Sunday 9 November 2014

Benarkah Perlu Merahsiakan Pertunangan?

Terdapat sebuah riwayat berbunyi:

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة
Hebahkanlah pernikahan, dan sembunyikanlah pertunangan. 

Riwayat ini diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Shaikh al-Albani al-Silsilah ad-Dhaifah menyatakan bahawa riwayat ini lemah.

Sebahagian ulama menggalakkan agar pertunangan dirahsiakan untuk mengelakkan mudharat jika ada orang yang cemburu.

Ini berdasarkan keumuman riwayat berikut:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اسْتَعِينُوا عَلَى إِنْجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ ، فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ
Mu'az bin Jabal radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Mohonlah pertolongan dalam menjayakan hajat mu dengan merahsiakan ia. Sesungguhnya sesiapa yang memperolehi nikmat akan dicemburui. 
[Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir hadis no: 16639, Shaikh al-Albani menyatakan ia Sahih dalam Sahih al-Jami']

Lalu bolehkah diadakan kenduri pertunangan?

Fatwa di bawah seliaan Shaikh Salih al-Munajid menyatakan:

وأما إقامة حفل للخطوبة فهو من الأمور التي اعتادها كثير من الناس ، ولا حرج في ذلك إن شاء الله تعالى .
Adapun berkaitan menganjurkan kenduri pertunangan, ia merupakan sebahagian urusan adat kebiasaan manusia. Tiada masalah dalam hal ini, Insya-Allah. (http://islamqa.info/ar/67884)

Di dalam fatwa lain disebutkan:
وما يفعله بعض المسلمين من إعلان الخطبة وما يقيمونه من أفراح وما يقدمونه من هدايا كل ذلك هو من باب العادات التي هي مباحة في الأصل ولا يحرم منها إلا ما دل الشرع على تحريمه ، 
Apa yang dilakukan oleh sebahagian kaum Muslimin iaitu menghebahkan pertunangan, menganjurkan majlis kenduri, memberi hadiah, ini semua daripada bab adat istiadat yang boleh dilakukan pada hukum asalnya. Ia tidak diharamkan melainkan adanya dalil syara' menunjukkan pengharamannya. ( http://islamqa.info/ar/20069 )

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah pertunangan tidaklah menjadikan seseorang itu mahram. Maka hubungan mereka masih lagi hubungan bukan mahram, lalu perlu dijaga tatatusila. Tidak seperti budaya sebahagian masyarakat kita, di mana pasangan yang sudah bertunang bebas untuk pergi ke sana ke sini bersama, bergambar berdua, makan bersama, di atas alasan untuk saling mengenali antara satu sama lain.


sumber: Al-Kahfi

No comments:

Post a Comment