Sunday 7 January 2018

*Kenapa kita beristighfar selepas solat?

Oleh: ustaz Mohd Masri bin Mohd Ramli
عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا
Daripada Tsauban radiallahu 'anhu, beliau berkata: Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai daripada solatnya, baginda akan memohon keampunan sebanyak tiga kali.
وَقَالَ ‏ "‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ ‏"‏ ‏.

Baginda juga akan menyebut: Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah kesejahteraan. Engkau yang penuh keberkatan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

‏ قَالَ الْوَلِيدُ فَقُلْتُ لِلأَوْزَاعِيِّ كَيْفَ الاِسْتِغْفَارُ قَالَ تَقُولُ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ ‏.‏
Al-Walid bertanya kepada Al-Awzai'e: Bagaimanakah cara beristighfar? Beliau menjawab: Engkau sebutlah: Astaghfirullah, astaghfirullah (Aku memohon keampunan Allah, aku memohon keampunan Allah).
[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, hadis no: 591].

Shaikh Jamaluddin al-Qasimi (w.1332h) berkata:
ولا يخفى على الخبير، أن من سبر كثيرًا من جزئيات الطاعات، يرى أن الحق سبحانه وتعالى شَرَع التوبة والاستغفار في خواتيم أعمالها.
Tidaklah tersembunyi kepada orang-orang yang berilmu bahawa sesiapa yang mengumpulkan pelbagai jenis ketaatan, dia akan mendapati bahawa Allah mensyariatkan taubat dan istighfar pada penutup amalan-amalan tersebut. [Sirr al-Istighfar 'Aqiba al-Solawat, m/s 27]
Shaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin (w.1421h) berkata:
وإنما يستغفر الإنسان إذا فرغ من صلاته من أجل ما يكون فيها من خلل ونقص 
Sesungguhnya insan memohon keampunan daripada Allah apabila selesai mendirikan solat disebabkan kekurangan yang ada dalam solat yang dia dirikan.
ويقول اللهم أنت السلام يعني اللهم إني أتوسل إليك بهذا الاسم الكريم من أسمائك أن تسلم لي صلاتي حتى تكون تكفرة للسيئات ورفعة للدرجات والله الموفق 
Dia juga menyebut: Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera. Yang bermaksud 'Ya Allah, aku bertawassul kepada Mu dengan nama yang mulia ini daripada nama-nama Engkau supaya engkau menerima solat ku sehingga ia menjadi kafarah kepada dosa-dosa ku dan meninggikan darjat ku di sisi Allah. [Syarah Riadussolihin, 5/491].

No comments:

Post a Comment