yang melakukan zina yang berterusan (sentiasa berada dalam keadaan berzina); hanya cenderung dengan orang yang seumpama dengannya atau yang lebih teruk darinya.
الزَّانِي ini tidak akan berkahwin kecuali .........
لا يَنكِحُ : - tidak ingin
- tidak layak
untuk berkahwin dengan perempuan yang solehah.
لا يَنكِحُ : tidak ingin / tidak layak berkahwin = [mereka tidak mahu barkahwin; tidak ada rasa untuk berkahwin, bagi mereka apabila boleh melakukan zina (boleh melaksanakan hajat mereka dengan melalui zina) kenapa perlu berkahwin?... mereka tidak mahu adanya 'akad (memberi komitmen dalam perkahwinan yang sah)].
لا يَنكِحُ : hanya berkeinginan (untuk berkahwin) dengan perempuan sepertinya (perempuan yang berzina atau perempuan musyrikah).
Perkahwinan bagi perempuan yang solehah dan bertaqwa berbeza dibandingkan dengan perempuan yang sering melakukan zina atau perempuan musyrikah, bagi mereka berkahwin ataupun tidak sama sahaja.
لا يَنكِحُ :
1. Lelaki yang (berterusan) berzina berkahwin dengan perempuan yang solehah (yang menjaga kehormatannya) dan 'akad nikah; maka 'akad nikah tersebut tidak sah. Mereka ini tidak ada perasaan atau kecenderungan kepada wanita yang suci dan baik akhlaknya untuk berkahwin (tidak ada 'akad nikah).
[Dr. Sofiah]
الزَّانِي لا يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ
disambung dengan وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ : Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman".
Adakah lelaki yang berterusan melakukan zina akan ada 'akad nikah dengan wanita yang baik yang menjaga kehormatannya dan juga bertaqwa?....
Imam AT-Thabary: وَحُرِّمَ ذَلِكَ ;
ذَلِكَ di sini bermaksud "zina".
3. Sebahagian dari Ulama mengatakan kalimat عقد النكاح : لا يَنكِحُ
Tidak sah berkahwin seorang lelaki yang berzina (yakni yang berterusan melakukan zina) kecuali dengan wanita yang (berterusan) berzina atau wanita musyrikah. Lihat surah al-Mumtahanah, ayat 10; di mana ayat ini diturunkan setelah perjanjian hudaibiyyah.
ﭽﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ
ﮭ ﮮﮯ ﮰ ﮱ ﯓﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤﯥ ﯦ ﯧ ﯨﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ
ﯰ ﯱﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼﯽ ﯾ ﯿ ﰀﰁ ﰂ ﰃﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﭼ الممتحنة: ١٠
Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan mukmin datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka; jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir (suami-suami mereka). Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tidak halal bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami) mereka mahar yang telah mereka berikan. Dan tidak ada dosa bagimu menikahi mereka apabila kamu bayarkan kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (pernikahan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta kembali mahar yang telah kamu berikan; dan (jika suaminya tetap kafir) biarkan mereka meminta kembali mahar yang telah mereka bayarkan (kepada bekas isterinya yang telah beriman). Demikianlah hukum Allah yang ditetapkan-Nya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana". [al-Mumtanahan: 10: 60]
Ibn Jarir meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan pada saat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam tengah berada di kawasan Hudaibiyyah, iaitu ketika beliau bersepakat bahawa jika ada di antara penduduk Mekah yang datang kepadanya maka beliau akan mengembalikannya kepada mereka. Akan tetapi, yang datang ternyata adalah wanita. Allah kemudian membatalkan perjanjian antara Rasul-Nya dengan orang-orang musyrik tersebut, khususnya dalam masalah wanita mukminah di mana Allah melarang beliau untuk mengembalikan mereka kepada orang-orang musyrik (suami-suami mereka). Ketika itu, Allah turunkan ayat ini.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa ketika Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam membuat kesepakatan damai dengan orang-orang kafir Quraisy di Hudaibiyyah, datanglah beberapa wanita mukminah kepada beliau sallahu 'alaihi wasallam mengadu akan hal mereka, di mana suami mereka yang masih kafir meminta dikembalikan isteri mereka kepada mereka.
فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنَاتٍ : "jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman" ; Wajib pastikan adakah mereka ikhlas kerana Allah. Ketika berlakunya hijrah ke Madinah; ada sebahagia wanita (yang sudah berkahwin) yang turut sama berhijrah, dikhuatiri mereka berhijrah bukan kerana Allah tetapi kerana hendak melarikan diri dari kesusahan dan penderitaan hidup. Jadi wajib pastikan adakah mereka benar ikhlas kerana Allah. Mereja benar ikhlas kerana Allah, maka jangan pulangkan mereka kepada suami-suami mereka yang masih kafir فَلا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى الْكُفَّارِ.
Orang yang sering melakukan zina, dia telah mencampakkan dirinya ke dalam kegelapan dan kegelapan, kerana kejahatan merupakan kegelapan. Jadi bagaimana kita hendak menariknya keluar dari kegelapan itu?... Jadi dengan cara sebatan/ pukul (hukum yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Dengan pukulan itu, akan membawa kembali cahaya keimanan kepada si pelaku zina dari terus berada di dalam kegelapan, dan juga dapat menghilang rasa ketagihan zina.
Lelaki yang berzina kebiasaanya tidak ingin dan tidak layak berkahwin dengan perempuan yang baik dan terhormat, melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrikah; dan demikian juga perempuan yang berzina itu pula lazimnya tidak layak dan tidak ingin berkahwin dengannya malainkan lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang untuk orang yang beriman.
Ar-Razi menyatakan: "Bahasa yang paling tepat dalam menafsirkan maksud ayat ini (surah an-Nur: 3) ialah; bahawa seorang fasiq yang buruk akhlaknya, hanya layak berkahwin dengan seorang fasiq yang setaraf dengannya atau lebih hina daripadanya, dan memang tidak ingin berkahwin kecuali dengan perempuan yang setaraf dengannya, dan tidak ingin berkahwin dengan perempuan yang solehah yang baik-baik; manakala seorang perempuan yang fasiq dan buruk akhlaknya tidak diingini oleh lelaki yang soleh yang baik-baik, bahkan lelaki soleh selalunya mengelak dan menjauhkan diri daripada perempuan jenis itu, yang inginkan perempuan jenis ini ialah orang lelaki yang fasiq atau musyrik.
Maksud bahagian akhir dalam ayat ini وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ialah:
- Zina itu diharamkan ke atas orang beriman, kerana zina itu suatu perbuatan yang sangat keji dan hina.
- Diharamkan ('akad nikah itu diharamkan bagi penzina lelaki) kepada para penzina samada lelaki atau perempuan berkahwin dengan orang baik-baik ialah kerana ianya boleh membawa akibat dan bahaya yang sangat besar. [Pendapat Abu as-Su'ud dan Imam al-Qurthubi]
No comments:
Post a Comment