Thursday, 22 August 2013

Penerangan tafsir surah an-Nur, Bahagian 6

Kita digalakkan setiap hari untuk membaca al-Quran, kerana setiap huruf yang dibaca akan mendapat pahala sebanyak 10 pahala. Al-Quran juga merupakan nur yang menerangi hati dan menjadikan pedoman untuk manusia. Dalam al-Quran itu sendiri Allah banyak menyebut kalimat "nur"; Nur merupakan salah satu dari nama-nama Allah, nur juga merupakan salah satu nama surah dalam al-Quran, dan lafaz nur banyak disebut dalam ayat al-Quran. Kalimat "nur" juga mempunyai makna yang banyak selain dari makna "cahaya". Di antaranya: iman, Islam, al-Quran, nabi, petunjuk, cahaya matahari, cahaya bulan, cahaya yang diberi kepada orang beriman di hari kiamat di titian sirat, dan banyak lagi. Boleh lihat link NUR.

Nur: Cahaya; terdapat 45 dalam al-Quran.

ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ    
Maksudnya: "Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya". [Al-Baqarah: 257]
Kalimat Nur dalam al-Quran mempunya dua makna;
  1. Islam
  2. Iman
  • Nur: Islam;

 ﭽ ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭕ  ﭖ 

Maksudnya: "Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, ....". [At-Taubah: 32]
  • Nur: Iman;

 ﭽ ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ     
Maksudnya: "Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)". [Al-Baqarah: 257]

Menurut Imam Ath-Thabary: cahaya dalam ayat di atas menunjukkan makna iman.
Dan kenapa dalam ayat di atas kalimat الظلمات datang dalam bentuk jamak (banyak), di mana kalimat النور datang dalam bentuk satu (single)? Kerana kegelapan atau kejahatan itu banyak jalannya, atau bercabang jalannya, tetapi cahaya (nur) hanya mempuyai satu jalan sahaja, jalan menuju ke alam akhirat yang abadi, jalan yang lurus; seperti yang dinyatakan dalam surah al-Fatihah:

ﭧ   ﭨ  ﭩ 
Maksudnya: "Tunjukilah kami jalan yang lurus". [Al-Fatihah: 6]

Dalam surah yang lain Allah menerangkan;
ﮱ   ﯓ  ﯔ  ﯕ
Maksudnya: "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu akan membersihkan atau menghapuskan perbuatan-perbuatan yang jahat (kesalahan)". [Hud: 114]
Ayat 1:

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya: "Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat".

Ayat ini menunjukkan bahawa surah (an-Nur) ini diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala, dan tingginya kedudukan surah ini, juga menunjukkan aqidah kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh sebab itulah kalimat أنزلنا disebut sebanyak dua kali dalam ayat ini.

Point surah an-Nur:
  1. Muqaddimah.
  2. Zina dan hukumannya, / perkahwinan - pasangan yang telah berkahwinan yang melakukan zina.
  3. Qazaf.
  4. Li'an.
Ayat 5: Dalamnya ada menyebut nama-nama Allah subhanahu wa ta'ala.
غَفُورٌ رَّحِيمٌ: "Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"; disebut dalam:
  • disebut dalam hukum (hudud) zina dan qazaf.
  • menunjukkan bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
  • Menunjukkan bahawa kasih sayang Allah yang kekal.
Ayat 10: ayat ini membincangkan hak yang berkaitan dengan hukum li'an.
تَوَّابٌ حَكِيْمٌ : Maha Menerima taubah lagi Maha BIjaksana.

تَوَّابٌ: 
  • yang banyak menerima taubat
  • التوبة: Kembali kepada Allah, Allah akan menerima taubah hambaNya, walaupun hambaNya itu melakukan dosa yang sangat banyak.
حَكِيْمٌ:
  • Apabila Allah menggariskan kepada suami (apabila suami (Hilal) melihat isterinya melakukan zina), bahawa Allah itu Maha Bijaksana. Seperti kes yang berlaku kepada Hilal, di mana dia sendiri melihat isterinya melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki lain, kemudian beliau datang menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam lalu mengadu kepada baginda sallahu 'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Muhammad  sallahu 'alaihi wa sallammeminta Hilal untuk membawa empat orang saksi... Klik di sini penjelasan tentang kisah Hilal
*Kita digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kepadaNya.
Ayat 18:
عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ: "Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
عَلِيْمٌ:
  • Allah mengetahui segala-galanya.
  • Sifat عَلِيْمٌ paling banyak disebut dalam surah ini, sebanyak 10 kali.
حَكِيْمٌ:
  • Bahawa Allah menyelesaikan apa-apa permasalahan dengan bijaksana.
Ayat 20:
رَءُوفٌ رَحِيْمٌ: "Bahawa Allah amat melimpah belas kasihan-Nya".
رَءُوفٌ asal dari perkataan رَءْفَةٌ : belas kasihan.
رَءُوفٌ : Maha Belas Kasihan/ Penyantun.
رَحِيْمٌ : adanya kasih sayang Allah subhanahu wa ta'ala.

Allah subhanahu wa ta'ala  mempunya caranya tersendiri untuk mengembalikan hamba-hambaNya kepada-Nya melalui ujian yang diberikanNya. Allah menguji seseorang hambaNya adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya, bukan menjadikan kita kufur atau jauh dariNya; dengan ujian yang diberikan, secara fitrah kita akan kembali memohon pertolongan dariNya, kerana kepadaNyalah kita beriman dan kepadaNyalah tempat kita memohon pertolongan. Seperti yang dinyatakan dalam surah al-Fatihah:

ﭢ  ﭣ  ﭤ  ﭥ
Maksudnya: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan". [Al-Fatihah: 5]

No comments:

Post a Comment